Selasa, 4 Februari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Teman Lelaki Ibu Kanak-kanak 2 Tahun yang Dibunuh Kejam di Dungun Didakwa di Bawah Akta Kanak-kanak

Posted: 04 Feb 2014 07:18 AM PST

Sofian Hadie Mohd Nor ketika dibawa ke Mahkamah Magistret Dungun Terengganu. Foto: NST

Menurut laporan NST, Sofian Hadie Mohd Nor, 35, teman lelaki ibu kandung Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah yang ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati didakwa hari ini di bawah Sekyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 atas tuduhan mendera kanak-kanak dan kecuaian sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Tertuduh turut didakwa kerana gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan di depan Pejabat LKIM Dungun 22 Januari lalu.

Timbul persoalan, adakah itu sahaja dakwaan yang dikenakan terhadap tertuduh sedangkan kematian Nursyafiqah Adawiyyah begitu tragis dan menyentuh perasaan rakyat Malaysia?

Dalam laporan yang sama, ibu mangsa turut didakwa kerana membuat laporan polis palsu.

Walau bagaimanapun undang-undang bukanlah di tangan kita. Biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas  mereka. Semoga kekejaman yang dilakukan terhadap Nursyafiqah mendapat pembelaan yang sewajarnya - DCM


Laporan lanjut di sini.


Kronologi Kes Kematian Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah

[MySumber.com]Yang berikut adalah kronologi kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun iaitu Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun Terengganu


17 Januari 2014: Nursyafiqah Abdullah dilaporkan hilang oleh ibunya dan laporan polis telah dibuat

Ibu mangsa Rabiatul Adawiyah Mamat berusia 28 tahun sebelum itu dilaporkan meninggalkan anaknya di dalam sebuah kereta yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Sejurus dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang

21 Januari 2014: Seorang pengawal keselamatan telah menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun kira -kira jam 3.20 petang Selasa dalam keadaan mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada

Penemuan juga berkaitan selepas pengawal keselamatan terbabit terhidu bau busuk yang datang dari sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun Terengganu

22 Januari 2014: Media melaporkan, polis turut memburu individu pertama yang muat naik foto pembunuhan Nursyafiqah Abdullah di internet menerusi laman sosial

Ibu mangsa berusia 28 tahun sebelum ini dipercayai membuat laporan palsu iaitu pada Jumaat 17 Januari dan selepas siasatan lanjut dibuat oleh pihak polis empat suspek iaitu dua rakan suspek utama masing-masing berusia 25 tahun serta ibu mangsa dan teman lelaki wanita berkenaan diberkas di sekitar Paka

Kesemua yang ditahan itu merupakan penagih dan pengedar dadah

Jenazah arwah adik Nursyafikah selamat dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Kampung Nibong, Paka

23 Januari 2014: Siasatan terus dijalankan dan polis percaya dapat menyelesaikan kes ini dengan tertangkapnya keempat-empat suspek bagi mengetahui motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh dan menangkap pembunuhnya

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan

Hasil laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa, tidak menemui sebarang kesan penderaan seksual sama ada dirogol atau diliwat

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan bagaimanapun berkata, laporan itu belum dimuktamadkan

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu pengesahan dan laporan konklusif mengenai punca kematian mangsa dari Bahagian Toksikologi, Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah. - 23/1/14




[PANAS] Skandal 1Azam RM690 Juta, Lebih Besar daripada NFC

Posted: 04 Feb 2014 07:01 AM PST



[KD] PETALING JAYA 4 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.

"Jika 'meletup', ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.

"Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.

"Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa," jelas Rafizi.

Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.

Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


"Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.

"Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.

"Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang," katanya. - Azuan Ab Rahman/ 4/2/14




Wajah Suspek Rogol, Liwat dan Cederakan Budak 10 Tahun di Muar Minggu Lalu

Posted: 04 Feb 2014 06:46 AM PST

Foto: NST

Pekerja kontrak,  Sia Tiong Yap, 29, dari Bukit Bakri didakwa atas empat pertuduhan termasuk menculik dan merogol budak berusia 10 tahun yang dilaporkan sebelum ini diculik ketika dalam perjalanan ke sekolah agama pada pukul 2 petang 28 Januari lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 367, Sekyen 377(c), dan Sekyen 376(2)(e)  Kanun Jenayah. 

Dalam laporan media sebelum ini, mangsa dikatakan turut diliwat malah ditoreh dengan senjata tajam di bahagian kemaluan kerana enggan menuruti kehendak tertuduh. 

Berdasarkan tindakan ganas suspek, kita mengharapkan keadilan dapat dilaksanakan dalam kes ini dan jika bersalah, tertuduh perlu dikenakan hukuman yang berat setimpal dengan kekejaman yang dilakukannya-DCM

Berita lanjut di sini.

Berita sebelum ini di sini.



Polis Cawangan Khas Mati Ditembak di Kepala

Posted: 04 Feb 2014 06:40 AM PST


[HM] KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dipercayai dari Cawangan Khas Bukit Aman ditemui mati terbaring selepas ditembak di kepala di tepi jalan di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut, kira-kira jam 4.30 petang.

Pemeriksaan lanjut menemui mangsa berusia 37 tahun terbaring berdekatan sebuah motosikal dengan dua kesan kecederaan di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairy Ahrasa ketika ditemui berkata, siasatan menyeluruh bagaimanapun masih sedang dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, pihaknya turut menemui dua kelongsong peluru di sekitar lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. -4/2/14

Berkaitan:

Anggota Cawangan Khas Ditemui Mati Ditembak

[Bernama] KUALA LUMPUR: Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini, Selasa.

Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.

Ditemui pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah motosikal, sebuah topi keledar dan jaket.

Mangsa belum berkahwin.

"Kita masih menyiasat sama ada mangsa membawa senjata kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian," katanya.

Khairi berkata motif pembunuhan masih disiasat.

Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. 4/2/14



[Kemas Kini] Surat Keluar Parti ADUN Hutan Melintang PALSU, ADUN Beri Penjelasan

Posted: 04 Feb 2014 12:56 AM PST


Kenyataan Media yang dipetik daripada Milo Suam:

Assalamualaikum dan salam hormat, 

KEADILAN telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan A/L Subramaniam, ADUN Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN. 


Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti. 


YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut. Sekian, terima kasih. 

Fahmi Fadzil Pengarah Komunikasi KEADILAN 


Berita awal di sini.


Kemas Kini:



PENAFIAN BERITA KELUAR PARTI.

Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta.

Saya ingin menegaskan disini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Yang Benar,

YB Kesavan a/l Subramaniam
No KP 720613-08-6261



Potong Kemaluan Kekasih Kerana...

Posted: 04 Feb 2014 12:52 AM PST



[HM] Shanghai: Seorang wanita di daerah Minhang di sini Khamis lalu memotong kemaluan teman lelakinya kerana mengesyaki dia akan memutuskan hubungan mereka.

Akhbar Internet xinmin.cn melaporkan, wanita berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai Tu, lebih tua sembilan tahun daripada teman lelakinya, Xia.

Kerana keluarga Xia tidak merestui hubungan mereka, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk memutuskannya.

Xia enggan membawa pulang Tu untuk menemui keluarganya sempena Tahun Baru Cina.

Sebaik mengetahui Xia hanya membeli satu tiket untuk pulang bercuti, Tu menyangka kekasihnya akan memutuskan hubungan dengannya.

"Dia mencampurkan dadah dalam minuman Xia menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri di atas katil. Tu kemudian mengambil pisau dan memotong kemaluan Xia," lapor akhbar itu. Saksi berkata, lelaki itu tiba di hospital kira-kira jam 3 pagi dengan ambulans bersama-sama seorang anggota polis yang membawa kemaluannya dalam termos berisi air.

Seorang wanita dipercayai Tu yang berlumuran darah dilihat berbual dengan pegawai perubatan sebelum dibawa menaiki kereta peronda.

Polis dan pihak hospital enggan menyatakan mengenai keadaan Xia. - 4/2/14/Agensi



ADUN PKR Hutan Melintang Keluar Parti?

Posted: 03 Feb 2014 11:40 PM PST



[MyNewHub] Kecoh di alam siber ketika ini, khabar angin mengatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat di Perak telah mengumumkan keluar parti.

Ia dimaklumkan melalui satu tweet dari akaun Twitter AgendaDaily menyatakan tindakan Adun berkenaan.


Melalui akaun Twitter yang sama, turut disebarkan ialah surat yang didakwa dihantar oleh Adun PKR itu iaitu S. Kesavan mewakili kawasan Dun N54 Hutan Melintang.

Surat berkenaan memaklumkan bahawa Kesavan mengumumkan keluar parti selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut iaitu PKR.

Pengumuman itu dikatakan telah berkuatkuasa pada 2 Januari lepas. Namun surat itu dicop terima pada hari ini. -4/2/14


P/s: Keadilan dakwa surat keluar parti di atas adalah PALSU. Laporan lanjut di sini.


[KEJAM] Ibu Muda dan Bayi Dibakar kerana Gagal Bayar Hantaran Perkahwinan

Posted: 03 Feb 2014 11:35 PM PST


MAYAT Devi dan bayinya yang dibakar hingga mati oleh suami dan keluarga lelaki itu ketika di hospital.

[HM] New Delhi: Seorang ibu muda dibakar hingga mati bersama bayinya oleh suami dan keluarga lelaki itu kerana gagal membayar hantaran perkahwinan.

Polis di negeri Jharkhand di timur India berkata, Annu Devi, 22, dibakar hidup-hidup ketika menyusukan bayi perempuannya.

Polis menahan suaminya, Gunjan Masat yang didakwa menyimbah minyak tanah ke tubuh Devi dan bayi perempuan mereka sebelum membakar kedua-dua beranak itu. Menurut bapa Devi, Raghuni Rana pasangan itu berkahwin lebih setahun tetapi masalah timbul selepas Devi melahirkan bayinya.

"Mereka mahukan anak lelaki tetapi tidak menyedari yang mendapat anak perempuan bukan salah Devi.

"Mereka mula menyeksa anak saya dan saya tidak menyangka mereka sanggup membunuhnya.

'Mereka ada menuntut motosikal dan televisyen walaupun saya sudah memberikan mereka dua bighas (1.6 ekar) tanah sebagai hantaran perkahwinan," katanya. Bagi menutupi kematian Devi dan agar kelihatan seolah-olah seperti kemalangan, Gunjan meletakkan tubuhnya berhampiran pendiang api, selain turut meletakkan bekas air berhampiran tempat itu.

Seorang penduduk melihat Devi dan bayi perempuannya terbaring di halaman rumah mentuanya.

Dia masih bernyawa ketika itu walaupun tubuhnya melecur 90 peratus. Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Abang ipar Devi yang didakwa turut terbabit dalam pembunuhan itu masih diburu polis. Superintendan polis di daerah itu, Nirmal Kumar Mishra berkata, semua tertuduh akan ditahan dan didakwa.

Hantaran perkahwinan menjadi alasan utama mengapa bayi lelaki lebih digemari berbanding dengan bayi perempuan dalam budaya India. Ribuan janin digugurkan setiap tahun selepas ujian ultra bunyi menunjukkan jantina janin berkenaan.

Wanita juga dibunuh berikutan isu hantaran perkahwinan setiap jam di India, menurut data dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan negara itu. "Seramai 8,233 wanita muda, kebanyakan pengantin baru dibunuh dalam isu 'kematian hantaran perkahwinan' pada 2012," lapor biro itu tahun lalu. - 4/2/14/Agensi

P/s: Gila kejam!!!


[Video] Rompakan di Kedai Nasi Beriani

Posted: 03 Feb 2014 10:21 PM PST


 Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC) mengongsikan sebuah klip video yang memaparkan kejadian rompakan di sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor beberapa hari. Menurut maklumat dan paparan video tersebut, kejadian rompakan ini berlaku pada pukul 11.47 malam dan dilakukan oleh empat individu yang memakai helmet.

Berdasarkan video, mereka bukan sahaja merompak hasil pendapatan harian restoran tersebut, malah juga barang berharga para pelanggan.

Bayangkan anda berada di tempat kejadian.

Ada yang masih tertanya-tanya, adakah Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara? -DCM


Kemas Kini:

Pautan  video di FB MCAC sudah dipadamkan, anda boleh menontonnya berdasarkan pautan di bawah ini.


[Video] Pencuri Lampias Nafsu Pada Patung

Posted: 03 Feb 2014 08:55 PM PST


[HM] BRASILIA – Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam.

Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ.

Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian.

Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium 'payudara' dan melakukan aksi lucah.

Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.

Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam.

Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ.

Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah.

Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu "terlalu pelik." "Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang," katanya dalam satu kenyataan.

Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana "tiada kerja lain." Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. – 4/2/14/Agensi



Restoran Makanan Laut Kenakan Caj "Tahun Baru Cina"

Posted: 03 Feb 2014 08:45 PM PST

Berang Cara Pengusaha Restoran Kaut Untung


Jumlah bayaran keseluruhan termasuk bayaran caj perkhidmatan Tahun Baharu Cina yang diragui.


[SH] IPOH - Berang kerana berasa tertipu dengan caj tambahan dikenakan sebuah restoran terkemuka di bandar raya baru-baru ini, seorang pelanggan, Zainoori Zainal Abidin, membuat laporan di pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, semalam.

Katanya, tindakan restoran mengenakan 'caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina' sebanyak 10 peratus dianggap menganiaya pelanggan kerana tiada notis makluman yang jelas mengenai caj itu.

Zainoori ketika ditemui Sinar Harian mendedahkan, dia dikenakan bayaran RM250.95 termasuk caj tambahan RM22.81 untuk makan malam lima orang.

"Saya tidak tahu mengenai caj yang akan dikenakan tambahan pula diberi nama 'caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina'.

"Jika sebelum ini, bayaran yang dikenakan hanya RM37 hingga RM38 sekepala, dan bagi hidangan untuk lima orang pada malam itu saya menjangkakan bayarannya tidaklah mencecah angka yang tertera pada resit bayaran itu.

"Ketika ditanya, kakitangan itu memaklumkan pelanggan sudah pun dimaklumkan menerusi notis yang ditampal di restoran berkenaan. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung kelulusan mengenai caj berkenaan dan hanya memberitahu ia adalah arahan daripada pihak atasan," katanya ketika ditemui setelah selesai membuat aduan di pejabat PPDNKK di sini, semalam.

Zainoori berkata, dia berharap PPDNKK melakukan siasatan lanjut berhubung laporannya termasuk kewajaran pengusaha restoran terbabit mengenakan caj tambahan 10 peratus yang diragui sama ada diluluskan pihak berwajib atau sebaliknya.

"Bolehkah pengusaha restoran mengenakan caj-caj pelik seperti ini, dan adakah ia dibenarkan? Pihak berwajib kena siasat, jangan biar pelanggan terus tertipu dengan taktik licik mahu kaut untung lebih," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan restoran berkenaan, Noor Shafarina Jamaluddin, berharap pihak PPDNKK akan segera melaksanakan tindakan terhadap restoran berkenaan.

Katanya, sekiranya perkara berkenaan dibiarkan, lebih banyak restoran akan mengikuti kaedah berkenaan dan lebih ramai pelanggan akan tertipu oleh sikap pihak restoran yang jelas tidak bertanggungjawab itu.

"Saya sangat berharap agar pihak KPDNKK dapat melaksanakan tindakan tegas terhadap restoran berkenaan dan seterusnya memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi," katanya lagi.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai aduan itu, jurucakap PPDNKK berkata, pemeriksaan akan dibuat terhadap restoran berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, difahamkan segala maklumat yang diperoleh hasil pemeriksaan berkenaan akan disalurkan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut kerana segala bentuk caj melibatkan cukai di bawah jabatan berkenaan. - SHAHRIZAL AHMAD ZAINI/4/2/14


Pegawai T-Team Buat Laporan Polis Pemain dan Pegawai Ditumbuk...

Posted: 03 Feb 2014 07:53 PM PST


Stefano (kanan) didakwa telah ditendang di bahagian kemaluan dan Elvaldo Goncalves pula dipercayai ditumbuk di muka tiba di balai polis di Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis pada Ahad.

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang staf pasukan T-Team membuat laporan polis berikutan seorang pegawai dan pemain pasukan itu yang didakwa telah ditumbuk dan ditendang di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru pada Sabtu.

Laporan polis itu dibuat di Kuala Terengganu pada Ahad selepas pasukan T-Team tiba dari Johor tanpa menamatkan perlawanan menentang skuad JDT dalam pusingan kedua Piala FA.

Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.

"Manakala seorang jurulatih kecergasan iaitu Stefano Impagliazzo telah disepak di kemaluannya.

"Akibat kejadian itu, Elvaldo mengalami pendarahan di hidung dan Stefano mengalami kesakitan di kemaluannya," dakwa pegawai yang membuat laporan polis itu.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, JDT sedang mendahului 2-1 pada separuh masa pertama apabila pasukan T-Team membuat keputusan enggan meneruskan permainan ekoran kekecohan yang berlaku di terowong ke bilik persalinan itu.

T-Team kemudian bertindak meninggalkan stadium untuk terus pulang ke Kuala Terengganu.

Pegawai yang membuat laporan polis itu menjelaskan tujuannya hanyalah untuk menjaga keselamatan dan kepentingan pemain dan pasukan T-Team.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dilaporkan telah merujuk kes tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut. - 4/2/14

Laporan polis yang dikaitkan dengan kejadian yang kini tersebar di media sosial.

Lanut di sini.


[Video] Bekas Pengurus Restoran Dipenjara 12 Tahun Rogol Gadis Sunti yang Dikahwininya

Posted: 03 Feb 2014 06:29 PM PST



[Bernama] KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap bekas pengurus restoran kerana kesalahan merogol gadis bawah umur yang kemudian dikahwininya.

Hakim Ummu Khaltom Abd Samad memutuskan Riduan Masmud, 40, bersalah merogol pelajar perempuan yang ketika kejadian berumur lingkungan 12 tahun, sekitar 9 pagi hingga 10 pagi di dalam sebuah kereta di tepi jalan dekat kawasan Air Terjun Kionsom di Inanam pada 18 Feb tahun lepas.

Ummu Khaltom berkata bapa kepada empat anak itu juga akan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun setelah tamat menjalani hukuman itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Beliau turut memerintahkan Riduan membayar wang jaminan RM15,000 dengan dua penjamin yang mana seorang daripada penjamin adalah isterinya.

Terdahulu, Ram Singh, peguam yang mewakili Riduan ketika merayu agar hukuman terhadap anak guamnya diringankan, berkata tiada elemen paksaan dan keganasan dalam kejadian itu selain Riduan telah bertanggungjawab mengahwini gadis itu serta menjaga keluarganya.

Beliau berkata Riduan juga menghadapi tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu kerana memberi rasuah kepada bapa mangsa pada April tahun lepas, yang dijangka bersidang bulan ini.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin berkata tertuduh tidak boleh menggunakan alasan perkahwinan untuk melarikan diri daripada kes rogol yang dilakukannya sebelum mengahwini gadis itu.

Raja Zaizul Faridah berkata berikutan kejadian itu, gadis berkenaan tidak lagi bersekolah selain menjadi suri rumah dalam usia muda.

Sementara itu, ibu saudara mangsa dalam nada sebak ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu berharap hukuman itu akan menjadi pengajaran kepada tertuduh.

"Saya harap anak saudara saya dapat kembali bersekolah selepas memohon untuk bercerai. Saya tahu dia amat tertekan dengan apa yang sudah berlaku sehingga tidak dapat menyambung pelajaran di sekolah menengah," katanya.

Beliau berharap dapat kembali menjaga anak saudaranya itu yang kini tinggal bersama bapanya agar beliau dapat meneruskan cita-cita untuk menjadi seorang doktor memandangkan mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah dia sudah mengahwini gadis itu, bagaimanapun pada 6 Jun tahun lepas Jabatan Peguam Negara berkata pendakwaan terhadap pengurus restoran itu akan diteruskan.

Hadir selaku peguam pemerhati ialah Mary Lee bagi Sabah Women's Action Resource Group, Women's Centre for Change, Penang, Sisters in Islam dan Mama Anne of Bukit Harapan manakala peguam Mary Florence Gomez bagi Persatuan Undang-undang Sabah dan Voice of the Children Malaysia. - 3/2/14



Lanjut di sini.


Tiada ulasan: