Selasa, 4 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tidak iktiraf CEC: DAP heret RoS ke mahkamah

Posted: 04 Feb 2014 12:30 AM PST

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


DAP akan heret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ke mahkamah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim GUan Eng. Gambar fail.DAP akan heret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ke mahkamah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim GUan Eng. Gambar fail. 

























 
DAP hari ini mendedahkan akan mengheret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan( RoS) ke mahkamah berikutan keengganan badan itu mengiktiraf pelantikan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan dalam kongres khas September tahun lalu.

Parti itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dua minggu lalu dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mac bagi sesi pendengaran permohonan parti untuk mendapatkan kebenaran.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang dinamakan sebagai pemohon mahu mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan keputusan RoS dan mengisytiharkan pelaksanaan badan itu adalah tidak sah serta tidak mempunyai kesan undang-undang ke atas parti berkenaan.

Lim dalam afidavit bagi sokongan semakan kehakiman menyatakan keputusan untuk tidak mengiktiraf CEC merupakan di luar kuasa undang-undang malah ia juga perbuatan yang  tidak masuk akal dan dilakukan dengan niat jahat.

Beliau mendakwa RoS bertindak di luar bidang kuasa mengikut Akta Pertubuhan 1966 apabila nekad untuk tidak mengiktiraf CEC.

"Keputusan RoS itu tidak sah dan tiada kesan undang-undang kerana tidak tertakluk dalam mana-mana perundangan bagi menahan pengiktirafan," katanya.

Afidavit itu juga ditunjukkan oleh Lim kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, RoS juga tidak pernah memaklumkan kepada DAP mengenai sebarang pertikaian yang timbul daripada kongres khas itu.

"RoS tidak pernah memberi peluang kepada DAP untuk membalas aduan tersebut sebelum keputusan menahan pengiktirafan dilakukan" katanya.

Beliau juga menyifatkan keputusan RoS itu sebagai salah satu lagi penyalahgunaan undang-undang dan tidak munasabah kepada DAP.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, kegagalan RoS yang tidak menghantar sebarang surat jawapan kepada DAP membuktikan betapa badan itu sebenarnya menyalahgunakan kuasa selain dilihat bertindak sewenang-wenangnya dan menindas parti itu.

Pada 15 Disember 2012 DAP melaksanakan kongres nasional dengan 20 ahli dilantik melalui pemilihan CEC.

Bagaimanapun, pada 17 April 2013, RoS mengeluarkan notis kepada DAP mendakwa terdapatnya aduan penyelewengan semasa pemilihan tersebut yang sepatutnya diadakan pada Disember.

Ia menyebabkan keputusan pemilihan disiasat semula malah RoS juga bertindak mengarahkan DAP mengadakan semula CEC pada 30 Julai tahun lalu.

Akur dengan desakan itu, DAP mengadakan semula kongres khas pada 29 September 2013.

Lim juga turut mempertahankan 20 ahli yang dilantik semasa CEC adalah mengikut peruntukan dalam perlembagaan parti dan mereka dipilih sebagai pemegang jawatan utama.

Namun, Lim berkata pada 6 Disember, RoS menghantar surat kepadanya memaklumkan tidak akan mengiktiraf pelantikan jawatan anggota DAP CEC baru sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata, RoS juga memutuskan untuk tidak membenarkan anggota DAP yang dilantik sebagai anggota CEC membuat keputusan bagi pihak parti.

20 Disember pula menyaksikan DAP menulis surat kepada RoS menuntut badan itu menjelaskan di bawah peruntukan undang-undang mana yang digunakan dalam membuat keputusan itu.

DAP juga memberitahu kepada RoS bahawa tidak akan terikat dengan keputusan yang tidak mempunyai asas undang-undang dan akan membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya perlu.

Tempoh 14 hari juga diberikan tetapi RoS gagal untuk memberi sebarang maklum balas terhadap surat tersebut.

Pada 8 Januari 2014, DAP sekali lagi menghantar surat kepada RoS dan menghantar semua dokumen yang diminta.

DAP menuntut RoS menyediakan nama dan cara untuk menghubungi pegawai penyiasat yang bertanggungjawab dalam kes itu bagi membolehkan komunikasi dilakukan.

Namun, RoS tidak membalas surat berkenaan.

Melihat dari situasi tersebut, DAP akhirnya nekad untuk memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman berhubung keputusan RoS.

Kristian Sabah bertemu hari ini, tangani cubaan diislamkan

Posted: 04 Feb 2014 12:27 AM PST

OLEH DESMOND DAVIDSON


Gereja di salah sebuah perkampungan di daerah Pitas, Sabah di mana penduduk Kristian mendakwa mereka diislamkan tanpa kerelaan. Gambar fail.Gereja di salah sebuah perkampungan di daerah Pitas, Sabah di mana penduduk Kristian mendakwa mereka diislamkan tanpa kerelaan. Gambar fail.
























Susulan wujudnya ketegangan agama di Malaysia, kumpulan berkepentingan Kristian di Sabah akan bertemu hari ini bagi menangani isu pengislaman 64 pribumi yang mendakwa ditipu untuk diislamkan bulan lalu.

The Malaysian Insider difahamkan pertemuan dan majlis makan tengah hari berkenaan akan diadakan di Kota Kinabalu dan dipengerusikan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Tan Sri Bernard Dompok.

Upko merupakan sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) namun sumber berkata kepada The Malaysian Insider pertemuan berkenaan menjangkaui fahaman politik.

"Kristian daripada kedua-dua pihak bekerjasama melepasi sempadan politik membentuk sekumpulan peguam bagi membantu sahabat Kristian yang dilanda kesusahan," katanya.

Penduduk kampung berkenaan, termasuk kanak-kanak daripada tiga perkampungan - Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop - mendakwa mereka dibayar RM100 untuk menukar agama kepada Islam.

Seramai 33 penduduk Kampung Layang Maliau, yang antaranya ditukar agama berkata mereka diberitahu "orang Kuala Lumpur datang ke Pekan Pitas pada malam Tahun Baru untuk memberikan sejumlah bantuan RM800 di dewan orang ramai."

Mereka kemudiannya diarahkan ke masjid berdekatan dan apabila ke sana, mereka diarahkan untuk menyebut perkataan dalam "bahasa asing" selain diambil cap ibu jari.

Laporan polis berhubung perkara berkenaan dibuat seminggu selepas itu.

Dakwaan berkenaan dinafikan pihak berkuasa agama Islam Sabah, dan berkata mereka menjalankan tugas mereka berdasarkan kertas kerja tanpa sebarang paksaan kepada penduduk pribumi Kristian ditukar agama kepada Islam.

Kenyataan rasmi Jabatan Agama Islam Sabah berkata, semua nama penduduk kampung diserahkan sekumpulan umat Islam yang menemui mereka dan berkata penduduk kampung berkenaan berminat untuk menganut Islam.

"Kumpulan Muslim itu menguruskan segalanya. Jabatan agama hanya berada di sana untuk pendaftaran dan penukaran agama," kata pihak berkuasa agama tersebut kepada The Malaysian Insider.

Peguam berkata, usaha menukar agama penganut Kristian kepada Islam bukanlah satu kesalahan di Malaysia.

Pihak berkuasa bagaimanapun boleh menyiasat sekiranya berlaku dakwaan jenayah dan rasuah kerana dakwaan penduduk kampung itu perlu disertakan bukti.

Ketegangan agama meletus apabila Mahkamah Rayuan pada Oktober memutuskan akhbar mingguan Herald dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut mengeruhkan keadaan dengan merampas sejumlah 300 kitab Bible berbahasa Melayu daripada premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara termasuk Bible berbahasa Iban.

Kenyataan Paderi Lawrence Andrew bahawa gereja Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam program keagamaan berbahasa Melayu turut mencetuskan ketegangan apabila kumpulan penyokong Umno mengadakan bantahan secara terbuka.

Ia turut mencetuskan insiden gereja di Pulau Pinang dibaling dengan bom "molotov cocktail" minggu lalu.

Penganut Kristian membentuk sejumlah 10% daripada keseluruhan 2.8 juta populasi di negara ini.
Dua pertiga daripada mereka merupakan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka.

Kajang: Kehadiran Anwar elak BN guna darurat rampas Selangor, kata Rafizi

Posted: 04 Feb 2014 12:19 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


PKR tidak mahu Selangor dirampas menerusi pengisytiharan darurat oleh Barisan Nasional, kata Rafizi Ramli. Gambar fail.PKR tidak mahu Selangor dirampas menerusi pengisytiharan darurat oleh Barisan Nasional, kata Rafizi Ramli. Gambar fail.



























Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjadikan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu, kata PKR.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Umno dan BN pernah menggunakan pendekatan berkenaan pada 1977 di Kelantan apabila mengisytiharkan darurat dan merampas kuasa kerajaan negeri daripada PAS.

"Kita tidak menolak kemungkinan bagaimana isu kaum dan agama dimainkan. Dahulu, Umno pernah melakukannya di Kelantan. Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri. Ia pernah berlaku sebelum ini.

"Jika isu agama di Selangor berterusan dengan demonstrasi di sana sini setiap minggu terhadap agama lain dan kenyataan sensitif dikeluarkan, ia memberikan pelbagai kemungkinan kepada Umno Selangor dengan menggunakan isu di negeri itu untuk campur tangan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Pertengahan bulan lalu, Umno Selangor mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan bersiri (roadshow) untuk mendidik umat Islam di negeri itu tentang undang-undang mengenai penggunaan kalimah Allah.

30 siri jelajah yang dijangka disertai semua 22 bahagian Umno di Selangor itu akan digunakan sebagai pentas mendidik umat Islam mengenai Enakmen 1988 Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam), undang-undang yang melarang semua penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan 34 perkataan bahasa Arab yang lain di negeri itu.

Rafizi berkata, BN akan mendakwa Selangor berada dalam keadaan rapuh yang seterusnya membolehkan kerajaan persekutuan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, situasi politik yang semakin mencabar di Selangor memerlukan seorang pemimpin berwibawa seperti Anwar bagi menjawab sesuatu isu dengan lebih pantas.

"Mereka akan mendakwa Selangor berada dalam keadaan rapuh sehingga membolehkan campur tangan kerajaan persekutuan dan Ordinan Darurat. Masalah politik memerlukan pemimpin berwibawa dan orang yang sesuai adalah Anwar.

"Anwar respon kepada isu politik dan membuat keputusan lebih cepat. Abdul Khalid mengambil masa yang lebih lama untuk menjawab isu tersebut. Sebab itu jika anda parti pembangkang dan melihat lawan anda beri respon lebih pantas, teknik permainan harus diubah.

Rafizi mendakwa, strategi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah diketahui dan sudah tiba masanya mereka menukar strategi politik di negeri itu.

"Sejak empat tahun lalu, mereka mengetahui cara Abdul Khalid, cara kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor berikan respon. Teknik keseluruhan perlu diubah," katanya.

Kelantan diisytiharkan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 atas permintaan kerajaan persekutuan setelah berlaku rusuhan jalanan di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Mohamad Nasir daripada PAS yang merupakan sebahagian daripada BN pada 1974 berdepan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti Islam itu kerana ingkar arahan parti.

Usul tidak percaya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menyaksikan 20 Adun PAS menyokong usul itu sementara 13 Adun Umno dan seorang daripada MCA keluar membantah usul.

Mohamad enggan meletakkan jawatan yang kemudiannya menggesa Speaker membubarkan DUN tetapi ditolak.

Penyokong Mohamad kemudiannya mengadakan demonstrasi jalanan sehingga berlaku keganasan.

Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan di Parlimen hari berikutnya (9 November) memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan mengambil alih pentadbiran negeri.

Pada Mac 1978, satu pilihan raya diadakan di Kelantan yang ditandingi oleh PAS, Umno dan Berjasa, satu parti yang ditubuhkan oleh Mohamad.

Umno menang pilihan raya itu dengan 23 kerusi sementara Berjasa menang 11 kerusi dengan PAS hanya dua kerusi membolehkan Umno membentuk kerajaan.

Kuasa itu kekal sehingga PAS-Semangat 46 mengambil alih pada 1990

PAS gerak jentera bantu kempen Anwar di DUN Kajang

Posted: 04 Feb 2014 12:16 AM PST

Oleh : MOHD EZLI MASHUT


SHAH ALAM: PAS Pusat dan Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS melantik Dr Mohd Hatta Ramli yang menjadi Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK DUN Kajang.

"Pada masa sama, kita ingin pertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor tidak berbangkit," katanya dalam satu kenyataan.

Haji Abdul Hadi AwangAbdul Hadi berkata, PAS mengecam hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001-2003) dan Menteri Industri (2003-2006) Bangladesh yang juga Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami.

Abdul Hadi berkata, Matiur Rahman dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan.

"PAS mendesak pihak Tribunal tidak harus menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak dan mendengar kritikan badan guaman serta hak asasi manusia antarabangsa," katanya.-NFN-

Abdul Khalid penting dalam pentadbiran Selangor selepas PRK Kajang- Anwar

Posted: 04 Feb 2014 12:13 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal dalam pasukan pentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar berkata, butiran lanjut berkenaan kedudukan Abdul Khalid hanya akan dibincangkan selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi kerusi berkenaan.

"(Kedudukan Abdul Khalid), kita akan uruskan selepas PRK dan peranan Khalid penting berdasarkan rekod kejayaan beliau.
Anwar
"Sama ada kedudukannya sama atau berbeza, saya rasa beliau perlu memainkan peranan untuk membantu Selangor," katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider.

Anwar menegaskan, sokongan semua pemimpin termasuk Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Abdul Khalid, dan dirinya adalah satu 'bayangan pasukan' yang akan mentadbir negeri terkaya di Malaysia selepas selesai PRK Kajang itu.

"Anwar harus menang DUN Kajang dulu … saya perlukan sokongan mereka," katanya.

Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Abdul Khalid selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasna berkenaan, Lim Chin Cheh meletak jawatan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Krisis dalaman Umno bakal musnahkan parti itu?

Posted: 04 Feb 2014 12:07 AM PST

 


Datuk Seri Najib Razak kini berdepan tekanan yang kuat dari dalam serta luar partinya.Malah, adiknya sendiri Datuk Nazir meluahkan kebimbangannya, sambil menasihati Najib melakukan yang terbaik buat negara.

Penentangan terhadap pentadbiran Najib datang daripada pihak konservatif Umno yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun.

Isu Allah yang ditimbulkan pimpinan veteran parti itu dilihat senjata paling ampuh bagi menumbangkan Najib.

Di samping itu, tekanan dari luar Umno turut menyebabkan Najib dilihat tidak lagi stabil.

Rakyat Malaysia menghentamnya berhubung kenyataan harga kangkung yang dibuatnya. Kini Najib berdepan cabaran bagi mengemudi BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Kajang yang ditandingi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah tentu Najib tidak dapat menghadapi laluan getir di dalam pilihan raya kecil itu.

Pelbagai pihak berkata Najib seakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap isu Allah dengan berkata penyelesaian 10 perkara yang ditandatanganinya menjelaskan kalimah tersebut bebas digunakan penganut ajaran Kristian. Bagaimanapun, setiap negeri mempunyia enakmennya sendiri.

Bekas presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim menulis di dalam tweetnya: "Putrajaya mahu menyerahkan tanggungjawabnya kepada Selangor. Satu alasan pemimpin pengecut."

Najib mendiamkan diri ketika ketegangan agama di antara umat Islam serta penganut Kristian berlanjutan. Apabila beliau bersuara, ternyata kenyataannya mendatangkan rasa kecewa.

Prestasi BN yang merudum ketika PRU13 menyebabkan Najib kini diserang pengkritiknya. Perkara yang sama pernah menimpa bekas Perdana Menteri kelima of Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009

Prestasi Najib lebih teruk kerana BN kehilangan undi popular buat kali pertama tetapi beliau meraih lebih banyak kerusi parlimen (88 kerusi) berbanding Tun Abdullah pada PRU12 (79 kerusi).

Ini disebabkan berlakunya Tsunami Cina yang menyebabkan masyarakat itu mengundi DAP.

Bolehkah Najib mengekal kedudukannya selaku perdana menteri? Adakah Umno akan tetap menerimanya walaupun beliau dilihat kurang berjaya mengekalkan populariti?

Pensyarah Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Faisol Keling berkata: "Kegagalan Najib melakukan transformasi serta ketidakupayaannya mengurus negara dengan berkualiti memberikan kesan besar kepada pengaruhnya, di dalam Umno sendiri."

Faisol berkata, pentadbiran Najib gagal melakukan analisa sewajarnya bagi kesejahteraan ekonomi negara.

"Ketika era Mahathir, pembuat dasar seperti Tun Daim Zainuddin merupakan tokoh berwibawa.
"Najib kini dilihat gagal menangani pelbagai isu, baik oleh masyarakat serta ahli Umno.

"Imejnya pernah menjadikan beliau diangkat. Kini, prestasinya sebagai Perdana Menteri diadili melalui kepimpinannya," tambah Faisol.

Beliau juga kurang optimis bahawa Najib bakal mempertahankan pengaruhnya ketika berdepan kritikan daripada partinya sendiri.

Ketika ditanya kemungkinan Tun Mahathir kembali menerajui negara, Faisol berkata: "Saya kurang pasti sejauh mana Mahathir mampu kembali menerajui negara. Beliau mampu memberi pendapat.

"Tetapi kerana usianya, sukar bagi Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan."

"Memang benar ada yang menggesa beliau kembali kerana pencapaiannya ketika menjadi Perdana Menteri."

Najib bagaimanapun tentu tidak akan membiarkan dirinya jatuh. Apa yang bakal berlaku? Umno bakal roboh dari dalam?

Sumber: Ant Daily (BM)

PRK Kajang: BN umum calon dalam masa terdekat

Posted: 04 Feb 2014 12:02 AM PST

KL TODAY



KAJANG – Calon Barisan Nasional (BN) akan dipilih dengan teliti selain memastikan individu itu diterima rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, calon berkenaan juga haruslah mempunyai prestasi dan kredibiliti yang baik serta merupakan anggota parti komponen BN.

"(Pemilihan calon) kita akan putuskan dalam tempoh yang terdekat," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN kepada media selepas membuat tinjauan mengejut bagi memeriksa harga barang di Pasar Raya Econsave di sini.

Mengiringi beliau ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ditanya mengenai calon BN yang dikatakan dari MCA, beliau berkata:"Kerusi itu merupakan kerusi MCA. Walaupun ada pelbagai pandangan, ini tidak dapat diputuskan sehingga dibincangkan dengan Presiden MCA dan lain-lain komponen dalam parti.

"Semua ini terserah kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Kerusi Dun Kajang kosong selepas anggota Dun itu Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.

Kajang mempunyai 39,030 pengundi dengan 48.3 peratus daripadanya Melayu, Cina (40.5 peratus), India (10 peratus) dan kaum lain (1.2 peratus).

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.

Ahmad Maslan Kena Tibai Setiap Penjuru, Dalam Islam Beliau Perlu Dikenakan Hukuman Sebat!

Posted: 03 Feb 2014 11:58 PM PST

KELAB GREENBOC


SPR selar Ahmad Maslan mahu jadikan isu Liwat II bahan kempen di Kajang


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

"Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.

"Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.

Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.

"Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah," katanya dilapor Malaysiakini.

Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta.

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Dalam mengulas kenyataan Ahmad, Abdul Aziz menggesa semua pemimpin politik agar menasihatkan pengikutnya agar tidak melakukan sebarang bentuk provokasi.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila penyokong parti politik cendrung melanggar peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon.

"Kami boleh memberikan kawalan tetapi parti politik perlu memberikan kerjasama untuk menasihati pengikut mereka.

"Kebanyakan mereka ini, cakap lain, buat lain. Semasa hari penamaan calon diingatkan adalah dilarang memberikan ceramah politik dan menggunakan pembesar suara," katanya yang meminta segala bentuk keganasan yang pernah berlaku dalam PRK sebelum ini tidak diulangi.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR N. Surendran mendesak SPR mengutuk kempen Umno itu selain meminta Najib memberikan penjelasan berhubung kenyataan Ahmad.

Katanya, Abdul Aziz perlu lebih pro aktif dalam mempertahankan integriti proses pilihan raya.

"Kegagalan SPR berbuat demikian membuktikan mereka 'tidak bertaring' dan cenderung menyebelahi BN," kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata SPR akan mengkaji bentuk perundangan yang dapat menghalang mana-mana wakil rakyat meletak jawatan tanpa alasan munasabah.

Katanya, seseorang wakil rakyat yang dipilih rakyat perlu bersedia untuk berkhidmat dalam tempoh lima tahun dan bukan sewenang-wenangnya menyalahgunakan sistem demokrasi.

"Mereka ini jika disahkan sakit tenat, tidak mengapa. Ini telah menyalahgunakan kebebasan. Sewajarnya mereka harus bersedia untuk tempoh lima tahun.

"PRK bukan sahaja merugikan pihak tertentu tetapi juga media, jabatan kerajaan dan anggota polis," katanya yang mengesahkan PRK Kajang akan diadakan setelah penyandang kerusi itu memaklumkan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.

Sebelum ini, PKR menyifatkan PRK Kajang sebagai satu mekanisme pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) walaupun terpaksa membelanjakan wang untuk menjalankan pilihan raya. -TMI

Lanjutkan fitnah, Ahmad Maslan tak tahu hukum qazaf?


KUALA LUMPUR 3 FEB: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan diingatkan tentang undang-undang syariah mengenai hukuman qazaf sebelum mengeluarkan kenyataan menuduh seseorang melakukan zina.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Umno begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan kes Fitnah II sebagai modal kempen BN dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

"Hukum tuduhan zina dan liwat jatuh dalam hukum qazaf (tuduhan zina). Jadi sepatutnya mereka ini dijatuhkan hukuman sebat.

"Tak sampai ke mana pun kalau itu (cara) kempen dibuat. Niat Ketua penerangan Umno tu sendiri sudah tidak ikhlas dengan Islam," kata Muhammad ketika dihubungi Keadilandaily.

Tambah Muhammad, tuduhan itu memperlihatkan parti itu terus mempermain hukum Allah semata-mata ingin memenangi pilihan raya kecil DUN Kajang.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO itu berkata, video lucah seorang lelaki menyerupai Anwar dijangka menjadi modal kempen BN dalam PRK kali ini.

"Sehingga hari in Umno terus permain hukum Allah. Saya yakin rakyat kini lebih tahu menilai dan akan membuat keputusan dengan lebih bijak dan rasional.

"Rakyat sendiri boleh mendapatkan hujahan daripada Datuk Seri Anwar sendiri atau mana-mana pimpinan KEADILAN dalam kempen nanti," ujarnya.
- KD


Ahmad Maslan jangan malukan orang Johor dengan pemikiran lucah


Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar menyelar kenyataan Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berhubung kempen lucah yang ingin dijaja sepanjang musim kempen Pilihanraya Kecil N25 Kajang nanti.

Disaat rakyat masih bergelut dengan kesan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan, Ahmad Maslan tanpa segan silu merendahkan fikrah rakyat dengan kenyataan beliau tersebut.

AMK Muar dengan ini menasihatkan Ahmad Maslan agar tidak terus menerus memalukan diri sendiri dan juga rakyat Johor amnya dengan pemikiran separuh masak memandangkan kedudukan beliau sebagai seorang anggota kabinet Persekutuan Malaysia.

AMK Muar juga amat berharap agar seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Kajang khasnya untuk menolak permainan politik kangkung begini.


Di saat merayakan pesta demokrasi, seharusnya semua pihak bersaing dengan menggunakan hujah yang dapat memberikan kesan positif kepada kehidupan rakyat bukannya terus terperangkap dalam aksi kempen kuno yang bersandar kepada serangan peribadi ataupun kisah-kisah lucah dan hasutan pergeseran kaum.

AMK Muar turut ingin menasihatkan Ahmad Maslan agar bertaubat dan jangan lagi menjadi seorang pemimpin yang mengajar khalayak muda negara ini dengan isu-isu lucah.

Adalah lebih baik Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri Kewangan memberikan penjelasan mengenai Akujanji BN dalam PRU 13 tempohari yang tidak ditunaikan sehingga kini. Slogan Janji Ditepati telah pun bertukar menjadi Janji Dimungkiri.

Saiden Muslimim Ismail
Naib Ketua 1
Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar
- KD

ULASAN GB

Rata-rata pemimpin UMNO jahil mengenai hukum Islam. Itu sebab mereka gemar memfitnah malah berbangga dengan fitnah yang mereka lakukan.

Yang paling pandai dalam agama pun di kalangan mereka iaitu Jamil Khir telah menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Dan kebanyakan mereka berbangga bergambar dengan Raja Blogger Seks yang merupakan pemfitnah tegar yang mereka bela, papagomo namanya:


Dan tidak hairan Ahmad Maslan juga gemar dengan fitnah seks dan liwat kerana beliau dikenali sebagai amat mesra dengan papagomo.


Kita ingin beritahu kepada menteri-menteri termasuk sekalian blogger pro-UMNO yang memfitnah tentang qazaf itu bahawa mereka mungkin terlepas sebatan di dunia, tetapi ingatlah wahai mereka bahawa sebatan itu akan tetap terlaksana di "sana".

Anwar : Prestasi Abdul Khalid cemerlang, jana pendapatan ekonomi Selangor

Posted: 03 Feb 2014 11:51 PM PST

Oleh : AFIX REDZUAN


KAJANG,: Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peranan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjana pendapatan ekonomi negeri itu akan dikekalkan.

Katanya, perkembangan dan peningkatan ekonomi Selangor jelas menunjukkan prestasi Khalid boleh dibanggakan.

"Kita bangga prestasi ekonomi Selangor di bawah Khalid kerana beliau seorang yang cermat. Kalau orang kata beliau kedekut tetapi itu berlaku kerana membabitkan wang rakyat dan bukan satu kelemahan.

DSC_9807"Sejarah Selangor, pimpinan silih berganti tetapi prestasi ekonominya di bawah Khalid terbaik dalam sejarah negeri ini," katanya di hadapan hampir 350 penyokong di Taman Mesra, di sini, semalam.

Tegasnya, Abdul Khalid adalah kebanggan Selangor sebagai anak jati dan Menteri Besar yang telus serta tegas menentang rasuah.

Sementara itu, Tan Sri Abdul Khalid dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kajang yang disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula akan bermesyuarat bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi, pada 5 Februari ini.-NFN-

Anwar ‘mengaku kalah’ jika lawan Lee Chong Wei

Posted: 03 Feb 2014 11:47 PM PST

Chong wei vs anwar

Oleh : AFIX REDZUAN


KAJANG: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mengaku kalah' jika jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertanding dalam pertandingan badminton menentang beliau.

Anwar menegaskan tidak akan menarik diri atau mengaku kalah dalam pertembungan pilihan raya sebagai menjawab tomahan dan cadangan dikemukakan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya jaguh badminton itu diletakkan sebagai calon menentang beliau.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau adalah antara peminat Chong Wei dalam sukan badminton dan percaya pemain nombor satu dunia itu akan membuat pertimbangan bijak.

"Saya kebetulan minat Chong Wei dan mengaku kalah dalam badminton. Dalam politik beliau ada keyakinan dan saya yakin Chong Wei akan mendoakan kalau saya bertanding," katanya ketika berucap di Taman Mesra, di sini, semalam.

DSC_9803Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengulas berkenaan modus operandi BN yang akan mengitar semula kempen serangan terhadap Anwar melalui video seks dan kes Fitnah II.

"Serangan media hina dan aib, bahkan Umno masih belum menukar cara yang digunakan setiap kali pilihan raya sejak 15 tahun lalu. Fitnah seks bermula daripada bangun tidur dan hingga tidur juga masih fikir seks.

"Setiap kali pilihan raya ini cara yang dijangka iaitu seks belum berakhir. Saya serah kepada Allah dan anda untuk fikir sebaiknya," katanya.

Anwar berkata, hanya bertemu dengan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dua jam sebelum beliau menyerahkan surat perletakan jawatan.

DSC_9852"Saya hanya menemui Chin Cheh antara satu hingga dua jam sebelum beliau serah surat jawatan. Ada yang kecam dan bingung, bahkan saya dikatakan tamak tetapi tidak mahu jawab jika berniat buruk.

"Saya tidak tersinggung kalau ada yang tanya. Tidak betul ada pergeseran dua tokoh dan saya tidak perlu masuk campur," katanya.

Beliau turut memuji ketokohan mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat yang cekal menangkis serangan BN berseorangan selama ini dan kini giliran Selangor serta Pulau Pinang untuk berhadapan perkara sama selepas menang, sejak 2008.-NFN-

Petrol mahal sekali ganda di estet Sabah

Posted: 03 Feb 2014 11:41 PM PST

Seliter petrol RON95 RM2.10 di stesen minyak biasa dijual di estet antara RM4.50 dan RM5 setiap 1.5 liter.




SANDAKAN : Harga petrol, barangan kawalan 100% lebih tinggi di estet  kelapa sawit di pedalaman Sabah.

Harga seliter petrol RON95 yang biasa didapati pada RM2.10 di stesen minyak biasa didapati dijual di kedai-kedai runcit di estet pedalaman pada harga antara RM4.50 hingga RM5 setiap 1.5 liter.

Kedai-kedai runcit kecil berkenaan menjual petrol dalam bekas botol air mineral bersaiz 1.5 liter, dan menjadi satu-satunya pilihan bagi para pekerja dan keluarga yang tinggal jauh dalam estet di pedalaman Sandakan dan Lahad Datu.

Walaupun ditegah pihak berkuasa, petrol berkenaan masih dijual dalam bekas-bekas botol air 1.5 liter bagi memudahkan kedua-dua pihak penjual dan pembeli, termasuklah penunggang motorsikal yang agak ramai.

Menurut seorang peruncit, harga petrol terpaksa dinaikkan sebab kos pengangkutan adalah sangat tinggi, lagipun tiada stesen minyak yang berdekatan untuk para pengguna petrol mengisi kenderaan mereka.

"Ini minyak bukan saya suka-suka naik harga mah, orang minta tolong beli jual dari bandar, mana kita jual harga sini harga lebih murah dari bandar, ini sangat jauh masuk hutan, kita pun guna minyak pergi angkat lagi kereta pun kadang-kadang rosak," kata seorang Apek yang juga bekerja di ladang senaraian Bursa Saham Kuala Lumpur dekat  sempadan Sandakan-Lahad Datu.

Katanya, kadang-kadang dia terpaksa ke pekan Kinabatangan mengambil bekalan minyak terutamanya petrol.

Tionghua dan Bugis


Kebanyakan kedai runcit yang menjual minyak tersebut adalah kaum Tionghua dan Bugis yang juga kakitangan atau ada kaitan dengan pengurusan ladang-ladang berkenaan.

Seorang lelaki pekerja estet yang sempat ditemui FMT berkata, mereka di estet tidak merungut harga petrol yang begitu tinggi kerana faham kedudukan mereka amat jauh dari pusat bandar yang menjadi tumpuan bekalan dan borongan.

Sebaliknya, kata pekerja itu, pihak kerajaan sepatutnya mengambil kira keadaan ribuan pekerja dan keluarga mereka yang bekerja di estet-estet yang jauh di perosok hutan apabila memberikan subsidi minyak.

"Mungkin kerajaan boleh berbincang dengan pihak syarikat perladangan bagi membolehkan kami membeli petrol di kawasan ladang pada harga bersubsidi iaitu pada RM2.10 seliter bagi RON95 tapi kenalah memikirkan kaedah yang sesuai," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Joe saja.

Menurut Joe, mujurlah  majikannya ada memperuntukkan sedikit elaun minyak motorsikal untuk membuat kerja rondaan di ladang, kalau tidak dia terpaksa membelanjakan wang yang lebih banyak untuk perjalanan seharian motornya.

Menurut penyata kerajaan setakat 10 Januari, 2014, kerajaan Malaysia masih memberi subsidi sebanyak 63 sen bagi setiap liter RON95 kepada warganegaranya.

Mahfuz: PAS tak gentar ugutan ‘Mat Blur’

Posted: 03 Feb 2014 11:35 PM PST

 
Datuk Mukhriz Mahathir akan membuka fail lama termasuk projek pembalakan di Pedu dan pembinaan kampus kolej universiti Insaniah (Kuin).




KUALA LUMPUR: PAS tidak gentar dengan ugutan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu mendedahkan penyelewengan PAS semasa mentadbir negeri itu sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, parti itu tiada niat untuk menyembunyikan sebarang salah laku pemimpin PAS semasa mentadbir Kedah semasa tempoh 2008 hingga 2013.

"Saya persilakan Mukhriz untuk membongkar segala apa yang dimaksudkan jika wujud sebarang penyelewengan yang berlaku di zaman kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS di sini hari ini.

Mukhriz dipetik laporan Utusan Malaysia minggu lalu berkata, pihaknya akan membuka fail lama termasuk projek bermasalah di negeri itu termasuk projek pembalakan di Pedu dan isu pembinaan kampus kolej universiti Insaniah (Kuin).

"Sudah tiba masanya kita pertimbangkan untuk buka fail lama mengenai Pedu dan Kuin, banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang mereka (PAS Kedah) mentadbir. Saya ingat dulu kita tidak perlu buka fail lama.

"Tetapi kalau mereka hendak tunjuk kononnya mereka bersih kita kotor, kita boleh tunjukkan bukti dengan mudah bahawa sepanjang lima tahun lalu banyak penyelewengan berlaku," kata Mukhriz.

Mahfuz berkata, walaupun mengakui Barisan Nasional (BN) mempunyai kuasa penuh menyiasat kes-kes tersebut, tetapi perkara itu tidak akan menghalang PAS daripada terus mendedahkan salah laku pentadbiran Mukhriz yang digelarnya sebagai 'Mat Blur'.

`Tak boleh ugut PAS'

"Mereka boleh siasat tapi tak boleh ugut PAS persoalkan segala kepincangan dan salah laku dan beliau harus jawab apa yang berlaku mengenai hal-hal semasa.

"Antaranya isu pembelian kereta, pemindahan Kuin yang semakin sekarang belum dijawab," katanya.

Menurut Mahfuz, cara Mukhriz ini seperti mengulangi zaman pemerintahan diktator bapanya Tun Dr Mahathir Mohammad 'mendiamkan' pegawai kerajaan semasa menjadi pemimpin dahulu.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata, beliau bimbang perbuatan sama akan berulang apabila pegawai kerajaan diugut daripada bersikap telus dan terus membiarkan penyelewengan berlaku.

"Kalau ada yang tak bersetuju dengan Mukhriz mereka tak akan berani tegur Mukhriz kerana bimbang fail-fail mereka akan dibuka.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  harus masuk buat siasatan yang mungkin berlakunya penyelewengan," katanya.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Peguam Negara (AG) yang lambat mengemukakan pendakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melakukan penyelewengan program 1Azam.

Pecah amanah

Bekas Setiausaha Politik dan seorang pengarah sebuah yayasan itu dilaporkan sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan pada 29 Januari atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.

Bagaimanapun mereka dilaporkan telah diikat jamin sebanyak RM50,000 pada 27 Januari lalu.

"Saya hairan kenapa sehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan AG terhadap bekas Setiausaha Politik kepada seorang menteri sebelum ini walaupun ia telah pun disiasat oleh SPRM.

"Laporan media jelas mengatakan akan ada pendakwaan, tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada pendakwaan dilakukan di mana-mana mahkamah.

"Kita tidak mahu perkara ini diam begitu sahaja, kita berharap pendakwaan dilakukan dengan segera dan Peguam Negara perlu tegas dalam hal sedemikian," katanya.

Sebelum ini, pengerusi panel penasihat perundingan dan pencegahan rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar dilaporkan bimbang mengenai spekulasi kes tersebut yang sehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan.

Johan dalam kenyataannya menegaskan Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan berhubung kes tersebut agar ia dapat meredakan spekulasi mengatakan ada campur tangan politik atau pendakwaan terpilih.

Ribuan dengar penjelasan Anwar di Kajang

Posted: 03 Feb 2014 05:50 PM PST

MSO


Orang ramai melimpah ke luar bila dewan penuh.










Serangan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak yang taksub kepada Umno atau sedia menjadi alat kepada pemimpin parti Melayu itu terhadap Anwar yang dirancangkan bertanding di DUN Kajang, ternyata tidak berbekas.

Bahkan serangan dan kritikan kepada tindakan Adun PKR mengosongkan kerusi dan mahu meletak ketua pembangkang bertanding di situ oleh para sarjana upahan menerusi tv, juga sia-sia. Sebaliknya serangan dan pembalunan itu memberi daya tarikan untuk orang ramai mengetahui apa yang berlaku.

Serangan ke atas Anwar bertalu-talu sebaik pelan transisi MB yang dikenali Gerakan Kajang itu dimulakan beberapa hari lepas. Ini terbukti malam ini apabila ribuan hadir di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang untuk mendengar penjelasan Anwar berhubung pelan berkenaan, sekejap tadi.

Sebaik saja selepas Maghrib orang sudah berpusu-pusu ke situ. Dewan penuh sesak menyebabkan orang ramai hanya berlegar di luar dewan. Beberapa buah khemah disediakan di luar dewan juga penuh. Jalan Sg Sikamat -  Kajang hampir setengah kilometer dipenuhi kereta kiri kanan. Melihat kereta besar dan mewah yang diparking di kiri kanan jalan jelas sambutan dan dokongan terhadap Anwar tidak berubah dan pelan transisi itu disetujui.

Melihat suasana malam ini menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim masih popular dan segala bentuk serangan dan cemuhan ke atasnya tidak menghakiskan sokongan terhadapnya. Keadaan ini sudah tentu menjadi pemimpin UBN akan pening kepala kerana apa juga usaha untuk memburukkan Anwar tidak menjadi.

Dalam ucapan tadi, Anwar menjelaskan pelan transisi atau Gerakan Kajang itu bukan kerana hendak memenuhi kehendak nafsunya menjadi MB selepas gagal jadi PM seperti dakwa pihak Umno, tetapi ia untuk menatijahkan perkara lebih penting dari itu demi rakyat.

Antara apa yang menjadi hasratnya Pakatan Rakyat perlu menjadikan Selangor sebagai modal kerajaan Pakatan Rakyat yang akan diyakini rakyat dengan tata tadbiran yang sempurna. Dengan cara itu ia akan menjadi asas baik untuk menyakinkan rakyat menyakini Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya.

Menurutnya agama menjadi tunggak dalam pengukuhan itu.

"Kita perlu perkukuhkan Selangor untuk Pakatan Rakyat, bila Selangor kukuh PKR, DAP dan Pas juga kukuh," jelasnya.

Dalam masa sama juga katanya semua parti Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP perlu memperkuatkan kedudukan untuk mencapai apa dihajati itu. Apa yang dirancangkan bukan saja untuk PKR tetapi untuk Pakatan Rakyat.

"Jadi semua pihak kena turun mendekati rakyat dan merayu undi dari rakyat bila pilihan raya nanti," kata Anwar.

Turut hadir dalam majlis itu ahli Parlimen Hulu Langat Dr Rosli, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan lain-lain. Anwar dalam kesempatan itu memuji pentadbiran Khalid selama enam tahun di Selangor yang berjaya meletakkan Selangor sebagai negeri yang maju dan berjaya mengukuhkan ekonomi negeri itu.

Nurul Izzah alu-alukan Khalid dilantik Pengarah PRK Kajang

Posted: 03 Feb 2014 04:57 PM PST

SELANGOR KINI 


SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengalu-alukan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Beliau berkata, kehadiran Abdul Khalid sebagai Pengarah PRK Kajang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah satu gandingan erat bagi melicinkan jentera PRK Kajang nanti.

"Tan Sri Abdul Khalid dengan rekod cemerlangnya menguruskan ekonomi negeri Selangor membabitkan pelbagai program untuk rakyat dan Datuk Seri Anwar selain rekod cemerlang ketika menjawat Menteri Kewangan juga cukup dikenali sebagai ahli politik tegar memperjuangkan kepentingan rakyat.

 "Saya yakin gandingan Abdul Khalid dan Anwar bakal menjadi satu gandingan yang mampu menggerakkan jentera kempen dengan lebih berkesan," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Nurul Izzah turut menemplak kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang membuktikan kecenderungan parti itu melakukan fitnah termasuk menggunakan politik seks sebagai bahan kempen politik mereka.

"Dia sekadar mendendangkan irama Umno yang gemar memfitnah dan menggunakan politik kotor seperti fitnah seks bagi meraih kemenangan.

"Ini adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dalam mendidik mentaliti yang sihat kepada masyarakat. Beginikah kita sebagai pemimpin membentuk mentaliti masyarakat? Lebih malang lagi seruan seperti ini dikeluarkan menteri sendiri dan inilah mentaliti menteri yang kita ada," katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Kajang mampu menilai, sekali gus menolak permainan politik kotor yang dibawakan Umno dalam PRK itu nanti.

"Pakatan Rakyat (PR) akan berbalik kepada isu bagaimana PRK ini akan digunakan sebagai peluang untuk mengatur langkah bagi melahirkan wawasan dan agenda reformasi bagi memartabatkan rakyat Kajang dan Selangor dengan lebih baik lagi," katanya.

UMNO fitnah saya lagi – Teresa Kok

Posted: 03 Feb 2014 04:50 PM PST


teresa kok lion

Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan para NGO pro-UMNO yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina "Onederful Malaysia" menunjukkan kebankrapan idea dan modal politik UMNO-BN. Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humour politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara.

Di sini saya ingin menjawab beberapa tuduhan serta hujah palsu yang mereka lemparkan terhadap klip video tersebut:

1) Tidak sebut tentang insiden Lahad Datu

Klip video "Onederful Malaysia" menyentuh tentang isu keselamatan di Sabah. Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah TANPA menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu, malah TIADA apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu.

Peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di kawasan perairan Sabah pada tahun lepas memang dirujuk dalam klip video tersebut. Ia adalah kejadian benar berlaku yang diketahui seluruh dunia.

Tuduhan Shafie Apdal terhadap saya menunjukkan beliau ingin memainkan isu perkauman dengan membangkitkan kemarahan tentera terhadap saya. Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa beliau tidak peduli masalah keselamatan yang dibimbangi oleh rakyat Sabah dan para pelancong dari seluruh dunia. Respons beliau adalah amat tidak bertanggungjawab bagi seorang Menteri Persekutuan yang berasal dari Sabah.

2) Tiada nama pemimpin negara termasuk Najib disebut dalam klip video: Bagaimana pemimpin UMNO dan konco-konco mereka boleh mencipta perkara yang tak wujud?

Tuduhan bahawa saya memalukan Perdana Menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya. Bagaimana orang-orang yang menuduh saya boleh menimbulkan dakwaan yang tak berasas ini? Apa yang sebenarnya mereka khayalkan dalam minda mereka?

3) Klip video tidak sentuh isu kaum atau merendahkan martabat Melayu

Ini satu lagi kegilaan segelintir golongan pro-UMNO yang rasis, iaitu apa saja kritikan terhadap kelemahan dan kesalahan kepimpinan UMNO akan dituduh sebagai "menghina" Melayu, seolah-olah hanya UMNO yang mewakili SEMUA orang Melayu di negara ini.

Tuduhan bahawa saya merendahkan martabat Melayu dalam ucapan permulaan saya dalam klip video tersebut adalah TUDUHAN PALSU. Tajuk klip video tersebut adalah kombinasi Mandarin dan Kantonis. "Ma Lai" (马来) dalam Mandarin bermaksud "kuda datang", "sai lei ah"(犀利啊)dalam Kantonis bermaksud "sangat hebat". Tahun Baru kali ini adalah Tahun Kuda dalam kalendar budaya Cina. Ucapan saya sebagai pengacara dalam program video tersebut langsung tidak sebut tentang orang Melayu.

Saya harap kumpulan pro-UMNO yang membuat tuduhan palsu itu agar segera bertaubat kerana ia boleh menimbulkan ketengangan kaum. Dan jika boleh, selidik dahulu Bahasa Mandarin dan Kantonis sebelum membuat tuduhan tak berasas yang akhirnya akan memalukan diri sendiri. Seperti kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, tentu kena muka sendiri.

Apakah UMNO cuba mengenepikan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan memainkan isu perkauman?

Isi kandungan klip video ini telah membayangkan beberapa isu semasa di negara kita yang dibimbangi oleh rakyat. UMNO sebagai parti utama dalam Barisan Nasional haruslah bertanya diri sendiri samada isu-isu yang disebutkan dalam klip video itu benar ataupun tidak, dan bukan dengan memutarbelitkan isi kandungan klip video tersebut dengan memainkan isu perkauman.

Sanggupkah UMNO menafikan pandangan dan sentimen rakyat terhadap mesej yang dibangkitkan dalam klip video "Onederful Malaysia" tersebut? Ramai orang Melayu sendiri sudah sedar tentang pembohongan UMNO-BN. Kerana itulah lebih 50 peratus rakyat Malaysia termasuk orang Melayu telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap penulis blog dan pemimpin BN?

Isi kandungan klip video "Onederful Malaysia" adalah satira politik yang tidak perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak, dan dengan itu tidak bersifat hasutan.

Satira politik merupakan humour yang mengajak rakyat, terutamanya rakyat yang berani berfikir serta sanggup menggunakan akal fikiran untuk berfikir, untuk memikirkan keadaan semasa dan masa depan negara kita.

Sekiranya pihak polis dan pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan dan malah mengambil tindakan terhadap saya, saya ingin tanya kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap golongan yang membuat tuduhan palsu terhadap saya dalam isu klip video ini?

Malah, lebih jauh dari itu, mengapa penulis blog UMNO yang membuat cerita palsu kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa dia mencabuli kehormatan seorang gadis bawah umur, tidak dikenakan tindakan?

Selain itu, kenapakah polis tidak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek yang membuat kritikan yang amat tidak sensitif terhadap calon wanita PAS di pilihanraya kecil Tenang bahawa beliau tidak berjabat tangan dengan lelaki?

Penulisan dan kenyataan tersebut yang menyakiti hati pemimpin Pakatan Rakyat tidak disiasat tetapi sekarang pihak polis dan kerajaan ingin mengambil tindakan untuk menyiasat satu klip video lawak jenaka yang menyindir isu semasa, bukankah ini membayangkan "double standard" pihak kerajaan dan PDRM?

Sekiranya saya diambil tindakan oleh pihak berkuasa, jadi saya akan menjadi producer klip video satira politik yang pertama diambil tindakan. Ini sudah tentunya merupakan "penindasan politik" dan "pendakwaan secara terpilih".

BN Tidak Akan Beri Laluan Mudah Dalam PRK Kajang - TPM

Posted: 03 Feb 2014 04:12 PM PST

MSTAR ONLINE


Muhyiddin Yassin



BANGI: Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana calon lawan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata walaupun ada pihak memberikan pandangan supaya BN tidak payah bertanding andai PRK DUN Kajang diadakan, amalan biasa BN ialah menawarkan peluang kepada pengundi untuk memilih calon.

"Saya tak fikir kita (BN) nak bagi laluan mudah untuk pihak pembangkang bertanding sama ada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja (yang bertanding)," katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan mengejut harga barang di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini pada Isnin.

Beliau berkata walaupun kerusi itu dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lalu, namun pengundi kawasan itu diberikan pilihan sekali lagi untuk memilih wakil rakyat mereka.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas anggota DUN itu, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Anwar yang juga Penasihat PKR sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.

Mengenai calon BN, Muhyiddin berkata ia akan diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN dengan mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen BN selepas pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Secara peribadi (tradisi) kawasan itu adalah kawasan MCA, ada yang berpandangan dengan kepimpinan baharu MCA, kemungkinan kita nak bagi peluang, nak menguji penerimaan pengundi disitu tentang kepimpinan baharu MCA," katanya.

Sementara itu, mengenai persekolahan empat anak pasangan Malaysia yang sedang ditahan di Sweden, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan hari ini telah mengeluarkan surat membolehkan mereka meneruskan pelajaran mereka.

"Isu ini tidak jadi masalah bagi kita. Kita bagi segala tempat bagi mereka belajar di sekolah yang dekat dengan tempat kediaman mereka.

"Kalau mereka kurang fasih Bahasa Melayu (BM), dalam tempoh pembelajaran nanti kita bagi sedikit penekanan supaya mereka boleh tumpu pada penguasaan BM," katanya.

Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba di tanah air Sabtu lepas. Mereka kini dijaga ibu saudara mereka di Kampung Bukit Tanah di Peringat, Kelantan.

Bapa dan ibu mereka, Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman pihak berkuasa Sweden sejak 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat. BERNAMA

Panel Pencegahan Rasuah Minta Penjelasan Jabatan Peguam Negara

Posted: 03 Feb 2014 04:11 PM PST

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang mengenai spekulasi dalam media berhubung dua bekas pegawai seorang menteri Kabinet yang belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan minggu lepas.

"Sebagai sebuah panel bebas, kami berasa bimbang tentang perkembangan ini kerana ia boleh menimbulkan spekulasi atau tanggapan mengenai campur tangan luar," kata pengerusinya Datuk Johan Jaaffar.

Dalam kenyataan kepada Bernama pada Isnin, panel itu menarik perhatian bahawa ia dengan tegas berpendapat bahawa untuk menampakkan ketelusan, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan.

Menurut panel itu, ia kesal terhadap spekulasi bertiup kencang mengenai campur tangan politik atau pendakwaan terpilih berhubung dengan perkara itu tetapi menambah ia percaya perkara seumpama itu tidak benar sama sekali.

Panel 11 anggota itu seterusnya berkata ia membantah keras sebarang campur tangan politik atau sebaliknya terhadap usaha SPRM untuk memerangi rasuah kerana ini boleh menghakis kepercayaan masyarakat terhadap SPRM, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan sendiri.

SPRM, dalam kenyataan sebelum ini berkata seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk, dan pengarah sebuah daripada yayasan yang diketuai oleh Datuk berkenaan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.

Panel itu berkata ia akan meminta penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara tentang mengapa kedua-dua mereka, seorang daripadanya ialah bekas setiausaha politik, belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan oleh SPRM, Isnin lepas.

Menurut Johan, apabila anggota-anggota panel menerima surat pelantikan semula untuk satu lagi penggal daripada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, perdana menteri mengulangi komitmennya bahawa walaupun SPRM menunjukkan penambahbaikan dalam usaha memerangi rasuah, ia seharusya meningkatkan lagi usaha ke arah itu selaras dengan aspirasi rakyat bagi menghapuskan rasuah.

Kedua-dua mereka ditangkap oleh SPRM dan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 seorang. Ia berkata ketiga-tiga yayasan itu ditubuhkan antara 1980-an dan 2011 tetapi tidak didaftarkan sebagai pertubuhan kebajikan atau persatuan.

Sebaliknya ia beroperasi sebagai syarikat.SPRM berkata kedua-dua mereka memegang jawatan sebagai pengarah dan anggota Lembaga Pemegang Amanah ketiga-tiga yayasan berkenaan, dan dana yayasan itu juga dikeluarkan dan ini bertentangan dengan objektif penubuhan ketiga-tiga badan itu.

Pegawai T-Team Buat Laporan Polis Pemain dan Pegawai Ditumbuk

Posted: 03 Feb 2014 04:06 PM PST

MTAR ONLINE


Stefano (kanan) didakwa telah ditendang di bahagian kemaluan dan Elvaldo Goncalves pula dipercayai ditumbuk di muka tiba di balai polis di Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis pada Ahad. 
 
 
PETALING JAYA: Seorang staf pasukan T-Team membuat laporan polis berikutan seorang pegawai dan pemain pasukan itu yang didakwa telah ditumbuk dan ditendang di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru pada Sabtu.

Laporan polis itu dibuat di Kuala Terengganu pada Ahad selepas pasukan T-Team tiba dari Johor tanpa menamatkan perlawanan menentang skuad JDT dalam pusingan kedua Piala FA.

Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.

"Manakala seorang jurulatih kecergasan iaitu Stefano Impagliazzo telah disepak di kemaluannya.
"Akibat kejadian itu, Elvaldo mengalami pendarahan di hidung dan Stefano mengalami kesakitan di kemaluannya," dakwa pegawai yang membuat laporan polis itu.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, JDT sedang mendahului 2-1 pada separuh masa pertama apabila pasukan T-Team membuat keputusan enggan meneruskan permainan ekoran kekecohan yang berlaku di terowong ke bilik persalinan itu.

T-Team kemudian bertindak meninggalkan stadium untuk terus pulang ke Kuala Terengganu.
Pegawai yang membuat laporan polis itu menjelaskan tujuannya hanyalah untuk menjaga keselamatan dan kepentingan pemain dan pasukan T-Team.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dilaporkan telah merujuk kes tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut.

JK Tatatertib: Insiden bukan bidang kuasa kami

Posted: 03 Feb 2014 04:01 PM PST

MALAYSIAKINI


Jawatankuasa


Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan isu pergaduhan antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan pasukan Terengganu T-Team Sabtu lalu di Stadium Tan sri Hassan Yunos, Larkin di luar bidang kuasa mereka.

Pengerusinya Datuk Taufik Abdul Razak menegaskan, sebarang hukuman mahupun siasatan akan dijalankan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan pada hari Khamis depan.

"Tunggu sahaja Khamis ini, kita (JKTT) tiada kuasa jatuhkan hukuman, kerana ia bawah Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, mereka mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman," katanya dalam sidang media di Wisma FAM, di ibu negara hari ini.

 Dalam insiden kelmarin, T-Team dilapor enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.

Bernama melaporkan, tindakan itu dipercayai akibat pemain import Brazil Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Pada masa itu, JDT mendahului 2-1 pada separuh masa.

Sementara itu, seorang petugas media yang merakamkan insiden pergaduhan pegawai pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team juga diugut supaya menghentikan rakaman.

Sementara itu, Taufik turut mengumumkan hukuman denda RM5,000 dan amaran keras kepada 17 pemain pasukan Kuala Lumpur yang dikatakan terbabit dalam skandal mengatur perlawanan.

PBNJ sedia kerjasama

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini menegaskan sedia bekerjasama dengan pihak polis ekoran insiden ketika pertandingan antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di Larkin, kelmarin.

Dalam kenyataan ringkasnya hari ini, PBNJ berkata, pihaknya maklum bahawa laporan polis dibuat berhubung insiden itu terhadap penangguhan perlawanan dua pasukan itu.

"PBNJ sedia memberi kerjasama dengan pihak polis dalam perkara ini," menurut kenyataan itu.

'Tak perlu ulas kempen seks, peraturan ada'

Posted: 03 Feb 2014 03:51 PM PST

MALAYSIAKINI




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengulas pendekatan kempen melibatkan isu seks Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno di Kajang kerana peraturan pilihan raya berkaitan perkara itu sudah jelas.

"SPR telah mengadakan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berkali-kali dan SPR telah memaklumkan peraturan-peraturan dan kod etika semasa kempen pilihan raya kepada semua parti-parti politik, di samping pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (yang) memantaunya.

"Mereka faham hal ini dan tak perlu saya ulas," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Malaysiakini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (kanan)  bahawa BN akan ketengahkan isu seks yang didakwa melibatkan Anwar dalam kempen pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau ditanya sama ada perkara itu melanggar peraturan dan tindakan yang mungkin diambil suruhanjaya itu.

Malaysiakini semalam melaporkan, rayuan kes Liwat II membabitkan Anwar dan video seks seorang lelaki menyerupainya dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ahmad berkata, pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.

Ketandusan ketelusan & demokrasi dalam PKR

Posted: 03 Feb 2014 03:46 PM PST

NATHANIEL TAN

 

 
 
 
ULASAN Isu Kajang merupakan titik perubahan untuk saya. Saya tidak mampu lagi mempertahankan perkara yang tidak boleh dipertahankan.

Perubahan pendirian sering kali dikaitkan dengan habuan. Saya berpendapat syak wasangka seperti ini biasanya memang wajar.

Selepas penulisan saya sebelum ini, beberapa orang bertanya mengenai untung yang saya perolehi ketika bekerja dengan kerajaan Selangor.

Dalam 3 tahun saya bekerja di sana, saya tidak kekurangan, dan pendapatan saya lebih kurang sama dengan rakan-rakan sekolah saya. Pertengahan tahun lepas, saya diberitahu perkhidmatan saya sudah tidak diperlukan.

Bekas majikan saya tidak memberitahu sebab-sebab perkhidmatan saya ditamatkan, dan saya juga tidak bertanya. Hari terakhir kerja saya adalah sekitar November 2013, dan saya tiada urusan dengan kerajaan Selangor sejak itu.

Sesiapa yang ingin melobi untuk kerja di kerajaan Selangor, saya cadangkan untuk bodek geng Anwar, bukan geng Khalid. Pada waktu ini, bodek Khalid tiada manfaatnya. Berdasarkan pengalaman saya, bodek Khalid pada bila-bila masa pun tiada manfaatnya.

Kebelakangan ini, muncul perkataan-perkataan seperti 'taktik', 'strategi', 'Mahathirsime', 'ketegangan kaum dan agama', 'menguatkan Pakatan Rakyat', dan sebagainya.

Saya akan menghuraikan perkara ini nanti, tetapi saya rasa isu yang paling penting tidak termaktub dalam senarai di atas.

Politik PKR diselubungi kegelapan

Pada hemah saya, masalah sebenarnya adalah pendekatan Anwar dan geng beliau dalam memimpin PKR, yang semakin ketandusan ketelusan, kebertanggungjawaban, dan prinsip-prinsip demokrasi.

Kita tanyakan soalan mudah: Bagaimanakah keputusan untuk melaksanakan pelan Kajang diputuskan?

Saya tidak tahu, anda?

Ramai yang buat spekulasi (termasuk saya), ramai yang menuduh ini dan itu, tetapi hakikatnya: tiada sesiapa di luar lingkaran ('inner circle') Anwar sendiri yang tahu.

Dalam PKR wujudnya Majlis Pimpinan Pusat yang terdiri daripada mereka yang kebanyakannya diundi secara demokratik, dan sebuah biro politik yang lebih kecil. Boleh kita katakan secara pasti bahawa semua anggota dua badan ini diberi peluang untuk memberi pandangan? Apakah wujudnya minit mesyuarat yang kita boleh rujuk?

Selain PKR, wujudnya pemimpin-pemimpin PAS dan DAP, serta anggota-anggota Dewan Negeri Selangor - semuanya yang dilantik secara demokratik sebagai wakil ahli-ahli parti serta rakyat. Beberapa antara mereka dirujuk dalam proses membuat keputusan besar ini yang melibatkan ketua kerajaan Selangor?

Adakah pandangan mana-mana wakil demokratik ini diminta? Ataupun 'projek' dilaksanakan dahulu baru seterusnya yang lainnya 'dibuli' untuk terima sahaja?

Pada hari Lee Chin Cheh letak jawatan sebagai ADUN Kajang, seorang pemimpin yang dari segi jawatan dikira antara sepuluh pemimpin tertinggi PKR berkata kepada saya: "I guess I'm always the last to know. Sigh."

Kalau beliau pun tidak dimaklumkan, apa lagi kita di akar umbi?

Ini insiden terkini - dan pada saya yang akhirnya melampaui batasan - dalam budaya PKR yang ghairah berpolitik dalam gelap, serta menolak ketelusan dan demokrasi dan menggantinya dengan urusan bilik-bilik sulit yang hanya dihadiri pihak-pihak tertentu dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

Mungkin kita yang bodoh-bodoh menantikan demokrasi dari parti yang ketua umumnya tiada sebarang mandat demokratik pun.

Isu-isu ini bukan jadi tumpuan media, tetapi pada saya, implikasi budaya politik ini yang semakin berleluasa adalah faktor yang paling penting dalam seluruh krisis ini.

'Rancangan lebih besar'

Sebelum ini, saya sehaluan dengan mereka yang percaya bahawa walaupun apa-apa masalah PKR, yang pentingnya adalah 'bersatu' menentang Umno.

Memang sedih apabila tiba harinya kita sedar bahawa mereka yang kita perjuangkan selama ini sanggup meniru budaya musuh demi mencapai matlamat politik sendiri.

Ramai antara yang kita semakin terdesak untuk meyingkirkan Umno - usaha yang tetap harus diperjuangkan.

Bagaimanapun, a) kita tidak wajar menggilakan matlamat tersebut sehingga melupakan prinsip, b) keterdesakan rakyat untuk menggantikan Umno tidak wajar diperalatkan oleh ahli-ahli politik lain.

Sudah terlalu lama sekarang, Anwar, PKR dan Pakatan merasai bahawa demi matlamat menumpaskan BN, semua cara dihalalkan.

Pada mereka, selagi tiada pilihan selain Pakatan dan Anwar (contohnya parti lain atau Khalid), rakyat akan terus sokong mereka walau apa pun dosa-dosa mereka.

Saya dulunya berfikir ada had pada pendekatan ini. Nampaknya tersilap.

Dua cerita

Kita mesti selalu berwaspada apabila kedengaran ahli politik kuat membuat kenyataan yang tidak masuk akal, sekaligus menganggap rakyat akan terima sahaja.

Dalam cerita The Life of Pi, dua orang Jepun diberi dua cerita dan ditanya: cerita mana yang anda lebih suka?

Soalannya bukan cerita mana yang anda fikirkan adalah benar. Soalannya adalah yang mana anda lebih suka?

Sering kali kita percaya apa yang kita mahu percaya, bukan apa yang disokong oleh fakta. Demokrasi kita tidak boleh matang selagi kita gagal menjadikan pertimbangan objektif sebagai tunjang pemikiran politik kita.

Cerita pertama

Terdapat dua cerita yang bakal membolehkan kita memahami motivasi sebenar projek Kajang.

Yang pertamanya telah dihuraikan dengan petah sekali oleh Rafizi Ramli. Kebijaksanaan dan kemahiran politik beliau jelas ternampak dalam cara beliau menulis pendapat-pendapat beliau.

Cerita ini menyatakan bahawa kita berada di ambang sebuah krisis politik, di mana geng-geng Mahathir kini bergerak untuk menyingkirkan Najib dan mewujudkan kembali ketegangan kaum dan agama yang serius.

Menurut cerita ini, demi menentang gerakan ini dan menakluk Putrajaya, Anwar mesti jadi ADUN Selangor.

Rafizi ingin kita percaya bahawa Pakatan mesti ada pilihan. Memilih antara Anwar atau Khalid sebagai MB kononnya akan jadi punca kestabilan.

Saya tidak berapa faham logik ini. Memandangkan proses yang perlu dilakukan untuk menukar MB dan pendirian PAS yang masih belum tentu, nampaknya projek Kajang sendiri yang bakal mewujudkan ketidakstabilan, yang sebelum ini hanya wujud akibat gerakan politik yang tak habis-habis oleh pemimpin parti.

Kita juga diberi amaran bahawa Selangor bakal menjadi seperti Kedah. Logik sekali lagi kurang kelihatan. Pakatan tewas di Kedah dalam PRU 13. Selangor pula bertambah lapan kerusi di bawah Khalid.

Ada pihak yang ingin kita percaya bahawa ada sebab-sebab lagi yang tidak boleh dibincangkan atau rahsia-rahsia yang kita tidak akan faham.

Kalau sebab-sebab sebenar berlakunya projek Kajang didedahkan, saya rasa bukannya rakyat tidak akan faham. Lebih mungkin rakyat tidak akan suka.

Cerita kedua

Kita boleh pertimbangkan juga cerita kedua. Dalam cerita ini, Khalid mentadbir kerajaan negeri dengan cara yang buat rakyat gembira, tetapi mengakibatkan politikus tidak gembira.

Tidak wajar kita buat dakwaan yang tiada bukti langsung. Dalam PRU 13, hanya tiga kerajaan negeri sahaja berjaya menambah jumlah kerusi dalam DUN. Negeri Sembilan (satu kerusi), Pulau Pinang (satu kerusi ) dan Selangor (lapan kerusi).

Ramai yang suka mendakwa tanpa bukti kukuh bahawa ini yang rakyat suka, itu yang rakyat tak suka. Adakah antara mereka mempunyai statistik yang lebih meyakinkan berkenaan prestasi atau 'kegagalan' Khalid?

Dalam tinjauan akhbar yang dibuat minggu lepas, 43 peratus responden kata Khalid harus terus jadi MB. Rafizi dapat 24 peratus, Anwar dapat 21 peratus.

Dalam cerita ini, faktor paling penting berkenaan Khalid adalah bahawa beliau tidak mudah dipengaruhi politik. Kalau tanya kepada musuh beliau, mereka akan kata ini adalah dalam isu dasar-dasar (tetapi saya tidak boleh fikirkan banyak dasar yang menjadi kontroversi). Kalau tanya pada penyokong beliau, mereka akan kata ini berkenaan keinginan pihak-pihak tertentu untuk jadikan Selangor sebagai 'sumber' yang lebih besar untuk aktiviti-aktiviti parti.

Adakah krisis ini semuanya hanya tentang duit?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu menilai secara objektif apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin terlibat. Kalau masuk akal, jawapannya tidak. Kalau tidak masuk akal, jawapannya mungkin ya.

Politik feudal dan DNA Umno

Ramai yang telah membandingkan PKR dengan Umno, tetapi jarang membuat dakwaan khusus. Dalam cara apakah PKR sama atau tidak sama dengan Umno?

Pada saya, PKR paling merupai Umno dari segi budaya feudal. Bos feudal yang paling klasik adalah Azmin Ali, manakala gaya feudal Anwar lebih cenderung kepada melagakan pemimpin bawahan antara satu sama lain, untuk memperkukuhkan kedudukan beliau sendiri.

Politik feudal tidak boleh wujud tanpa duit dan kuasa untuk diagihkan. MB Selangor ada banyak yang boleh diagihkan. Ketua Pembangkang agak kurang sedikit.

Dalam cerita kedua, mungkin projek Kajang didorong oleh keinginan untuk pemimpin tertentu terus relevan, dan menyuntik semangat kepada penyokong-penyokong yang semakin kehilangan keyakinan. Masalahnya adalah apabila matlamat ini dikejar tanpa mengira prinsip.

PAS dan DAP

Nampaknya pendirian PAS belum 100 peratus jelas. Ada yang kelihatan tidak senang dengan projek Kajang, manakala ada yang 'dipujuk' untuk ikut sahaja 'demi kebaikan Pakatan'. Saya tidak berapa faham mengapa PAS selalu biarkan dirinya dibuli seperti ini.

Bagi DAP, nampaknya seperti mereka percayai Anwar boleh menangani isu Allah dengan lebih dinamik.

Kalau mereka rasakan Anwar boleh selesaikan masalah ini dengan cara yang lebih memuaskan dalam jangka masa panjang, saya rasa mereka akan cukup kecewa.

Cukuplah dengan politik ketakutan

Kita percaya apa yang kita ingin percaya. Dalam keinginan kita untuk melihat perubahan terus membara, bersama keinginan untuk wira-wira yang akan membawa perubahan ini, ia kadang kala mengakibatkan kita mula menyembah dewa-dewi yang bukan-bukan dengan membuta tuli.

Saya sedih melihat Lim Kit Siang menggunakan Mei 13 untuk menakut-nakutkan rakyat, selepas bertahun-tahun mengecam MCA kerana membuat perkara yang sama.

Sekiranya kita membaca tulisan Rafizi yang indah berseri dengan lebih teliti, akan ternampak politik ketakutan yang sama: kita mesti bertindak kerana ancaman Umno; kita mesti bertindak kerana tanpa Anwar, Selangor akan jatuh macam Kedah; kita mesti bertindak kerana hanya cahaya Anwarlah yang boleh menentang kegelapan yang akan datang.

Memang menakutkan. Tetapi, fakta-fakta nampaknya tidak menyokong kenyataan-kenyataan beliau.

Dalam pasar raya idea-idea yang bebas, setiap antara kita akan terpaksa memilih cerita mana yang paling masuk akal, dan kita akan terpaksa menerima sebarang akibat daripada pilihan kita. Teringat pepatah Inggeris: "We get the government we deserve."

Perkembangan-perkembangan politik Malaysia terus mencabar, tetapi saya tidak seminit pun berputus asa atau putus harapan demi masa depan yang lebih cerah.

Yang perlu hanya mencari jalan baru, walau berapa sukar sekali pun.


NATHANIEL TAN aktivis dan penulis politik.

Tiada ulasan: