Jumaat, 21 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jika Parlimen Bukit Gelugor Kosong, Beranikah BN Hadapi Pilihanraya Kecil?

Posted: 21 Feb 2014 12:48 AM PST

KELAB GREENBOC


Karpal bersalah hasutan terhadap Sultan Perak


Mahkamah Tinggi memutuskan pengerusi DAP Karpal Singh bersalah membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu.

Keputusan dalam kes panjang itu disampaikan oleh Hakim Azman Abdullah.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman setelah peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga anaknya, memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak berapa sihat dan memerlukan masa untuk menyediakan mitigasi.

Karpal, 74, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Jika hukuman itu dijatuhkan, beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimennya.

Bercakap kepada media, MP Gelugor Bukit itu berkata beliau akan merayu terhadap sabitan itu dalam tempoh dua minggu.

"Kami menerima keputusan mahkamah pada peringkat ini dan saya akan merayu," katanya.

Sambil memandang penasihat DAP, Karpal tersenyum dan berkata: "Ini bukan kali pertama saya disabitkan".

Galeri awam sebelum itu penuh dengan penyokong DAP yang memakai baju-T, manakala mereka yang tidak dapat tempat duduk diminta oleh bailif menunggu di luar. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Azman, dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan, berkata mahkamah telah mengambil kira keterangan Karpal Singh yang mengambil masa selama tujuh hari, dan seorang lagi saksi pembelaan, tetapi keterangan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata mahkamah juga telah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya setelah dia dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Karpal Singh didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Sebaik sahaja keputusan hari ini, Karpal Singh memberitahu pemberita beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Pada prosiding hari ini, selain semua anggota keluarga, para pemimpin utama Pakatan Rakyat turut hadir memberi sokongan kepada Karpal Singh, yang juga merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor.

Pihak pendakwaan hari ini diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin. -mk


Hukuman terhadap Karpal bukti kembalinya dakwaan politik, kata kumpulan peguam

Persatuan peguam Lawyer for Liberty (LFL) melihat hukuman di bawah Akta Hasutan yang dikenakan terhadap Karpal Singh merupakan kembalinya pendakwaan berunsur politik dan bersifat kuku besi.

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen menegaskan hukuman yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah akta berkenaan memungkinkan pengerusi DAP itu dipenjara selama tiga tahun, sekaligus melucutkan jawatannya sebagai ahli Parlimen.

"Mengeluarkan kenyataan kritikal atau politik bukanlah satu jenayah, terutamanya dalam kes ini Karpal memberi pendapat guaman terhadap krisis perlembagaan di Perak pada 2009," katanya.

"Bagaimana ia boleh ditakrifkan sebagai hasutan," katanya lagi.

Beliau berkata, hukuman terhadap Karpal membuktikan agenda reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah perkara palsu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis Perlembagaan pada 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Peguam Gobind Singh Deo memohon mahkamah agar menangguhkan hukuman bagi membolehkan mereka menyediakan rayuan agar hukuman yang ringan dikenakan.

"Kami memerlukan laporan perubatan untuk menyokong kes kami," katanya.

Karpal, 73, terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran kemalangan jalan raya pada Januari 2005.

Azman kemudiannya menetapkan hukuman akan dijatuhkan pada 7 Mac.

LFL dalam kenyataannya juga menuntut agar pihak polis dan Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan tugas dengan profesional, adil dan bebas dengan tidak mengenakan tindakan mensasarkan pemimpin pembangkang.
-TMI

ULASAN GB

Katakanlah Karpal kalah dalam rayuannya dan dihukum semaksima yang mungkin oleh mahkamah, maka terlucutlah status ahli parlimen Bukit Gelugor berkenaan.

Soalnya apakah UMNO BN berani dan mampu untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil Bukit Gelugor nanti yang sudah tentu menyaksikan api kemarahan rakyat yang meluap-luap untuk menghalau keluar BN dari Putrajaya?

Untuk rekod Karpal Singh telah menang di P051 Bukit Gelugor dengan majoriti 41,778 undi (Karpal memperolehi 69,900 undi) mengalahkan calon BN Teh Beng Yam yang hanya memperolehi 14,061 undi. Majoriti itu meletakkan karpal di kedudukan ke 4 memperolehi majoriti terbesar di dalam PRU13 tersebut.



Begitu juga dengan Teresa Kok di parlimen P122 Seputeh yang menduduki tempat teratas di dalam carta tersebut.

Kalau berani nak hadap PR di kedua-dua tempat tersebut, silakanlah pujuk (arah?) SPR nanti bubarkan kerusi parlimen tersebut!

PRK Kajang medan protes rakyat kepada BN

Posted: 21 Feb 2014 12:38 AM PST


MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 


IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menganggap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang adalah medan yang sangat penting untuk rakyat menzahirkan kemarahan serta kekecewaan mereka terhadap BN yang gagal memimpin negara dengan baik.

Pengarah Jabatan Pilihanrayanya, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, rakyat ketika ini sedang dibebankan dengan peningkatan kos kehidupan seharian setelah kerajaan menaikkan harga minyak petrol, gula, tarif elektrik dan sebagainya.

Menurutnya, platfrom PRK Kajang ini perlu dijadikan medan protes rakyat terhadap kerajaan yang tidak prihatin dengan masalah dan kesensaraan yang dihadapi oleh rakyat di semua peringkat di negara ini.

"Walaupun keputusan di Kajang nanti tidak memberi kesan dan perubahan struktur kerajaan secara total, namun ia adalah cerminan kepada imej kepimpinan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di mata rakyat.

"PRK Kajang ketika ini menjadi perhatian dan penilaian pelbagai pihak sama ada dari dalam dan luar negara oleh kerana ianya memberi impak baru kepada landskap politik di negara ini terutama di negeri Selangor," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu beliau yang juga Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak seluruh pengundi di Dun tersebut untuk menghukum kerajaan melalui kertas undi bagi memberi isyarat kepada kerajaan BN yang gagal membela nasib rakyat khususnya pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Pengundi di Dun Kajang, kata beliau memegang amanah rakyat Malaysia untuk menzahirkan ketidakpuashatian terhadap BN dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat.

Pertahan Kassim: Mahathir perlu letak jawatan YDP Perkim

Posted: 21 Feb 2014 12:23 AM PST



HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Hampir 1,000 umat Islam hari ini berhimpun di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat bagi membantah kebiadaban pelopor antihadis Kassim Ahmad.

Rata-rata mereka membawa playkad antaranya bertulis "Ambil tindakan segera", "Kassim Ahmad taubat", "Pertahan Islam" serta "Kassim Ahmad pesong akidah umat Islam".

Mereka mendesak pihak berkuasa segera megambil tindakan terhadap Kassim yang secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan akidah Islam.

Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad lalu dilaporkan  mengkritik "kasta paderi" yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar 'Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian' itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad ketika berucap menyelar tindakan Dr Mahathir yang menyokong pandangan Kassim Ahmad dan menyifatkannya sebagai memalukan negara apatah lagi beliau ialah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

"Dia yang rasmi seminar tersebut, maka jelas kepada kita bahawa Mahathir merestui pemikiran Kassim Ahmad.

"Kita desak supaya Dr Mahathir meletakkan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Perkim," kata beliau.

Gambaran salah

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan membisu pihak berkuasa terhadap Kassim Ahmad dan pada masa sama dipertahan pula oleh Mahathir, telah memberi gambaran salah kepada dunia.

"Seolah-olah kita memberi gambaran bahawa Malaysia, sebuah negara umat Islam, perdana menterinya Islam, menteri-menteri besar beragama Islam, bersekongkol dan membenarkan ajaran sesat ini diamalkan," kata beliau.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendesak Yayasan Kepimpinan Perdana selaku penganjur seminar pemikiran Kassim Ahmad, untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Beliau juga menyeru semua umat Islam menggunakan semua medium yang ada termasuk laman sosial untuk menyatakan bantahan terhadap pemikiran sesat tersebut.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Azhar Yahaya berkata, amat malang apabila fatwa sesat terhadap Kassim Ahmad yang telah diwartakan sejak 30 tahun lalu hanya dipandang sebelah mata oleh penguatkuasa agama.

"30 tahun sudah difatwakan sesat, tetapi Kassim Ahmad terus dibiarkan menyebarkan fahaman beliau.

"Tentu ada tangan-tangan di belakang dia sehingga dia kebal dari tindakan undang-undang," kata beliau.

Turut berucap pada himpunan itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.

Selangor arah Syabas aktifkan pelan kecemasan

Posted: 21 Feb 2014 12:22 AM PST

 
HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR:  Kerajaan Selangor telah mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengaktifkan pelan tindakan kecemasan termasuk mengagihkan air berjadual kepada pengguna di kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Syabas akan mem

Menurut beliau,  pengagihan air berjadual itu akan diteruskan sehingga 31 Mac  sekiranya bekalan air terputus dan tekanan air rendah masih berlaku.

"Kita juga telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT)  yang terlibat untuk menghantar bekalan air kepada penduduk yang terjejas di samping memastikan lif-lif rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) berfungsi  bagi memudahkan penduduk mengangkut air.

"Selain itu,  kita meminta pihak Konsortium ABBAS Sdn Bhd, syarikat milik Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya membekalkan air minuman kepada penduduk yang terlibat," jelas beliau.

Abdul Khalid bagaimanapun menambah, kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna pada waktu yang sama.

Sehubungan itu beliau menasihati pengguna supaya berjimat cermat dan mengelak sebarang pembaziran supaya lebih ramai pengguna mendapat bantuan air kecemasan ini.

"Kerajaan Selangor memandang serius gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di negeri ini,  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini.

"Beberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat yang melibatkan kira-kira 27,000 rumah  terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat," ujarnya.

Dalam masa yang sama, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang melibatkan kira-kira 75,000 rumah  juga terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelangan ini disebabkan pertambahan permintaan air  yang mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan.

Kerajaan Selangor, tambah Abdul Khalid akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan berharap rakyat memahami keadaan ini disebabkan cuaca panas dan kering yang di luar kawalan manusia.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPEL SYABAS di talian 1-800-88-5252 atau Pusat Khidmat Setempat SYABAS yang turut dibuka di kawasan-kawasan yang terjejas.

Polis rakam kenyataan wartawan Malaysiakini

Posted: 21 Feb 2014 12:17 AM PST

 
MALAYSIAKINI
 
 
Dua pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah ibu pejabat polis Dang Wangi hadir ke pejabat Malaysiakini semalam untuk merakam keterangan dua wartawan Malaysiakini berhubung laporan tawaran wang tunai untuk menampar MP Seputeh, Teresa Kok.

Diketuai pegawai penyiasat kanan ASP Ananthan Rajoo, mereka menemubual wartawan meja bahasa Melayu, Ahmad Fadli KC dan wartawan video KiniTV, Terry Wee selama kira-kira 1 jam 20 minit petang semalam.

ASP Ananthan memaklumkan kepada Terry dan KC yang keterangan mereka dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah sebagai saksi dalam satu siasatan ke atas laporan polis yang dibuat Teresa Kok.

Kedua-dua mereka membuat liputan perhimpunan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' pada 6 Februari lalu.

Kumpulan tersebut dilaporkan membuat tawaran wang sebanyak RM500, yang kemudian dinaikkan menjadi RM1200, untuk individu pertama yang menampar Teresa dan merakam kejadian itu.

Dua hari kemudiannya pada 8 Februari, Teresa membuat laporan polis di Dang Wangi berkaitan tawaran itu, yang didakwa bersifat gangguan jenayah.

Penghidap HIV, 'Zombie' bantah TPPA

Posted: 21 Feb 2014 12:12 AM PST

 
MALAYSIAKINI
 
 
Sekumpulan aktivis dengan penampilan "zombie" mengadakan flash mob menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang didakwa bakal menyekat pengguna kepada akses ubat-ubatan.

Turut serta dalam bantahan itu seorang penhidap HIV yang amat bergantung kepada belakan ubat untuk kekal sihat.

Kehadiran orang  'zombie' kira-kira jam 11 pagi tadi di hadapan sebuah pasar raya di ibu kota dengan solekan yang 'menakutkan' itu menarik perhatian orang ramai.

"Zombie ni satu budaya pop. Jadi kita jangka gimik ini berkesan. Ia simbolik, selepas rundingan ubat-ubatan kita menjadi mahal, penyakit merebak.

"Justeru itu, rakyat Malaysia sukar membeli ubat maka jadilah kita macam zombie, hidup tapi melarat dengan penyakit," kata aktivis Rizal Jaafar.

Rizal sendiri bagaimanapun tampil berkata biasa.

Sementara itu, beliau juga mendakwa 95 peratus syarat TPPA sudah dipersetujui dan ia dijangka ditandatangani April ini seiring, jangkaan ketibaan presiden Amerika Syarikat.

Rizal juga menjelaskan, mereka mengadakan bantahan berdekatan pasar raya bagi mengingatkan rakyat, selepas TPPA ditandatangani, kemampuan membeli belah berkurangan.

"(Kita) tak boleh beli belah kerana duit sudah tidak ada, sebab kena beli bekalan ubatan dan menanggung banyak lagi beban TPPA," katanya.

Penghidap HIV: Tak berperi kemanusiaan


Sementara itu, Edward Loh, penghidap HIV yang hadir menyatakan kebimbangannya terhadap kos perubatan jika TPPA berjaya dimaterai.

Selain Loh, isterinya juga menghidap penyakit sama manakala anak mereka masih selamat kerana bergantung kepada ubat generik yang lebih murah.

"Anak-anak kesayangan kami bebas HIV hasil daripada menggunakan ubat-ubatan generik yang lebih murah dan mampu ditanggung.

"Saya benar-benar terkejut dengan berita kesediaan kerajaan Malaysia menerima saranan yang tidak berperikemanusiaan ini," katanya lagi.

Khutbah selar golongan anti-hadis

Posted: 21 Feb 2014 12:04 AM PST

MALAYSIAKINI





Selepas kontroversi pemikiran sarjana Kassim Ahmad muncul semula, khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini mengingatkan umat Islam terhadap ancaman anti-hadis.

Khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu meletakkan anti-hadis sebaris dengan "Islam Liberal", Syiah, serta fahaman moden seperti kapitalisme, pluralisme, sekular dan komunisme.

"Maka kita hendaklah menolak fahaman sedemikian kerana menolak Hadith Rasulullah beerti menolak kepercayaan kepada Rasulullah," khutbah itu dipetik.

Mimbar juga menyeru umat Islam mempertahankan dan mengukuhkan rasa cinta terhadap Allah dan rasul-Nya serta menentang segala bentuk penghinaan terhadapnya.

Khutbah itu tidak menyebut secara langsung nama Kassim (kanan).

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa, ia dipercayai merujuk kepadanya.

Tambahan lagi, pelbagai pihak bangkit menyatakan bantahan keras terhadap idea Kassim yang dibangkitkan semula dalam seminar pemikirannya di Putrajaya hari minggu lepas.

Kassim sendiri pernah menafikan sebagai andi-hadis sebaliknya hanya menolak hadis yang didakwanya bertentangan dengan al-Quran.

Kepentingan hadis

Sementara itu, mimbar juga menolak dakwaan yang mengatakan berlaku pendewaan terhadap Nabi Muhammad melalui syahadah kedua.

Khutbah menegaskan, beriman kepada rasul termaktub dalam Rukun Iman manakalah syahadah, yang turut mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah pula sebahagian Rukun Islam.

Sebagaimana kita diwajibkan mentaati Allah SWT, kita juga diwajibkan mentaati Rasulullah SAW dengan mematuhi segala yang diperintahkan oleh Baginda SAW.

Kassim dalam seminar pemikirannya di Putrajaya Ahad lalu mengkritik "pendewaan" terhadap Nabi Muhammad dalam syahadah kedua.

Khutbah juga menegaskan hadis penting dipatuhi kerana ia menjadi sumber penting bagi mengelakkan kesesatan dalam kehidupan.

Anwar lwn Mei Fun di Kajang

Posted: 21 Feb 2014 12:01 AM PST

MALAYSIAKINI


 
 
 
dikemaskini BN akan meletakkan bekas timbalan menteri, Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Mac depan.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mesyuarat parti komponen BN, tengah hari ini.

PKR telah mengumumkan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Kajang.

Manakala bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas di situ.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetap tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian akan diadakan pada 23 Mac.

Kajian UMCEDEL: BR1M tidak bantu tingkat sokongan BN

Posted: 20 Feb 2014 11:55 PM PST

Oleh : NAZLI IBRAHIM


PETALING JAYA: Kaji selidik dijalankan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati pengundi Kajang menganggap pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempengaruhi keputusan mereka untuk memberikan undi kepada BN dalam PRK DUN Kajang.

Dalam kaji selidik yang melibatkan 576 responden dari pelbagai latar belakang dan dipilih secara rawak itu menunjukkan 59 peratus mengatakan tidak bersetuju terhadap soalan 'BR1M dan pemberian lain oleh kerajaan meningkatkan sokongan kepada BN', 33 peratus bersetuju manakala lapan peratus yang lain menjawab tidak pasti.

IMG_4156a Dari jumlah itu, 53 peratus pengundi Melayu menjawab tidak bersetuju terhadap soalan sama, 38 peratus bersetuju dan lapan peratus yang lain tidak pasti dan manakala bagi pengundi Cina 71 peratus mengatakan tidak setuju, 22 peratus bersetuju, tujuh peratus tidak pasti diikuti India 34 peratus tidak setuju, 53 peratus setuju dan13 peratus tidak pasti.

BRIM Umcedel
Keputusan kaji selidik itu dibentangkan Pengarah UMCEDEL Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman di Bilik Mesyuarat Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.

"Bagi soalan berkaitan isu kenaikan harga barang yang berlaku sekarang pula memang jelas ia membantu menambah sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat (PR) dalam PRK Kajang nanti," kata Dr Redzuan.

Barang Naik UMCEDELKajian terbabit menunjukkan 69 peratus bersetuju bahawa peningkatan harga barang mendorong peningkatan sokongan kepada PR, 21 peratus menjawab tidak dan 10 peratus tidak pasti.

Dari jumlah itu, pengundi Cina merupakan paling ramai bersetuju isu yang melibatkan kos sara hidup rakyat membantu sokongan kepada PR dengan 76 peratus; India, 74 peratus dan Melayu 62 peratus.

Bagi golongan tidak bersetuju kenaikan harga barang membantu sokongan PR pula, Melayu 26 peratus; Cina 17 peratus dan India 13 peratus dan manakala selebihnya menjawab tidak pasti.EZY

Semakin ramai penyokong Umno yakini kepimpinan Anwar

Posted: 20 Feb 2014 11:52 PM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Penyokong Umno-BN semakin ramai yang muncul dalam siri perjumpaan kecil yang dianjurkan pasukan Anwar Ibrahim dengan penduduk setempat seperti di kedai-kedai kopi dan tazkirah.

Kehadiran ramai ahli Umno yang memilih untuk terus mendengar Anwar semasa perjumpaan ini memberi manfaat kepada matlamat PKR bagi mengekalkan kerusi itu, kata seorang daripada pengurus kempen Anwar, kata ketua bilik gerakan PRK Kajang, Mohd Yahya Saari.

Kajang utamaWalaupun kempen rasmi belum bermula, Ketua Umum PKR dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menembusi pengundi Melayu yang secara tradisinya berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

"Kami agak terkejut mereka benar-benar datang dan mereka menunggu hingga akhir bagi mendengar Anwar berucap," kata Yahya dipetik The Malaysian Insider.

Lawatan Anwar ke kampung-kampung Melayu dan kawasan perumahan di Batu 10 Cheras dan Kampung Sungai Kantan di kawasan itu juga sesuai dengan apa yang dimaksudkan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dalam satu temu bual lepas.

Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor secara keseluruhannya, perlu mengajak orang Melayu Islam menentang provokasi kaum dan agama semasa penggal kedua memerintah negeri ini.

DSC_2406"Mereka nampaknya agak terganggu bagaimana Umno boleh berfikiran sempit. Mereka berasa parti itu seolah-olah hanya mengambil berat orang Melayu dan bukan seperti sebelumnya yang dilihat lebih terbuka kepada semua masyarakat," kata Mohd Yahya.

Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menyatakan sebanyak 59 peratus pengundi yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim wajar bertanding dalam PRK itu.

Pada pilihan raya umum lepas, PKR mendapat 19,571 undi, menang dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan calon MCA daripada BN, Lee Ban Seng yang memperoleh 12,747 undi manakala Mohamad Ismail daripada Berjasa mendapat 1,014 undi.EZY

MB bincang 6 jam tanpa henti cari penyelesaian terbaik isu bekalan air

Posted: 20 Feb 2014 11:46 PM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bermesyuarat hampir 6 jam membincangkan strategi menangani impak cuaca panas dan kering keatas keselamatan bekalan air negeri.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim mendedahkan perkara itu di laman sosialnya semalam.

."Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dipengerusikan Menteri Besar bermesyuarat dari 2.30 petang hingga 8.10 malam tanpa henti untuk menyelesaikan 15 perkara termasuk usul pencatuan air," kata Chang Khim.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan berkata kekurangan bekalan air di Negeri Sembilan menerusi beberapa langkah kontingensi.

Semalam media melaporkan Negeri Sembilan diisytiharkan krisis.

Sementara itu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) meminta pengusaha air untuk mendapatkan kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) sebelum melaksanakan program pencatuan.

"Pengusaha air perlu menjustifikasikan tindakan itu,dengan pelan kontinjensi termasuk pengurusan strategik, jadual, pelan komunikasi serta mitigasi," kata KeTTHA dalam satu kenyataan.

Setakat ini, hanya Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) diberi kelulusan untuk melaksanakan catuan air di Kluang, Johor.

Manakala dua loji rawatan di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi terus ditutup ekoran paras pencemaran amonia yang tinggi.

Tiada ulasan: