Jumaat, 21 Februari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pengerusi PIBG Buat Kenyataan Palsu Mengenai Edaran Bible Di PP

Posted: 21 Feb 2014 01:06 AM PST


Laporan Guru Tangkap Pengedar Bible Melayu adalah Palsu, Kata Exco Agama 

[TMI] Di kala keributan pelbagai isu panas antara agama yang berlaku di Pulau Pinang, laporan sebuah akhbar bahawa seorang guru menangkap tiga lelaki kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di negeri itu dipercayai hanya laporan palsu yang tidak berlaku sebenarnya. 

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, berkata laporan itu bukan sahaja mengelirukan malah menimbulkan persoalan kerana difahamkan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit. 

Pihak polis juga tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam ini. 

Laporan ini adalah rentetan provokasi melampau dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini di Pulau Pinang. 

Provokasi kain rentang, serangan bom api di gereja, di balai polis, kononnya pengedaran bible Melayu, kononnya ancaman ke atas masjid dan terkini penodaan masjid Cherok Tok Kun dengan daging dipercayai khinzir adalah serangan provokasi bentuk baru. 

"Semuanya bermotif jahat," kata Malik dalam kenyataan medianya hari ini. 

Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata polis tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung dengan pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam. 

Malah, katanya, pihak berkenaan enggan memberikan kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) yang turun padang menyiasat insiden itu. 

"Ini menimbulkan keraguan tentang kesahihah insiden itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan 16 Februari lalu," katanya. 

Exco Agama Pulau Pinang berkata Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad, yang bertanggungjawab atas kenyataan media itu difahamkan mempunyai kecenderungan fahaman politik yang berbeza dengan kerajaan negeri. 

"Siasatan pihak saya pula mendapati wartawan berkenaan mula menghidu kisah itu melalui laman Facebook Nor Amin, lalu menghubungi beliau. 

"Nor Amin mengakui kepada wartawan berkenaan beliau hanya mendengar kisah itu daripada seorang 'guru misteri,' yang kini sedang dijejaki polis," kata Malik. 

Tinjauannya mendapati Nor Amin memadamkan kisah itu daripada akaun Facebooknya. 

"Saya menyeru pihak berkenaan bekerjasama dengan tampil mengemukakan bukti dan laporan, agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci," katanya. 

Malik berkata, golongan pelampau sama ada pelampau kaum, lebih-lebih lagi pelampau agama tidak ada tempat dalam masyarakat. 

Katanya, ia perlu dibanteras sebelum benihnya tumbuh dan menjalar seluruh negara. 

Beliau berkata, pada masa kini golongan pelampau dan perosak dilihat cuba menganggu gugat keharmonian rakyat dengan provokasi fitnah berbaur perkauman dan agama. 

Sebelum PRU13, Pulau Pinang dijadikan sasaran peserta demonstrasi pro Umno/BN yang hampir saban minggu cuba menyalakan api perkauman dan agama. 

Namun, ia ditolak melalui undi popular rakyat sebanyak 68% yang memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR). 

Kini strategi itu seolah-olah diubah dengan pendekatan yang berbeza namun matlamatnya yang sama. 

"Kita yakin golongan perosak dan pelampau itu akan meneruskan agenda mereka lebih-lebih lagi ia seolah-olah direstui pihak tertentu," kata Malik dalam kenyataannya. 

Malik berkata, dakwaan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang sedang merancang untuk mengharamkan khutbah Jumaat juga berkaitan dengan usaha menimbulkan keresahan antara agama dan kaum di negara ini. 

"Ia fitnah yang begitu meloyakan kerana khutbah Jumaat adalah sebahagian rukun sah solat Jumaat. Mengharamkan khutbah Jumaat seumpama mengharamkan solat Jumaat dan menutup masjid. Hanya mereka tidak waras akan mengeluarkan tohmahan sebegitu," kata Malik.

Sebelum PRU lalu, pihak pelampau menghebohkan kononnya Pulau Pinang mengharamkan laungan azan. 

Fitnah itu termakan oleh sebahagian rakyat luar Pulau Pinang. 

"Semua fitnah yang menjengkelkan itu langsung tidak berasas dan bermotif jahat," kata Khalid. 

Malik berkata, kerajaan negeri sentiasa yakin bahawa saling menghormati, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat yang pelbagai adalah asas untuk membina sebuah 'Pulau Pinang Baru.' 

Ia boleh dicapai apabila kita meraikan keunikan dan perbezaan sesama kita, bukannya melalui provokasi oleh pelampau kaum dan agama. 

Katanya, rakyat juga perlu tolak provokasi melampau oleh golongan pelampau. -TMI



Bantah PBS: Cikgu Mohd Nor Diarah Tukar Sekolah

Posted: 21 Feb 2014 12:22 AM PST



[HD] KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuatkuasa pada 17 Februari lalu.

Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut memaklumkan telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam.

"Saya diarah bertukar ke sebuah sekolah di luar Jerantut, di daerah lain," katanya.

Namun katanya, pihak JPN tidak pula menyatakan sebab utama pertukaran sekolah berlaku.

Namun, Izzat melahirkan rasa kecewa apabila hari ini terbukti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggunakan kuasa diluar batasan mereka dalam usaha mematahkan semangat guru untuk mendidik anak bangsa dengan acuan yang betul.

"Saya tonggak utama bagi usaha memansuhkan PBS setelah mendapati sistem ini sangat merugikan masa dan tenaga.

"Walaupun pihak KPM hendak kenakan tindakan biarlah pada saya seorang jangan pada guru-guru lain, anggaplah ini yang terakhir pihak kementerian buat sesuka hati mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau merayu kepada semua guru agar jangan takut dan jangan patah semangat kerana mereka berada di pihak yang benar. 

"Saya mohon guru-guru sama-sama menyatakan kesepakatan kita demi masa depan anak murid kita. Himpunan 222 akan tetap diteruskan esok," katanya.

Sebelum ini Izzat telan mendapat surat peringatan pertama daripada Pejabat Pendidikan Daerah berikutan, Himpunan 222 yang akan diadakan esok di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi. - Salmiyah Harun/21/2/14


PRK Kajang: Anwar lwn Mei Fun

Posted: 20 Feb 2014 11:26 PM PST


[MK] Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Kajang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di ibupejabat Umno di ibunegara hari ini.

Chew adalah bekas timbalan menteri dan bekas MP Petaling Jaya Utara. -21/2/14


Tiba-tiba TNB Memberikan Tip Penggunaan Pendingin Hawa, Patutnya...

Posted: 20 Feb 2014 04:58 PM PST


TNB Nasihat Pengguna Supaya Guna Pendingin Hawa secara Bijak

[AA] KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan pendingin hawa secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

"Pendingin hawa mewakili sebahagian besar penggunaan elektrik sebilangan pengguna kami," kata Mohd Aminuddin dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau juga menyarankan para pengguna supaya mengamalkan tip-tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

- Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

- Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.

- Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu pendingin hawa beroperasi pada tahap optimum.

- Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

- Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa pendingin hawa untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam pendingin hawa dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.

Selain itu, Mohd Aminuddin juga mengingatkan para pengguna agar menggantikan pendingin hawa yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

Katanya mereka yang ingin membeli pendingin hawa baharu dicadangankan supaya memilih pendingin hawa yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Katanya lagi pemilihan saiz dan jenis pendingin hawa yang tepat juga penting kerapa pendingin hawa yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor pendingin hawa perlu berputar dan berhenti berulang-ulang. - 21/2/14


P/s: Patutnya, GLC ini membatalkan kenaikan tarif elektrik baru-baru ini, bukannya menjadi pakar perunding produk elektrik kerana sebanyak mana pun tip diberikan bil elektrik pengguna masih tinggi. 

GLC ini mengumumkan di akhbar keuntungan berbilion-bilion RM, tetapi masih mahu menaikkan tarif untuk mengejar keuntungan yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama, mereka cuba meredakan kemarahan rakyat dengan melakukan perkara di atas.

Alahai!!!!







Tiada ulasan: