Jumaat, 21 Februari 2014

Biaqpila

Biaqpila


MENINGGAL DALAM KEADAAN TERSENYUM KETIKA SOLAT

Posted: 21 Feb 2014 05:48 AM PST

Pasir Mas: “Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.
“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.

Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.Foto
JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin.

Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.

MK

9 PETUA DOA DIMAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T

Posted: 20 Feb 2014 08:00 PM PST


Berikut adalah sembilan petua daripada Rasulluah s.a.w untuk m'capai doa mustajab:

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulluah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2.Sesungguhnya Rasulluah bersabda : "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulluah s.a.w bersabda: "Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: " Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang trsebut melihat syaitan. "

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulluah bersabda: "sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan."Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata "Telah sampai padaku bahawa Rasulluah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulluah bersabda: "Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulluah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

virtualfriends

Tiada ulasan: