Khamis, 6 Februari 2014

Biaqpila

Biaqpila


PKNS JIMAT RM7 JUTA SETAHUN

Posted: 05 Feb 2014 11:12 PM PST

Penamatan 22 kakitangan PKNS jimat RM7 juta setahun - MB


SHAH ALAM: Penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)Holdings Sdn Bhd akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia menunjukkan PKNS berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak.

Beliau menjelaskan, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd adalah hasil polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Melalui saluran Integrity Pact, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji yang tinggi.

"Ini dibuat tanpa mengambil kira kepakaran dan pengalaman kakitangan yang sedia ada," kata beliau pada sidang media di Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Khalid berkata, penamatan kontrak 22 kakitangan itu dilakukan kerana berlaku pertindihan tanggungjawab dan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.

"Selaras dengan polisi Integrity Pact, Kerajaan Selangor memberi kepercayaan penuh kepada pengurus besar yang baharu untuk membuat perubahan yang berkaitan demi kebaikan PKNS dan anak-anak syarikat.

"Ini termasuk kajian semula usahasama dan projek-projek, menyusun semula akaun PKNS dan melaksanakan straegi untuk meningkatkan keuntungan," katanya yang juga Pengerusi PKNS.

Sebelum ini, beliau mengarahkan Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah untuk membuat kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia.

HD


Tiada ulasan: