ALHUSSEYN |
Sepak Terajang Anwar mensasarkan Umno Posted: 05 Feb 2014 07:39 PM PST Adalah agak dikesalkan sekali , ketika berhadapan dengan keadaan yang dikira kritikal begini, Pakatan Rakyat di Selangor di lihat tidak bersolidariti sebagaimana yang sepatutnya. Kita sepatutnya menganggap PRK Kajang yang akan diadakan itu nanti sebagai memberi ruang kali kedua untuk rakyat Kajang menilai semula perkembangan semasa selepas PRU yang lalu… Suara-suara sumbang terutamanya dari pihak Pemuda PAS dan juga Setiausaha Dewan Ulama PAS yang mempersoalkan langkah silat Anwar sebagai sumbang adalah seolah-olah mahu mengajak rakyat supaya menghukum Anwar dan PKR dalam PRU Kajang ini. Sepak terajang Anwar mensasarkan Umno/BN. Tetapi sepak terajang Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulama PAS mensasarkan Anwar! Apakah mereka mahu rakyat kembali menyokong BN untuk bersetuju kembali ke kancah politik perkauman dan fahaman agama yang sempit Umno? Kenyataan Mantan MB Selangor, Muhammad Muhd Taib mengenai PRK Kajang, membuatkan aku terfikir; apakah beliau sebenarnya mahu menyindir Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulama PAS ? Sepatutnya begitulah hendaknya! Antara yang diperkatakan olehnya ialah:
Kenyataan Penuh Muhammad Taib: SUMBER |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan