DIALOG RAKYAT |
- Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan
- Lumur darah kerja gila, tidak berhak dipanggil NGO Islam, kata pemimpin Melayu DAP
- [KETERLALUAN] Polis Diam Saja Sekalipun Dicabar Di Depan Mata!
- Taib Mahmud Letak Jawatan Ketua Menteri Sarawak Dengan Kekayaan Terkumpul RM46 Bilion? Siapa Pilihan Penggantinya??
- CAP kesal najis dan kepala babi cemar sungai dan laut
- PRK Kajang Dilewatkan Untuk Meletihkan Anwar?
- PRK Kajang: Lucu jika saya sabotaj diri sendiri - Khalid
- Isu "One-derful Malaysia": Mentaliti Kangkung Sesetengah Menteri Kangkung
- Kenapa PAS Bekerjasama Dengan DAP?
- Presiden PAS lancar Kempen Jom Turun malam esok
- Dakwat kekal: Solat hajat untuk pegawai tentera
- Insuran kenderaan naik, BN tambah derita rakyat
- PRK Kajang : Calon tawar diri ghairah serang peribadi Anwar
- Anwar mula gerak kerja, turun padang sekitar Kajang
- Anwar ‘puji’ tindakan SPR beri tempoh panjang berkempen
- Jaafar Shamsuddin dilantik Pengarah Jentera PRK DUN Kajang
- PAS Perak mahu Dun Kajang terus milik Pakatan
- Hampanya tiada penurunan tol tahun ini
- Penamatan 22 kakitangan PKNS jimat RM7 juta setahun - MB
- Enggan beri penjelasan, lebih baik AG letak jawatan
- PRK Kajang: Tolak pihak cetuskan ketegangan kaum dan agama – S Ambiga
- Tangguh kenaikan tol tidak selesai masalah, hanya untuk hadapi PRK Kajang – Gobind Singh Deo
Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan Posted: 06 Feb 2014 07:31 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul Ghafar. Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang. "Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga," kata Tamrin kepada Keadilandaily. Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri. Malah sebelum ini, beberapa tokoh wartawan antaranya bekas Ketua Pengarang NST. Kadir Jasin yang secara sinis mencadangkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dilantik ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet. Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib. Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13. "Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat," ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif berceramah diseluruh negara. | ||
Lumur darah kerja gila, tidak berhak dipanggil NGO Islam, kata pemimpin Melayu DAP Posted: 06 Feb 2014 07:26 AM PST Pemimpin Melayu DAP Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam. Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan. "Ini memang kerja gilalah. "Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil apabila dihubungi selepas insiden tersebut. Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka "Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia" bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (PKR). Zairil bagaimanapun berkata, menghormati hak untuk berhimpun oleh mana-mana kumpulan tapi ia mestilah tidak melampaui batas. "Saya tidak faham, mereka nak berdemo itu hak mereka, nak berdemo selagi aman itu tidak bermasalah. "Cuma demo yang macam ini berbentuk provokatif. Saya lihat satu tindakan yang provokatif... saya juga tidak faham kenapa nak sembelih ayam," katanya. Zairil juga mengecam tindakan menyembelih ayam sewenang-wenangnya tersebut sebagai bertentangan dengan ajaran Islam. "Mereka kata NGO Islam tapi ini bukan perbuatan yang selari dengan ajaran agama. Ini tindakan membunuh haiwan sewenang-wenangnya. "Lepas itu, mereka letak darah lah seolah-olah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ajaran sesat nampaknya," tegasnya lagi. Zairil juga melahirkan kebimbangan selepas kumpulan NGO tersebut dilihat cuba mengambil tindakan ganas apabila membuat ancaman secara fizikal kepada Kok. "Paling saya khuatir adanya ugutan terhadap YB Teresa Kok dimana mereka tawarkan RM500 sebagai ganjaran kalau sesiapa menampar... "Ini satu ancaman untuk mencederakan beliau. Saya harap pihak polis akan ambil tindakan," katanya. Beliau juga berkata, pihak bertanggungjawab terhadap bantahan itu sebagai gila kerana tidak berfikir dengan rasional dengan mengadakan himpunan sedemikian. "Nak kata ugutan ganas ke apa pun saya tidak tahu. Ini memang kerja orang gilalah. "Dulu, tunjuk punggung tapi sekarang ini sudah naik ke tahap tidak rasional dan macam dah nak jadi ganas. Masa di Pulau Pinang tempoh hari pun dah jadi. Sekarang ini nak macam dah amuk. Ini satu perbuatan amuk," katanya. Perhimpunan tersebut yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu" oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini. Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja." Kok mula dikritik dan dikecam berikutan memuat naik sebuah video sambutan Tahun Baru Cina berdurasi 12 minit yang dikatakan menghina orang Melayu. Bagaimanapun, Kok berkata, video tersebut bukannya untuk menghina masyarat Melayu dan hanya satira politik bagi menyindir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tentang peningkatan sara hidup. | ||
[KETERLALUAN] Polis Diam Saja Sekalipun Dicabar Di Depan Mata! Posted: 06 Feb 2014 07:14 AM PST KELAB GREENBOCMajlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu. Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan. "Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur. "Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita." Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan. Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut. "Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita," katanya. Terdahulu kira-kira 50 individu menggelarkan diri mereka "Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia" bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam. Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon dari PKR. Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu" oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini. Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja." Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia itu berkata, tindakan mereka itu juga turut disokong kaum Cina lain yang menentang perbuatan pemimpin DAP itu. "Beliau ialah rakan kita Sunny Goh iaitu Pengerusi Perhubungan Hal Ehwal Masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib). Beliau juga tidak suka dengan perbuatan pemimpin pembangkang yang sebangsa dengannya," katanya. Zulkifli berkata lagi, beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli parlimen itu. "Kita serius dengan tawaran ini, tidak main-main. Ini adalah akibat kerana mulut celupar beliau. Kita mahu beri amaran supaya kelak ahli parlimen itu lebih berhati-hati dalam perbuatannya dan polis kena siasat betul jangan kerana beliau ahli parlimen maka dilepaskan," katanya. -TMI ULASAN GB Polis berdiam sajakah walaupun dicabar di depan mata? Adegan di atas jelas menunjukkan kumpulan tersebut meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, senang-senang nak tapar orang lain, senang-senang mahu melakukan jenayah tanpa sebarang tindakan. Sedangkan video Teresa Kok yang berupa sindiran jenaka yang belum terbukti ada unsur jenayah telah dibuka kertas siasatan oleh pihak polis. Namanya "pertubuhan Islam" tetapi perangainya lebih teruk dari kafir yang dikutuknya itu. Sekali lagi integriti dan kredibiiti polis dipersoalkan dan tercabar. Jika selama ini, perhimpunan aman melibatkan Pakatan Rakyat terus saja dikenakan tindakan siap dengan menghantar FRU tetapi jika perhimpunan-perhimpunan yang melibatkan UMNO BN sekalipun ternyata berbaur hasutan dan menyemarakkan api perkauman, polis berdiam diri. Jika senario hodoh ini berterusan, Menteri KDN dan Ketua Polis Negara perlu letak jawatan atau hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Yang bersalah pasti menerima hukuman daripada"Nya". | ||
Posted: 06 Feb 2014 07:01 AM PST Taib Mahmud letak jawatan Ketua Menteri Sarawak : Selepas beberapa kali merancang & berhasrat untuk letak jawatan sejak tahun tahun 90 an lagi, akhirnya Taib Mahmud letak jawatan bulan ini bagi jawatan Ketua Menteri Sarawak yang dikuasainya sejak 33 tahun dahulu. Lama bukan? Sehinggakan….. Sehinggakan ramai yang mengangkat Tan Sri Taib Mahmud sebagai figura dan pemimpin politik yang cukup berkuasa, dan juga dianggap antara individu yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan & kemewahan yang terkumpul semenjak memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak berdasarkan bukti-bukti & dakwaan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu. Malah ada yang merasakan Taib Mahmud cukup "kebal" dengan undang-undang dan tindakan pihak berkuasa sehingga ke hari ini. Laporan Berita Skandal Taib Mahmud Sebagai Ketua Menteri Sarawak?Antara laporan Berita Semasa yang berkaitan pada ketika sebelum Taib Mahmud letak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak adalah seperti di bawah ini :
Gambar Taib Mahmud Sepanjang Bergelar Ketua Menteri Sarawak Sebelum Letak Jawatan!Walaubagaimanapun, Berita Semasa cukup kagum dengan torensi antara agama yang berlaku di Sarawak ketika ini. Sangat jarang kedengaran pertelagahan agama yang berlaku di Sarawak. Berita Semasa mengharapkan suasanan seperti ini dapat dikekalkan untuk dijadikan contoh bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Apa respon balas anda mendengar Taib Mahmud letak jawatan Ketua Menteri Sarawak? Harapan anda? | ||
CAP kesal najis dan kepala babi cemar sungai dan laut Posted: 06 Feb 2014 06:52 AM PST Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal berhubung kejadian pencemaran najis babi dan kepala babi yang dilaporkan berlaku di Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini. Masalah tersebut bukan saja memberi kesan buruk ke atas alam sekitar tetapi juga kehidupan penduduk tempatan serta hidupan air di kawasan terbabit. Di Tanjung Sepat, Selangor masalah yang berlarutan sejak 50 tahun yang lalu itu menimbulkan bau busuk di samping mencemarkan sistem perparitan, sungai dan laut berhampiran. Manakala di Negeri Sembilan pula isu pembuangan kepala babi di dalam sungai Kampung Legong Jaya dekat Rembau juga mencetuskan situasi panik dan rasa bimbang di kalangan penduduk tempatan. Air sungai di kampung itu bukan saja digunakan untuk menyiram pokok tetapi dikhuatiri mencemarkan air di loji berhampiran yang menjadi sumber bekalan air untuk pengguna di kawasan berkenaan. CAP hairan bagaimana masalah seperti ini boleh berlaku dan tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan walaupun ia sudah lama mengancam alam sekitar dan menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. CAP percaya jika keadaan ini dibiarkan kesan buruk yang lebih serius terutama melibatkan masalah kesihatan penduduk pada masa akan datang. Maka, CAP menggesa kedua-dua kerajaan negeri berkenaan termasuk jabatan serta agensi berkaitan memberi perhatian serius terhadap masalah ini di samping menguatkuasakan peraturan yang termaktub di bawah undang-undang yang ada dengan lebih tegas. Kajian terperinci dengan mengambil kira kesan alam sekitar dan masalah penduduk perlu dilakukan oleh kerajaan sebelum kelulusan diberikan kepada pengusaha ternakan babi. Bagi pengusaha yang melanggar peraturan lesen ternakan, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, undang-undang di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan atau melakukan projek ini secara haram, tindakan tegas dan hukuman yang lebih berat, wajar dikenakan ke atas mereka. CAP turut meminta kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan mendedahkan kepada umum tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut dan mendedahkan situasi terkini mengenai kejadian itu * Penulis ialah Presiden CAP. | ||
PRK Kajang Dilewatkan Untuk Meletihkan Anwar? Posted: 06 Feb 2014 06:45 AM PST Dalam langkah yang dianggap sedikit luar biasa, SPR akhirnya mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi pilihanraya kecil DUN Kajang ialah pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula pada 11 Mac. Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian. Meskipun perkara ini dibenarkan iaitu SPR mesti menetapkan tarikh pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang oleh Speaker Selangor, namun menetapkan tarikh sehingga ke penghujung tempoh tidak pernah berlaku sebelum ini. Biasanya SPR akan menetapkan tarikh sesebuah pilihanraya hanya beberapa minggu selepas mereka dimaklumkan mengenai kekosongan sesebuah kerusi itu. Dalam pilihanraya kecil terakhir iaitu di Kuala Besut berikutan kematian ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013, SPR yang membuat pengumuman mengenai tarikh pilihanraya kecil tersebut pada 5 Julai, telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian pada 24 Julai. Jarak masa daripada tarikh pengumuman dibuat dengan tarikh penamaan calonnya seminggu sahaja. Begitu juga dalam pilihanraya umum ke 13 lalu di mana selepas saja Parlimen dibubarkan pada 3 April oleh Perdana Menteri, Najib Razak, beberapa hari selepas itu SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon ialah pada 20 April manakala hari pengundian pula pada 5 Mei. Jarak masa daripada Parlimen dibubarkan dengan tarikh penamaan calon hanyalah 17 hari sahaja. Namun dalam pilihanraya kecil Kajang di mana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut ialah pada 27 Januari, tetapi mereka menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pembuangan undi pada 23 Mac. Ini bermakna jarak masa daripada tarikh kekosongan kerusi DUN Kajang dengan tarikh penamaan calon ialah selama 44 hari manakala jarak masa sehingga hari pengundian pula ialah 56 hari. Terlihat ada sedikit keanehan dan kedudukan SPR sebagai badan bebas turut mengundang pertikaian. Tetapi jawapan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof ialah, "SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini. Buat masa ini kita menumpukan perhatian kepada urusan lain dibawah tanggungjawab SPR. Tetapi apabila pengumuman yang tidak disangka-sangka ini berlaku iaitu ada wakil rakyat neletakkan jawatan, kita kena ubah gear...ubah semua sekali untuk membuat persediaan," jelasnya. Selain itu, tambahnya, SPR juga perlu menyediakan daftar pemilih yang lengkap, seberapa bersih yang mungkin, tempat mengundi, tempat penamaan calon, tempat pengiraan undi dan semua ini mesti dipersetujui pemilik bangunan. Dalam masa yang sama, ujar beliau, SPR juga perlu menguruskan mengenai dakwat kekal yang turut memakan masa dan juga latihan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam mengisi borang dan sebagainya. Ok, logik ke jawapan SPR itu atau ia satu lagi lawak jenaka dalam negara? Penamaan calon bagi pilihanraya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu DUN Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan. Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya. Antaranya ia dikaitkan dengan kes rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan yang akan didengar pada 11 Februari ini. Wujud andaian bahawa kes tersebut akan digunakan sebagai bahan kempen pilihanraya dah ini merupakan kaitan yang tidak boleh diketepikan. Tambahan pula Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan sudah pun mengesahkannya. Spekulasi lain ialah mengenai pemberian BR1M yang akan bermula pada pertengahan Februari ini dan tempoh pembayaran dijangka selesai dalam masa sebulan. BN dikatakan memerlukan BR1M sebagai salah satu bahan kempen utamanya di Kajang dan bagi menunjukkan kepada pengundi pemberian itu merupakan salah satu usaha kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang sedang meningkat. Alasan lain mengapa pilihanraya kecil ini dilewatkan ialah untuk meletihkan Anwar dan jentera Pakatan Rakyat. Memandangkan mereka sudah mula turun padang mengadakan majlis penerangan, kempen dan program turun padang menemui pengundi sebaik saja DUN Kajang diisytiharkan kosong dan Anwar diumumkan sebagai calonnya, semua itu terpaksa diteruskan sehingga ke hari pengundian. Ini bermakna untuk pilihanraya kecil Kajang ini, Anwar dan jentera Pakatan terpaksa meneruskan kempen dan bakal berkempen hampir dua bulan lamanya. In berbeza dengan UMNO dan BN yang belum pun menggerakkan jenteranya lagi. Meskipun BN tiada harapan untuk menang, tetapi dengan melewatkan tarikh pilihanraya boleh membuatkan ramai orang keletihan, jemu, bosan dan mungkin sesetengahnya pula akan menyalahkan Anwar dan Pakatan kerana sengaja membenarkan ADUNnya meletak jawatan serta menimbulkan kesusahan dengan adanya pilihanraya kecil ini. Strategi ini bersama bantuan BR1M dan keputusan Mahkamah Rayuan sekurang-kurangnya diharapkan melemahkan Anwar dan menjadikan undi diperolehinya turut menurun. Memandangkan mencapai kemenangan nampak mustahil, mengurangkan undi adalah pilihan yang dianggap terbaik bagi BN berbanding tidak meletakkan calon yang mungkin ditafsirkan sudah mengaku kalah sebelum berjuang. | ||
PRK Kajang: Lucu jika saya sabotaj diri sendiri - Khalid Posted: 06 Feb 2014 06:30 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan kononnya akan berlaku sabotaj dari pihaknya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti sebagai tuduhan yang melucukan. Menepis tomahan itu, Khalid berkata ianya sesuatu yang tidak masuk akal kerana beliau selaku pengarah pilihan raya yang dilantik PKR bagi pilihan raya kecil itu, tentunya mahu Anwar selaku calon, menang. "Macam mana kata saya sabotaj. Saya pengarah PRK Kajang, kalau macam itu saya sabotaj diri saya sendiri. Itu pasti suatu yang lucu," katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media di Bangunan SUK hari ini. Unsur sabotaj itu dikatakan berkaitan dengan tindakan pemecatan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holding yang dianggap tidak kena pada masanya ketika PRK DUN Kajang bakal diadakan. Abdul Khalid bagaimanapun mempertahankan keputusan pemecatan tersebut sebagai mengikut polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik. "Tidak kena pada masa atau tidak bukan isu, menguruskan korporat mesti dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif. "Cuma malangnya, masanya adalah sekarang dan keputusan perlu dibuat sekarang," katanya. | ||
Isu "One-derful Malaysia": Mentaliti Kangkung Sesetengah Menteri Kangkung Posted: 06 Feb 2014 06:25 AM PST KELAB GREENBOCPenghinaan UMNO-BN terhadap orang Melayu jauh lebih buruk – Ariff Sabri Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, penghinaan UMNO terhadap orang Melayu jauh lebih buruk berbanding video satira 'One-derful Malaysia' yang dihasilkan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim. Justeru, beliau mempertikaikan reaksi melampau sesetengah pihak, antaranya Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang membuat laporan polis dan mengecam Teresa serta menuduh video itu 'boleh menggugat keharmonian rakyat'. "Teresa mengemukakan video yang gambarkan rekod Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN dalam bentuk humor dan satira. Kenapa darah Pemuda UMNO nak menggelegak? Penderitaan Melayu akibat dasar UMNO dan BN tidak pula mahu memberontak. "Rakyat lagi lama dihina dan diperbudakkan. Penoreh getah di kampung di Raub menderita untuk mendapat RM200 sebulan, bil elektrik kediaman rasmi Najib pula RM6,100 sehari dan air RM800 sehari. Mengapa tidak ada laporan polis ke atas pimpinan BN itu dibuat?" katanya. Beliau merujuk jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen tahun lalu menyatakan jumlah bil elektrik Kompleks Seri Perdana pada 2012 adalah RM2,237,788.13, manakala air RM311,174.25. Klip video sempena Sambutan Tahun Baru Cina itu mengandungi unsur kritikan secara satira terhadap beberapa isu seperti ekonomi, keselamatan, urus tadbir dan kehidupan pemimpin negara yang mewah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dilaporkan berkata, sejumlah 40 laporan polis dibuat ke atas Ahli Parlimen Seputeh itu dan siasatan akan dijalankan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sehubungan itu, Mohd Ariff Sabri menyifatkan kandungan video klip itu hanya versi 'lembut' kepada kemarahan rakyat kepada UMNO dan BN. "Beliau hasilkan video yang sudah dicuci. Jika kerajaan dengar apa rakyat Raub sebut pasal Najib dan isterinya, pasti mereka akan hantar askar dan polis menangkap rakyat di sana. Ada yang meng'haramjadah'kan dan mencarut kepada Najib," katanya sinis. Beliau juga mengecam kenyataan Pemuda UMNO Wilayah, yang memandang kritikan dan mesej video itu daripada sudut perkauman. "Kenapa semua perlu daripada sudut perkauman? Orang Cina tak boleh kritik Najib dan kerajaan? Orang Melayu bagaimana, tak cukup Melayu (kalau kritik)? "Saya Melayu dan akan terus kritik kepimpinan Najib. Saya tidak akan benarkan UMNO mendefinisikan keMelayuan saya," katanya lagi. -Roketkini
ULASAN GB Hanya yang bermentaliti kangkung akan melihat video "One-derful Malaysia" itu dari sudut perkauman sedangkan lansung tiada isu perkauman di dalam video berkenaan. Yang dikritik di dalam video berkenaan ialah Najib, Rosmah & kerajaan UMNO BN. Bukan mengkritik Melayu, hanya kerana kebetulan Najib, Rosmah serta UMNO itu berbangsa Melayu, maka pemimpin UMNO melihat video berkenaan "mengkritik Melayu". Yang marah terhadap video itu pun bukan "semua pihak" seperti didakwa Ahmad Shabbery. Hanya orang UMNO, itupun yang mengampu dan membodek PM sepertinya. Presiden Amerika sendiri dikritik rakyatnya saban hari. Takda pula orang negro Amerika berkata ia menggugat keharmonian rakyat dan tidak ada yang berkata bahawa ia adalah hasutan halus untuk membenci Negro Amerika! Kalau nak diikutkan, filem "Tanda Putera" lebih sarat dengan mesej perkauman daripada On-derful Malaysia. Pembelasahan UMNO terhadap video Teresa Kok itu menjelaskan wujudnya mentaliti kangkung oleh menteri-menteri kangkung untuk membodek PM yang masyhur dengan kangkungnya. | ||
Kenapa PAS Bekerjasama Dengan DAP? Posted: 06 Feb 2014 06:22 AM PST KELAB GREENBOCKenapa PAS bekerjasama dengan DAP?, kenapa tidak mahu kerjasama dengan Umno? Jawapan: Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini: 1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat. 2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam. 3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? 4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan. 5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri. 6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian. 7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa? 8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI? 9) DAP tidak pernah meramPAS dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu. 10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 kini Umno gila talak dan hendak rujuk kepada PAS. 11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung 12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula? 13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah. 14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya. 15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat ....... 16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia -jkkk fan's club | ||
Presiden PAS lancar Kempen Jom Turun malam esok Posted: 05 Feb 2014 11:55 PM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat dengan kerjasama PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu pelancaran roadshow kempen Jomturun peringkat pusat. "Kempen ini dilancarkan bertujuan untuk menggerakkan kesedaran rakyat berkaitan kenaikan kos sarahidup yang semakin membebankan rakyat," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily. Katanya, kempen yang digerakkan oleh PAS ini selari dengan agenda rakyat yang ingin melihat negara ini bebas dari korupsi yang menjadi punca utama kenaikan kos sara hidup. Selain itu, ujarnya PAS juga menuntut supaya ditangguhkan perlaksanaan GST yang masih belum sesuai dilaksanakan dalam negara ini. PAS juga meminta supaya didedahkan perjanjian konsesi tol yang dilihat menyebelahi syarikat konsesi tol dan dalam masa yang sama terus menjerut leher rakyat. Pelancaran roadshow itu, kata Mahfuz akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang turut disertai oleh timbalannya, Mohamad Sabu dan beliau sendiri. Selain itu, jelasnya wakil-wakil dari Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat Pusat juga akan turut hadir bagi menjayakan program besar itu. Pelancaran roadshow itu, kata beliau akan diadakan pada Jumaat, 7 Februari jam 9.00 malam bertempat di Padang Blok E, Desa Pandan, Kuala Lumpur. "Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PAS Pusat menjemput dan mempersilakan seluruh rakyat yang prihatin terhadap isu kenaikan kos ini khususnya warga Lembah Kelang, dan juga warga media cetak dan elektronik agar dapat turun hadir bersama-sama memberi sokongan dan membuat liputan terhadap pelancaran roadshow ini," ujarnya lagi. | ||
Dakwat kekal: Solat hajat untuk pegawai tentera Posted: 05 Feb 2014 11:49 PM PST KUALA LUMPUR: Seluruh ahli dan penyokong PAS digesa mengadakan solat hajat berikutan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang akan dihadapkan ke Mahkamah tentera esok berhubung kenyataan beliau tentang dakwat tak kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu. AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS mendoakan agar Mejar Zaidi diberi ketabahan dan kekuatan berdepan ujian ini dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau esok. "Kita minta seluruh ahli dan penyokong PAS mengadakan solat hajat malam ini semoga Allah memberi kemenangan kepada beliau esok," kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS kepada Harakahdaily. Zaidi akan dihadapkan ke Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi PRU13 lalu. Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama. Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain. Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth. | ||
Insuran kenderaan naik, BN tambah derita rakyat Posted: 05 Feb 2014 11:47 PM PST SELANGOR KINI KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyifatkan pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan ke atas syarikat takaful adalah tambahan yang membebankan rakyat. "Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, namun kenaikan insuran 15 peratus adalah kenaikan yang tinggi. "Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. "Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda," kata Azrul yang dipetik daripada kepada Keadilan Daily. Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia meluluskan kenaikan premium insuran takaful 15 peratus membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan bas ekspress, bermula 15 Februari ini. Azrul berkata, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran. "Di bandar ada pengangkutan awam, jika ingin berjimat. Tetapi, penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam dan terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak. "Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika enggan bayar, pengguna tidak dapat cukai jalan. Penduduk kampung terpaksa menanggung kenaikan dan penduduk bandar turut terbeban. "Kita tidak dapat menjangkakan apa lagi yang naik selepas ini. Siapa tahu pula, selepas ini cukai jalan pula akan dinaikkan," katanya. | ||
PRK Kajang : Calon tawar diri ghairah serang peribadi Anwar Posted: 05 Feb 2014 11:40 PM PST Oleh : AFEEQA AFEERA SHAH ALAM: Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kian terasa walaupun Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan calon yang akan menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 23 Mac ini. Penulis blog, Shahbudin Husin, berkata sementara BN belum menetapkan calon sama ada Umno atau MCA untuk menggalas cabaran, muncul pula pihak yang disifatkan tidak 'malu-malu' menawarkan diri mereka mewakili BN dan Bebas. Antara individu terbabit adalah Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP), Datuk K S Nallakaruppan dan bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay. Beliau berkata, secara dasarnya hasrat dua individu berkenaan bukan kerana mahu menang atau ghairah bergelar wakil rakyat, tetapi lebih kepada ingin menyerang atau mendedahkan keburukan peribadi Anwar. "Nalla adalah bekas rakan karib Anwar dan hasratnya bertanding tidak lain untuk mendedahkan segala rahsia Anwar yang didakwa diketahuinya ketika mereka bersahabat. "Beliau yang meminta hasratnya untuk mewakili BN dalam PRK dipertimbangkan, tetapi nampaknya tidak berminat langsung untuk menang, sebaliknya hanya mahukan ruang kempen selama beberapa hari itu sebagai medan untuk mendedahkan keburukan Anwar. "Sama seperti Nalla, Yuktes yang mahu bertanding sebagai calon Bebas juga bukan menyertai pilihan raya ini kerana mahu menang atau ghairah bergelar wakil rakyat, tetapi semata-mata mahu menyerang, mendedahkan keburukan dan mungkin membalas dendam terhadap Anwar," katanya. Shahbudin berkata, tidak mustahil jika BN memberi 'lampu hijau' kepada Nallakaruppan untuk bertanding, tayangan video berkenaan Anwar akan menjadi sebahagaian daripada acara kempennya. Beliau juga secara sinis menyifatkan kehadiran individu yang tidak 'malu-malu' menawarkan diri sebagai calon ini seperti menjadikan PRK Kajang seperti Hari Raya. "Ia umpama kemeriahan Hari Raya yang sudah dapat dirasakan walaupun bulan puasa belum tiba," katanya. PRK Kajang dijangka bakal menjadi PRK paling unik dan menarik dalam sejarah berikutan taruhan PKR menempatkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai calon di DUN itu.-NFN- | ||
Anwar mula gerak kerja, turun padang sekitar Kajang Posted: 05 Feb 2014 11:38 PM PST Oleh : AFIX REDZUAN KAJANG,: Walaupun gendang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang belum bergema secara rasmi, namun calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan gerak kerja mendekati penduduk tempatan memperkenalkan diri. Bertempat di Pusat Komuniti DUN Kajang, Anwar nyata gembira kembali dipertemukan dengan tokoh penulisan, Abdul Rahman Rukaini yang terkenal dengan karya "Antara Pengganas dan Mujahidin Tulen: Siri Al-Qardhawi Membela Islam" dan bertanya khabar beliau. Abdul Rahman nyata terharu dengan ingatan Anwar ditambah dalam keadaan beliau yang sedikit uzur dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Pada masa sama, Anwar lega dengan permulaan positif berdepan kumpulan komuniti setempat lebih 100 orang. Selaku wakil Pakatan Rakyat, Anwar bersedia untuk memberikan fokus mengangkat isu rakyat khususnya di Kajang. "Masalah khusus di Kajang perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Saya pikul amanah dan merayu masalah tempatan perlu disuarakan," katanya.-NFN- | ||
Anwar ‘puji’ tindakan SPR beri tempoh panjang berkempen Posted: 05 Feb 2014 11:34 PM PST KEADILAN DAILYKAJANG: Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selama 13 hari yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat reaksi positif Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara berseloroh Anwar memuji keputusan SPR yang memberikan tempoh berkempen antara yang panjang dalam sejarah PRK. Katanya, selama ini perkara itu di desak pelbagai pihak dan akhirnya ditunaikan SPR. "Apa bagus betul bagi masa lama pada Anwar. Ini adalah masa PRK yang panjang diberikan iaitu sebulan setengah pada Anwar," katanya di hadapan kira-kira 300 orang hadirin di Taman Kajang baru, di sini, semalam. SPR memaklumkan tarikh penamaan calon bakal diadakan pada 11 Mac ini, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 19 Mac ini. Tarikh pembuangan undi akan berlangsung 23 Mac ini dan perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada 5 Februari ini. Anwar menjelaskan, beliau akan sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah setempat antaranya masalah trafik dan kemudahan asas. Tegasnya, PRK kali ini adalah peluang untuk mengegarkan isu nasional termasuk monopoli dan kenaikan harga barang.-NFN- | ||
Jaafar Shamsuddin dilantik Pengarah Jentera PRK DUN Kajang Posted: 05 Feb 2014 11:31 PM PST Oleh : AFIX REDZUAN SHAH ALAM: PAS Selangor melantik Jaafar Shamsuddin sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, pada 23 Mac ini. Perkara itu dimaklumkan sendiri Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Abdul Samad melalui satu kenyataan media. "Sukacita dimaklumkan bahawa PAS Selangor sudah melantik Jaafar sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi PRK DUN Kajang," katanya. Sehubungan itu, Iskandar berkata, Bilik Gerakan Utama PAS Selangor adalah di Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat, G20-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang. Petugas PAS daripada dalam dan luar Selangor yang akan bertugas di Kajang boleh menghubungi Setiausaha Jentera Pilihan Raya PAS DUN Kajang, Mohd Shariff Din, di talian 013-3883700 untuk penyelarasan.-NFN- | ||
PAS Perak mahu Dun Kajang terus milik Pakatan Posted: 05 Feb 2014 11:22 PM PST IPOH: PAS Perak akan turut membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Penerangannya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, kemenangan Pakatan Rakyat di Dun tersebut adalah sangat penting bagi memastikan penguasaan gabungan parti itu semakin utuh dan sukar digugat di samping menggagalkan hasrat BN untuk menambah kerusi di Dun Selangor. "PAS Perak menyahut seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menurunkan jentera bagi memastikan Pakatan Rakyat kekal di kerusi itu," katanya kepada Harakahdaily. Kata beliau, pertembungan Dun Kajang ini boleh menjadi medan penilaian tahap sokongan rakyat ke atas Pakatan Rakyat di Selangor dengan segala kemelut yang diperbesarkan oleh media. "Rakyat masih ada ruang dan peluang mengundi bagi memilih siapa wakil rakyat pilihan mereka dalam pilihanraya kecil nanti," jelasnya lagi. Ujar beliau, kerajaan sedia ada tetap akan kekal kerana ianya tidak berisiko untuk mengubah landskap pemerintahan di negeri itu oleh kerana majoriti di antara kerajaan dan pembangkang sangat besar namun Pakatan Rakyat tekad untuk mempertahankan kemenangan di Dun tersebut. PRK Kajang itu juga, kata beliau adalah peluang untuk menjelaskan isu semasa dalam kempen di samping mendekatkan pemimpin dengan rakyat. | ||
Hampanya tiada penurunan tol tahun ini Posted: 05 Feb 2014 11:21 PM PST Tidak ada berita yang menggemparkan dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai tiada kenaikan tarif tol untuk tahun ini dan pengumuman itu tidak pula melegakan semua pihak. Jumlah pampasan yang dibayar kerajaan sebanyak RM 400 juta kepada syarikat-syarikat konsesi tol juga adalah berita biasa yang dihidangkan kepada rakyat, tiada yang sensasi. Sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu dan meringankan beban rakyat seboleh mungkin. Menjadi dasar kerajaan, duit kerajaan hasil cukai rakyat itulah yang seharusnya digunakan untuk membela kembali rakyat, agar jangan mereka terbeban lagi. Jika kerajaan menaikkan kadar tol dalam keadaan pampasan kepada syarikat tol juga sudah diberi, maka ia berhak menjadi berita sensasi negara. Cuma terkilannya, kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM 400 juta kepada syarikat konsesi tol 'sebagai ganti rugi' selepas semakan kadar tol dibekukan pada 2011 mengikut perjanjian konsesi. Ia bermaksud, dalam kata 'ganti rugi' tersebut syarikat konsesi tol masih mendapat keuntungan berlipat kali ganda, berjuta-juta ringgit dikumpulkan hasil tol manakala kerajaan pula 'top up' dengan ganti rugi kerana tidak mengikut perjanjian untuk menaikkan kadar tol tiga tahun lepas. Syarikat konsesi mendapat laba dan keuntungan dua kali, satu daripada rakyat yang membayar tol manakala satu lagi daripada pampasan kerajaan kepada mereka. Pengumuman ini tidak melegakan rakyat kerana rakyat sudah tidak tertanggung dengan pelbagai bebanan kos hidup yang meninggi hasil dari kenaikan harga barangan terutama barang keperluan. Tidak menaikkan harga tol tidak bererti melapangkan dada rakyat yang sempit. Rakyat masih sukar bernafas, tercungap-cungap kelemasan namun belum sampai tahap nazak. Menaikkan harga tol mungkin akan menazakkan rakyat dan mungkin juga sesetengahnya akan 'mati'. Mengekalkan harga tol dalam keadaan sekarang tidak mengubah hidup rakyat, kerana kerajaan juga maklum rakyat sedia terhimpit dengan bebanan hidup. Yang rakyat mahukan bukannya dikekalkan harga tol dengan kadar sekarang, tetapi harga tol baharu yang diturunkan jika tidak pun dihapuskan terus seperti ikrar Pakatan Rakyat semasa kempen PRU ke 13 lalu. TPM nampaknya tidak berani mengambil langkah membela rakyat dengan mengurangkan harga tol. Idea ini seperti tidak terfikir dibenaknya kerana baginya langkah ini akan merugikan kerajaan serta syarikat konsesi tol, walaupun rakyat mendapat keuntungannya. Malangnya inilah mentaliti pemimpin negara sekarang. Bagi mereka biarlah mereka dan kerajaan untung dan kaya raya, asalkan rakyat rugi dan merana. Lebih mengecewakan apabila mereka sanggup mengikut kehendak syarikat konsesi tol, sekalipun terpaksa membayar pampasan jika tidak menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang ditetapkan, daripada mengikut kehendak dan kemampuan rakyat di negara ini. Besarnya nilai beberapa kerat tokoh korporat kaya raya itu di mata mereka daripada nilai berjuta rakyat di negara ini. *Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat | ||
Penamatan 22 kakitangan PKNS jimat RM7 juta setahun - MB Posted: 05 Feb 2014 11:19 PM PST HAZAYANI ZAKARIA SHAH ALAM: Penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)Holdings Sdn Bhd akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia menunjukkan PKNS berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak. Beliau menjelaskan, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini. "Penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd adalah hasil polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik. "Melalui saluran Integrity Pact, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji yang tinggi. "Ini dibuat tanpa mengambil kira kepakaran dan pengalaman kakitangan yang sedia ada," kata beliau pada sidang media di Bangunan SUK, dekat sini hari ini. Khalid berkata, penamatan kontrak 22 kakitangan itu dilakukan kerana berlaku pertindihan tanggungjawab dan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS. "Selaras dengan polisi Integrity Pact, Kerajaan Selangor memberi kepercayaan penuh kepada pengurus besar yang baharu untuk membuat perubahan yang berkaitan demi kebaikan PKNS dan anak-anak syarikat. "Ini termasuk kajian semula usahasama dan projek-projek, menyusun semula akaun PKNS dan melaksanakan straegi untuk meningkatkan keuntungan," katanya yang juga Pengerusi PKNS. Sebelum ini, beliau mengarahkan Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah untuk membuat kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia. | ||
Enggan beri penjelasan, lebih baik AG letak jawatan Posted: 05 Feb 2014 11:16 PM PST KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Hanipa Maidin meminta agar Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail meletak jawatan jika enggan memberi penjelasan berikutan penangguhan dakwaan rasuah setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dan pengarah sebuah syarikat. Beliau berkata, walaupun AG mempunyai hak dalam membuat pendakwaan, Abdul Gani perlu bersikap telus serta profesional dalam kes yang berprofil tinggi dan bukannya bersikap pendakwaan terpilih. "Saya merasakan Abdul Gani tidak profesional dalam kes tersebut, walaupun ada laporan mengatakan pendakwaan akan dilakukan pada 29 Januari lalu tetapi sehingga ini senyap begitu sahaja. "Kalau Peguam Negara enggan beri penjelasan lebih baik letak jawatan, kita lihat bila membabitkan kes profil tinggi Umno akan menyepi tetapi membabitkan pembangkang terlalu cepat pendakwaan dilakukan," jelasnya kepada Harakahdaily. Menurut Ahli Parlimen Sepang itu lagi, kelewatan serta keengganan AG membuat pendakwaan dan penjelasan menyebabkan pelbagai spekulasi timbul sehingga membabitkan campur tangan politik dalam kes tersebut. Jelasnya, Abdul Gani tidak perlu melenting jika perkara itu dibangkitkan rakyat kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kredibilitinya sebagai Peguam Negara. "Kita tidak mahu wujud campur tangan politik dalam kes tersebut sehinggakan pendakwaan dilengahkan. Kalau ada yang terbabit perlu diheret sekali," sambungnya yang merupakan peguam. Hanipa yakin dengan siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan kes tersebut mempunyai bukti kukuh untuk dilakukan pendakwaan. SPRM, dalam kenyataan sebelum ini berkata seorang bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil dan pengarah daripada Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk pelaksanaan skim 1Azam yang diketuainya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta. Beliau disiasat kerana disyaki menyelewengan dana rakyat di bawah skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan. | ||
PRK Kajang: Tolak pihak cetuskan ketegangan kaum dan agama – S Ambiga Posted: 05 Feb 2014 11:12 PM PST Katanya, pengundi di Kajang perlu menjadi suara mewakili seluruh rakyat Malaysia bagi membantah sentimen kaum dan agama yang semakin kuat dimainkan akhir-akhir ini. "Saya tertanya-tanya, mengapa insiden (ketegangan) hanya berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Kita perlu sedar bahawa ada kumpulan yang cuba cetuskan masalah. "Maka pada PRK Kajang nanti, saya minta pengundi di sana bersuara bagi pihak kita semua, dan menolak perkauman dan taksub agama (religious bigotry)," katanya ketika berucap pada forum 'Serampang Kajang' di Empire Hotel, Subang Jaya semalam. Pada masa sama, bekas Pengerusi Bersih 2.0 itu menegaskan, beliau sama sekali tidak cuba untuk memberitahu pengundi untuk memilih parti tertentu dalam PRK yang akan diadakan 23 Mac ini. "Jika anda puas hati dengan apa yang BN lakukan selepas PRU, maka undilah mereka. Jika anda tidak puas hati dengan Pakatan, jangan undi mereka. "Saya juga tahu ada yang mahu boikot, ekoran marah kerana perlu mengundi semula. Ia hak anda, tentunya," katanya kepada ratusan hadirin. Namun, katanya lagi, beliau meminta agar pengundi melihatnya sebagai peluang kedua sekaligus menyatakan suara mereka berhubung keadaan negara pasca PRU 13. "Jadi pesanan saya kepada pengundi di Kajang agar menimbang semula, kerana anda boleh bersuara melalui undi anda. Jika ada yang berpolitik dengan cara kotor, ada cubaan membeli undi, tolaklah mereka," katanya lagi. Turut menjadi panel semalam adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, serta dipengerusikan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad. -Roketkini.com | ||
Tangguh kenaikan tol tidak selesai masalah, hanya untuk hadapi PRK Kajang – Gobind Singh Deo Posted: 05 Feb 2014 11:07 PM PST Menurutnya, langkah itu juga tidak menyelesaikan masalah sebenar, sebaliknya menangguhkan kenaikan dengan kos yang amat besar. "Kerajaan gagal mencari penyelesaian kekal terhadap masalah ini dan kegagalan itu mengorbankan kos RM400 juta. Sedangkan wang itu boleh disalurkan dengan lebih baik terhadap hal penting untuk membantu rakyat. "Pampasan itu akhirnya datang daripada rakyat sendiri. Pasti akan ada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung pampasan itu," katanya dalam satu kenyataan. Katanya lagi, kerajaan perlu berhenti menangguh isu itu dengan cara memberi pampasan, sebaliknya mencari jalan muktamad kerana ia hanya merugikan wang rakyat. Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu sidang media di Putrajaya mengumumkan, tiada kenaikan tol tahun ini kerana kerajaan akan membayar pampasan RM400 juta kepada syarikat konsesi. Pengerusi Biro Undang-undang DAP itu juga menggesa kerajaan mencari jalan untuk membuat rundingan semula perjanjian konsesi serta menggubal undang-undang baru jika perlu. "Perlu ada had pada kadar keuntungan dan tempoh (konsesi) dan jika tiada, Parlimen perlu menggubal untuk mengadakannya. "Undang-undang sebegitu perlu dibentuk bagi menghadapi kontrak yang membebankan rakyat. Ia perlu benarkan kontrak itu dikaji dari semasa ke semasa," katanya. Menurut Gobind lagi, beliau sendiri sudah berulang kali membawa isu itu ke Parlimen. "Walaupun kerajaan ada janji sebelum ini untuk mencari penyelesaian tapi jelas tiada apa-apa yang terhasil. Bagi saya, mereka tiada kesungguhan untuk menyelesaikan masalah. roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan