Jumaat, 21 Februari 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hina Nabi dan Agama Tak Ngapa.... Jangan Ketua Agama ....??

Posted: 21 Feb 2014 10:56 AM PST

  Nampaknya di Malaysia ini yang kononnya ngaku sebagai negara Islam,  bahawa menghina Rasulullah sejak 30 tahun yang lalu tidak mengapa selagi ada 'negarawan' yang backing!

  Baru aku tahu sekarang.....bahawa kedudukan sebagai  'Ketua Ugama' adalah lebih tinggi mertabatnya dari Nabi Muhammad SAW yang hanya bergelar sebagai Rasulullah atau Pesuruh Allah dan Khulafa-ur-Rasyidin  yang digelar sebagai Amirul Mukminin atau Pemerintah Orang Mukmin...
Aku tahu bila aku baca status di facebook Dr DZul :
Bukan satu lg PRK yg kita perlu fikirkan sekarang dengan hukuman ini..tetapi apa nak jadi kpd institusi kehakiman di negara ini.
 Baca dengan teliti 'apa dosa' Karpal. Beliau tidak mempertikaikan dari sudut undang-undang bahawa hak Raja untuk melantik seorang menteri besar, tetapi hujahnya bahawa kuasa tersebut hanya boleh dilaksanakan apabila ada kekosongan.

 Sememang Undang-undang membenarkan Raja-Raja didakwa dan ia adalah sebab mengapa Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993. Kalau semua titah Raja dan Sultan mengatasi segala-galanya..maka bukan lagi Raja Berpelembagaan lah..tetapi sudah jadi 'Absolute Monarchy'...naik keliru juga aku akhirnya....
  Maka hati-hati semua pengamal undang-undang..silap2 haribulan teperosok kome dalam penjara...Zul Hazmi and kekawan lawyer semua...sebab itu gamaknya dikatakan 'practising lawyer' sbb macam -superveteran Karpal pun..tak 'Perfect-perfect lagi dema ni 'masih practising lagi'....lawak boring petang-petang bila bosan fikirkan kebejatan UBN ini....hehe. 

Kenapa Pemimpin PAS tidak ada bersama?

Posted: 20 Feb 2014 08:03 PM PST

 Aku sahaja nak tahu...apasal tidak ada sorang pun pemimpin PAS turut hadir sebagai tanda solidariti ketika perbicaran Karpal. Apakah kerana sibuk kerana nak mengadakan demo anti Kassim lepas Jumaat nanti maka mereka tidak dapat hadir? Malaysian Insider melaporkan :

Karpal didapati bersalah kerana menghasut 
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA 



Peguam veteran Karpal Singh hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis perlembagaan pada 2009.

 Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

 Pasukan peguam Karpal menggesa Azman menangguhkan hukuman ke hari lain bagi mereka menyediakan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

 Karpal, 73, yang juga pengerusi DAP, juga berisiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana kesalahan itu membawa sehingga denda berjumlah RM5, 000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 Di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat akan hilang kelayakan bagi jawatan itu jika didenda melebihi RM2,000 atau penjara melebihi tempoh setahun.
 Turut hadir di dalam bilik mahkamah yang penuh sesak itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
 Karpal menyertai senarai pemimpin DAP yang disabitkan di bawah undang-undang zalim yang sifatkan oleh pengkritik direka untuk menyekat perbezaan pendapat.

 Mendiang Dr Ooi Kee Saik, bekas ketua DAP Pulau Pinang, adalah individu pertama yang mengalaminya pada 1970, diikuti mendiang Fan Yew Teng, ahli Parlimen Kampar yang juga pemangku setiausaha agung DAP, pada 1975.

 Ketua Menteri Lim Guan Eng didapati bersalah atas kesalahan yang sama pada 1998 dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan. Beliau kembali ke arena politik negara pada 2004.

  Karpal dikatakan melakukan kesalahan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2009.

 Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu didakwa berkata bahawa penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipersoalkan di mahkamah undang-undang .

 Karpal memberi hujah pembelaan bahawa apa yang dikatakan adalah pendapat undang-undang dan tidak menjadi ancaman kepada Sultan, yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara sebelum itu.

 Pasukan pembelaannya juga menyatakan pertuduhan dirangka dengan niat jahat kerana ada orang lain yang membuat kenyataan berunsur hasutan lebih teruk tetapi tiada tindakan diambil. – 21 Februari, 2014.

Tiada ulasan: