Khamis, 6 Februari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Remaja 13 Tahun Rogol Adik Perempuan Setelah Tonton Video Lucah

Posted: 05 Feb 2014 10:23 PM PST


[AA] BLACKBURN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Blackburn, England telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox.

Budak yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.

Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat.

Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'. Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah lupa'.

Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau, manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya .

Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.

Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu 'kebimbangan'.

"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini.

"Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.

Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda.

Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada kandungan lucah.

Satu rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan.

Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.

Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet.

Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian.

Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka.

Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua yang terlibat dalam kes ini.

"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton dalam talian."

Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.

"Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.

"Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya. - 6/2/14


Tiada Kenaikan Tol Tahun Ini

Posted: 05 Feb 2014 08:09 PM PST



[BERNAMA] PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.

Timbalan perdana menteri berkata pampasan itu adalah untuk syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang yang sepatutnya menaikkan kadar tol.

Beliau memberitahu sidang media mengenai keputusan itu selepas mesyuarat jawatankuasa khas bagi menangani masalah kos sara hidup, yang dipengerusikan beliau di sini, Rabu.

Muhyiddin berkata banyak lagi syarikat konsesi termasuk Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) tidak menaikkan tol.

"... macam PLUS tak naik, dan banyak lagi syarikat konsesi sekarang ini, ada 29 syarikat konsesi semuanya, cuma yang terlibat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, kalau tak silap saya ada sembilan syarikat konsesi," katanya.

Selain itu menurutnya jawatankuasa berkenaan juga bersetuju untuk meminta Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh berhubung konsesi tol sedia ada dalam konteks jangka panjang, sekiranya ada cara-cara yang boleh dilakukan untuk berunding semula dengan pemilik konsesi berkaitan kutipan tol.

".. kalau ada terma-terma yang boleh dipersetujui bersama, termasuk untuk lanjutkan tempoh konsesi sebagai satu cara menentukan kadar tol tidak dinaikkan di masa hadapan, ini boleh dibincangkan.

"Jawatankuasa hari ini bersetuju supaya Kementerian Kerja Raya mengadakan perbincangan awal dengan semua syarikat konsesi untuk hasrat itu," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata jawatankuasa berkenaan juga bersetuju menyediakan peruntukan RM120 juta untuk agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Beliau berkata ia bagi memastikan ketiga-tiga agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu dapat menyediakan bekalan barangan makanan terpilih yang mencukupi, bagi memastikan harganya tidak naik terlalu tinggi di pasaran.

Muhyiddin berkata ia merupakan antara beberapa inisiatif yang dibentangkan Kementerian berkenaan di mesyuarat petang ini, termasuk usaha membekalkan bekalan bahan makanan yang mencukupi pada harga berpatutan, seperti sayur-sayuran terpilih, bahan makanan kering dan ikan.

Katanya mesyuarat memberikan tumpuan khusus kepada enam aspek atau bidang kecil yang dilihat membawa implikasi ketara kepada kos sara hidup orang ramai, yang terdiri daripada aspek bahan bakar, yang merujuk kepada isu-isu berkaitan subsidi minyak.

".. kedua dari aspek tenaga seperti tenaga elektrik dan sebagainya, ketiga dari segi bahan makanan, (keempat) aspek pembayaran tol, kelima pengangkutan, seperti tambang bas serta teksi, dan yang keenam, aspek perumahan," katanya.

Muhyiddin juga berkata jawatankuasa itu juga bersetuju untuk memperuntukkan RM3.5 juta kepada pertubuhan-pertubuhan pengguna di seluruh negara, termasuk 20 persatuan pengguna yang besar, untuk membantu mereka melaksanakan program-program pendidikan kepada pengguna.

Merujuk kepada isu berkaitan tambang pula, Muhyiddin berkata, jawatankuasa itu memahami banyak pengusaha memohon supaya kadar tambang dinaikkan, namun ia menetapkan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengemukakan apa jua ketetapan yang diambil berhubung tambang kepada pihak mereka (jawatankuasa khas), sebelum sebarang tindakan diambil mengenainya.

"Itu antara beberapa perkara yang saya boleh disebut di sini, lain-lain isu tidak boleh saya nyatakan sehingga dibawa kepada Jemaah Menteri di mesyuarat akan datang," katanya.

Sementara itu, merujuk kepada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang bulan depan, Muhyiddin berkata Barisan Nasional akan mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponennya sebelum akhir bulan ini sebelum dapat membuat apa jua ketetapan mengenainya.

Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 23 Mac sebagai tarikh pilihan raya kecil itu, dan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon. - 6/2/14


P/s: Tahniah rakyat yang memprotes khabar angin tentang kenaikan tol hujung tahun lalu sama ada melalui media sosial ataupun dalam medium yang lain. Tanpa protes anda, kita mungkin sudah membayar harga tol yang baharu.

Yang kita kesal duit rakyat terpaksa dikorbankan untuk membayar pampasan kepada konsesi. Jumlahnya RM400 juta. Mengapa kerajaan begitu cerdik membuat perjanjian yang merugikan negara sedangkan konsensi lebuh raya mengaut keuntungan saban tahun?




Aset Anak Lelaki Taib Mahmud Bernilai RM1.1 Bilion - Akauntan

Posted: 05 Feb 2014 07:37 PM PST



KUALA LUMPUR: Seorang akauntan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa aset anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bernilai antara RM976 juta dan RM1.395 bilion.

Akauntan bertauliah, Andrew Heng, 39, berkata sebelum ini beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa aset Datuk Seri Mahmud Abu Bekir bernilai RM916 juta hingga RM1.344 bilion.

Beliau berkata angka baru itu diperolehi setelah memasukkan dua aset yang dimiliki Mahmud yang terdiri daripada sebuah kereta Audi dan kepentingannya di Menara Titanium di Brighton Square, Kuching, Sarawak.

Andrew telah dilantik oleh bekas isteri Mahmud, Shahnaz A. Majid, 50, untuk mengenalpasti aset milik Mahmud dan nilai pegangan sahamnya dalam 49 syarikat di Malaysia.

"Berikutan penemuan baru itu, angka terkini di antara RM976 juta dan RM1.395 bilion selepas mengambil kira kedua-dua aset.

"Angka tersebut berdasarkan kepada lima komponen termasuk yang diwarisi daripada arwah ibu Mahmud, tanah kelapa sawit, saham dalam 49 syarikat Malaysia dan kini, kenderaan Audi yang dimiliki oleh Ivy Kraf Sdn Bhd di mana beliau mempunyai 50 peratus kepentingan dan juga Menara Titanium," kata Andrew.

Andrew telah memberi keterangan semasa pemeriksaan balas oleh peguam Shahnaz, Akbardin Abdul Kader dalam perbicaraan tuntutan mutaah RM100 juta beliau.

Shahnaz yang merupakan kakak kepada ratu jazz, Datuk Sheila Majid, menuntut RM400 juta yang mana RM300 juta adalah harta sepencarian sebagai sebahagian daripada penyelesaian perceraian.

Shahnaz juga menuntut 50 peratus daripada semua aset yang dimiliki oleh Mahmud, 50, termasuk kereta mewah, rumah di pelbagai lokasi, tanah di Sarawak dan saham.

Mereka telah berkahwin pada Januari 1992 dan bercerai pada 2011.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun, Raden Murya.

Andrew berkata kenderaan mewah Mahmud, jenis Bugatti, bernilai RM1.18 juta tidak termasuk duti dan eksais yang dibayar dan Lamborghini bernilai RM498,000.

"Dua kenderaan lain Mahmud adalah Bentley Continental dianggarkan bernilai RM478,000 dan Toyota Alphard, RM190,000," katanya.

Pada akhir prosiding, peguam utama Mahmud Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan dua bulan untuk akauntan anak guamnya mengkaji laporan oleh Andrew.

"Kita perlu mendapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang perakaunan sebelum boleh meneruskan pemeriksaan balas kami," katanya.

Walau bagaimanapun, peguam utama Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie membantah permohonan itu, dengan menyatakan ia tidak adil untuk mereka dan menambah bahawa aset Mahmud adalah berdasarkan laporan kewangan syarikat-syarikat beliau.

Mahkamah kemudian menanguhkan perbicaraan kepada 14 dan 30 April bagi pembelaan untuk pemeriksaan balas Shahnaz. - MAIZATUL NAZLINA/6/2/14


P/s: Agak-agak berapa nilai harta Taib Mahmud?


Tiga Beradik Makan Ibu Kandung

Posted: 05 Feb 2014 06:25 PM PST

DANTE (kanan), Paroy (kiri) dan Ibrahim menafikan tuduhan bunuh ibu mereka.

[HM] Manila: Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu.

Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.

Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah.

Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.

Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.

"Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.

"Semuanya akan menjalani ujian dadah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. - Agensi/6/2/14


Hutang Rakan Motif SB Dibunuh

Posted: 05 Feb 2014 06:15 PM PST


ANGGOTA keluarga mengusung keranda mendiang Thivakar untuk dikebumikan, semalam.

[HM] Kuala Lumpur: Hutang dengan rakan sekerja dipercayai motif pembunuhan seorang lans koperal polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman yang ditembak di kepala dan mayatnya ditemui di laluan Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, di sini, petang kelmarin.

Sehubungan itu, bagi membantu siasatan, seorang anggota polis cawangan sama, ditahan sebagai suspek utama kes pembunuhan itu.

Anggota berpangkat koperal berusia 32 tahun itu ditahan tujuh jam selepas mayat Lans Koperal T Thivakar, 37, ditemui orang awam pada jam 4.30 petang kelmarin dengan dua kesan tembakan di kepala di kawasan berbukit dan sunyi di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek berasal dari Kota Bharu, Kelantan, ditahan pada jam 11.30 malam kelmarin, sebaik tiba di Balai Polis Jalan Travers, di sini, sejurus dibawa pegawai atasan dan beberapa rakan setugasnya.

"Hasil siasatan awal, polis merampas sepucuk pistol dan beberapa dokumen sebelum melakukan pemeriksaan di rumahnya di Kuarters Kediaman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Keramat Wangsa, awal pagi tadi (semalam).

"Susulan itu, polis mengambil pakaian suspek, termasuk baju, seluar dan kasut untuk profil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu siasatan," katanya yang ditemui pada Majlis Penyerahan Papan Kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Wangsa Melawati, di sini, semalam.

Mohmad berkata, suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kami berusaha mengumpul bukti dan memanggil beberapa individu yang berkemungkinan dapat membantu menyegerakan siasatan kes ini, bagaimanapun apa yang dapat saya nyatakan kes pembunuhan ini tidak mempunyai kaitan dengan masalah kerja," katanya.

Sumber memberitahu, ada kemungkinan kes pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah pinjaman wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa dan suspek. -6/2/14

Berita awal di sini.

Kanak-kanak 6 Tahun Hidap Kanser Payudara

Posted: 05 Feb 2014 06:01 PM PST


[Bernama] KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) mengesan seorang kanak-kanak berusia enam tahun menghidap kanser payudara ketika ia menjalani rawatan di hospital itu pada Oktober tahun lalu.

Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin HRPZII, Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, kanak-kanak itu yang berasal dari Pantai Cahaya Bulan di sini dikesan mempunyai satu biji sebesar dua sentimeter di bahagian dada. 

"Pembedahan dilakukan untuk membuang biji tersebut dan kini pesakit tersebut perlu menjalani rawatan berkala pada setiap bulan.

"Bagaimanapun, kita percaya ia boleh diubati memandangkan (ia dikesan di) peringkat awal iaitu tahap pertama dan kemungkinan faktor genetik," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata, kanser payudara yang merupakan pembunuh nombor satu bagi wanita di Malaysia, namun di Kelantan, berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, kanser payudara menjadi penyebab kedua kematian selepas kanser usus.

Imi Sairi berkata, berdasarkan rekod HRPZII, terdapat 2,262 pesakit secara keseluruhan menghidap kanser dan paling ramai adalah penghidap kanser payudara iaitu 593 pesakit, diikuti kanser usus (262) dan ovari 183 pesakit, selain kanser tiroid, serviks dan leukemia.

"Kanser payudara juga turut dihidapi pesakit lelaki, namun mereka lebih menderita akibat penyakit kanser usus dan prostat," katanya.

Katanya, hampir 50 peratus pesakit kanser di negeri ini mendapatkan rawatan di hospital setelah penyakit itu menjadi kronik di peringkat tahap ketiga dan keempat. -6/2/14



Tiada ulasan: