WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Anwar: Dasar BN untungkan elit Melayu dan kroni Posted: 09 Jan 2014 01:56 AM PST Anwar: Dasar BN untungkan elit Melayu dan kroniKUALA LUMPUR 9 JAN: Dasar ekonomi kerajaan Barisan Nasional hanya menguntungkan kelompok elit Melayu dan kroni, bukannya majoriti rakyat Malaysia berbangsa Melayu di semenanjung atau bumiputera di Sabah dan Sarawak. Justeru, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan tentang konsep keadilan Islam yang turut diperjuangkan Pakatan Rakyat fokus kepada bantuan untuk mereka yang berhak, bukannya atas dasar warna kulit dan agama. "Contohnya DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang dikatakan memberi manfaat kepada orang Melayu. Ini tidak sepenuhnya benar. Kerana dasar ini hanya menguntungkan segelintir elit Melayu," kata Anwar dalam sesi soal jawab bersama ahli Oxford & Cambridge Society Malaysia malam tadi. Justeru kata Anwar, masyarakat bukan Melayu di negara ini jangan terperangkap dengan propaganda melalui reaksi semberono, seolah-olah hanya orang Melayu yang dibela. "Sebab itu saya seru kepada anak muda berbangsa Cina untuk menangani isu ini dengan cermat. Kerana yang sebenarnya berlaku adalah eksploitasi (ekonomi) atas nama Melayu. "Kita kena faham bahawa orang Melayu selain bumiputera di Sabah dan Sarawak adalah golongan majoriti termiskin di negara ini. Ini isu paling asas dan kritikal," ujarnya. Tambah Anwar, melalui dasar ekonomi Pakatan Rakyat, semua rakyat di negara ini mempunyai peluang saksama, manakala yang lemah dan ketinggalan terus dibela. "Ini isu penting untuk memastikan kedudukan dan masa depan mereka terjamin. Semua punya peluang sama rata, manakala kelompok majoriti mendapat manfaat," kata Anwar. Tambahnya, dasar kerajaan hari ini seolah-olah meletakkan orang Melayu dalam keadaan minda terkepung (siege mentality) yang hanya mempertahankan kepentingan elit. "Hal ini melangkaui dari sekadar apa yang kita pelajari (di universiti)," tegasnya |
Anwar seru kerjasama sarjana Islam dengan Oxford, Cambridge Posted: 09 Jan 2014 01:54 AM PST Anwar seru kerjasama sarjana Islam dengan Oxford, CambridgeKUALA LUMPUR 9 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru sarjana Islam bekerjasama lebih erat dengan universiti Oxford dan Cambridge demi kemanusiaan sejagat.Kata Anwar, tidak ada percanggahan di antara intelektual barat dengan pemikiran tamadun Islam, bahkan masing-masing berperanan mengangkat martabat kemanusiaan melalui tradisi keilmuan. "Sebab itu antara perhatian saya kepada sarjana Islam adalah keperluan melakukan reformasi pendidikan tinggi. "Universiti Oxford dan Cambridge antara pusat keilmuan yang berperanan menyumbang kepada idea dan intelektuali. Tidak ada percanggahan nilai. "Melalui pendidikan, orang Islam dan bukan Islam dapat meningkatkan kefahaman demi kemanusiaan sejagat," kata Anwar dalam pertemuan bersama ahli Oxford & Cambridge Society Malaysia di Bankers Club, malam tadi. Dalam program tersebut, Anwar diperkenalkan sebagai pensyarah tamu yang pernah mengajar di St Antony's College, Universiti Oxford diantara tahun 2005 hingga 2006. Dalam sesi dialog tersebut, Anwar turut mengulas pengalaman negara-negara Asia berhadapan isu rasuah, tatakelola kerajaan dan usaha-usaha pendemokrasian di kalangan negara-negara membangun. "Ya, kita mengakui ada beberapa kelemahan. Terutamanya berkaitan dengan isu rasuah, ketelusan dan tatakelola kerajaan. Berbanding di Amerika Syarikat dan United Kingdom yang telah wujud dan kuat institusi ketelusan dan akauntabilitinya," kata Anwar. Beliau turut mengupas kandungan bukunya, The Asian Renaissance (Gelombang Kebangkitan Asia) yang menekankan tentang nilai Asia dan persediaannya berhadapan dengan etika barat. "Justeru, sekarang adalah masanya untuk kita (masyarakat Timur) menyatakan pendrian tentang usaha pendemokrasian. Dan hal ini juga adalah perkara-perkara asas mengenai kebebasan," kata Anwar. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan