RAKYAT MARHAEN |
- Ganu Kite: Tambang teksi naik 10 peratus - PPTM LTSM
- Naik Harga: Gunakan kuasa politik - Prof Amir
- Naik Harga: Persatuan pengguna kena lantang bersuara
- Shafee gagal ketepi keputusan lembaga disiplin
- Fatwa 'bughah' Harussani tak boleh pakai...!!
- Pagar Makan Padi: 30 pegawai kastam bocor rahsia, dikenakan tindakan
- Peneroka Jadi Mangsa: Selepas rugi RM29.14 juta, FGV saman lembaga pengarah anak syarikat...Isa Samad buat apa..???
- APA DAH JADI - Hospital Shah Alam
- Rafizi: Rakyat tak puas hati dengan ramai duta khas bertaraf menteri
- GST: Harga barang akan terus naik dalam tempoh 3 tahun - Pengerusi PAC
- Kadar kenaikan gaji 5 tahun Indonesia 10%, Malaysia 2%
- Naik Harga: Perkasakan persatuan pengguna, koperasi
- Harussani Di Sanggah: Memahami bughah dalam konteks semasa
- APA DAH JADI - Pasar Seri Shah Alam
- APA DAH JADI - Kes Denggi
- APA DAH JADI - Kes tembakan berleluasa
- APA DAH JADI - Banjir kilat
- Polar vortex freezes Niagara Falls
- Mengisi posisi tengah politik Malaysia
- A vortex of UMNO’s own making threatens Malaysia
- Harapan Ku Nan jadi kenyataan atau sebaliknya?
- Kerajaan perlu merasa rintih rakyat..!!
- Ustaz Azhar Idrus - Khas Buat Orang Yang Tak Suka Hudud
- Rahmat yang hilang
- Aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak hanya boleh ditentukan oleh pemimpin mereka sendiri
Ganu Kite: Tambang teksi naik 10 peratus - PPTM LTSM Posted: 09 Jan 2014 08:48 PM PST Ahli PPTM LTSM sebulat suara menaikkan harga tambang teksi bermula awal bulan ini bagi mengelakkan mereka terus terbeban dengan pelbagai kos yang semakin meningkat. KUALA NERUS - Persatuan Pengusaha Teksi Melayu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (PPTM LTSM) terpaksa menaikkan kadar tambang sebanyak 10 peratus berikutan pelbagai bebanan yang terpaksa ditanggung mereka.Antara sebab caj baharu itu termasuklah kenaikan harga minyak dan alat ganti kenderaan, insurans kenderaan yang tinggi, kos pemeriksaan Puspakom sebanyak dua kali setahun dan kos memperbaharui lesen pengendali. Naib pengerusi persatuan, Mohd Zaki Mohd Ali berkata, caj tambang baharu yang bermula awal tahun ini dibuat secara sebulat suara setelah dihimpit pelbagai bebanan terutamanya dengan pengurangan subsidi petrol. "Pengurangan subsidi minyak yang diumumkan kerajaan tahun lalu merupakan salah satu faktor kami mengambil keputusan menaikkan harga tambang berikutan tidak mampu lagi menampung kos yang tinggi. "Malah, jika diambil kira, kami (PPTM LTSM) adalah pengusaha paling lewat membuat keputusan ini disebabkan pelbagai faktor, namun kini kami tidak mampu lagi menampungnya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, di sini, semalam. |
Naik Harga: Gunakan kuasa politik - Prof Amir Posted: 09 Jan 2014 08:46 PM PST Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kerajaan juga perlu berani bertindak dalam membela hak rakyat yang semakin terbeban. "Kalau kita ada kuasa, gunakanlah kuasa dengan betul. ALLAH sayang. Kita kena buat, tidak boleh tinggalkan begitu sahaja, dengan kejutan demi kejutan," katanya. Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sedar dengan kuasa mereka sebagai pengguna. Sementara itu, beliau menjangkakan terdapat 26 barang dan perkhidmatan yang mengalami kenaikan termasuk gaji pembantu rumah ekoran program rasionalisasi subsidi (SRP) yang dilaksanakan kerajaan. "Semuanya bermula daripada satu keadaan, iaitu kenaikan harga bahan bakar. |
Naik Harga: Persatuan pengguna kena lantang bersuara Posted: 09 Jan 2014 08:45 PM PST Dr Maszlee Malik berkata, usaha itu perlu dilakukan memandangkan tindakan atau langkah yang dijalankan oleh persatuan pengguna sebelum ini dilihat kurang membantu rakyat. "Sebahagian besar NGO seperti Gabungan Persatuan Pengguna (Fomca), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) perlu wujudkan market watch bagi memantau secara kerap harga barangan yang dijual. "Bantahan juga saya rasakan bukan tertumpu pada kerajaan sahaja, malah kepada syarikat-syarikat besar yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan," katanya selepas Wacana Sinar di Kompleks Media Karangkraf, semalam. Katanya lagi, kerajaan juga wajar bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi permasalahan kenaikan tersebut sekali gus mampu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. Ketika ditanya tentang kewajaran wacana tersebut diadakan secara kerap, Dr Maszlee yang juga moderator program tersebut berkata, semua pihak terutamanya organisasi media wajib menganjurkan program sedemikian demi memberikan informasi berguna dan telus. "Selain menyalurkan perkara telus, media juga adalah di kalangan rakyat. Jadi nak atau tak, mereka kena berpihak kepada rakyat," katanya. |
Shafee gagal ketepi keputusan lembaga disiplin Posted: 09 Jan 2014 08:43 PM PST Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini gagal mengepikan keputusan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara yang menetapkan hukuman denda sebanyak RM5,000 ke atasnya kerana melanggar Akta Profesion Undang-undang atas dakwaan salahlaku. Keputusan itu ekoran penerbitan tulisan bertarikh 27 September 2009 di akhbar The Star yang didakwa memuji peguam tersebut. Pesiden Badan Peguam pada 2010, Ragunath Kesavan melaporkan perkara itu kepada lembaga berkenaan ekoran penerbitan tulisan tersebut. Lembaga tersebut pada 5 Oktober 2012 mengarahkan Shafee membayar denda tersebut. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaleha Yusof berkata beliau mendapati mahkamah tersebut tidak perlu mengusik keputusan Badan Peguam. |
Fatwa 'bughah' Harussani tak boleh pakai...!! Posted: 09 Jan 2014 08:42 PM PST Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia apabila beliau mengeluarkan satu fatwa kontroversi pada awal Januari, 2014 yang lalu. Read More / Baca Lagi >>Fatwa itu menyatakan bahawa para peserta demonstrasi pada malam 31 Disember yang ikut serta bersama dengan orang ramai yang telah berhimpun menyambut kedatangan Tahun Baru 2014 sebagai "bughah" (pemberontak). Justeru itu, beliau berkata bahawa "darah mereka adalah halal." Sesungguhnya fatwa tersebut telah mengundang pelbagai reaksi hangat. Banyak pihak merasa dukacita, resah dan gelisah dengan fatwa Tan Sri Harussani. Implikasinya sangat serius. Sesungguhnya fatwa mufti Perak itu terlalu keras bunyinya, sehingga para demonstran boleh dikategorikan sebagai "pengganas". Kita bersetuju dengan pendapat pelbagai pihak di negara ini bahawa jika tidak diambil langkah tegas oleh pihak berkuasa, fatwa tersebut boleh mengundang pelbagai kesan negatif yang berkemungkinan menjejaskan ketenteraman orang awam. Apabila seorang mufti berbicara pada khalayak ramai, apatah lagi dengan kedudukannya sebagai seorang mufti terkanan yang telah berkhidmat lebih 30 tahun, maka ia dilihat oleh orang awam sebagai satu fatwa rasmi yang boleh dipegang. 'Bughah' dari perspektif fuqaha' Menurut Imam Taqiyuddin Abi Bakr Muhammad al-Husainiyy, pengarang kitab Kifayatul Akhyar, perkataan 'bughah' dalam istilah syara' adalah merujuk kepada segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka kepada ulil amri (pemerintah), iaitu pemerintah/ kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam. (Kifayatul Akhyar, Jilid 2, ms. 122) Sementara itu pula Said Haji Ibrahim berpendapat bahawa "... Dalam ilmu ketatanegaraan Islam, 'bughah' ialah perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri. Ini dinamakan "jarimah siasiyyah". (Kanun Jenayah Islam, 1996, Kuala Lumpur, 1996, ms. 151) Di samping itu jenayah dalam politik tidak boleh berlaku kecuali:-
|
Pagar Makan Padi: 30 pegawai kastam bocor rahsia, dikenakan tindakan Posted: 09 Jan 2014 08:41 PM PST 30 kakitangan dan pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didapati bersalah membocorkan rahsia kepada sindiket penyeludupan sepanjang tahun lalu, walaupun Unit Siasatan Khas ditubuhkan untuk mengelakkan kejadian tersebut. Mengikut kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Matrang Suhaili kepada akhbar Utusan Malaysia, mereka yang didapati bersalah dikenakan tindakan tatatertib yang tegas. "JKDM memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan tindakan tegas diambil kepada mereka yang terlibat. Tindakan tegas yang dimaksudkan adalah pemindahan cawangan tempat tugas ke Johor, Selangor, Kelantan dan Pahang. Unit Siasatan Khas (USK) bagi jabatan kastam ditubuhkan di setiap negeri pada tahun 2005 untuk menggempur lokasi yang berlaku penyeludupan. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 09 Jan 2014 08:40 PM PST Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memfailkan saman terhadap 12 bekas Ahli Lembaga anak syarikat yang dibelinya, Pontian United Plantation Bhd (Pontian) atas dakwaan pecah amanah melibatkan kerugian sebanyak RM29.14 juta kepada syarikat tersebut. Menurut kenyataan FGV ke Bursa Malaysia kelmarin, saman yang difailkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan 12 defendan iaitu Dr Chen Man Hin, Soo Lim Pang, Khoo Siong Kee, Soh Lim Chang, Soo Chong Veoy, Tan Kim Hai, Dr Wong Shiak Sun, Wong Loi, Khoo Lian Fue @ Khoo Bing Sing, Chew Ah Siong, Dr Christopher Chen Li Hsian dan Dr John Chen Li Tat, seperti dilapokan Utusan Malaysia, hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata Pontian diambil alih oleh FGV pada 1 Oktober 2013 lalu. Sementara itu, menurut sumber, semua bekas ahli lembaga pengarah itu termasuk Man Hin yang juga Penasihat Seumur Hidup DAP didakwa bertindak menyalahgunakan kuasa mereka untuk meluluskan beberapa transaksi demi kepentingan diri pada 3 September tahun lalu. Bekas ahli lembaga pengarah terbabit mengadakan Mesyuarat Tergempar Lembaga dan mencadangkan pembayaran gratuiti berjumlah RM28.7 juta dan bajet percutian RM432,000 tanpa pengetahuan FGV. Sumber itu memberitahu, mesyuarat tersebut dibuat hanya sehari selepas pengambilalihan Pontian United Plantation oleh FGV dimuktamad pada 2 September melibatkan kos RM1.2 bilion manakala pembayaran transaksi kepada bekas ahli lembaga pengarah berlaku pada 6 September. Read More / Baca Lagi >> |
APA DAH JADI - Hospital Shah Alam Posted: 09 Jan 2014 07:06 PM PST |
Rafizi: Rakyat tak puas hati dengan ramai duta khas bertaraf menteri Posted: 09 Jan 2014 07:03 PM PST |
GST: Harga barang akan terus naik dalam tempoh 3 tahun - Pengerusi PAC Posted: 09 Jan 2014 07:00 PM PST GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan rakyat terpaksa menempuhi keadaan itu Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed meramalkan keadaan itu terus berlaku apabila kerajaan mula melaksanakan dasar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula tahun 2015. Katanya, GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan rakyat terpaksa menempuhi keadaan itu pada tempoh awal pelaksanaannya. "Rakyat terpaksa sesuaikan keadaan dalam tempoh dua tahun kerana GST akan menyebabkan kenaikan harga barang pada tahun permulaan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri wacana di kompleks Karangkraf di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan yang sebenarnya kepada rakyat supaya rakyat lebih faham dan bersedia menghadapi kesannya. "Saya dah bercakap dan pertahankan perkara ini. Terpulang kepada kuasa eksekutif," katanya. Beliau turut meegur kerajaan supaya berbelanja dengan sederhana dan berhemah terutamanya ketika melibatkan urusan rasmi. Sementara itu, Pakar Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Amir Baharuddin berkata gaji minima bagi pekerja tempatan hanya RM3.35 sejam, satu jumlah yang sangat rendah jika dibandingkan dengan negara lain. |
Kadar kenaikan gaji 5 tahun Indonesia 10%, Malaysia 2% Posted: 09 Jan 2014 06:44 PM PST SHAH ALAM 10 JAN: Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun masih berkembang tetapi bebanan hutang Kerajaan Pusat yang semakin bertambah menyebabkan rakyat tertekan dengan peningkatan mendadak kos sara hidup. Peningkatan kos sara hidup itu berlaku berikutan langkah kerajaan memotong pelbagai program seperti memotong subsidi petrol, barangan keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti. Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata lebih memburukkan keadaan, peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan apabila dalam jangka masa lima tahun kadar kenaikan gaji di negara ini hanya sekitar dua peratus berbanding Indonesia 10 peratus dalam tempoh sama. "Kita tengok Singapura kadar perkembangan ekonominya kukuh tumbuh dengan baik, gajinya naik. Kita tengok Indonesia pula kadar kenaikan gaji 10 peratus dalam tempoh lima tahun berbanding kita 2.6 peratus maksudnya kadar gaji di Indonesia lima kali ganda meningkat lebih cepat berbanding kita. "Bila kita tengok pula hasil perkembangan ekonomi kepada rakyat negara lain gaji naik, harga barang tidak meningkat dengan banyak dan mendadak, taraf hidup bertambah, perkhidmatan seperti sekolah dan sebagainya menjadi lebih baik tetapi di Malaysia pula makin menurun. "Bukan sahaja di Asia Tenggara sahaja tetapi juga seluruh dunia negara lain yang sumber dan kekayaannya sama lebih kurang Malaysia juga keadaannya lebih baik. Trend ini sangat merisaukan kita," kata Rafizi dalam satu temubual eksklusif bersama Selangor Kini di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di Puchong baru-baru ini. Pada 25 November tahun lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen menyatakan bahawa kadar hutang negara meningkat kepada RM529.6 bilion atau 53.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir September lalu menghampiri 55 peratus had siling hutang yang dibenarkan. Read More / Baca Lagi >> |
Naik Harga: Perkasakan persatuan pengguna, koperasi Posted: 09 Jan 2014 06:43 PM PST Menurut Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, peranan dua badan itu mampu menjadi suara dan mempertahankan hak rakyat kepada kerajaan, sekali gus mengawal kenaikan harga barang. Katanya, koperasi dan persatuan pengguna seperti di New York, Amerika Syarikat, sangat kuat dan bergiat aktif dalam menyuarakan hak rakyat. "Kenapa persatuan pengguna di negara ini senyap dan tidak lantang bersuara? Manakala, koperasi pula terabai. Terlampau banyak yang boleh dibuat, telah diabaikan, sedangkan badan ini mampu menjadi pencetus idea kepada kerajaan. "Jika mereka gagal berperanan, kejutan ekonomi memberikan kesan buruk buat isi rumah. Justeru, kerajaan jangan membuat kejutan kenaikan harga barang," katanya. Dr Amir berkata, seharusnya kerajaan memainkan peranan memperkasa persatuan pengguna dan koperasi sedia ada supaya hak rakyat dapat diperjuangkan. |
Harussani Di Sanggah: Memahami bughah dalam konteks semasa Posted: 09 Jan 2014 06:42 PM PST KENYATAAN Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perhimpunan membantah kenaikan harga barang menjelang tahun baru 2014 mencetus polemik di Malaysia. Beliau dilaporkan berkata, "sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah." Kenyataan ini agak mengejutkan dan menimbulkan reaksi pelbagai. Ada beberapa ulasan yang telah dibuat dari aspek politik dan hukum fikah berhubung dengan bughah atau pemberontak ini. Namun adalah wajar untuk kita membincangkan juga soal bughah ini dalam konteks undang-undang perlembagaan Islam dengan mengambil kira realiti politik semasa. Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Suruhan ALLAH agar memerangi puak yang zalim atau melampau menjadi sandaran kepada hukuman bunuh atas mereka yang bermusuh dengan pihak berkuasa yang adil. Prinsip ini juga disandarkan kepada beberapa hadis yang mewajibkan umat Islam untuk taat kepada pemimpin dan tidak keluar dari ketaatan tersebut. Terdapat juga hadis yangriwayat An-Nasai' dari Usamah ibn Syarik bahawa Rasulullah SAW menyebut bahawa sesiapa yang keluar untuk memecahbelahkan umat ku, maka pancunglah lehernya. Terdapat juga hadis-hadis lain yang seumpama itu. Para ulama mendefinisikan segolongan umat Islam menentang dan menderhaka kepada Ulil Amri, iaitu pemerintah/ kerajaan adil yang menjalankan hukum-hukum syari`at Islam. Para ulama generasi awal Islam membahaskan hukum ini dengan terperinci. Mereka menggariskan ciri-ciri bughah dan menetapkan syarat-syarat sebelum hukuman boleh diambil ke atas golongan ini. Antara syaratnya ialah golongan itu mempunyai kekuatan untuk menentang pemerintah, mereka bertindak dengan berperancangan serta berkepimpinan dan mereka menentang menggunakan kekerasan. Selain itu perbahasan tentang bughah juga berkaitan dengan pembahagian jenis-jenis negara dan jenis-jenis pemerintah serta kewajipan untuk taat kepada pemerintah. Khazanah karya penulisan Islam silam cukup kaya dalam memberikan menjelasan tentang konsep asal bughah. Namun begitu perbahasan konsep bughah dalam kontek sistem bernegara zaman ini amat terhad. Para ulama silam telah melaksanakan tugas mereka menjelaskan hukum bughah sesuai dengan sistem politik dan struktur negara di zaman mereka. Namun prinsip yang ditulis sejak lebih seribu tahun dahulu perlu dibaca dengan mengambil kira konteks semasa, bukannya dengan mencedoknya tanpa memahami perbezaan dan perubahan sistem bernegara dan politik. Falsafah hukum bughah |
APA DAH JADI - Pasar Seri Shah Alam Posted: 09 Jan 2014 06:38 PM PST |
Posted: 09 Jan 2014 06:38 PM PST |
APA DAH JADI - Kes tembakan berleluasa Posted: 09 Jan 2014 06:37 PM PST |
Posted: 09 Jan 2014 06:37 PM PST |
Polar vortex freezes Niagara Falls Posted: 09 Jan 2014 06:34 PM PST |
Mengisi posisi tengah politik Malaysia Posted: 09 Jan 2014 06:04 PM PST AHMAD LUTFI OTHMAN Kerajaan Umno-BN, yang mendapat sokongan minoriti dalam PRU13, sejak lama dikatakan memang licik mengalih tumpuan orang ramai, daripada isu yang real dan urgent, kepada hal-hal menggemparkan, yang mungkin sengaja dicipta atau dibesar-besarkan. Keresahan rakyat, bandar dan desa, tidak terkecuali masyarakat kelas pertengahan, bukan sahaja terfokus kepada peningkatan kos yang menjerut kehidupan, tetapi juga kepincangan, kerakusan, pembaziran dan penyelewengan urustadbir pemerintah. Kos sara hidup mencanak naik turut difaktorkan oleh budaya rasuah, kronisme dan salahguna kuasa yang tidak pernah diberikan perhatian serius untuk ditamatkan. Ia sudah mendarah-daging dalam kehidupan elit penguasa, dari hairaki paling atas hinggalah ke peringkat bawah, dan sukar untuk dicerai-tanggal lagi. Butiran yang didedahkan setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara hanyalah cebisan-cebisan kes, dan dipercayai banyak lagi "korupsi yang dilakukan secara berjemaah", tersembunyi dengan baik sekali. Setiap pihak yang berkepentingan, akan melindunginya secara penuh "profesional" sehingga sukar untuk dibawa ke pengadilan, apatah lagi untuk disabitkan kesalahan. Read More / Baca Lagi >> |
A vortex of UMNO’s own making threatens Malaysia Posted: 09 Jan 2014 05:54 PM PST by Dr.Ooi Kee Beng To every major flow of events, there is always a backflow, and the stronger that major flow, the greater the backflow.But unlike with water, social flows are not so easily read and one can easily mistake major flows for backflows, and vice versa. In the case of Malaysia, the last 15 years have seen such profound changes that not only are a lot of scholarly books published before that now seem outdated and irrelevant, the same can be said of a lot of the politicking. And in a last-ditch attempt by conservatives to preserve inter-ethnic divisions, religious controversies have suddenly exploded, poisoning public debate. This has shocked some and confused many others at a time when economic and social problems are looming larger. So why is Islam being used so vigorously by certain factions to distress non-Muslims and divide Muslims? And why has the government been allowing it? To be sure, that is probably due to indecision on the part of the country's top leadership, but this in itself is symptomatic of deeper ills that the government is conscious of. After all, reforms have stubbornly been on the agenda of the ruling coalition since former Prime Minister Mahathir Mohamad retired in 2003. Now, the best way to distinguish the main flow from the backflow is to focus on the sociological transformations in Malaysia today. These include urbanisation of the youthful Malay community; new media undermining old media control of public discourse; the widening of the income gap at a time when living costs are rising; the regionalisation of the labour market; the revival of civil society; and the rise of neighbouring countries as competitors for foreign direct investments. These factors boil down to a polarising battle between the two coalitions: Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR). Acceptance required Breaking out of this stalemate will need some enlightened and innovative leadership. It requires acceptance by the ruling coalition, on the one hand, that it will never again wield as much power as it had enjoyed for 50 years; and acceptance by the Opposition that UMNO will remain a major party for a long time to come even if it loses power. Each has to realise that the other is here to stay. Where the popular vote is concerned, the two are more or less equally strong at the moment. But one has been falling while the other has been rising — meaning that their respective view of what is happening is quite different from each other's. The BN is still suffering from a phantom sense of self-importance following curtailment of its power — the same way someone who has recently lost an arm will experience itching where his arm used to be. Read More / Baca Lagi >> |
Harapan Ku Nan jadi kenyataan atau sebaliknya? Posted: 09 Jan 2014 05:51 PM PST |
Kerajaan perlu merasa rintih rakyat..!! Posted: 09 Jan 2014 05:34 PM PST SHAH ALAM - Rata-rata rakyat mahukan pihak kerajaan turut serta merasai 'keperitan' mereka berkaitan isu kenaikkan harga barangan, demikian antara komentar peserta Wacana Sinar Harian siri ke-25 yang berjudul "Kejutan Ekonomi Selepas PRU13. Tinjuan Sinar Harian Online mendapati majoriti peserta mahukan tindakan serta gaya hidup pemimpin kerajaan sentiasa selari dengan realiti kehidupan rakyat sekarang. Menurut seorang mahasiswa, Danish Hairudin, 22, bagi mengatasi bebanan kenaikkan harga barang, sebagai rakyat mereka perlulah berhemah dalam berbelanja namun dalam masa yang sama pihak kerajaan perlu sentiasa mendengar keluhan dan jerit perih mereka sekaligus dapat memahami realiti kehidupan rakyat. "Bagi saya sebagai rakyat, mengenai isu kenaikkan harga barang ini, rakyat hendaklah berbelanja secara berhemah tapi pada masa yang sama kerajaan itu perlu merasa rintih rakyat juga, dalami juga kehidupan rakyat di bawah ini," katanya. Sementara itu menurut seorang ahli perniagaan, Mohd Azlan Ismail, 29, berpendapat, satu mekanisme drastik perlu dilakukan oleh kerajaan bagi menangani isu ini. "Saya daripada pihak rakyat apa yang kerajaan perlu lakukan ialah mendengar keluhan mereka, oleh itu, kerajaan perlu lakukan satu mekanisme lebih drastik dalam menangani isu ini. Read More / Baca Lagi >> |
Ustaz Azhar Idrus - Khas Buat Orang Yang Tak Suka Hudud Posted: 09 Jan 2014 05:31 PM PST |
Posted: 09 Jan 2014 05:28 PM PST Dr Mujahid Yusof Kerahmatan adalah perkataan yang indah namun sukar dinikmati dan kerana hakikat ini, mengecapi kerahmatan menjadi kemuncak perasaan belas dan ihsan kepada ciptaan Allah. Tidak mungkin kerahmatan ini dihargai jika tidak terasas dalam diri kita sebagai seorang muslim sifat insaniah yang dianjurkan oleh Islam. Mukadimah di atas membuka ruang untuk saya menyinggung perkembangan terkini rampasan beberapa ratus naskhah Injil dari premis Persatuan Injil Selangor oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Adalah jelas di sini pertikaian betul atau tidak tindakan Jais boleh dibahaskan daripada sudut perundangan dan kebijaksanaan bertindak dan inilah yang berlaku kepada setiap penguatkuasaan dilaksanakan. Saya tidak berminat untuk membahas aspek itu kerana Jais pasti akan mempertahankan tindakannya dan terserah kepada pengamal undang-undang untuk membuat penilaiannya. Saya lebih cenderung untuk melihat dalam artikel ini daripada sisi prinsip yang memantulkan sifat rahmatan Islam yang mencakupi keseluruhan alam ini termasuk kepada penganut agama lain. Apa yang saya nyatakan sebelum ini dalam kenyataan saya selepas peristiwa rampasan kitab Injil itu berpandukan prinsip Islam dalam konteks hubungannya dengan penganut agama lain supaya kejelasan kita kepada isu tidak diheret dengan sentimen dan emosi buta yang boleh mencemarkan nama baik Islam. Saya bimbang dengan sesetengah pihak memandang serong kepada saya sehingga mereka tidak dapat membezakan apa yang saya katakan daripada kerangka prinsip dan kemarahan mereka yang tidak berasas. Kita dididik untuk berpegang kepada prinsip, walaupun dalam keadaan marah, kita memerlukan prinsip untuk memandu kita dan Islam sarat dengan prinsip khususnya dalam memahami hubungan Islam dengan agama lain. Semoga prinsip yang saya jelaskan di bawah difahami oleh mereka yang kenyataan dan tindak tanduk mereka mencemarkan nama baik Islam. Prinsip pertama: Rahmatan lil alamin Prinsip Rahmatan diambil daripada kenyataan Al-Quran yang mengasaskan و ما ارسلناك الا رحمة للعالمين iaitu "Tidak kami utuskan dikau wahai Muhammad melainkan untuk membawa rahmat ke alam ini' (al-Anbiya'107). Sebarang tindakan atau undang-undang mesti tidak bercanggah dengan sifat Rahmatan yang diasaskan oleh Islam. Read More / Baca Lagi >> |
Aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak hanya boleh ditentukan oleh pemimpin mereka sendiri Posted: 09 Jan 2014 05:24 PM PST Isu-isu sentitif di Malaysia Timur perlu diselesaikan, tetapi ia tetap terbiar sehingga hari ini. Oleh itu hanya rakyat di kedua-dua buah negeri itu sahaja yang boleh melakukan perubahan untuk kebaikan mereka sebagai rakyat negeri yang menjadi ahli kepada Persekutuan Malaysia itu. Sabah dan Sarawak masih merasakan yang kedua-dua buah negeri itu masih belum begitu terletak ditempat yang sepatutnya sebagai keluarga Persekutuan negara kita ini. Rakyat di Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan yang lebih kuat dari mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia kerana mereka di Sabah dan Sarawak itu merupakan penyelamat kepada BN dalam pilihanraya yang lalu dan pilihanraya sebelumnya. Rakyat Sabah berkemampuan untuk membetulkan keadaan negara, bukan sahaja untuk mereka sendiri tetapi untuk kebaikan rakyat seluruh Malaysia yang termasuk Semenanjung Malaysia itu sendiri. Rakyat Sabah boleh menyatakan perasaan dan pendirian mereka melalui wakil-wakil rakyat mereka di Dewan Parlimen dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan pembelaan itu. Dalam demokrasi adalah wajar bagi wakil-wakil rakyat mereka melakukan apa yang dikehendaki oleh rakyat mereka sendiri. Kini tidak boleh lagi bermain politik partisan untuk melakukan perubahan kerana pemimpin-pemimpin setiap parti samada dalam BN atau pembangkang mempunyai kelemahan yang begitu nyata dan belum mempunyai semua keperluan untuk melayakkan mereka mengetuai perubahan yang sangat-sangat diperlukan untuk kita. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan