Tukar Tiub |
- PELIK TETAPI BENAR
- NEGARA LAIN CARA LAIN
- SELAMAT SAMBUT TAHUN BARU
- SELAMAT TAHUN BARU
- BERAPA JUTA PENDATNG HARAM?
- KENAPA NAJIB JADI LEMAH?
- NAJIB KENA TERAJANG
- BAGAIMANA ORANG RAMAI DITIPU
- APA KATA TOK GURU
Posted: 30 Jan 2014 07:00 PM PST Adun letak jawatan: Enam NGO, penduduk lapor polis KUALA LUMPUR - Dua laporan polis dibuat oleh enam badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan hari ini bagi membantah peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu. Enam NGO berkenaan ialah Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Majlis Belia Selangor, Cahaya Haluan Amanah Insan (Chai) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) manakala Syed Mohamad Noor Syed Abu Bakar mendakwa mewakili penduduk Kajang. PERSOALAN HAKIKI adakah ngo melayu islam ini penyokong perniagaan lendir kah kah kah HANYA GAMBAR HIASAN tak sangkut dengan mana mana why be --------- |
Posted: 30 Jan 2014 06:00 PM PST Reman bapa dilanjut, nasib ibu ditentukan hari iniKomen Mahkamah Daerah Solna melanjutkan tahanan reman terhadap Pengarah Tourism, Azizul Raheem Awalludin, 11 hari sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan kes memukul anaknya. » Mahkamah Sweeden lanjut tempoh tahanan reman AzizulKEBIJAKSANAAN MELAYU dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung inilah pesanan datuk nenek moyang kita ---------- |
Posted: 30 Jan 2014 05:30 PM PST SELAMAT MENYAMBUT TAHUN KUDA PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2014 Tahun Baru Cina 2014 diraikan sebagai tahun kuda iaitu simbol ketujuh daripada 12 shio menurut zodiak cina. Dalam kebudayaan cina, kuda adalah lambang ketangkasan dan ketekunan dalam hidup yang membawa kepada kebahagiaan. Kenaikan harga barang, kos sara hidup serta keadaan ekonomi yang lembap amat membebankan rakyat secara keseluruhannya. Shio kuda membawa mesej kepada daya tahan yang kuat, kerja keras serta kesepaduan rakyat untuk terus mara dan menjana perubahan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat Malaysia. Kesatuan hati dan kesepaduan rakyat ini perlu dijana sebagai Ren Quan atau kuasa rakyat bagi meneruskan agenda reformasi untuk Malaysia. "In a country well governed, poverty is something to be ashamed of. In a country badly governed, wealth is something to be ashamed of." - Confucius Justeru tahun baru ini harus menjadi tahun referendum rakyat menolak sistem ekonomi yang tempang dan amalan rasuah yang membarah serta jurang pendapatan yang kian melebar. Yakin lah bahawa kesatuan hati rakyat dalam shio kuda ini mampu untuk memastikan agenda reformasi kekal terlaksana. Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia. Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao. MOHAMED AZMIN ALI Perutusan Tahun Baru Cina 2014 Daripada ADUN Machang Bubuk merangkap Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 30 Januari 2014: Terus Berjuang Untuk Perubahan Dan Demokrasi Walaupun kita berada dalam musim sambutan perayaan Tahun Baru Cina, tetapi tahun baru ini penuh dengan pelbagai cabaran. Rakyat perlu menanggung tekanan hidup yang menyeksakan akibat daripada rasuah, salahguna kuasa dan ketidak cekapan Kerajaan Persekutuan UMNO/BN dalam mengurus ekonomi yang menyebabkan hutang negara bertambah banyak. Tambahan pula, dengan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun depan akan menyebabkan kenaikan harga barang yang lebih teruk dan menyebabkan rakyat merana. Sejak kemerdekaan, hubungan etnik telah sentiasa menjadi mangsa dalam perbalahan politik. Politikus selalu memainkan isu-isu etnik dan agama untuk kepentingan kuasa politik mereka. Mereka gagal mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi oleh rakyat malah menghalang proses demokrasi politik maju ke depan. Ini bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah sebenar rakyat, malah menyebabkan rakyat hilang keyakinan ke atas politik. Menjejaki tahun 2014, kerajaan BN yang lemah tidak insaf dan belajar daripada kesilapan. Pimpinan kerajaan tidak mempunyai halatuju yang jelas, tiada dasar perubahan yang konkrit malah hanya memperguna pelbagai perhubungan awam dan propaganda untuk menutup kelemahan mereka. Sebaliknya, pada saat-saat yang kritikal ini, Ketua Pembangkang Parlimen Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan agar "menuju ke arah konsensus nasional", dengan harapan melalui kerjasama di antara kerajaan dengan pembangkang, pertikaian dan perbezaan boleh dikurangkan, dan semua anggota boleh bersama-sama memajukan negara. Walau bagaimanapun, proses perubahan perlu diteruskan. Proses demokrasi sepatutnya bukan hanya terhadd pada mengundi setiap lima tahun sekali. Ia harus dijadikan suatu cara hidup. Hanya dengan penglibatan rakyat yang tinggi dalam proses ini dengan memberi input serta kritikan untuk membina komuniti yang berdaya dan aktif. Hanya dengan terus memantau kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk membuat dasar yang membawa kebaikan untuk masyarakat, masa depan kita baru cerah. Rakyat tidak boleh hanya bergantung kepada ahli politik atau wakil rakyat untuk menggerakkan perubahan. Tanpa penyertaan rakyat yang aktif dalam politik, ekonomi atau sosial, perubahan tidak akan berlaku. Walaupun matlamat reformasi bukan sesuatu yang mudah dicapai, tetapi kita tidak perlu berasa kecewa, kerana perubahan sosial tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Perubahan merupakan satu proses mara ke depan seperti larian marathon yang perlu dijalankan dengan ketabahan dan semangat berjuang untuk sampai ke garisan penamat. Mengimbas kembali, dalam perjalanan reformasi ini, masih terdapat ramai rakan seperjuangan yang bersama kita untuk menghadapi cabaran, mencari penyelesaian dan menuju ke arah Malaysia yang aman, adil dan demokrasi. Dengan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Tionghua. Terus Berjuang Untuk Perubahan Dan Demokrasi LEE KHAI LOON ADUN Machang Bubuk Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang --------- |
Posted: 30 Jan 2014 07:30 AM PST |
Posted: 30 Jan 2014 06:00 AM PST BANGLASIA Lebih 1,200 Pendatang Tanpa Izin Dihantar Pulang Sejak 12 JanuariOleh FARIK ZOLKEPLI KUALA LUMPUR: Sejak bermulanya Ops Bersepadu 6P lebih dari seminggu yang lalu, seramai 1,239 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang. KOMENTAR TUKAR TIUBada lebih dari 1 juta pendatang haram mungkin lebih kalau dalam sebulan yang dihantar pulang hanya 1,200 dalam dua bulan 2,400 dalam tiga buan 3,600 berapa puluh tahun akan selesai? dan yang masuk sebulan berapa? --------- |
Posted: 30 Jan 2014 05:00 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB apa sudah jadi dengan najib? kenapa najib jadi sewel? kenapa najib makin ngok? apa sebab? apa yang menyebab? NGO Islam dakwa Najib lemah kerana berdiam diri isu kalimah AllahIkatan Muslimin Malaysia (Isma) menyesali sikap Najib Razak yang mendiamkan diri berhubung isu kalimah Allah. "Pendirian... SELANJUTNYAKAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... NAJIB LEMAH KERANA APA?.... kah kah kah.. kah lah kah... CARI SEBAB NYA.... kah kah kah.. kah kah kah..JANGAN TUDUH TUDUH TAK TENTU PASAL... kah kah kah.. kah kah kah....NAJIB LEMAH KERANA PUKULAN BOMOH... kah kah kah.. kah kah kah..SOALAN NYA BOMOH SIAPA?... kah kah kah... kah kah kah..NAJIB KENA BOMOH SIAPA?.... kah kah kah... JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG kah kah kah..SILA TANYA PEGAWAI BESAR CIMB.... kah kah kah.. kah kah kah... DIA MESTI TAHU..... kah kah kah... kah kah kah..TAK PUN TANYA MAK NAJIB.... kah kah kah.. kah kah kah... DIA LAGI TAHU.... kah kah kah BOMOH DARI KAMPONG ULU SENALING |
Posted: 29 Jan 2014 11:49 PM PST DARI FACE BOOK TIM M TENGAH GONCANG TIM N! "Pada pandangan saya kenyataan beliau (Noh Omar) di Sinar Harian adalah lebih kepada naif dan berpura-pura bodoh. Jangan jadi melayu mudah lupa seperti yang selalu Mantan Perdana Menteri kita nyatakan iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad." tegas bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail. FORUM MALAM INI DI UNIVERSITI BANGSAR UTAMA jam 8:30 TV SELANGOR dan RADIO BANGSAR akan membuat liputan langsung rafizi ramli – pengarah stratejik pkr s. arutchelvan – parti sosialis malaysia hishamuddin rais – ngi – non govermental individual masjaliza dari bersih moderator ----------- |
Posted: 29 Jan 2014 09:30 PM PST MELIHAT KEMBALI PRU13 PRU13 telah selesai. Pakatan Rakyat telah menang dengan mendapat 52% jumlah undi popular. Tetapi melalui penipuan, melalui sistem pemilihan yang tidak adil United Malays National Organisation telah merampas kuasa dari 52% rakyat Malaysia. Dengan penipuan yang dirancang oleh SPR parti Ketuanan Melayu berjaya mendapat 47% jumlah undi. Bayangkan jika tidak ada penipuan? Bayangkan jika PRU dilakukan dengan bersih, telus dan adil. Tanpa penipuan parti Ketuanan Melayu ini pasti telah lama rahai. Tetapi persoalan yang terus muncul - dimana penipuan berlaku? Mana bukti-bukti saheh? Tunjukkan bukti? Kenyataan dan ucapan pertanyaan saperti ini selalu kita dengar dari penyokong United Malays National Organisation. Malah penyokong dan simpatisan Pakatan Rakyat juga ada yang sama bertanya. Tulisan – melihat kembali - ini akan cuba menerangkan bagaimana penipuan berlaku dan siapa yang melakukannya. Adalah penting untuk kita semua memahami bagaimana secara licik penipuan telah berjalan. Silap mata ini berlaku dihadapan mata kita. Kita wajib memahami bagaimana silap mata ini dijalankan. Memang licik - memang dirancang justeru kita wajib mengumpul pengalaman memahami silap mata ini untuk dijadikan ilmu agar kita dapat mara ke PRU14. Saya ingin membawa para pembaca mengingati kembali 1 minggu sebelum hari membuang undi. Berita dari laman-laman berita yang anti-kerajaan mula melaporkan tentang 'orang-orang asing' telah mula diterbangkan dari Sabah ke Semenanjung. Ingat atau tidak berita ini? Kita sedang hangat-hangat berkempen tetiba berita ini pecah. Semuanya bermula apabila laman-laman anti-United Malays National Organisation mula menerima 'maklumat dari dalam' tetang rancangan membawa masuk pengundi hantu. Pengundi hantu dikatakan akan diterbangkan dari Sabah dan Sarawak. Laman-laman ini membocorkan number penerbangan , dimana akan berlabuh dan nama-nama penumpang pun ada disenarikan sama. Nama-nama bakal pengundi yang pelik-pelik ini dapat kita baca dari laman-laman ini. Malah Pejabat Empower di Petaling Jaya yang menjadi pusat Bersih telah dilawati oleh seorang Pemandu Kapal Terbang yang mengaku bersimpati dengan Pakatan. Si Pemandu ini dengan mengigil dan ketakutan ini telah membocorkan jumlah dan nama-nama penumpang dari Sabah. Tapi Si Pemandu ini takut dan enggan mengenalkan nama dan diri. Malah enggan membuat kenyataan secara terbuka. Pada 3 Mei Borneo Post telah menafikan wujudkan penerbangn khas ini. Berita Boeing 747 mengambil pengundi hantu dari Kuching dan Kota Kinabalu untuk dihantar ke Semenanjung telah dinafikan. Penafian ini muncul kerana Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya telah menimbulkan pekara pengundi hantu ini. Anwar telah menghebohkan berita ini untuk pengetahuan umum. Berita ini 'dibaca' semakin saheh dan boleh diyakini apabila Setiausha Agong United Malays National Organisation Tengku Adnan pada 2 Mei telah membuat kenyatan bahawa yang mengeluarkan belanja tiket kapal terbang itu adalah Si Polan dan Si Polan yang bersimpati dengan parti Ketuanan Melayu. Parti Ketuanan Melayu berbangga kerana mendapat sokongan dari 'penyokong yang kaya'. Kenyatan Tengku Adnan ini disambut pula esoknya oleh SPR yang mengatakan bahawa bukan satu kesalahan membelikan tiket untuk membawa bakal pengundi pulang mengundi. Sah ada Pengudi diterbangkan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Tidak cukup dengan kenyataan Tengku Adnan, tidak memadai dengan kenytaan SPR - negara digemparkan dengan penangkapan tuan pengendali sebuah laman internet. Laman ini dikatan telah mengeluarkan nama-nama penumpang dari Sabah yang dikatakan bakal menjadi Pengundi Hantu di Semenanjung. Pengendali laman ini masuk rumah pasong untuk ditahan. Lagi berita saheh tentang Pengundi Hantu. Kenyataan dan berita berita telah memaksa Bersih dan beberapa Ngo untuk mengadakan mesyurat tergempar tentang isu ini. Satu perjumpaan Ngo dan aktivis bersama Pemimpin Pakatan telah diadakan pada minggu yang sama di Hotel Armada Petaling Jaya. Akhirnya satu pasukan motosikal NGO dan Aktivis Pas telah bersetuju untuk mengawal 'gerak geri ganjil' dilapangan terbang KLIA dan Subang dan LCCT. Apa sahaja gerak geri ganjil ini akan dilaporkan kepada Bersih. Dikatakan bahawa 'pengundi hantu ' ini keluar dipintu 'kargo' bukan dipintu biasa. Maka pintu-pintu keluar ini akan dijaga oleh aktivis PAS yang bermotosikal. Bas-bas yang keluar masuk dalam lapangan terbang akan diekori. Maka munculkan berita bagaimana adanya bas membawa 'pengundi hantu' yang diekori dari Subang. Tetapi bas ini terus keluar dan meluncur untuk menghilangkan diri ke kawasan pendalaman. Malah muncul juga berita bagaimana adanya kapalterbang yang mendarat dilapangan terbang kecil. Jumlah 40,000 Orang Pengundi Hantu telah diwar-warkan dan terus disebut-sebut. Berita ini menjadi ombak dalam suasana PRU13 yang bagitu panas. Akhirnya Datuk Ambiga Pengerusi Bersih telah membuat kenyataan. Datuk Ambiga telah berkata - 40,000 ini boleh mengubah keputusan pilihanraya. Betul kah semua ini? Apa yang saya tulis diatas memang telah berlaku. Kali ini saya membawa para pembaca dan penyokong Pakatan untuk melihat kembali kes 40,000 Pengundi Hantu. Ini penting untuk Pakatan melihat apa yang telah berlaku sebagai pengalaman untuk dijadikan ilmu pengetahuan. Pada masa sekarang saya amat bagitu yakin 40,000 Pengudi Hantu ini hanyalah 'decoy'- Decoy ialah mengalih pandangan. Justeru 40,000 Bangla ini hanyalah umpan. Semua ini adalah sebahagian dari satu perancangan licik SPR untuk mengabui mata orang ramai. Pengundi Hantu Bangla ini dijadikan ajenda besar. Malah disahehkan ianya wujud. Justeru berita 40,000 Bangla ini sengaja diheboh heboh satu minggu sebelum pegundian berjalan. Berita ini menjadi 'decoy'. Ini adalah satu rancangan tipu helah untuk menutup penipuan yang lebih besar. Apabila seluruh negara heboh dengan 40,000 Pengudi Hantu, SPR secara senyap-senyap telah merancang bukan dengan 20,000 bukan dengan 100,000 tetapi dengan 240,000 Pengundi Awal. Pengundi Awal inilah pengundi hantu yang sebenarnya dalam PRU13. Dengan perancangan licik - 240,000 Pengundi Awal telah dibenar mengundi lebih awal kerana mereka dikatakan bekerja pada hari mengundi. Sistem Pengundi Awal ini dimulakan dalam PRU13. Sistem Pengundi Awal ini diterima pakai kerana adanya penggunaan dakwat kekal. Sistem dakwat kekal ini juga diperkenalkan kali pertama dalam PRU13. Dengan adanya dakwat kekal maka jari 240,000 Pengundi Awal akan dilihat hitam. Jari yang berdakwat akan dilarang mengundi. Bunyinya cukup selamat. Sistem dakwat kekal ini amat menyakin. Tetapi dibelakang sistem dakwat kekal ini wujud satu lagi perancangan yang lebih licik. Dakwat kekal ini memang dirancang untuk TIDAK kekal. Ini untuk membolehkan 240,000 Pengundi Awal berpelung untuk mengundi sekali lagi. Sebenarnya Pengundi Awal inilah yang memenangkan United Malays National Organisation. Pengundi Awal menjadi tulang belakang untuk menipu dan membolehkan United Malays National Organisation mendapat 47% undi. Seramai 240,000 Pengundi Awal ini adalah pekerja SPR yang telah dilatih oleh SPR untuk menjalankan projek PRU13. Apa makna 40,000 Si Bangla Pengundi Hantu? Pengundi Hantu Bangla memang wujud. Kita melihat klip-klip dalam YouTube tentang beberapa Orang Asing yang datang dengan Polis untuk mengundi. Mereka ini dihalang. Ada yang ditangkap. Lalu persolaan timbul kenapa Pengundi asing ini datang dengan Polis? Jelas ini juga sebahagian dari 'decoy'. Pengudi Asing ini sengaja datang dengan Polis agar orang ramai akan kelihatan 'berjaya' menghalang mereka. Pekerja dan penyokong Pakatan akan merasa puas hati jika dapat menahan Pengundi Asing. Sayangnya Pengundi Asing yang datang dengan Polis ini hanyalah 'decoy' untuk mengkaburi Pengundi Awal yang datang berkali-kali mengundi. Sila ingatkan kembali negara mana yang pertama dilawati Najib sesudah PRU 13? Ingat atau tidak? Najib telah melawat Bangladesh. Apa tujuan melawat Bangladesh? Najib bukan makan sireh. Rosmah tidak dapat bershopping di Dacca. Kenapa Najib melawat Bangladesh? Jelas, tujuan Najib ialah untuk memperlekeh Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim yang telah membuat kenyatan tentang 40,000 Pengundi Hantu Bangla. Kenyataan menyelar Anwar telah dilakukan oleh Najib di Dacca dalam sidang akhbar bersama Sheikh Hasina Perdana Menteri Bangladesh. Menimbulkan isu 40,000 Pengundi Hantu Bangla di Dacca bertujuan untuk mendapat impak maksimum. Ini dilakukan dengan niat untuk mendapt laporan media antarabangsa yang meluas kerana hingga ke hari ini Pakatan Rakyat secara resmi masih belum menerima kemenangan 47% United Malays National Organisation hasil dari undi tipu. Najib bukan hanya membebel tentang 40,000 Bangla ini di Dacca. Pekara ini telah telah dijadikan modal oleh Najib yang ke hulu ke hilir membawa cerita 40,000 Bangla. Kalau Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun, Najib dengan 40,000 Bangla. Melihat kembali apa yang telah berlaku maka hari ini kita sedar bagaimana Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, beberapa Ngo termasuk Bersih telah diperangkap dengan ' decoy' 40,000 Bangla. Hakikatnya United Malays National Organisation bersama SPR telah berjaya mengkaburi mata orang ramai dengan 40,000 Bangla. Kita heboh dengan 40,000 Bangla – SPR berjaya membawa masuk 240,000 Pengundi Awal. Apa yang telah berlaku ialah pukul tabuh dihulu tapi menyerang di hilir. Maka hendaknya silap mata SPR ini akan dapat kita jadikan ilmu. ( TT) BERSEDIA DARI SEKARANG NOTA tuilsan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN |
Posted: 29 Jan 2014 08:00 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB tiada kata secantik bahasa kalau kenyataan nik aziz ini masih tidak di fahami lagi maka mungkin tidak ada sesiapa dapat membantu Nik Aziz muak laporan 'manipulasi demokrasiNik Aziz Nik Mat hari ini menyuarakan rasa "muak" dengan laporan akhbar Umno yang mentafsirkan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kajang sebagai "manipulasi demokrasi".Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menjelaskan tidak tahu tentang strategi atau isu yang berlaku di sebalik pengosongan itu dan menunggu jawapan penjelasan PKR yang menurutnya tentu mempunyai sebab tertentu. "Saya suka mencabar Umno dan BN, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," katanya. --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan