Khamis, 30 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Khalid beri Noh 10 hari anjur debat isu kalimah Allah

Posted: 30 Jan 2014 03:27 AM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Noh Omar disaran menganjurkan debat isu kalimah Allah dan mempelawa wakil PAS sebagai panel.  



Noh Omar disaran menganjurkan debat isu kalimah Allah dan mempelawa wakil PAS sebagai panel. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memberikan tempoh 10 hari kepada Ketua Umno Selangor Datuk Noh Omar untuk menganjurkan debat berkenaan isu kalimah Allah selepas debat anjuran Sinar Harian dibatalkan.

Khalid berkata tindakan Noh yang sengaja hadir ke pejabat akhbar berkenaan pada hari debat antara mereka dibatalkan ibarat "Drama Kangkung", dan beliau bersedia bila-bila masa sekiranya Noh menganjurkan debat berkenaan.

"Saya bersedia 'disekolahkan' oleh Noh Omar. Tapi saya harap dia akan sekolahkan saya peringkat pasca ijazah, bukan darjah enam.

"Kita buat satu debat, saya dia dan moderator sahaja. Kita siar secara langsung.

"Kalau Noh Omar nak sekolahkan saya, susun satu program, dia, saya dan moderator buat dalam studio," katanya, ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Shah Alam.

Debat anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan ekoran akhbar berkenaan menerima pelbagai reaksi negatif dan ancaman daripada beberapa pihak berhubung tajuk debat yang dianggap sensitif.

"Saya beri tempoh seminggu atau 10 hari. Kalau Noh tak mampu susun satu program ini, maka saya akan buat sendiri, saya akan panggil beliau.

"Kita tengoklah siapa sekolahkan siapa. Beliau nak ubah imej kepada seorang intelek daripada seorang samseng," kata Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau turut mengharapkan Noh dapat berdebat dengannya atas dasar intelek dan idea, bukannya atas faktor fizikal penyokong mereka.

"Kita bertarung atas idea dan hujah, bukan atas kekuatan fizikal penyokong," tambah Khalid.

"Tak perlu orang ramai, saya, dia dan moderator. Cukup. Tajuk kekal sama. Dan kita bahas," kata Khalid. –

Pilihan Raya Kecil Kajang satu pembaziran, kata PM

Posted: 30 Jan 2014 03:07 AM PST

OLEH LEE SHI-IAN


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sidang akhbar selepas pertemuan dengan wakil pertubuhan bukan kerajaan di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Januari, 2014.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sidang akhbar selepas pertemuan dengan wakil pertubuhan bukan kerajaan di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim



























Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan datang adalah pembaziran wang awam yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat.

"Bagi menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR, Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk membawa beban pilihan raya kecil di Kajang.

"Anwar membebankan rakyat dan masyarakat Kajang. Saya dimaklumkan bahawa penduduk Kajang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku setakat ini," katanya.

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib bagaimanapun enggan mendedahkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Kajang.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai siapa yang bakal menjadi calon BN sehingga saya tahu bila tarikh penamaan calon," katanya.

Najib juga enggan mengulas berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya Najib sendiri bertanding di Kajang menentang Anwar.

"Ini bukan masalah saya, ia masalah PKR. Ia adalah isu yang ditimbulkan oleh pertelingkahan dalaman parti.

"Saya tidak mahu terlibat dalam politik parti mereka. Jangan heret Barisan Nasional dalam isu itu," katanya.

Semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mencabar Najib melawan Anwar dalam PRK Kajang.

PKR itu terpaksa diadakan berikutan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada Isnin.

"Umno, jika anda berani, mari bertanding. Jangan letak calon MCA, MIC atau Gerakan," kata Azmin.

"Minta Najib bertanding di Kajang. Mari jika berani," katanya ketika majlis taklimat jententera parti di Kajang, semalam.

Lee, yang menjadi Adun bagi penggal pertama mengundur diri bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menyertai 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Tetapi wujud spekulasi menyatakan Anwar akan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah lama bercakar dengan Azmin.

Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari

Posted: 30 Jan 2014 03:05 AM PST

Oleh: Rusnizam Mahat


KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.

interview aziz bari isu perlembagaan perakpix : fahmirep : tiada wartawan"Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu.

"Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,"

"Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti," kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.

Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.

"Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,"

"Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan," ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.

"Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!

"Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi," ujarnya.

Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.

"Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.

"Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah," ujarnya.

Perhatian di kawasan luar bandar

Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.

"Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.

"Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN.

Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar," kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar," ujarnya lagi.

Persiapan Tahun Baru Cina KEADILAN Terengganu dirampas

Posted: 30 Jan 2014 02:59 AM PST

KEADILAN DAILY

 

kampung_cina_terengganu



KUALA TERENGGANU : Kira-kira 40 penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) merampas peralatan persiapan Tahun Baru Cina yang dianjurkan Pusat Khidmat DUN Bandar, Terengganu.

"Mereka menyerbu dan merampas peralatan persiapan kami untuk sambutan Tahun Baru Cina kira-kira jam 11 pagi tadi," kata Adun Bandar Azan Ismail kepada Keadilandaily.

"Program yang kami anjur telah mendapat permit dari polis Terengganu. Kenapa MBKT rampas?, soal Azan.

Azan memaklumkan, program Tahun Baru Cina DUN Bandar diadakan malam ini di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Azan berkata beliau mengesyaki sabotaj dilakukan oleh parti MCA yang mempunyai pengaruh dalam MBKT.

"Ini tindakan salahguna kuasa dan gangguan. Bahkan pihak polis sendiri simpati dengan apa yang berlaku. Namun mereka tak boleh lakukan apa-apa.

"Ribuan ringgit dibelanjakan. Bukannya guna duit kerajaan negeri. Tapi hasil sumbangan orang ramai dan inisiatif KEADILAN Terengganu," kata Azan.

Satu laporan polis akan dibuat Azan dan pegawai Pusat Khidmatnya di IPD Kuala Terengganu jam 2.30 petang ini.

Anwar sampai tazkirah Jumaat di Masjid Batu 10 Jalan Cheras, Kajang esok

Posted: 30 Jan 2014 02:45 AM PST

KEADILAN DAILY


Qariah batu 10


KAJANG : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan tazkirah di Masjid Qariah Batu 10 Jalan Cheras, Kajang sebelum solat Jumaat esok.

Manakala, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhamad Nur Manuty akan menyampaikan Khutbah Jumaat.

Kaum muslimin di Kajang dan kawasan sekitarnya dialu-alukan hadir.

Kadar inflasi sembilan bulan pertama 2014 dijangka naik

Posted: 30 Jan 2014 02:43 AM PST

Basyar Abkdir
inflasi_
 
PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan peningkatan inflasi dalam sembilan bulan pertama tahun 2014 dan penurunan kadar mata wang Ringgit Malaysia berpunca dari dasar pemotongan subsidi yang dilakukan kerajaan.

"Bank Standard Chartered mengunjurkan kadar inflasi mencecah 3.4 peratus pada awal sembilan bulan pertama 2014 (3.2 peratus pada Disember 2013).

"Inflasi pada tahap tersebut (3.4 peratus) adalah unjuran yang tertinggi berbanding negara-negara di rantau ini," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.

Dalam pada itu kata Anwar, laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyatakan kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika terus jatuh ke paras RM3.50 berbanding RM 3.30 sekarang.

"Maknanya program pemotongan subsidi yang dijalankan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak terus mempunyai kesan buruk kepada rakyat.

"Sedangkan ia tidak membantu kepada kedudukan ekonomi negara.

"Alasan bahawa program pemotongan subsidi rakyat adalah diperlukan demi mengukuhkan ekonomi negara nampak songsang apabila petunjuk ekonomi yang lain tidak memberangsangkan." katanya.

DSAI_INFLASISehubungan itu Anwar menggesa Najib menghentikan pemotongan subsidi bagi memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak terus meningkat.

"Hentikan serta merta program pemotongan subsidi yang kini dijalankan kerajaan beri kesan besar kepada usaha untuk menangani masalah kenaikan harga barang

"Isyarat ini akan meredakan keresahan di kalangan rakyat dan peniaga yang kini berdepan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan asas," katanya.

Pelabur asing elak labur di pasaran Malaysia, lapor Wall Street Journal

Posted: 30 Jan 2014 02:40 AM PST

Oleh Syahirah Rashid


Ringgit jatuh 4.5% bulan lalu sementara hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak 2010. Gambar fail.Ringgit jatuh 4.5% bulan lalu sementara hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak 2010. Gambar fail.























 
Pengurus dana antarabangsa sedang mengelak daripada melabur di pasaran Malaysia berikutan kadar inflasi negara yang jatuh pada tahap terendah sejak 2010, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).

Pasaran saham Malaysia lemah di mata dunia selepas jatuh 4.5% bulan lalu dengan hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak 2010 yang menyebabkan kadar mata wang Malaysia jatuh hingga tahap terendah minggu ini.

Ini meletakkan kadar ringgit terendah di Asia selepas won Korea dan peso Filipina.

Ketua Pasukan Pendapatan Tetap Asia di J.P Morgan Asset Management, Hong Kong, Stephen Chang, berkata syarikatnya sedang mengambil langkah berhati-hati dengan pasaran Malaysia kerana kadar ringgit yang rendah.

Chang berkata, susulan daripada kadar ringgit yang rendah, Malaysia akan memendekkan bon untuk mengelak daripada kenaikan kadar faedah lantas menurunkan nilai bon tersebut.

Katanya, kenaikan kadar deposit untuk akaun pertukaran asing membuatkan pelabur Malaysia mencari jalan perlindungan daripada mata wang yang semakin rendah.

Pengurus Pelaburan di Invesco Singapore, Jalil Rasheed, berkata lawatannya ke Malaysia baru-baru ini mendapati pengeksport daripada Malaysia memegang ketat kepada mata wang Amerika Syarikat dan enggan menukarkannya ke ringgit kerana kadar dolar Amerika Syarikat semakin tinggi.

"Menjadi tren di kalangan rakyat Malaysia untuk menukar mata wang ringgit daripada simpanan kepada mata wang asing kerana risau dengan nilai ringgit yang semakin susut," kata pakar kadar kewangan Asia di Deutsche Bank di Singapura.

"Pemilik bon dari negara asing di Malaysia sangat tinggi dan ini sangat merisaukan kerana ramai yang mempersoalkan kesan kepada pasaran Malaysia sekiranya pemilik asing bon kerajaan menarik balik pelaburan mereka," kata Elsie Tham daripada Manulife Asset Management Malaysia.

Dengan kadar ringgit yang semakin rendah, Malaysia menyertai senarai pasaran saham lemah di Asia Tenggara seperti Thailand yang sedang riuh dengan bantahan politik dan Filipina yang baru ditelan taufan yang mengorbankan ribuan rakyat.

Laporan WSJ tersebut turut menuding jari kepada langkah kerajaan yang memotong subsidi bagi gula dan minyak petrol demi membendung pembelanjaan kerajaan serta menutup defisit bajet.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang tetap melabur di pasaran Malaysia kerana kadar eksport yang tinggi dan langkah kerajaan untuk menghentikan defisit dihadapi negara sejak krisis kewangan Asia pada 1997 hingga 1998.

Anwar tanding Kajang kerana ancaman kuat Umno di Selangor, kata PAS

Posted: 30 Jan 2014 02:37 AM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

 

























Ancaman berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor menjadi punca PKR meletakkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata ahli Parlimen PAS.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat (PR) bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum PKR itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

"Ancaman Umno tahap maksimum. Beliau tidak boleh benarkan Selangor dimenangi PR untuk sesi penggal ketiga," kata Khalid ketika sidang media di ibu pejabat beliau di Shah Alam, petang tadi.

"Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun. Boleh jumpa pegawai kerajaan untuk elakkan sabotaj," katanya.

Beliau turut berkata, Umno kini dipercayai sedang mengukuhkan usaha mereka dalam cubaan merampas Selangor melalui usaha sabotaj.

"Sangat kuat ancaman Umno di Selangor. Usahanya satu usaha yang akan dan sedang dipertingkatkan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Anwar pada Selasa telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan beliau bertanding di kawasan itu.

Kawasan DUN Kajang membentuk populasi sejumlah 48% berbangsa Melayu, 40% Cina, 10% India, dan bakinya lain-lain kaum.

Barisan Nasional (BN) jelas Khalid berupaya merampas Selangor melalui kemarahan rakyat dengan berlakunya beberapa peristiwa, termasuk menggagalkan beberapa projek negeri.

Malah, krisis dalaman PKR juga jelasnya akan dapat dikekang dengan meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Krisis Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, ini menjejaskan operasi. Dengan adanya Anwar dalam kerajaan mungkin masalah ini akan dikurangkan dan ditambah baik perjalanan kerajaan termasuk mengatasi usaha sabotaj yang kita nampak sedang berlaku.

"Ada projek kerajaan negeri yang tak bergerak. Ada projek tergendala," katanya.

Khalid turut memuji tindakan Lee yang sanggup melepaskan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar, meskipun tindakan berkenaan menerima kecaman banyak pihak.

"Ini berbeza dengan melompat parti ataupun khianat. Beliau telah berkorban. Kalau orang Umno, berebut nak kerusi jadi Adun...sogoklah, rasuah nak jadi Adun. Ini dah jadi Adun dia berkorban atas arahan parti.

"Rayuan saya kepada pengundi di Kajang, setelah Lee buat pengorbanan sedemikian rupa, janganlah mempersia-siakan pengorbanan beliau," katanya lagi, dan menambah Lee turut berkorban dengan memberikannya kepada calon yang dianggap lebih baik daripada dirinya.

NGO Islam dakwa Najib lemah kerana berdiam diri isu kalimah Allah

Posted: 30 Jan 2014 02:27 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Najib dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini. - Gambar The Malaysian Insider. 
Najib dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini. - Gambar The Malaysian Insider. 


Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyesali sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendiamkan diri berhubung isu kalimah Allah.

"Pendirian beliau berhubung isu kalimah Allah ini membuktikan bahawa beliau lebih menjaga kaum minoriti yang melampau," kata Naib Presiden II Isma, Abdul Rahman Mat Dali.

Najib hari ini dalam pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.

Kata Najib, beliau adalah seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum.

Justeru bagi Isma, ini sekali lagi membuktikan Najib seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini.

Bahkan beliau juga tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu pada masa hadapan, kata Isma.

Isu penggunaan nama Allah telah mencetuskan pelbagai peristiwa sejak kebelakangan ini.

Ia bermula dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Kartolik Herald menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka. Namun, Mahkamah Rayuan menolak keputusan itu.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pula telah menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Dua pemimpin PBM juga dibawa ke balai polis walaupun dibebaskan kemudiannya.

Sejak itu, ada-ada sahaja peristiwa yang berlaku mengenainya sehingga dikatakan menimbulkan ketegangan.

Ramai juga yang berpendapat ketegangan ini hanya ciptaan sahaja kerana isu sebenar negara adalah kenaikan kos sara hidup. –

Lupakan soal MB, kita mahu menang pilihan raya, kata MB Selangor

Posted: 30 Jan 2014 02:25 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER





Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya tidak mahu fikir perubahan menteri besar buat masa ini tetapi, "kita mahu hadapi pilihan raya dahulu."

Khalid juga berkata, beliau tidak merancang untuk meletakkan jawatan tetapi berkata, "apa sahaja yang hadir selepas pilihan raya ini nanti, kita akan bincangkan di peringkat Pakatan."

Khalid menyatakan perkara ini dalam wawancara dengan yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang kini disiarkan oleh media rasmi kerajaan negeri Selangorkini.

Wawancara ini dilakukan di tengah-tengah kemelut dan rancangan untuk menggantikan beliau sebagai menteri besar apabila perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.

Ketika ditanya adakah beliau mempunyai sokongan daripada PAS dan DAP dan bagaimana pula dengan sokongan daripada PKR, Khalid menjawab, "Ya, saya mempunyai sokongan  buat masa ini. Parti (PKR) pula terpaksa pasrahlah (ketawa)."

Dalam wawancara itu, Khalid Ibrahim penuh yakin masa depan Selangor yang gemilang kerana, "sekarang kita bukan sahaja boleh bercakap mengenai idea tetapi juga mempunyai wang untuk menterjemah idea itu kepada bentuk fizikal."

Ini kerana, selama empat tahun pertama pentadbiran Pakatan di Selangor, kerajaan negeri telah membina rizab negeri yang kukuh.

Kata Khalid, dalam lima dan lapan tahun akan datang bukan sahaja Selangor sangat kukuh, tetapi juga menjadi tempat yang "happening".

Bagi beliau, rizab ini adalah perlu kerana kerajaan Persekutuan tidak akan meminjamkan dana yang diperlukan Selangor.

"Takkan kita mahu berharap dan bercakap sahaja? Bagi saya, politik harus lebih daripada sekadar retorik, kerana retorik tidak boleh mengenyangkan perut.

"Pertama, dapatkan dahulu duit yang perlu. Kemudian barulah fikir nak makan apa," kata Khalid penuh keyakinan.

Khalid berkata, beliau tidak fikirkan tentang spekulasi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jawatan menteri besar.

Bagi beliau, spekulasi itu perlu diuji terlebih dahulu.

"Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan," katanya.

Bagi beliau, kombinasi pengalaman korporat dan pengalaman mentadbir kerajaan akan memberikan "head-start" (permulaan yang baik) untuk mencabar Putrajaya.

Akar umbi mahu calon Umno di Kajang

Posted: 30 Jan 2014 12:30 AM PST

MALAYSIAKINI





Anggota Umno akar umbi mahu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang BN dipilih daripada parti mereka dan bukannya MCA, seperti formula lama yang dipakai sebelum ini.

Ketua Umno Hulu Langat Datuk Johan Abdul Aziz berkata, permintaan itu dibuat ekoran kegagalan MCA mendapat sokongan kaum Cina dalam pilihan raya umum sejak lima tahun lalu.


Menurutnya lagi, pusat daerah mengundi di kawasan Cina – Sungai Chua 1 hingga 5 – dalam DUN gagal dimenangi sejak 2008 walaupun dulunya kubu kuat BN.

"Pusat daerah mengundi itu tidak pernah menang sejak 2008 dan 2013. Sedangkan itu tempat MCA. Mereka tidak memberikan pelan tindakan untuk menang.

"Akar umbi (Umno) di bawah berkata, kenapa tidak beri kepada kami (Umno)? Kami boleh tingkat undi Melayu untuk menang di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

ADUN Semenyih itu mengulas gesaan Pemuda Umno yang mahu pemilihan calon kawasan itu tidak dibuat berdasarkan formula lama demi mendapatkan calon terbaik – permintaan yang ditolak bulat-bulan Pemuda MCA.

'Beri pelan strategi MCA'

Menurut Johan - yang juga setiausaha Umno Selangor - kemenangan BN sebelum 2008 di DUN itu juga hasil sokongan orang Melayu dan banyak pihak mengetahui situasi itu.

"Jika MCA mahu menjadi calon, mereka perlu mengemukakan pelan strategi untuk menarik semula sokongan kaum Cina di situ," katanya.

DUN itu mempunyai 38,965 pemilih, merangkumi 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan 10 peratus India.

Johan berkata, Umno tidak ketandusan calon berkebolehan termasuk kepimpinan bahagian untuk diketengahkan bagi berdepan Anwar dalam pilihan raya kecil itu yang bakal diputuskan 5 Februari depan.

Bagaimanapun, Johan berkata, keputusan meletakkan calon Umno itu bakal diputuskan kebijaksanaan pucuk pimpinan dan menyifatkan suara mereka hanya "permintaan bukan satu desakan".

"Walaupun kita dan ada persefahaman, itu kerusi MCA. Tapi budi bicara pemimpin kena duduk bincang balik. Kita sudah bertolak ansur tetapi kaum Tionghua tak peduli," katanya.

Beliau juga membidas tindakan PKR mengosongkan kerusi itu dan menyifatkan "pengkhianatan" terhadap pengundi serta "sandiwara" untuk mengalih beberapa isu, termasuk rayuan kes liwat II.

Tiga jalan maut dikenal pasti

Posted: 30 Jan 2014 12:24 AM PST


Tiga jalan maut dikenal pasti Hamzah (kiri) Zubir (kanan) menyerahkan cenderahati kepada pengguna jalan raya sempena Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri, semalam. - Foto Sinar Harian


KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengenal pasti tiga kawasan paling berbahaya (black spot) di negeri ini berdasarkan kekerapan kemalangan yang berlaku di situ.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, tiga lokasi itu melibatkan Kilometer (KM) 20 hingga 26 (Kampung Alur Tuman), Marang;  KM 40 Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang (Kampung Batu 23), Hulu Terengganu dan KM 94 hingga 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kampung Nyior dan Kampung Tebing Tembah), Dungun.

Menurutnya, sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, pihaknya menyasarkan dapat mengurangkan kadar kemalangan di tiga lokasi berbahaya itu termasuk Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2).

"LPT 2 turut menyumbang kepada kejadian kemalangan kerana jalan itu baru dibuka dan pengguna belum begitu mahir dengan keadaan jalan itu," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri, semalam.

Turut hadir, Speakar Dun, Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Muhammad Pehimi Yusof.

Mengulas mengenai punca kepada kemalangan maut di negeri ini, Hamzah berkata, pihaknya kesal kerana masih terdapat individu enggan mengikut peraturan yang ditetapkan, sehingga menjadi punca kejadian tidak diingini.
Katanya, kumpulan yang berisiko kemalangan melibatkan pemuda berusia lingkungan 16 hingga 25 tahun dengan mencatat sebanyak 125 kes pada tahun lalu.

"Kebanyakan kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dan terdapat enam kematian pada tahun lalu. Begitu juga dengan pemandu dan penumpang motokar.

"Antara penyebab kepada tragedi itu ialah kes terbabas sendiri akibat mengantuk dan letih, sama ada terbabas ke tebing jalan atau langgar kereta di hadapan.

"Selain itu terdapat juga kemalangan berpunca daripada pemandu yang gagal mengawal kenderaan dan memandu di jalan pemandu lain, kemalangan ketika tukar lorong, kecuaian ketika melintas jalan dan keluar simpang tanpa lihat kiri dan kanan serta kemalangan akibat mengelak daripada melanggar binatang," katanya.

Sehubungan itu, beliau berjata, pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berhati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal.

"Jika kita lebih berhati-hati dan memandu secara berhemah, risiko untuk berdepan kejadian sebegitu mungkin tidak akan berlaku," katanya.

Presiden Reformis mahu cabar Anwar

Posted: 30 Jan 2014 12:22 AM PST


Anwar Ibrahim  Datuk Seri Anwar Ibrahim


SHAH ALAM - Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar mahu mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Dun Kajang akan datang.

Ramlan berkata, keputusan dibuat setelah melihat politik kotor yang diamalkan oleh Anwar sehingga melibatkan kesusahan rakyat  Selangor.

Menurutnya, Anwar melakukan politik jijik apabila ingin merampas kuasa secara halus dari Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan hanya mementingkan diri sendiri demi politik.

"Saya (Reformis) akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini adalah platform terbaik kepada Reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, dia berharap akan bertemu dengan Anwar pada pilihan raya nanti kerana banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Reformis sebelum ini tidak dijawab oleh ketua pembangkang itu.

Sementara itu, Ramlan mungkin tidak berseorangan apabila bekas pembantu pengaum bela Anwar, Yuktes Vijay turut menawarkan diri untuk bertanding di Dun tersebut.

"Jika Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang, saya juga akan bertanding sebagai calon bebas di Dun tersebut," kata Yuktes yang dipetik dari laman sosial miliknya.

SPR: Kos PRK semakin meningkat

Posted: 30 Jan 2014 12:15 AM PST


TAN SRI ABD AZIZ MOHD YUSOF


KERAJAAN membelanjakan lebih RM11 juta bagi melaksanakan 16 pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU12 yang lalu.

Dianggarkan sekitar antara RM318,000 dan RM1.3 juta diperlukan bagi melaksanakan sesebuah PRK.

Kebiasaannya PRK diadakan jika terdapat kerusi kawasan itu dikosongkan akibat kematian atau keuzuran, namun terdapat juga kekosongan berlaku bagi memenuhi tuntutan politik semasa.

Sinar Harian menerusi wartawan Robiatuladawiyah Abd Rashad sempat mendapatkan sedikit penjelasan daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), TAN SRI ABD AZIZ MOHD YUSOF mengenai kriteria menjadi calon dan kos mengurus bagi sesebuah PRK.

Apakah kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi Dun?

Seperti biasa, beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan berpendapatan dan tidak pernah di penjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman).

Boleh Tan Sri jelaskan mengenai syarat yang memerlukan calon beralamat di negeri yang ingin di tandingi itu?

Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan Dun Kajang. Mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor.

Ada yang mengatakan calon bagi Dun perlu menjadi pemastautin di kawasan itu,  ada tempoh tertentu untuk seorang itu dianggap pemastautin di kawasan itu?

Tidak perlu, peraturan hanya mengatakan beralamat di negeri tersebut dan tidak ada tempoh masa dinyatakan. Pada hari penamaan calon, alamat yang didaftarkan pada kad pengenalan itu yang diambil, tidak kiralah sama ada beliau baru sehari menukar alamat atau sebagainya.

Contoh Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Kajang, maka alamat kad pengenalannya mesti di Selangor. Cuma pencadang dan penyokong sahaja perlu menjadi pemastautin tetap di kawasan itu.

Berapakah kos anggaran sesebuah PRK?

Pada masa sekarang ini anggaran sudah melebihi RM1 juta. Contoh PRK terbaru di Dun Sungai Limau dan Besut melebihi RM1 juta.

Tan Sri boleh jelaskan apakah faktor yang melibatkan perbelanjaan sesebuah PRK?

Kos ini melibatkan banyak faktor, ia bergantung kepada besar kawasan, bilangan pengundi, kawasan bandar atau luar bandar.

Harga barang berbeza ikut keadaan semasa, harga sewaan pusat mengundi dan sebagainya. Antara perkara lain yang diambil kira adalah adakah kawasan itu mempunyai pengundi luar negara dan pengundi pos.

Perlu juga diteliti sama ada perlu adakan latihan atau tidak, dan jumlah petugas yang diperlukan. Apa yang pasti kos semakin hari semakin meningkat dan belanjanya besar.

Adakah jumlah calon akan turut mempengaruhi perbelanjaan itu nanti?

Tidak. Cuma jika tiada pertandingan kosnya berkurangan. Tetapi biasalah bila ada peluang orang akan gunakan untuk mencuba nasib, perkara ini tidak salah. Pada PRU13 Dun Kajang berdepan dengan cabaran enam penjuru.

Ada yang mengatakan menguruskan PRK Dun lebih mudah berbanding Parlimen, komen Tan Sri?

Untuk adakah sesebuah pilihan raya bukan perkara main-main tidak kiralah sama ada untuk Dun ataupun Parlimen. Urusannya melibatkan kos yang besar, masa yang panjang dan ramai pihak terutamanya pengundi.

Jangan ingat SPR sahaja yang keluar belanja, pihak lain juga terlibat terutamanya agensi penguatkuasa.  Perkara ini bukan boleh dibuat main-main.

Bolehkah seseorang Adun itu melepaskan jawatan mereka tanpa sebab yang kukuh seperti keuzuran atau kematian dan apakah produser yang perlu dilalui?

Boleh. Adun boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan mengutus surat yang ditandatangani kepada Speaker Dun. Speaker Dun kemudian akan memaklumkan kekosongan kerusi Dun kepada SPR supaya di adakan pilihan raya kecil semula.

Adakah Adun itu boleh dikenakan tindakan undang-undang?

Tiada peruntukan untuk itu. Adun itu boleh meletakkan jawatan atas kemahuannya sendiri, cuma dari segi moral nampak tidak baik. Rakyat telah bersusah payah keluar mengundi, ada yang terpaksa ambil cuti, beratur panjang dan berpanas.

Rakyat berharap undi mereka itu kekal bagi tempoh lima tahun tetapi sebaliknya berlaku. Kecualilah wakil rakyat di kawasan itu meninggal dunia, uzur atau disabitkan dakwaan jenayah.

Kes pengosongan kerusi tanpa kematian atau keuzuran bukan perkara baharu, sebagai pihak yang menguruskan proses demokrasi dalam negara, pada pandangan Tan Sri patut atau tidak dibenarkan terus berlaku?

Sepatutnya tidak berlakulah. Seolah-olah apa yang kita buat (memartabatkan demokrasi) ini sia-sia, kerana kes itu tidak ada sebab besar.

Kes yang berlaku lebih kepada faktor politik. Tidak sesuai guna cara ini (kosongkan kerusi), kalau betul nak tukar tunggulah lima tahun. Memanglah undang-undang membenarkan tetapi, buat pilihan raya bukan kerja main-main.

Pelajar Malaysia disamun, ditikam 14 kali

Posted: 30 Jan 2014 12:12 AM PST


Ahmad Izat Ahmad Mazni Ahmad Izat Ahmad Mazni


Seorang pelajar Malaysia di Nottingham, United Kingdom, Ahmad Izat Ahmad Mazni berdepan detik cemas apabila disamun dan ditikam 14 kali, Selasa lalu.

Melalui laman mikro Twitter miliknya, Ahmad Izat memaklumkan kejadian itu.

"...Saya dirompak malam tadi (Selasa) dan mereka ambil jam, telefon serta dompet saya.

"Kejar dan bergelut dengan salah seorang daripadanya dan dapat kembali telefon serta dompet saya. Ketika itu seorang lelaki menikam saya di beberapa tempat sebanyak 14 kali," tulisnya.

Dalam kemas kini statusnya itu juga, Ahmad Izat memberitahu menerima 11 jahitan namun bersyukur dirinya selamat.

 "14 tikaman, 11 jahitan, tiga agak serius, hilang jam tangan tapi alhamdulillah saya selamat," katanya.

Mangsa dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

Warga Libya didakwa rogol remaja 15 tahun

Posted: 30 Jan 2014 12:10 AM PST

BALIK PULAU - Seorang lelaki warga Libya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Bayan Lepas di sini, pada 21 Disember tahun lepas.
  
Mahmoud M. Mukhtar Bagaeigaa, 20, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris.
  
Dia dituduh merogol gadis bawah umur itu di padang permainan Taman Sri Nibong, Jalan Bukit Kecil 1, Bayan Lepas di sini pada 12.30 tengah malam.
  
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
  
Majistret Muhammad Najib Ismail tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes.
  
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh manakala Mahmoud tidak diwakili peguam. - Bernama

STAM 2013: 60.4 Peratus Sekurang-Kurangnya Pangkat Maqbul 10 Mata Pelajaran

Posted: 30 Jan 2014 12:03 AM PST

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khiar Mohamad Yusof menunjukkan analisis keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2013 di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, Khamis. Seramai 3,513 atau 60.4 peratus calon STAM 2013 berjaya memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus) dalam kesemua 10 mata pelajaran. -foto BERNAMA
MSTAR ONLINE


PUTRAJAYA: Sebanyak 3,513 pelajar atau 60.4 peratus mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 daripada 5,816 calon.

Keputusan itu menurun 7.1 peratus berbanding 2012 apabila daripada 5,819 yang menduduki peperiksaan, 3,927 atau 67.5 lulus semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata calon yang memperoleh sijil peringkat Mumtaz (cemerlang) pada 2013 ialah sebanyak 369 orang berbanding 385 orang pada tahun 2012.

"Bilangan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik)dan Jayyid (baik) serta Maqbul turut menurun," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan STAM 2013 di sini Khamis.

Katanya penurunan pencapaian dari segi bilangan calon yang paling banyak ialah dalam kategori Jayyid Jiddan iaitu sebanyak 1,091 (1,264 pada 2012), calon yang mendapat pangkat Jayyid ialah 1,270 orang dan pangkat Maqbul 333 orang. (

Khair berkata secara keseluruhan, pencapaian calon STAM 2013 menunjukkan penurunan sebanyak 0.12 mata, iaitu daripada indeks gred purata nasional (GPN) 3.08 mata pada 2012 kepada indeks GPN 3.20 mata pada 2013.

Ditanya mengenai usaha kementerian dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan STAM di masa akan datang, beliau berkata pihaknya kini merancang untuk mendapatkan penutur jati dari negara timur tengah untuk mengajar subjek Bahasa Arab.

"Kami mendapati terdapat penurunan pada keputusan STAM 2013 dan pengurangan ini lebih kepada subjek-subjek untuk Bahasa Arab dan kami rasa terdapat keperluan untuk memberi sokongan kepada guru-guru Bahasa Arab bagi meningkatkan pencapaian para pelajar di masa akan datang," katanya.

Beliau berkata cadangan sama untuk subjek Bahasa Inggeris masih dalam peringkat perancangan. - BERNAMA

Dakwa SAMM Ke Mahkamah Bukti Nyata Putrajaya Bohong!

Posted: 30 Jan 2014 12:00 AM PST

KELAB GREENBOC

Chegubard' Mengaku Tidak Bersalah Anjur Perhimpunan


KUALA LUMPUR: Ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan pada malam ambang tahun baharu pada Rabu.

Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)didakwa bersama-sama Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Reduan, 33.

Mohamed Bukhairy dan Edy Nor turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama iaitu menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas.

Mereka didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Dang Wangi 10 hari sebelum tarikh perhimpunan tersebut.

Mereka didakwa melanggar perintah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap mereka yang didakwa.

Kesemuanya didakwa sebagai orang kena saman (OKS) dan ketika pertuduhan dibacakan 'Chegubard', Mohamed Bukhairy dan Edy Nor berdiri di luar kandang tertuduh.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili ketiga-tiga OKS bagimanapun memohon anak guamnya dijamin dengan bon peribadi kerana kes itu hanyalah kes saman dan jumlah yang dipohon oleh Suhaimi adalah terlalu tinggi serta membebankan.

Hakim Azman Mustapha kemudian membenarkan setiap OKS diikat jamin dengan bon peribadi RM5,000 tanpa cagaran dan menetapkan 27 Feb untuk sebutan. BERNAMA

Putrajaya sangkal laporan pemantau hak asasi antarabangsa


Putrajaya menyangkal dakwaan laporan badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) yang mengatakan kerajaan berpatah balik daripada janji membuat pembaharuan.

Dakwaan HRW itu ditolak kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan memberikan banyak kebebasan kepada rakyat di samping meminda undang-undang yang sudah usang.

"Di bawah pentadbiran perdana menteri, kebebasan rakyat diperluaskan dan undang-undang usang dipinda," kata satu kenyataan yang dihantar pejabat perdana menteri awal pagi ini.

Dalam kenyataan tersebut, dakwaan mengatakan pentadbiran Najib menghalang atau menekan hak rakyat untuk berhimpun adalah tidak benar.

"Kebebasan rakyat diperluaskan menerusi Akta Perhimpunan Aman, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden.

"Ia selari dengan kekuatan demokrasi negara Malaysia," kata kenyataan itu.

Semalam, HRW dalam World Report 2014 membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak menunaikan janjinya apabila meminda kembali beberapa undang-undang yang menindas dan menekan.

"Malaysia pada 2013 menyaksikan 'dua kisah Najib', menjanjikan pembaharuan undang-undang sebelum pilihan raya dan mengembalikan undang-undang menindas selepas itu," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson semalam.

Sementara itu, HRW juga mendakwa kerajaan BN menafikan hak asas rakyat Malaysia semasa berlangsung pilihan raya Mei lalu.

"Sejak Mei tahun lalu, kerajaan melanggar hak asas, menyekat kebebasan bersuara dan membuat pendakwaan ke atas aktivis yang menganjurkan protes aman," katanya.

Beberapa perhimpunan berlangsung di ibu kota sebelum dan selepas pilihan raya umum pada 5 Mei lalu secara aman, bagaimanapun kerajaan BN juga membuat beberapa pendakwaan ke atas aktivis dan pemimpin politik pembangkang yang terlibat dalam menganjur perhimpunan.

Selain itu, berpuluh ribu rakyat Malaysia, majoritinya anak muda berbilang bangsa membanjiri enam perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara selepas pilihan raya umum 5 Mei menuntut proses pilihan raya adil dan bebas.

"Kerajaan kekal komited untuk mengantikan Akta Hasutan dan meneruskan program pembaharuan perdana menteri," kata kenyataan itu.
-TMI


ULASAN GB

Tindakan pihak polis mengheret Chegubard dan dua pemimpin SAMM diatas pertuduhan menganjurkan perhimpunan pada malam ambang tahun baru membuktikan bahawa Putrajaya berbohong dengan dakwaannya menyatakan pentadbiran Najib tidak menghalang atau menekan hak rakyat untuk berhimpun.

Putrajaya sebelum ini menyangkal dakwaan laporan badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) yang mengatakan kerajaan berpatah balik daripada janji membuat pembaharuan.

Menurut kenyataan Putrajaya, dakwaan HRW itu ditolak kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya dikatakan memberikan banyak kebebasan kepada rakyat di samping meminda undang-undang yang sudah usang.

Apakah pendakwaan SAMM di mahkamah semalam "memberi banyak kebebasan" untuk rakyat seperti yang didakwa oleh Putrajaya?

Kenyataan dari Putrajaya itu menambah: "Kebebasan rakyat diperluaskan menerusi Akta Perhimpunan Aman, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden.

"Ia selari dengan kekuatan demokrasi negara Malaysia" tambah kenyataan itu.

Jika perhimpunan TURUN itu dikatakan berjalan tanpa sebarang insiden, mengapa pula heret pemimpin SAMM itu ke mahkamah?

Sebab tak hantar notis 10 hari? SAMM bukan penganjurnya! Sementelah lagi itu hal teknikal, boleh selesai di meja OCPD, tak perlu ke mahkamah.

GB sebelum ini sudah membuat ulasan. Petikan:

Semua orang tahu bahawa perhimpunan TURUN yang diadakan pada malam 31 Disember 2013 telah mendapat bukan saja tekanan dan halangan, malah ancaman dan ugutan dari pihak berkuasa. Ya, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden. Tetapi hal itu cuma berlaku jika perhimpunan yang diadakan/disertai oleh Pakatan Rakyat dan NGO Pro-PR, tetapi jika perhimpunan yang dilakukan oleh penyokong parti kerajaan seperti yang berlaku di Pulau Pinang tenpohari dimana orang awam dibelasah jelas membuktikan perhimpunan mereka adalah ganas, bersifat rasis dan ala-samseng.

Yang peliknya perhimpunan aman pro-PR sentiasa dilabelkan sebagai perhimpunan haram. Pelbagai publisiti buruk diberikan bagi menghalang rakyat menyertainya sedangkan perhimpunan yang betul-betul haram tajaan UMNO/BN atau para sekutunya seperti PERKASA, PEKIDA & JATI diberikan publisiti yang muluk-muluk dan lansung tidak disentuh oleh pihak berkuasa.

Putrajaya tidak boleh menafikan kebenaran. GB sudah menyatakn lebih awal lagi iaitu apabila pihak berkuasa terutama polis dan media massa kangkung sentiasa memainkan istilah "perhimpunan haram" terhadap perhimpunan aman yang disertai rakyat, sebenarnya ia akan hanya mengundang krtikan di mata dunia dan merudumkan indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

18 Lebuhraya Beri Diskaun Tahun Baru Cina

Posted: 29 Jan 2014 11:54 PM PST

MTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 buah lebuh raya memberikan diskaun tol pada kadar lima peratus hingga 37.5 peratus untuk kenderaan kelas 1 mulai Khamis hingga Ahad sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Lebuh raya yang memberi diskaun ialah SMART, Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Guthrie (GUTHRIE), Kemuning Shah Alam (LKSA), Shah Alam (KESAS), Duta-Ulu Kelang (DUKE), Klang Selatan (SKVE) dan Kuala Lumpur-Karak (KLK), menurut kenyataan akhbar Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Khamis.

Lebuh raya yang lain terdiri daripada Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Baharu Pantai (NPE), Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Pintas Selat Kelang Utara Baharu (NNKSB), Sungai Besi (BESRAYA), Senai Desaru (SDE), Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuaraian Trafik Kuala Lumpur-Barat (SPRINT), Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lingakaran Luar Butterworth (BORR).

Sementara itu, lima lebuh raya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang telah membuat bayaran tol secara elektronik mulai semalam hingga Selasa depan.

Lebuh raya itu melibatkan Lebuhraya PLUS (kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar, Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Kulim-Butterworth (KLBK) dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.

Menurut kenyataan itu, dijangkakan sebanyak 3.62 juta kenderaan akan menikmati diskaun dan rebat sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pemberian diskaun dan rebat sempena perayaan akan diteruskan sebagai menyambut seruan kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat konsesi melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di lebuh raya sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya, menurut LLM. - BERNAMA

Tabung Haji Umum Bonus Tahunan Enam Peratus, Tambahan Bonus Dua Peratus

Posted: 29 Jan 2014 11:53 PM PST


MTAR ONLINE



KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus enam peratus dan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Kadar bonus tahun Tabung Haji sebanyak enam peratus itu kompetitif iaitu tiga mata lebih tinggi daripada kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam dan konvensional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharon berkata TH mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pemberian bonus haji menunjukkan keiltiziman TH dalam menjaga kebajikan para pendeposit.

"Kadar bonus tahunan TH adalah kompetitif memandangkan profil pelaburan TH adalah terhad kepada pelaburan berlandaskan Syariah. manakala tabungan di TH adalah sukarela dan tiada had," katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan TH Khamis.

Pendapatan keseluruhan TH bagi tahun 2013 berjumlah RM3.7 bilion atau peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding RM2.8 bilion pada 2012.

Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bilion pada 2012.

TH mempunyai 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.
Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) tersebut mempunyai baki purata minimum kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980. - BERNAMA

Aliran Trafik Lebuhraya Plus Bergerak Perlahan Tengah Hari Ini

Posted: 29 Jan 2014 11:50 PM PST

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan bergerak perlahan setakat tengah hari Khamis.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata bilangan kenderaan semakin bertambah dan terdapat kemalangan yang berlaku di dua tempat berasingan menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan.

"Kawasan kemalangan itu di Kulai ke Sedenak dan dari Bangi ke Putra Mahkota pada pukul 11.30 dan 11.55 tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan trafik agak perlahan di kawasan kemalangan dari Kulai menghala ke Sedenak.

"Kadar trafik agak sibuk dengan peningkatan jumlah kenderaan terutama di Nilai menghala ke Seremban dan Slim River menghala ke Gopeng," katanya.

Pengguna jalan raya dinasihat supaya berhati-hati ketika menghampiri kawasan kemalangan dan patuhi had laju yang ditetapkan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Gambar Armada Kapal Perang China di Laut China Selatan (Kawasan Pertikaian Malaysia VS China)

Posted: 29 Jan 2014 11:42 PM PST


Malaysia Vs China


CHINA HANTAR 3 ARMADA PERANG BERHAMPIRAN JAMES SHOAL : KAWASAN PERTIKAIAN ANTARA KUALA LUMPUR DAN BEIJING

Tiga armada perang China telah melakukan rondaan di kawasan perairan James Shoal yang terletak 80km dari sempadan negeri Sarawak yang menjadi tuntutan Malaysia.

Pegawai dan tentera yang bertugas di atas armada berkenaan bersumpah untuk melindungi kedaulatan dalam penyataan terbaru terhadap ketegasan Beijing untuk menuntut hak di atas Laut China Selatan sekaligus menaikkan kembali ketegangan diplomatik diantara Kuala Lumpur dan Beijing.

Kumpulan Armada Kapal Perang China : Kapal Amfibia + 2 Kapal Pemusnah

Kumpulan armada kapal perang China yang dihantar ke perairan Laut China Selatan itu terdiri dari sebuah kapal amfibia bagi tujuan pendaratan, 'Changbaishan', dengan diiringi dengan dua kapal pemusnah, lapor agensi berita Xinhua.

Kapal Perang China

Dalam satu majlis yang diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan pegawai-pegawai diatas kapal telah bersumpah untuk melindungi kedaulatan negara dan kepentingan maritim. Zengmu Reef adalah istilah China bagi merujuk nama kawasan James Shoal.

Panglima armada, Jiang Weilie menggesa anggota serta pegawai tentera yang bertugas diatas ketiga-tiga armada tersebut untuk bersedia melawan dan meningkatkan keupayaan dalam pertempuran bagi membantu Beijing menjadi sebuah kuasa maritim dunia.

Sejak akhir-akhir ini, Beijing meningkatkan pengaruhnya di Laut Cina Selatan ekoran tuntutan bertindih selain pertikaian hak maritim di kawasan yang dipercayai mempunyai potensi simpanan minyak dan gas yang tinggi dan Beijing mendakwa mereka memiliki keseluruhan hak kedaulatan diatas laut Cina Selatan.

Malaysia Laut China Selatan

Pada Mac 2013, Kuala Lumpur (malaysia) telah membantah pencerobohan 4 armada China ke kawasan tersebut. Malah dalam 'lawatan 4 armada berkenaan' tentera Cina telah melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kehadiran mereka ke kawasan tersebut. Pada bulan April 2013, sebuah kapal Maritim Cina datang kembali ke kawasan berkenaan dan meninggalkan penanda keluli bagi mempertegaskan tuntutan mereka keatas kawasan tersebut.

Gambar Armada Kapal Perang China di Laut China Selatan

Maklumat tambahan : Tiga hari lepas Changbaishan dan dua escort destroyers Wuhan dan Haikou melakukan latihan pendaratan di Paracel Island. Kemudian Reuters laporkan 15 jam lepas Fleet ni dilaporkan melakukan perkara yang sama juga di JAMES SHOAL.

UMNO usah politikkan provokasi kaum dan agama, cuba salahkan Pakatan Rakyat – Guan Eng

Posted: 29 Jan 2014 11:37 PM PST


lge



KUALA LUMPUR: DAP mengecam cubaan UMNO mempolitikkan insiden provokasi kaum dan agama di Pulau Pinang serta meletakkan kesalahan kepada Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, ini kerana UMNO sebenarnya bermain dengan sentimen kaum dan agama dan hadir ke insiden berkenaan.

"Saya ingin ingatkan, kerajaan Negeri tidak pernah atur sebarang demonstrasi, malah dikritik teruk apabila cuba menasihatkan agar demonstrasi membantah kenaikan harga barang oleh beberapa NGO ditangguh selepas Sambutan Tahun Baru Cina.

"Dalam masa 10 hari, rakyat saksikan babak jelik yang ditunjukkan dalam insiden yang dihadiri pimpinan tertinggi UMNO, termasuk wakil rakyatnya, ahli dan penyokong UMNO negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi mengulang komitmennya untuk mengekalkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama serta melindungi keharmonian kaum dan agama daripada pihak ekstremis dan rasis yang terus-menerus cuba menggugatnya.

Antara insiden yang dimaksudkan beliau adalah perhimpunan memprotes 'flash mob' kangkung di Seberang Jaya 18 Januari lalu; perhimpunan di Taman Alma, Bukit Mertajam sehari kemudian yang menyaksikan potretnya, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang,. dan Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon dibakar serta serangan 'molotove cocktail' dan penggantungan kain rentang tanpa kebenaran di beberapa gereja di negeri itu.

Selain itu, beberapa NGO dengan sokongan UMNO Bahagian Tanjung turut mendesak penjualan daging khinzir secara terbuka di Lebuh Chulia, Jalan Kuantan dan Jalan C Y Choy di George Town diharamkan, sedangkan kira-kira 95 peratus penduduk kawasan itu adalah bukan Islam dan sudah menjadi kezaliman sejak sebelum merdeka.

Dalam pada itu, beliau berkata lagi, kerajaan Pakatan Rakyat negeri hanya fokus untuk menangani isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang memberi kesan besar kepada rakyat.

"Semua insiden itu jelas bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu kenaikan harga gula, minyak, elektrik dan tol.

"Sebagai perbandingan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menaikkan apa-apa bayaran untuk perkhidmatan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, contohnya cukai tanah, cukai pintu, tarif air dan lesen perniagaan," katanya. -Roketkini.com

Kerajaan BN punca utama kebencian kaum membiak – Ambiga Sreenevasan

Posted: 29 Jan 2014 11:35 PM PST


ambiga (5)



KUALA LUMPUR: Perilaku Kerajaan BN yang tidak mahu mengambil tindakan tegas terhadap penyebar kebencian di kalangan rakyat Malaysia adalah punca utama berleluasanya ketegangan kaum dan agama.

Bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata demikian pada program dialog bersama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan, semalam.

Beliau juga kesal dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana tidak mengambil langkah efektif untuk membendungnya.

"Ketegangan kaum seolah-olah sengaja dibiarkan pemimpin BN sedangkan mereka mempunyai kuasa untuk menghentikannya. Ini jelas membuktikan mereka memang mahu ia berterusan.

"Pada saya, tindakan Najib yang sekadar menyuruh rakyat bertenang itu tidak cukup sama sekali, apa yang harus dilakukan adalah mengambil tindakan tegas melalui undang-undang.

"Apa yang lebih buruk lagi, ia seolah-olah dirancang apabila insiden provokasi itu hanya berlaku di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Beliau yang juga seorang peguam menyatakan, Najib dan Kerajaan BN tidak wajar berkompromi dengan individu atau sesiapa saja yang cuba membangkitkan kebencian dan ketegangan antara kaum atau agama.

Katanya, jika tidak ada langkah pencegahan yang tegas, berkemungkinan kumpulan pelampau tidak bertanggungjawab itu semakin berani.

"Apabila kumpulan ini semakin berani kerana kebal daripada undang-undang, mereka tentu akan melakukan apa saja yang lebih memburukkan keadaan.

"Ini amat membimbangkan, secara realitinya inilah yang sedang berlaku sekarang sedangkan pemimpin tertinggi negara mendiamkan diri," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan cadangan PR untuk berdialog dengan pimpinan BN bagi meredakan ketegangan.

"Kerajaan BN harus terima pelawaan PR, tidak rugi menerimanya dan tidak salah untuk duduk berbincang bersama, malah itulah yang sepatutnya.

"Jika ia tidak diterima, maka PR harus menetapkan agenda negara dan menunjukkan kredibiliti kepimpinan kerana rakyat tentunya tidak mahu dipimpin mereka yang tidak tahu memimpin," tegasnya. -Roketkini.com

Anwar ke Kajang beri penerangan lepas Tahun Baru Cina

Posted: 29 Jan 2014 06:04 PM PST

KEADILAN DAILY

 

ANWAR_PC


PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke DUN Kajang selepas sambutan Tahun Baru CIna untuk memberi penerangan kepada pengundi berhubung rasional diadakan pilihan raya kecil di kawasan itu.

"Saya tahu perlu ada penjelasan lebih lanjut. Saya akan lakukan dalam masa terdekat. Orang (pengundi) tuntut penjelasan.

"Kita tahu mengapa, kerana ada sedikit keresahan. Saya akan ke Kajang. Akan ada (program) penerangan. Selepas sambutan Tahun Baru Cina," kata Anwar kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Anwar berkata beliau akan menemui pimpinan DAP dan Pas dalam masa terdekat bagi menjelaskan lebih lanjut tentang langkah mengosongkan kerusi di Kajang.

"Kita kena turun dan terangkan. Ia perkara biasa dalam proses demokratik. Ini (PRK) bukannya kali pertama. Media arus perdana (ulas) seolah ia tak pernah berlaku sebelum ini," jelasnya.

Dalam pada itu, kata Anwar, pandangan semua pihak diraikan meskipun wujud persoalan mengapa beliau menyertai PRK ketika suasana politik dalam keadaan 'tenang'.

"Ada yang secara objektif memberi pandangan. Saya tawarkan diri untuk beri penerangan. Bukan sahaja kepada penduduk Kajang, bahkan Selangor dan rakyat Malaysia," katanya.

Tiada ulasan: