Isnin, 20 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kalimah Allah: Khalid sedia debat dengan Noh tanpa syarat

Posted: 20 Jan 2014 09:24 PM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad menyatakan kesudian untuk berdebat dengan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam isu kalimah Allah.

Sebelum ini, Noh pada Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul anjuran Umno Bahagian Sungai Besar, di Sekin Hotel Sekinchan mencabar mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk berdebat isu kalimah Allah dari sudut perundangan.

Khalid melalui akaun twitter memberitahu beliau bersetuju dengan debat tersebut tanpa apa-apa syarat.

"Sinar Harian beritahu Noh Omar cabar saya debat isu Kalimah Allah. Sinar Harian akan anjur. Lai, lai saya jawab. Xyah apa2 syarat, stuju je," jelas beliau melalui akaun twitter.

Khalid yang ketika dihubungi harakahdaily memberitahu beliau telah dihubungi Sinar Harian bagi memaklumkan program tersebut yang akan diadakah pada 27 Januari (Isnin) jam 2.30 petang.

Namun, jelas beliau program tersebut akan diadakan secara tertutup dan hanya yang dijemput sahaja dibenarkan hadir.
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah Allah: Najib ada rujuk Majlis Fatwa?

Posted: 20 Jan 2014 09:21 PM PST


PAS menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar menjelaskan jika Majlis Fatwa Kebangsaan dirujuk sewaktu beliau membenarkan kalimah Allah diguna penganut Kristian Sabah dan Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Najib menjelaskan perkara itu susulan titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tentang hak eksklusif penggunaan kalimah itu oleh penganut Islam.

"Saya minta Najib nyatakan pendirian mengenai isu kalimah Allah ini. Apakah dia nak membatalkan kebenaran penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak atau sebaliknya?

"Saya nak tahu apakah tindakan Najib membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dirujuk dahulu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian, memandangkan kerajaan menerusi Penyelesaian 10 Perkara membenarkan kalimah Allah digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Surat terbuka untuk PM - Nurul Izzah Anwar

Posted: 20 Jan 2014 09:16 PM PST

SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, "jika harga ayam mahal, jangan makan ayam".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. "Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut."

Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Read More / Baca Lagi >>

Soalan buat MB, ramaikah rakyat T'ganu di Antartika?

Posted: 20 Jan 2014 07:45 PM PST

Antartika Ada Kilang Keropok Lekor..?? Nanti bawa balik Penquin untuk Zoo Kemaman deh.....
MB Terengganu dikatakan akan melawat Antartika. Saya sebagai rakyat negeri Terengganu ingin bertanya kepada MB yang mewakili pihak kerajaan negeri beberapa soalan:

Berapa kos lawatan ini? Siapa yang menanggung kos lawatan ini? Adakah kerajaan sudah membuat kajian tentang manfaat projek ini yang menguntungkan rakyat negeri Terengganu?

Berapa ramai rakyat Terengganu yang menetap di Antartika sehingga perlu diberikan keutamaan mengatasi program lain?

Rakyat Terengganu baharu sahaja dalam tempoh sebulan lepas terutama di Kemaman menghadapi banjir. Masing-masing rugi ribuan sehingga jutaan ringgit. Kos sara hidup dan bebanan kewangan lain masih banyak. Hasil royalti untuk Terengganu melimpah ruah. Namun rakyat negeri tidak sangat merasai nikmatnya walaupun hanya seperti kuah.

Jalan raya di Terengganu penuh berlubang. Kerosakan sangat teruk. Memandu kereta seperti membawa kereta kuda dengan tayar kayu. Jalan berlubang ditampung, berlubang balik. Jalan seperti sudah siap, dgali dan dikorek balik.

Pergilah ke Hospital Kemaman. Klinik pakar kecil. Pesakit ramai. Tempat menunggu sesak.
Read More / Baca Lagi >>

Minda Kangkung: Kembalikan wang pencen, kata Facebook Wira Pbb

Posted: 20 Jan 2014 07:39 PM PST

Pengguna Facebook Sarawak memberi reaksi negatif mengenai hal ini 

KUCHING: Perang siber telah berlaku antara penyokong Parti Bumiputra Bersatu (PBB) dan rakyat Sarawak sejak beberapa hari yang lalu.
Laman Facebook PBB yang dikenali 'Wira Pbb' telah mengeluarkan kenyataan melarang penerima pencen yang tidak sokong kerajaan untuk pulangkan wang pencen mereka.
"Kepada penjawat kerajaan yang sudah bersara dan menerima pencen tetapi menyokong pembangkang, dengan segala hormatnya sila jangan menerima pencen tersebut. Kamu tiada hak nak terima pencen tersebut kerana kamu melawan kerajaan. Kalau masih lagi menyokong pembangkang, pulangkan kembali wang pencen kamu!" kenyataan yang dikeluarkan oleh Wira Pbb.
Pengguna Facebook Sarawak memberi reaksi negatif mengenai hal ini dan menyifatkan Wira Pbb menunjukkan politik yang belum matang.
"Kami rakyat yang bayar gaji kerajaan," ujar Raymonof Von Klaus
Sementara itu Mohammad Hazman Harun berkata,"Pada saya siapa yang pencen ada hak sebab dah bekerja untuk satu jangka masa yang lama dan sepadan dengan keringat yang telah diberikan."
Read More / Baca Lagi >>

Sekali lagi, Najib pertahan kenyataan ‘kangkung’

Posted: 20 Jan 2014 07:37 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyelar kritikan yang mengejeknya berhubung kenyataan "kangkung" dengan menegaskan bahawa ia adalah makanan kegemarannya.
Najib berkata, beliau menggunakan kangkung sebagai cara menggambarkan konsep penawaran dan permintaan.
"Saya suka kangkung dengan sotong. Saya bagi contoh supply and demand. Sawi ke, ikan kembung ke. Kita perlu lihat rasionalnya," katanya.
Dalam ucapannya di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan hari ini, beliau berkata, program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi.
Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.
"Tujuan kita bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa penstrukturan ekonomi.
"Kalau ada cara kita tolong rakyat kita akan tolong. Kami semua tahu kami dipilih rakyat. Kalau hendak buat pun demi jangka panjang kerana ia akan menguntungkan negara dan rakyat," katanya pada perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi seperti disangka banyak pihak, sebaliknya tanpa penstrukturan semula ekonomi, negara ini akan berkembang dalam trend yang terlalu perlahan.
"Ini semua senario kalau kita tidak struktur semula ekonomi. Ini berbeza dengan gawat. Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi.
"Kalau kita tidak struktur semula, ekonomi kita akan berkembang lebih perlahan. Tahun demi tahun trendnya akan menunjukkan lebih perlahan.
"Kalau ini berlaku kita tidak dapat lonjakkan ekonomi kita kepada ekonomi tahap tinggi. Kita akan berdepan tekanan kewangan sekiranya perbelanjaan operasi kita lebih tinggi daripada pendapatan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

FROM 'KANGKUNG' TO 'SOTONG': Vain Najib again defends gaffe but SILENT ON UMNO BLOODSHED THREAT

Posted: 20 Jan 2014 07:36 PM PST


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak once again hit out at critics who made fun of him over his "kangkung" remark, insisting that it was his favourite food.
In the monthly assembly at the Finance Ministry in Putrajaya today, Najib said that he used the kangkung as an example to explain the "supply-demand principle".
"When it is the monsoon season, prices of fish goes up and even vegetables," he said as the crowd burst into laughter at the reference to vegetables.
"I had used the kangkung as an example of the supply-demand principle. My favourite foods are kangkung and sotong (squid)."
The PM told staff at the ministry that Malaysia is not facing an economic crisis but it was important to start decreasing subsidies.
"Malaysia is not facing an economic crisis, but God willing will achieve 5% growth this year," he said.
Netizens recently mocked Najib after he questioned why the government is blamed whenever the prices of goods rise, but never praised when they fall, saying that the cost of kangkung (water spinach) had dropped.
Read More / Baca Lagi >>

Dok Kira 13 Mei, puak yang mentedarah duit RM52bilion Saham bumiputera semua buat pejam mata..?

Posted: 20 Jan 2014 07:34 PM PST

PKR ulangi desakan hapus cukai eksais bagi turun harga kereta

Posted: 20 Jan 2014 07:32 PM PST

Turun Harga kereta 2SHAH ALAM 21 JAN: PKR mengulangi desakan agar Kerajaan BN  menghapuskan sistem cukai eksais sedia bagi mengurangkan harga kereta serta-merta dengan pengguna tidak lagi menanggung cukai membebankan itu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan media bersama berkata, keengganan Kerajaan BN melaksanakan reformasi dasar penting industri automotif menyebabkan harga kereta di Malaysia antara termahal di dunia.
Kata mereka, rakyat menuntut janji BN untuk menurunkan harga kereta secara keseluruhan melibatkan semua model kereta merentasi industri seperti yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat.
"Untuk menunaikan janji ini, hanya ada satu cara iaitu pemotongan atau penghapusan cukai eksais ke atas kereta secara keseluruhan dan bukannya dihadkan kepada model tertentu seperti yang diumumkan.
"Kami juga kecewa dengan dolak-dalih baru yang diberikan oleh BN untuk terus mengekalkan sistem AP dengan alasan lebih banyak kajian yang diperlukan," kata kenyataan itu.
Menurut mereka pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) tidak sedikit pun menyentuh beberapa perkara pokok yang selama ini menyebabkan harga kereta di Malaysia begitu tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Rasionalisasi subsidi perlu untuk jadi negara maju, kata Najib...Tapi rakyat bertambah miskin dan terhimpit...!!!

Posted: 20 Jan 2014 06:44 PM PST

Program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.
"Tujuan kita bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa penstrukturan ekonomi.
"Kalau ada cara kita tolong rakyat kita akan tolong. Kami semua tahu kami dipilih rakyat. Kalau hendak buat pun demi jangka panjang kerana ia akan menguntungkan negara dan rakyat," katanya pada perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi seperti disangka banyak pihak, sebaliknya tanpa penstrukturan semula ekonomi, negara ini akan berkembang dalam trend yang terlalu perlahan.
"Ini semua senario kalau kita tidak struktur semula ekonomi. Ini berbeza dengan gawat. Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi.
"Kalau kita tidak struktur semula, ekonomi kita akan berkembang lebih perlahan. Tahun demi tahun trendnya akan menunjukkan lebih perlahan.
"Kalau ini berlaku kita tidak dapat lonjakkan ekonomi kita kepada ekonomi tahap tinggi. Kita akan berdepan tekanan kewangan sekiranya perbelanjaan operasi kita lebih tinggi daripada pendapatan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib defends his ‘kangkung’ remark, again

Posted: 20 Jan 2014 06:42 PM PST


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak once again hit out at critics who made fun of him over his "kangkung" remark, insisting that it was his favourite food.
In the monthly assembly at the Finance Ministry in Putrajaya today, Najib said that he used the kangkung as an example to explain the "supply-demand principle".
"When it is the monsoon season, prices of fish goes up and even vegetables," he said as the crowd burst into laughter at the reference to vegetables.
"I had used the kangkung as an example of the supply-demand principle. My favourite foods are kangkung and sotong (squid)."
The PM told staff at the ministry that Malaysia is not facing an economic crisis but it was important to start decreasing subsidies.
"Malaysia is not facing an economic crisis, but God willing will achieve 5% growth this year," he said.
Netizens recently mocked Najib after he questioned why the government is blamed whenever the prices of goods rise, but never praised when they fall, saying that the cost of kangkung (water spinach) had dropped.
Read More / Baca Lagi >>

Aurat: Isu wanita Islam bertudung

Posted: 20 Jan 2014 06:38 PM PST

Rusni Tajari

Masih ingatkah kita isu wanita yang memohon kerja di KLCC suatu ketika dahulu? Wanita tersebut tidak mendapat pekerjaan hanya kerana dia bertudung. Dahulu berita ini hangat diperkatakan kerana mendapat liputan media sosial termasuk di Facebook dan akhbar tempatan.
Namun, setelah beberapa lama, seakan menjadi norma masyarakat hari ini, isu yang timbul hanya mendapat reaksi seketika, kemudian tiada langkah proaktif yang diambil. Lalu, isu yang timbul dibiarkan seperti angin lalu.
Kini, isu berhijab timbul lagi apabila seorang guru Cina beragama Islam diarahkan membuka tudung selain diancam keselamatannya. Ini sesuatu yang menyedihkan berlaku di Malaysia iaitu sebuah negara yang menjunjung prinsip demokrasi yang mengangkat jalur kepelbagaian agama dan bangsa, namun masih timbul isu sebegini.
Pada hemat saya, ini satu bentuk diskriminasi hak berhijab bagi seorang wanita Islam. Walaupun berhijab itu tidak termaktub hukumnya dalam perlembagaan Malaysia namun memberikan arahan sebegitu kepada seorang guru Cina Islam adalah sesuatu yang sukar untuk diterima seakan-akan tiada penghormatan pada individu yang ingin mempraktikkan agamanya.
Mungkin undang-undang sekolah itu menyatakan tidak boleh bertudung. Namun itu juga adalah hak seorang individu Islam menunaikan hak sebagai wanita Islam untuk menutup aurat.
Read More / Baca Lagi >>

Demo Melampau: BN Akan Hilang Deposit Di Lebih Banyak Kerusi Pada PRU14 - Mat Sabu

Posted: 20 Jan 2014 06:27 PM PST


Georgetown - BN bukan saja akan kehilangan deposit di kerusi Pengkalan Kota dan Berapit, tetapi percayalah mereka akan hilang lebih banyak deposit di kerusi-kerusi lain dalam Piihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

"Bantahan dan demo secara melampau yang dipamerkan oleh ahli mereka di Seberang Jaya dan Bukit Mertajam baru-baru ini akan membuat masyarakat yang cintakan keharmonian benci kepada tindakan sedemikian.

"Jika mereka tidak mengubah akhlak dan perangai, saya begitu yakin, banyak lagi kerusi di Pulau Pinang akan hilang dalam PRU akan datang, apabila rakyat telah dapat membuat perbandingan antara kedua-dua pihak, " kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semasa ditemui di Mahkamah Majistret, Butterworth pagi tadi.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga berkata, rakyat negeri ini sedang memerhatikan setiap gerakan pembangkang di sini.

"Apabila menyedari mereka adalah pembangkang, sudah pasti pelbagai tindakan akan diakukan bagi meraih sokongan masyarakat khsususnya umat Islam dan orang Melayu di sini.

"Namun begitu dengan paparan tindakan melampau sepertimana demonstrasi kelmarin dan malam kelmarin sudah jelas bentuk kepimpinan yang sebeginikah harus dijadikan pemimpin untuk memimpin masyarakat berbilang kaum dalam negara ini.

"Islam adalah agama mulia dan suci yang mesti dibuktikan melalui tindakan oleh umat Islam sendiri. Sekiranya Islam hanya pada anutan dan kepercayaan, tapi tidak diresapkan dalam sanubari ia umpama hiasan yang dilihat indah pada wajah tetapi buruk pada hakikatnya," tambah beliau lagi.

Oleh kerana itu, umat Islam mesti buktikan bahawa setiap kekeliruan boleh diselesaikan melalui perbincangan dan mendapat pandangan dari mereka yang ahli dalam sesuatu isu yang diperkatakan.-malaysiagazette
Read More / Baca Lagi >>

Harga Kereta Akan Turun Kata Kerajaan 47% BN..???

Posted: 20 Jan 2014 06:23 PM PST

Kuala Lumpur: Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014) menjadi mekanisme baru kerajaan untuk menurunkan harga kenderaan terutama dalam segmen pemasangan tempatan (CKD) sehingga 30 peratus menjelang 2017.
Antara langkah yang dilihat mampu menurunkan harga kenderaan menerusi NAP ialah meningkatkan persaingan antara pemain industri dan bakal menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus kepada enam peratus iaitu cukai perkhidmatan dan barangan (GST) bermula 2015 hingga 2018.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, NAP 2014 meliputi tiga teras hala tuju dan tiga teras strategi. Teras hala tuju merangkumi pelaburan; teknologi dan kejuruteraan; serta peluasan pasaran.
Sementara teras strategi pula meliputi pembangunan rantaian pembekal komponen dan alat ganti; pembangunan modal insan; serta keselamatan dan alam sekitar.

"Dari segi modal insan, NAP 2014 menjangkakan dapat menawarkan lebih 150,000 peluang pekerjaan dan menggantikan 80 peratus pekerja asing dalam bidang ini menjelang 2020.

"Selain itu, kerajaan juga tidak akan melaksanakan polisi menamatkan jangka hayat kenderaan selepas 15 tahun, tetapi menggantikannya dengan pemeriksaan kenderaan secara suka rela," katanya pada majlis pengumuman NAP 2014, di sini semalam.
Antara objektif NAP 2014 adalah bagi mewujudkan industri automotif tempatan yang lebih kompetitif dan berdaya saing, membangunkan Malaysia sebagai pusat automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) dan menggalakkan peningkatan nilai tambah secara mampan serta pembinaan keupayaan tempatan.

Read More / Baca Lagi >>

Skuad PM perlukan Roy Keane ..!!

Posted: 20 Jan 2014 06:10 PM PST

Wenger Khairy

Hampir semua orang tahu bahawa perdana menteri merupakan seorang peminat tegar kelab gergasi Manchester United. Malah, Datuk Seri Najib Razak mengikuti perkembangan skuad tersebut dari zaman muda dan tentunya mengenali dengan intim nama  pemain superstar Red Devils seperti George Best, Dennis Law (yang akhirnya "murtad" dan berhijrah ke Manchester City), Bryan Robson dan Eric Cantona.
Pemain yang disebut tadi semuanya pemain forward, menyebabkan mereka mendapat lebih banyak perhatian daripada pemain lain. Tetapi pemain forward hanya boleh menjaringkan gol jika pasukan mereka dapat menghantar bola ke depan. Sehebat mana pun barisan serangan, akan sia-sia jika barisan midfield tidak dapat memenangi bola ataupun mematahkan serangan pihak lawan.
Dalam pada itu, kami melihat pejabat Perdana Menteri seolah-olah seperti sebuah pasukan bola sepak. Ianya diketuai oleh Najib yang memainkan peranan "The Gaffer" ataupun "Bos". Kemudian dibarisi dengan "penyerang handal" yang terdiri dari ketua koperat, konsultan, cendekiawan, jurumedia dan  penganalisis yang semuanya cerdik, bertauliah, mempunyai kepakaran yang khusus dan cukup berpengalaman.
Berbekalkan dengan idea bernas dan pelan strategik yang digubal oleh skuad PM, kerajaan Najib tidak berpuas hati menjadi kerajaan kesinambungan semata-mata tetapi cuba menjadi sebuah kerajaan transfomasi. Ketika Najib mula menerajui kepimpinan negara, beliau menetapkan matlamat yang sangat tinggi iaitu menjadikan negara Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Beliau tidak mahu negara dibelenggu dengan kaedah kuno dan sekali gus mewujudkan unit Pemandu yang dibarisi oleh konsultan pengurusan yang muda dan berpendidikan tinggi.
Di antara kaedah baru yang disarankan oleh kerajaan Najib ialah untuk merasionalisasi subsidi yang menelan belanja berpuluh-puluh billion ringgit setahun. Ramai mungkin tidak sedar bahawa sistem subsidi ini sebenarnya wujud disebabkan oleh pengabaian oleh kerajaan-kerajaan sebelum kerajaan Najib yang mewujudkan sistem penswastaan dengan kontrak jangka masa panjang dengan pulangan terjamin yang lumayan.
Infrastruktur di pusat bandar dibangunkan tanpa adanya "skalabiliti" ataupun sistem yang dapat diperkembangkan supaya menampungi pertumbuhan bilangan penduduk yang sejajar dengan perkembangan semasa.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan terus terhibur isu kangkung..!!!

Posted: 20 Jan 2014 06:07 PM PST

A Shukur Harun

Belum pernah dalam sepanjang sejarah negara ini selepas merdeka, terpaksa berdepan krisis yang sangat berat ini. Malah isu perkauman yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969 dulu hanya beberapa tahun sahaja dan lepas itu keadaan negara pulih lembali.
Tetapi kini, apa yang berlaku - isu perkauman, ketegangan agama, krisis ekonomi dan kini isu kenaikan harga barang mencetuskan krisis serius yang sangat bahaya kepada negara dan rakyat berbilang kaum.
Rakyat dengan tiba-tiba 'terhibur' dengan isu kononnya harga kangkung turun yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak hingga media sosial mengangkatnya sebagai bahan tawa berterusan kerana sangat melucukan. Belum pernah ada kata-kata sebegini rupa diucapkan oleh seorang pemimin negara selama ini.
Tetapi gelak ketawa dan rasa terhibur dengan isu kangkung ini tidak sewajarnya berlanjutan, cukuplah sebentar saja gelak ketawa mengenainya. Ini kerana masalah besar yang dihadapi rakyat sangat serius diakibatkan oleh pemimpin dan pasukannya yang lemah.
Isu perkauman, yang sangat menakutkan, terutama ketika pilihan raya umum, isu kalimah Allah yang hangat sejak akhir-akhir ini menimbulkan ketegangan antara penganut agama di negara ini dan ini sangat mencemaskan.
Kemudian krisis ekonomi yang serius dengan beban hutang negara terus meningkat, kenaikan harga barang yang benar-benar menekan kehidupan rakyat, isu rasuah, penyelewengan dan pembaziran yang sangat berat. Hingga kini masalah ini belum ada tanda-tanda ia akan selesai atau akan diselesaikan, malah semakin membimbangkan.
Seperti kata seorang pengulas politik dan ekonomi, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat tetapi nampaknya begitu sukar difahami oleh Datuk Seri Najib dan para menterinya.
Read More / Baca Lagi >>

Kes boo, tak tepuk tangan, rakyat bosan, kata ahli Umno

Posted: 20 Jan 2014 05:50 PM PST



Hanya Ada Satu Cara Jika Najib Mahu Pujian Daripada Rakyat....Letak Jawatan PM Sekarang..!!!

Posted: 20 Jan 2014 05:47 PM PST

Selepas agak puas dikangkungkan, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor diboo pula semalam ketika menyampaikan hadiah di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia. Suara penonton yang mengejek dan memboo agak jelas kedengaran ketika Rosmah sedang berjalan untuk menyampaikan hadiah kepada Lee Chong Wei.

Sebagaimana isu kangkung yang cuba dikaitkan dengan isu perkauman, insiden di majlis penyampaian hadiah badminton itu juga mahu diseret dengan sentimen perkauman dengan cuba digambarkan yang mengejek dan memboo isteri PM itu terdiri daripada kalangan bukan Melayu.

Walaupun mungkin ada benarnya perkara itu, tetapi barangkali ia cumalah kebetulan saja. Apa yang dapat dirasakan ialah bahawa sentimen penolakan terhadap Najib sekarang ini bukan lagi bersifat perkauman. Ia adalah kehendak rakyat perbagai kaum yang celik internet, terdedah kepada pelbagai maklumat, mereka yang tinggal di bandar dan separa bandar serta juga golongan muda.

Mereka yang menolak Najib sekarang adalah golongan yang sama yang tidak mengundi BN dalam pilihanraya umum lalu. Mereka sudah cuba menolak kepimpinan Najib dalam pilihanraya umum lalu sehingga menghasilkan BN hanya mampu meraih 47 peratus undi popular tetapi hanya diselamatkan oleh sistem pilihanraya yang diamalkan. Hakikatnya penolakan itu tidak dapat dinafikan sama-sekali.

Dalam isu kenaikan harga barang yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini, golongan ini menjadi lebih agresif kerana Najib dilihat cuba memperbodohkan rakyat secara terang-terangan. Dengan menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula dan meluluskan peningkatan tarif letrik sebanyak 15 peratus, kerajaan dilihat masih cuba mempertahankan bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah kerajaan sedangkan kenaikan harga barang yang berpunca daripada tindakan kerajaan itulah yang paling dipertikaikan oleh rakyat.

Dalam masa yang sama, pimpinan kerajaan pula tidak menunjukkan perangai dan budi bahasa yang baik terhadap rakyat di mana ketika rakyat dibebankan dengan tindakan mereka sendiri yang menyebabkan kos sara hidup meningkat, kemewahan, keborosan dan amalan berbelanja sesuka hati terus juga menjadi amalan.
Read More / Baca Lagi >>

Isteri Adun UMNO didakwa bersuami dua..!!

Posted: 20 Jan 2014 05:43 PM PST



WAN AMIZAN (kanan) tiba di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd. Razak membuat kejutan apabila memfailkan permohonan cerai terhadap 'isterinya' yang telah berkahwin dengan individu lain pada Disember tahun lalu.
Malah pada sebutan kes itu semalam, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Pahang itu turut membuat satu lagi permohonan bagi membubarkan perkahwinan wanita itu Azma Azifazilla Azan, 28, dan suaminya, Rizal Md. Radzi, 40.
Wan Amizan, 42, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Bagi membubarkan perkahwinan pula, Wan Amizan yang diwakili peguam syarie, Anita Arifin dan Mohamed Isa Abd. Ralip memfailkan permohonan mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Jepun menahan pemimpin asing masuk ke negaranya, kita menolak rakyat yang tidak sealiran keluar....

Posted: 20 Jan 2014 05:40 PM PST

Anifah Aman, Menteri Luar Negara, membidas Anwar brahim kerana meminta Wisma Putra memberikan penjelasan kenapa beliau ditahan oleh pihak Imigresen Jepun semasa hendak memasuki Jepun dua hari lepas. Anwar tidak dapat memenuhi jemputan Nippon Foundation  untuk berucap dalam seminar Muslim Demokrat itu.
Pihak Konsulat Malaysia di Jepun telah bertanya kepada kerajaan Jepun kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara itu dan jawapan yang diperolehi dari kerajaan Jepun ialah Anwar merupakan seorang yang 'undesirable' kepada Jepun. Jepun tentulah ada sebab tersendiri kenapa mereka menganggap Anwar sebagai 'undesirable' kepada mereka seperti kita menganggap beberapa orang rakyat asing yang 'undesirable' dan menyekat mereka datang ke negara ini.
Lebih dari itu ada pemimpin negara kita sendiri yang tidak mahu kita tinggal lagi di negara ini kerana mereka menganggap kita yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai 'undesirable'. Siapa yang tidak bersetuju telah diminta meninggalkan negara ini, dan tinggal dinegara asing yang lebih sesuai dengan mereka. Jepun hanya tidak membenarkan rakyat negara asing yang mereka anggap tidak sesuai  dengan mereka, tetapi kita menyiahkan rakyat sendiri yang tidak digemari mereka. Kita adalah 'undesirable lots' oleh mereka.
Sesungguhnya sesebuah negara mempunyai hak untuk menolak sesiapa dari memasuki negara masing-masing dan perkara itu adalah perkara yang biasa. Negara kita pernah menolak kemasukan Ahli Senat Australia dan peguam yang terlibat dalam kes pembelian kapal selam Scorpene tahun lepas dan kuasa Imigresen itu tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak. Baik kerajaan Australia mahu pun kerajaan Perancis tidak datang ke Kuala Lumpur untuk bertanya kenapa rakyat mereka tidak dibenarkan masuk ke negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Perjanjian Malaysia perlu dilihat semula untuk jamin kebebasan beragama, kata menteri BN Sarawak

Posted: 20 Jan 2014 05:35 PM PST


Masyarakat bukan Islam bimbang jika kebebasan beragama mereka terjejas. Gambar fail.Masyarakat bukan Islam bimbang jika kebebasan beragama mereka terjejas. Gambar fail.Titah Sultan Kedah, yang kini merupakan Yang di-Pertuan Agong, bahawa beberapa perkataan termasuk Allah hanya eksklusif untuk Muslim adalah petanda "awan hitam mula menyelubungi", kata menteri Sarawak yang lantang, Tan Sri Dr James Masing yang turut menuntut agar kajian mendalam dilakukan terhadap Perjanjian Malaysia.
Ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) itu berkata, penganut Kristian dalam negara semakin tertekan apabila penggunaan kalimah Allah cuba dijadikan eksklusif bagi umat Islam.
"Ada trend yang jelas," kata Menteri Pembangunan Tanah Sarawak itu kepada The Malaysian Insider, mengakui beliau turut khuatir dengan situasi tersebut.
Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata, beberapa perkataan termasuk Allah, adalah hak eksklusif Muslim.
Baginda turut memetik fatwa pada 1986 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan penggunaan perkataan Arab Allah dan beberapa perkataan lain.
Titah Agong tersebut dibacakan dalam satu upacara penganugerahan anugerah negeri di Istana Anak Bukit di Alor Setar sempena ulangtahun ke-86 baginda.
Read More / Baca Lagi >>

Siri jelajah Umno ancam nyawa paderi, kata peguam

Posted: 20 Jan 2014 05:33 PM PST

Paderi Katolik Lawrence Andrew kini dalam bahaya selagi siri jelajah Umno Selangor terus melabelkannya sebagai penghasut menggunakan kalimah Allah kepada bukan Islam di Selangor, kata peguam. Peguam bersetuju selain mensasarkan Andrew, tujuan sebenar jelajah itu adalah untuk mengancam komuniti Kristian daripada menggunakan kalimah Allah.
Sebahagian daripada 30 siri jelajah itu dirancang Umno Selangor dan beberapa pertubuhan Islam bertujuan memberi penjelasan perundangan di Selangor berhubung larangan penggunaan kalimah Allah di negeri itu.
Andrew menjadi sasaran apabila berkata Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mereka yang menggunakan bahasa Melayu dengan bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan setiap agama menguruskan hal urusan keagamaan sendiri.
Peguam, Annou Xavier, berkata kenyataan Andrew itu berdasarkan kata sepakat komuniti Kristian, maka beliau tidak boleh diancam.
"Kita tidak boleh memisahkan Paderi Lawrence dengan komuniti Katolik. Ia seperti kita tidak boleh mendakwa Umno dalang jelajah itu dan bukan perdana menteri," katanya.
Annou berkata, kes mahkamah kalimah Allah tidak dicetuskan oleh Andrew tetapi pejabat Ketua Biskop Kuala Lumpur yang mewakili komuniti Katolik.
Oktober tahun lalu, tiga panel Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Putrajaya mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi bagi menghalang mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah Allah kerana ia bukan sebahagian dan amalan agama Kristian.
Namun, pihak gereja membuat rayuan terhadap keputusan itu dan mahu meneruskan ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Government Has No Interest To Defend Right Of Its MP Or Any Citizens In This Country

Posted: 20 Jan 2014 05:27 PM PST

UMNO KANGKUNG: PERMOHONAN BANTUAN DI TOLAK KERANA SI PEMOHON PENGANUT AGAMA PAS!!

Posted: 20 Jan 2014 05:22 PM PST

Baucer Silap .. Penganut Agama PAS . Maaf, tidak dpt di sokong .. Pegawai Khas ADUN Jerteh.

Omak Kau mendapat kiriman gambar berupa suatu borang pemohonan bantuan yang tidak di sokong oleh Pegawai Khas ADUN Jerteh dan seterusnya di tolak di sebabkan si pemohon penyokong PAS.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jerteh, ialah Muhammad Pehimi Yusof dari UMNO/BN yang baru saja di lantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Punyalah sengkek dan kangkung pembantu Exco Kerajaan Negeri Terengganu sampai labelkan PAS sebagai Agama dan bukan pertubuhan politik.


Inilah UMNO beritahu satu dunia bantuan diberikan tanpa mengambil kira fahaman politik tetapi realitinya????

Janji BN: Rakyat akan fikir banyak kali… Prof Dr Mohammad Agus Yusoff

Posted: 20 Jan 2014 07:05 AM PST

SHAH ALAM - Berikutan 'pelbagai janji' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah gagal untuk ditepati, rakyat mungkin akan menilai kembali janji kerajaan yang akan dibuat pada PRU akan datang.

Menurut pensyarah Sains Politik Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya.Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff, kepercayaan rakyat akan hilang terhadap kerajaan BN sekiranya kerajaan dilihat terus-menerus memungkiri janji sekaligus akan membawa 'bencana' kepada BN sendiri.

"Selepas ini sekiranya kerajaan BN buat 'Aku Janji' rakyat akan nilai balik sama ada untuk percaya atau tidak.

"…ini sekaligus akan memberi 'serangan balik' kepada BN, oleh itu BN perlu berhati-hati dalam membuat janji...tunaikan segala janji kalau tidak 'Aku Janji' tersebut akan menjadi senjata makan tuan," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk menggulas kenyataan Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Serai yang juga Exco Pemuda Pas Kedah, Abu Tholib Yahya, yang mengatakan BN memperdayakan rakyat dan pengundi dengan janji yang dibuat ketika berkempen pada PRU13 lalu.

Sementara itu ketika diminta untuk menggulas mengenai adakah rakyat akan menghukum BN dalam PRU akan datang berikutan kegagalan BN dalam menunaikan janji mereka ini, Agus menegaskan masih terlalu awal untuk menilai perkara tersebut.

Jelasnya,terdapat pelbagai faktor lain yang akan mempengaruhi pengundi dalam PRU yang akan datang.

"Untuk menilai perkara (hukum BN)  itu masih terlalu awal…sesiapan pun tidak boleh menjangka, cuma untuk situasi sekarang memang rakyat berada dalam tekanan," katanya.

Tiada ulasan: