Isnin, 20 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERHOT: PROJEK GULINGKAN NAJIB OLEH KEM PERUBAHAN....KEM ROSMAH DIBELASAH DARI DALAM OLEH KEM TUN MAHATHIR...

Posted: 20 Jan 2014 08:00 PM PST

21 Januari 2014


Tegur Najib 'kangkung', giliran Daim sahabat Mahathir goncang kerusi PM?

KEPEMIMPINAN Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipertikai oleh veteran Umno Tun Daim Zainuddin, sekaligus membayangkan kerusi perdana menteri itu sedang digoncang dari luar dan dalam parti perkauman berkenaan.

Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri itu berkata demikian dalam satu taklimat tertutup peringkat Umno Bahagian Merbok di Dewan KISMEC, Sungai Petani.

"Kekalahan adalah kemungkinan sebenar jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dengan dasar sekarang daripada keputusan yang betul, tetapi tidak popular, terutamanya isu-isu berkaitan kos sara hidup meningkat," ujar Daim baru-baru ini, dipetik dari The Malaysian Insider.

Lebih seminggu, Najib menjadi bahan tawa rakyat Malaysia serta media antarabangsa disebabkan kontroversi isu kangkung.

Ekoran itu, cakap-cakap politik dalam Umno sendiri khabarnya mula dingin dengan kewibawaan Najib.

Itu, menurut satu sumber lain, termasuk ketirisan informasi mengenai mesyuarat tertutup sekumpulan tim perubahan dalam Umno di Janda Baik atau Genting, kelmarin yang nekad mahu 'menurunkan' Najib.

"Najib mungkin lepas jawatan PM sebelum 31 Ogos, bergantung pada mood akar umbi (parti) berhimpun di PWTC menjelang 1 Mei depan. #MalaysiaNext," kata sumber sama menerusi WhatsApp, yang kemudiannya diconteng di dinding laman sosial Facebook.

Terdahulu, anak bongsu Mahathir bernama Mukhriz turut menegur Najib, sekaligus dikatakan menggoncang kerusi perdana menteri itu.

Seorang lagi kenalan Mahathir bernama Datuk A. Kadir Jasin lebih awal mencuit peribadi Datin Seri Rosmah Mansor (isteri PM), sekaligus dibayangkan sebagai'peluru mula' ke kepada Najib?

Mampukah tim perubahan dalam Umno menggulingkan Najib sebelum 31 Ogos depan sebagaimana kejayaan tim Mahathir dulu memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi melepas jawapan sebagai perdana menteri?



KES BOO KEJADIAN TERBARU INI BAKAL MENYEMARAKAN  DESAKAN NAJIB RAZAK BERUNDUR DARI LUAR DAN DALAM UMNO..... MEMBERI KELEBIHAN DAN MASA YANG TERBAIK  UNTUK MENYINGKIR  PM !!!


Kes boo dan tidak tepuk tangan: Najib kena berundur

PETALING JAYA: Sudah sampai masanya bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Terbuka Malaysia malam tadi.

"Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak dan mengejek (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara," kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.

Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam , Mukhriz berkata jika kerajaan mengekalkan tindakan yang tidak popular ini, BN akan tewas pada PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2018.

Syed Rosli berharap makmal yang akan diadakan untuk menangani masalah ini dapat dihidupkan segera dan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

"Rakyat tertekan dengan apa yang berlaku seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, kenaikan harga barang serta ura-ura kenaikan harga tol yang mana mereka lihat kerajaan gagal menangani isu ini secara berkesan," katanya lagi. - kedah kini

Suami paksa isteri layan lelaki lain

Posted: 20 Jan 2014 12:27 AM PST


Seorang wanita mendakwa menderita akibat tindakan melampau suami sendiri yang memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain yang sengaja dibawa ke rumah, dipercayai semata-mata untuk memuaskan nafsu gila lelaki itu, sejak empat tahun lalu.

Malah, ketika melakukan hubungan seks, isteri malang berusia 30 tahun itu terpaksa menahan malu kerana perbuatan itu disaksikan sama ada suaminya atau tetamu tidak diundang terbabit.

Insiden terbaru berlaku kelmarin apabila lelaki terbabit mengarahkan isterinya melakukan hubungan seks dengan seorang rakannya sambil diperhatikannya.



Tidak tahan dengan perlakuan melampau suami, wanita itu nekad melaporkannya kepada pihak berkuasa sebelum serbuan dilakukan polis di rumahnya, kelmarin.

Dalam laporannya kepada polis, ibu kepada seorang anak berusia tiga tahun itu mendakwa dia pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki serentak iaitu suami dan kawan suaminya.

Perbuatan itu bukan berlaku sekali atau dua, malah berulang kali membabitkan beberapa lelaki berlainan yang dibawa pulang suaminya ke rumah sejak mereka mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun lalu.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, rakan suami wanita berkenaan berkunjung ke rumah pasangan itu di sebuah kondominium di kawasan Bukit Indah, Ampang, jam 10 malam.

"Wanita terbabit yang sudah menjangkakan dia akan menjadi mangsa nafsu pelik suaminya kemudian cuba melarikan diri dengan memberi alasan mahu ke kedai.
"Ketika itu, wanita berkenaan menghubungi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk meminta bantuan supaya menyerbu kediamannya," katanya.

Sumber terbabit berkata, setengah jam selepas itu wanita berkenaan pulang ke rumah dan melihat suami bersama anaknya dalam bilik air sebelum lelaki itu meminta isterinya melakukan hubungan seks dengan rakannya.

"Bagaimanapun, mangsa enggan menurut permintaan pelik suaminya sebelum disuruh masuk ke bilik.
"Tidak lama kemudian, suami wanita itu bersama rakannya masuk ke bilik itu," katanya.
Menurutnya, sejurus masuk ke bilik, lelaki terbabit terus melakukan hubungan seks bersama isterinya sambil ditonton rakannya.

"Rakan suami mangsa kemudian terangsang selepas menonton aksi seks pasangan terbabit.
"Lelaki itu kemudian turut melakukan hubungan seks bersama pasangan berkenaan dan wanita itu terpaksa merelakan dia diperlakukan sebegitu semata-mata mahu memenuhi selera seks pelik suaminya," katanya.

Menurut sumber itu, tidak lama kemudian, penguat kuasa Jais bersama anggota polis tiba di rumah pasangan berkenaan dan menahan kedua-dua lelaki terbabit berdasarkan laporan wanita itu.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu masing-masing berusia 30-an dan 40-an adalah jurutera di syarikat swasta.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan kedua-dua lelaki terbabit.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas keterangan mereka diambil.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol dan mangsa dihantar menjalani pemeriksaan doktor, namun siasatan lanjut dan menyeluruh perlu dilakukan.

"Selain suami mangsa dan rakannya, wanita itu turut dipanggil memberi keterangan dan polis juga akan mengambil keterangan anak mereka yang berusia tiga tahun.

"Kami masih menunggu laporan perubatan dan jika benar ada tanda menunjukkan wanita berkenaan menjadi mangsa pemuas nafsu kedua-dua lelaki terbabit, tindakan selanjutnya akan diambil," katanya.
Semua bukti seperti kesan tompokan air mani yang ditemui pada tilam dan bantal sudah diambil selain ujian asid deoksiribonukleik (DNA) turut dilakukan.

Sementara itu, difahamkan wanita berkenaan sebelum ini pernah meminta cerai daripada suaminya, namun lelaki terbabit pandai memujuk setiap kali isterinya mengajukan hasrat berkenaan.

Tiada ulasan: