Komentar Kini |
Bilakah Kristian bertuhankan Allah Posted: 20 Jan 2014 06:14 PM PST Penulis setuju dengan tindakan JAIS merampas Bible terjemahan Bahasa Melayu biarpun Tun Mahathir Mohamad tidak setuju. Penulis boleh buktikan ketidaksetujuan Tun Mahathir Mohammad iaitu anaknya Marina bersama sama dengan pertubuhan Kristian sebagai mewakili ayahandanya tanda protes. Walaupun Tun Mahathir pernah berkata Melayu mudah lupa, tetapi penulis belum lupa yang Tun Mahathir semasa jadi perdana menteri sangat berharap Bible di terjermahkan ke Bahasa Melayu agar orang Melayu faham agama Kristian. Mengapa penulis setuju dengan tindakan JAIS. Kerana Agama Kristian tidak boleh disebar kepada orang Melayu beragama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan Negara.Ia juga bertepatan dengan SOP enakmen JAIS. Oleh itu sangat wajar JAIS merampas Bible terjermahan Bahasa Melayu yang motifnya tidak lain dan tidak bukan untuk dibahagi bahagi kepada orang melayu beragama Islam. Penulis difahamkan tujuan terjemahan bible ke Bahasa Melayu bukan untuk orang China dan India meskipun dua bangsa majmud Malaysia ini fasis berbahasa Melayu. Apakah motif sebenar terjemahan Bible ke Bahasa Melayu? Jika bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu Islam di Malaysia. Jika bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang China dan India pasti Bible diterjemahkan kepada Bahasa China dan India yang tidak bercanggah dengan perlembagaan Negara. Seperkara lagi apa sebab Kristian di Malaysia ini mati matian mahu nama GOD di terjemahkan sebagai nama Allah yang pada penulis sangat tidak bertepatan. Mengapa nama Allah mati matian akan digunakan dalam Bible berbahasa Melayu. Sudah tentu ada tujuan yang tersurat dan tersirat. Bila masanya Kristian bertuhankan kepada Allah, sedangkan Tuhannya tiga (trinity) yang sangat tidak munasabah dengan tuntutan mahukan kalimah Allah di gunakan dalam Bible terjermahan Bahasa Melayu. Ini tidak menghairankan penulis kerana Allah sudah beritahu kepada kita bahawa orang Kristian dan Yahudi tidak akan duduk diam, selagi orang islam tidak ikut kehendak agama mereka. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan