RAKYAT MARHAEN |
- Najib keluarkan kenyataan 'Syok Sendiri' di Facebook ...sambil bercuti dengan wang rakyat diluar negara...!!
- NGO, siswa isytihar sokong demo 'Pensel Merah'
- Fatwa 'halal darah' Harussani bahaya pada keselamatan negara
- Apakah aqidah umat Islam sebegitu rapuh?
- Siapa pengaruhi pemikiran Harussani?
- ‘Halal darah’: Harussani perlu tarik balik ‘fatwa’
- Exco Agama: Tiada arahan serbuan dari k'jaan negeri
- Pengajaran daripada isu nama ‘Allah’
- Isu Allah tunjukkan BN jaga kepentingan Melayu Umno berbanding negara, kata pengkritik
- Menteri Ayam : Tonton Maharaja Lawak Sambil Berjoget
- Pemecatan 300 Orang Guru KAFA; Para Pegawai Jangan ‘Pikul’ Dosa Pemimpin Umno
- Peguam Negara sangkal jabatannya lemah...!!!
- Harussani ambil nas mana ‘halal darah’ peserta Turun
- Bughah: Harussani didesak tarik balik 'fatwa' songsang
- Dr Asri - Beza bughah, khawarij, demonstran
- Ketika kemarahan melata, Najib kata rakyat terima langkah kerajaan 47% BN..!!!
- LIDAH BIAWAK RASMI UMNO UTUSAN PUN MENGELUH DAN MERUNGUT !!!
- Budak betina ni dah terpengaruh dengan fatwa mufti Umno..!!!
- Naik Melampau...Bawa Bekal Dari Rumah Atau Puasa Aje...!!!
- Najib jimat RM600 ribu pun bising satu dunia, yang dia balun duit kita juta-juta tu tak bising pulak..!!
- Rupanya Ini Dia Wajah Islam Harussani
- Kos naik: Nak 'ubah gaya hidup' macam mana lagi?
- Antara bughah, lughah, lurah
- Protes Pensel Merah suatu ‘keberanian baru’ – A Samad Said
- Kos meningkat: Anak muda jadi pendesak kerajaan 47% BN
Posted: 02 Jan 2014 08:25 PM PST |
NGO, siswa isytihar sokong demo 'Pensel Merah' Posted: 02 Jan 2014 08:24 PM PST Kumpulan NGO dan mahasiswa mengisytiharkan sokongan masing-masing terhadap penganjuran perhimpunan sekumpulan wartawan bagi membantah membantah penggantungan The Heat dan menuntut kebebasan media pada Sabtu ini. Mereka malah menyeru orang ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan yang dijadual diadakan di depan Majlis Peguam di Leboh Pasar Besar Kuala Lumpur pada jam 2 petang. JINGGA 13 berkata, langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu tidak tidak demokratik dan antikebebasan media, selari dengan Indeks Kebebasan Media yang semakin menunjukkan kemerosotan. Pemantauan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Perancis menunjukkan kemerosotan dalam ranking Indeks Kebebasan Media dari kedudukan 145 pada 2013, berbanding 123 (daripada 179 negara) pada 2012. "Kerajaan Umno-BN terus menggunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media," kata ketua koordinatornya Fariz Musa (kanan) dalam kenyataan semalam. "Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dijadikan sebagai 'senjata' dan 'bom' untuk mengawal segala tindak tanduk media yang dilihat tidak memenuhi selera pimpinan Umno-BN." Beliau juga mendakwa, selain KDN , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) juga dijadikan alat oleh kerajaan untuk mengugut pengamal media dan mengawal kebebasan dan hak bersuara. Dalam protes kumpulan wartawan esok, mereka merancang memakai baju merah dan membawa pensel dengan warna sama untuk dipatahkan sebagai lambang matinya kebebasan media di Malaysia. GERAMM mengemukakan lapan tuntutan, antaranya membatalkan penggantungan The Heat dan menyiasat semula dengan rapi insiden keganasan polis terhadap wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Read More / Baca Lagi >> |
Fatwa 'halal darah' Harussani bahaya pada keselamatan negara Posted: 02 Jan 2014 08:22 PM PST PAS mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik 'fatwa' yang dilapor menyifatkan peserta demonstrasi membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember lalu dianggap 'bughah' (penderhaka) dan 'halal darah mereka'. Naib presiden PAS DatukTuan Ibrahim Tuan Man berkata 'fatwa' tokoh agama itu sangat bahaya kepada keselamatan negara dan bertentangan dengan maksudnya dalam Islam. "Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa sesat yang jauh menyimpang dari landasan syarak. "Istilah 'bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak. "Kerana itu, ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir," tegas Tuan Ibrahim. Read More / Baca Lagi >> |
Apakah aqidah umat Islam sebegitu rapuh? Posted: 02 Jan 2014 08:13 PM PST TUAN IBRAHIM TUAN MAN Tindakan ini tentunya telah dijangka oleh Jais sebelum tindakan itu dilakukan. Serangan pelbagai pihak kepada para pegawai Jais tidak dapat dielak, dan yang terkena ialah pelaksana keputusan tetapi tidak pada mereka yang membuat keputusan. Ternyata ia sangat tidak adil bagi pegawai Jais yang hanya melaksana keputusan yang telah diputuskan dan mereka yang membuat keputusan terus ghaib daripada kontroversi yang ditimbulkan, bahkah kerajaan Selangor sendiri pun tidak tahu mengenai serbuan tersebut sehingga dimaklumkan. Kebimbangan pemerintah bagi mengawal umat Islam dari gejala murtad harus dipuji dan diberi penghargaan. Bahkan, memang ia adalah sebahagian tanggungjawab pemerintahan dalam Islam iaitu memelihara aqidah umat Islam. Isu utama ialah larangan yang dikenakan kepada bukan Muslim untuk menggunakan beberapa istilah yang terpakai bagi orang Islam seperti kalimah Allah, Insya Allah, Masya Allah, zikir, sembahyang dan sebagainya lainnya. Beberapa kalimah ini menjadi hak milik bagi orang Islam sahaja. Memang aneh dan pelik bahkan mungkin Malaysia satu-satunya negara yang melaksanakan peraturan tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Siapa pengaruhi pemikiran Harussani? Posted: 02 Jan 2014 08:11 PM PST ZULKIFLI YAHAYA Perhimpunan aman yang difitnah oleh media talibarut BN sebagai Himpunan Mengguling Kerajaan diadakan di Dataran Merdeka tempat berlangsungnya sambutan tahun baru oleh kerajaan Malaysia. Di situ para artis terkinja-kinja di atas pentas, mendedahkan aurat, menari dan menyanyi lagu-lagu yang melalaikan. Akibat himpunan aman yang diadakan itu, maka pihak penganjur kepada pesta maksiat terpaksa menghentikan persembahan mereka. Sepatutnya Harussani memilih untuk mengecam penganjuran program maksiat kerana gagal mengikut perintah Al-Quran serta mengucap tahniah kepada peserta himpunan kerana berjaya menggagalkan program maksiat. Pendirian Harussani nampaknya sudah terbalik dari ajaran Al-Quran. Himpunan Gerakan Turun kos Sara Hidup (Turun) adalah anjuran empat buah NGO iaitu Turun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak terbabit, namun memberi sokongan terhadap himpunan aman tersebut. Para pemimpin Pakatan tidak berkempen mengerah rakyat turun ke Dataran Merdeka seperti yang dilakukan terhadap himpunan Bersih tetapi kehadiran orang ramai dianggarkan 50,000 orang. Berkata Harussani, perhimpunan haram (mungkin maksudnya perhimpunan tanpa permit polis) bukan cara melahirkan cara tidak puas hati terhadap kerajaan sebaliknya parlimen adalah platform yang paling sesuai. Untuk pengetahuan Harussani ahli-ahli parlimen Pakatan sudah puas bercakap di parlimen perihal kenaikan kos sara hidup rakyat yang disebabkan oleh kepincangan pengurusan, keborosan kerajaan, ketirisan melalui rasuah dan penyelewengan serta sikap mengutamakan kroni daripada rakyat jelata. Semuanya itu dilakukan oleh kerajaan BN. Namun suara Pakatan di Parlimen hanyalah sia-sia belaka. Mereka buat 'pekak badak' dan tidak ambil peduli suara pembangkang. Akibatnya rakyat biasa yang terpaksa menanggung akibat. Read More / Baca Lagi >> |
‘Halal darah’: Harussani perlu tarik balik ‘fatwa’ Posted: 02 Jan 2014 08:10 PM PST "Fatwa ini sangat bahaya kepada keselamatan negara dan jelas bertentangan dengan istilah Islam. "Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa sesat yang jauh menyimpang dari landasan syarak," ujar Ketua Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jelasnya, istilah 'bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak. Kerana itu, jelas beliau lagi ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir. "Apakah rakyat yang keluar membantah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melampau, penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah serta berleluasanya kemungkaran dalam negara adalah 'bughah', yang halal darah mereka?" tanya beliau dalam satu kenyataan. Justeru, katanya, sebarang fatwa yang ingin dikeluarkan oleh mana-mana mufti sepatutnya mendapat maklumat sebenar dengan membuat kajian, tinjauan dan memahami kes sebelum sesuatu fatwa dibuat. Read More / Baca Lagi >> |
Exco Agama: Tiada arahan serbuan dari k'jaan negeri Posted: 02 Jan 2014 08:09 PM PST Exco agama Selangor Sallehan Mukhyi berkata kerajaan negeri tidak mengarahkan Jabatan Agama Islam negeri itu (JAIS) melakukan serbuan terhadap Pejabat Bible Society Malaysia (BSM) di Petaling Jaya hari ini. Beliau juga berkata jabatan itu juga tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung serbuan tersebut dan ADUN Sabak itu hanya mengetahuinya selepas tindakan itu dibuat. "Kami diberitahu baru saja tapi kami tak ada maklumat. JAIS tak memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai serbuan tersebut. "Apa tindakan JAIS, (mereka) perlu mendapat arahan dari sama ada (daripada) kerajaan negeri atau MAIS (Majlis Agama Islam Selangor). "Perkara (serbuan) ini tak dibincangkan dengan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau mengulas berhubung tindakan JAIS yang menyebu pejabat BSM di Petaling Jaya kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dalam 16 kotak dirampas. Pengerusi BSM Lee Min Choon ketika dihubungi Malaysiakini berkata, sepuluh Bible berbahasa Iban juga dirampas dan mendakwa seramai 15 pegawai jabatan itu tampil dengan agresif. |
Pengajaran daripada isu nama ‘Allah’ Posted: 02 Jan 2014 08:08 PM PST Beberapa perkara yang kita pelajari daripada isu berkaitan nama Allah. 1) Pendamai sudah tiada Berbahagialah orang yang menjadi pendamai, mereka bakal beroleh syurga. Sedekad telah berlalu, sama ada ketua negara atau pemimpin politik berpengaruh yang berusaha untuk mengawal Jais atau berusaha untuk mendamaikan Putrajaya dan pemimpin bukan Islam diadakan. Tidak ada lagi. Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada terus berdiam diri atau menggalakkan kegiatan samseng di Jais dan Umno. Bagi pemimpin politik dalam Umno, mereka yakin beroleh sokongan Melayu dengan cara bermain dengan isu "Allah". Pergi jahanam dengan jaminan Perlembagaan. 2) Umno perlu menukar penyebaran berita Kajian terkini sebuah universiti tempatan menunjukkan sokongan Melayu untuk Umno jatuh 5% sejak PRU13. Sebab utama kejatuhan sokongan ini adalah kenaikan kos sara hidup. Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa Najib dan menterinya sedang menjadi fokus orang awam ekoran pemotongan subsidi dan meluluskan kenaikan harga. Di Putrajaya, adalah dipercayai mereka fikir, satu isu emosi diperlukan untuk mengalih perhatian daripada masalah kenaikan ini dan Umno memainkan peranan. Tiada isu lain yang mampu membangkitkan emosi selain isu agama. 3) Di mana agamamu saudara? Ini adalah pesanan khas untuk Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup dan lain-lain pemimpin Kristian dalam Barisan Nasional (BN). Di mana pendirian anda, bersama kepercayaan anda atau bersama kerajaan BN dalam isu nama Allah. Tidak ada pendirian di tengah-tengah di sini. Read More / Baca Lagi >> |
Isu Allah tunjukkan BN jaga kepentingan Melayu Umno berbanding negara, kata pengkritik Posted: 02 Jan 2014 08:06 PM PST Barisan Nasional (BN) hanya dilihat sebagai sebuah kerajaan berpaksikan Umno – yang hanya menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu semata-mata – khususnya di luar bandar, kata para penganalisis terhadap pendirian tidak jelas Putrajaya mengenai isu-isu pertikaian antara agama di Malaysia. Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah pusat penyebaran bible semalam menyebabkan kemarahan di kalangan Kristian tetapi ia hanya membuatkan Putrajaya meminta semua pihak bertenang ekoran isu penggunaan perkataan Allah, dan biarlah kerajaan yang mengambil tindakan tegas untuk terus menghentikan keresahan dalam hubungan antara agama. Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian (gambar) berkata kepimpinan negara terikat kepada senario politik semasa kerana kerajaan pusat pimpinan BN mempunyai perwakilan Umno yang lebih kukuh selepas pilihan raya umum ke-13 lalu. "Pada masa yang sama, pemimpin Umno merasakan bahawa mereka mempunyai sokongan kuat dari luar bandar dan cara paling mudah untuk mengekalkan sokongan luar bandar adalah dengan mengekalkan dasar pro-Melayu dan pro-Islam," kata penyelidik itu kepada The Malaysian Insider. Dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi persekutuan, memberikan tambahan tujuh kerusi kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding Pilihan Raya 2008. Mereka juga kehilangan undi popular, apabila mendapat hanya 47% berbanding pembangkang 51%. Bagaimanapun, Umno, yang mengetuai BN, memenangi 88 kerusi, meningkat daripada 79 sebelum ini, kerana sokongan daripada Melayu luar bandar dan Bumiputera. Ibrahim berkata dengan Putrajaya terpaksa membuat keputusan tidak popular untuk mengukuhkan ekonomi negara, keutamaan mereka telah bertukar menjadi menjaga kepentingan parti serta kepimpinan negara dan bukan lagi kepentingan negara ini. "Memandangkan politik perkauman begitu tertanam dalam masyarakat kita, adalah lebih mudah menolak kepentingan negara dari kepentingan kaum atau kepentingan komunal,"kata beliau. Penganalisis politik Dr Oh Ei Sun berkata, ahli-ahli politik sering terperangkap antara dua kepentingan utama kerana kenaikan mereka bergantung kepada "elemen supremacist" dalam parti masing-masing. Read More / Baca Lagi >> |
Menteri Ayam : Tonton Maharaja Lawak Sambil Berjoget Posted: 02 Jan 2014 06:55 PM PST |
Pemecatan 300 Orang Guru KAFA; Para Pegawai Jangan ‘Pikul’ Dosa Pemimpin Umno Posted: 02 Jan 2014 06:50 PM PST Menghukum seseorang yang tidak bersalah adalah satu tindakan yang zalim dan berdosa, begitu juga tindakan memecat mana-mana pegawai atau kakitangan semata-mata kerana politik kepartian. Kesalahan dilakukan pemimpin Umno yang menerajui kerajaan negeri Terengganu tidak wajar dipikul oleh para pegawai yang tidak melakukan apa-apa kesalahan. Merujuk kepada laporan akhbar, Pengarah Yayasan Islam (YIT) tidak harus menanggung dosa pemimpin Umno malah menambahkan 'dosa' peribadi dengan bercakap tidak benar dan menafikan tindakan memecat guru KAFA tersebut adalah kerana 'politik' semata-mata. Seorang pegawai YIT telah mengakui, melalui catatan yang dibuatnya dalam laman sosial bahawa, seorang guru KAFA itu mesti menyokong Umno sekiranya mahu terus mengajar. Beliau juga mendedahkan kebenaran dakwaan, bahawa setiap guru yang mahu disambung perkhidmatannya mestilah mendapat sokongan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Seorang lagi pegawai YIT telah mendedahkan bahawa, arahan pemecatan guru-guru KAFA itu adalah datang dari Menteri Besar sendiri. |
Peguam Negara sangkal jabatannya lemah...!!! Posted: 02 Jan 2014 06:46 PM PST Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata jabatan itu mengambil perhatian dan menghargai sepenuhnya kebimbangan orang ramai. Beliau menegaskan bahawa pendakwaan terhadap orang tertentu bergantung semata-mata kepada sama ada wujud bukti yang cukup untuk membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh. "Apabila didakwa, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kemudian mengemukakan keterangan yang ada dan yang boleh diterima bagi membuktikan kes pendakwaan. Apa yang perlu ditekankan di sini adalah bahawa tidak ada keterangan yang perlu untuk membuktikan tuduhan diabaikan. Kewajipan untuk mengemukakan semua keterangan juga termasuk memanggil semua saksi penting. Bagaimanapun ini bergantung sepenuhnya kepada ketersediaan dan kerjasama saksi dalam memberi keterangan dalam mahkamah," tegas Abdul Gani dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata bahawa sama ada saksi memberi keterangan sebenarnya bagaimanapun bukan dalam kuasa pendakwa raya. "Apa yang penting di sini ialah kita tidak pernah membumbui atau mereka-reka keterangan dan akhirnya apa yang kita lakukan sekiranya saksi belot, kita akan mencabar dan mendakwanya atas tuduhan sumpah bohong," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Harussani ambil nas mana ‘halal darah’ peserta Turun Posted: 02 Jan 2014 06:45 PM PST Saya menyifatkan kenyataan ini sebagai kenyataan yang sangat tersasar dan tidak syak lagi Mufti Perak telah bertindak sebagai seorang mufti yang sangat pro Barisan Nasional. Ingin saya tegaskan bahawa perhimpunan aman ialah salah satu hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, Mufti Perak saya kira sengaja mengabaikan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan terang dan jelas bahawa rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman tanpa senjata dan ia dianggap sebagai hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini. Mufti Perak dan kerajaan Barisan Nasional perlu faham Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi negara ini di mana semua undang undang dan tindakan pihak berkuasa adalah berasal dari Perlembagaan. Perlembagaanlah yang mengarah hala tuju undang undang dan perilaku pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman termasuk pihak polis. Apabila Mufti Perak mengeluarkan kenyataan bahawa peserta himpunan adalah Bughah dan 'halal darah', saya ingin mengetahui dari nas mana hukum ini diambil? Para imam dari pelbagai mazhab dan para mujtahid majoritinya menyatakan bahawa keluar menentang pemerintah dengan senjata dan atau disebut memiliki kekuatan tempur (syaukah) sahaja boleh dianggap sebagai penderhaka. Kaedah menangani golongan inipun masih dibincangkan secara panjang lebar di dalam kitab-kitab Fiqh dan bukannya terus dibunuh atas asas 'halal darah'. Dari mana sumber nas yang digunakan oleh Mufti Perak yang tiba-tiba mengeluarkan kenyataan 'halal darah' ini? Atau dengan ayat yang lebih jelas, berapakah harga yang dibayar oleh Barisan Nasional untuk membeli 'fatwa murahan' sang mufti? Read More / Baca Lagi >> |
Bughah: Harussani didesak tarik balik 'fatwa' songsang Posted: 02 Jan 2014 06:43 PM PST MELAKA: Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik fatwa yang menyatakan bahawa peserta Himpunan Turun sebagai Bughah dan dihalalkan darah mereka. Ketua Penerangannya, Mahani Othman Basir berkata fatwa tersebut amat merbahaya kerana dibimbangi ianya akan digunapakai oleh pihak berkuasa untuk bertindak memerangi rakyat pada himpunan seumpama itu pada masa hadapan. "Mana mungkin peserta Himpunan itu adalah penderhaka kerana mereka taat kepada undang-undang tidak melakukan kekacauan, tidak membawa senjata, hadir dengan niat untuk membantah kenaikan harga barang dan kos kehidupan yang tinggi" Read More / Baca Lagi >> |
Dr Asri - Beza bughah, khawarij, demonstran Posted: 02 Jan 2014 06:33 PM PST |
Ketika kemarahan melata, Najib kata rakyat terima langkah kerajaan 47% BN..!!! Posted: 02 Jan 2014 06:29 PM PST Mengejutkan. Ketika rakyat dilaporkan terus marah akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersyukur kononnya langkah kerajaan diterima rakyat. "Langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lepas mendapat maklum balas yang baik daripada rakyat," kata Najib dalam Facebooknya hari ini. Namun, kenyataan Najib itu dibantah terus oleh pengikut beliau dalam Facebook itu sebaik ia disiarkan. Ketika berita ini ditulis, 246 orang berkongsi penyataan itu manakala 2,433 membuat komen terhadapnya yang kebanyakannya adalah negatif dan menolak penyataan itu. Azaraie Ghazi berkata, "Anda boleh berbuat lebih dari sekadar itu." Choi Fock Cheong pula berkata, "Pergi selesaikan masalah sita al Kitab oleh Jais" manakala Azizul Hasan pula berkata, "Dah masanya tukar PM" yang membayangkan respons negatif ke atas penyataan Najib itu. Dalam posting hari ini, Najib juga berkata, selepas ini, kerajaan akan mengurangkan kain pemidang bagi penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan. Beliau juga mengulangi komitmen untuk mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis. Selain itu, menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan institusi latihan milik kerajaan. |
LIDAH BIAWAK RASMI UMNO UTUSAN PUN MENGELUH DAN MERUNGUT !!! Posted: 02 Jan 2014 06:23 PM PST Rakaman gambar diatas di snap dari media lidah biawak rasmi UMNO, Utusan di muka surat 9 hari ini 3hb Januari 2014 .. atas tajuk .. Harga barang makan meningkat. Cuba kaitkan Perayaan Tahun Baharu Cina sebagai alasan mengapa harga barang makan akan terus memuncak naik sampai rakyat terhimpit terseksa sukar untuk bernafas. Rakyat berang dan naik angin, sebab semasa belum PRU 13 bukan main lunak dan enak UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak memberi jaminan bahawa harga bnarang akan sentiasa dikawal dan dipantau agar tiada berlaku kenaikkan. Hakikatnya .. selepas saja tamat PRU 13 dengan mendapat mandat dari 47% rakyat maka bukan main bongkak, sombong dan angkuh lagi naikkan harga barangan. Jadi jika rakyat turun berhimpun secara aman melahirkan rasa marah dan resah mereka agar kerajaan mendengar segala rintihan rakyat bawahan bahawa mereka kini nak hidup pun terlalu payah, adakah layak di labelkan sebagai "BUGHAH" sehingga halal darah mereka? Malang sungguh rakyat Malaysia kini dapat kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang bergred Bangsat. Rakyat jadi mangsa pikul biawak hidup Umno@BN |
Budak betina ni dah terpengaruh dengan fatwa mufti Umno..!!! Posted: 02 Jan 2014 06:15 PM PST |
Naik Melampau...Bawa Bekal Dari Rumah Atau Puasa Aje...!!! Posted: 02 Jan 2014 06:10 PM PST |
Posted: 02 Jan 2014 05:51 PM PST TALKIN KENAIKAN HARGA wahai si kedana binti si papa hari ini engkau telah ditentukan dengar sini baik-baik Ingat...!! kenaikan harga minyak itu benar kenaikan kadar tol itu benar kenaikan tarif letrik itu benar kelulusan GST itu benar kenaikan cukai pintu itu benar kenaikan tambang LRT itu benar kenaikan kadar tambang bas itu benar kenaikan bil yuran astro itu benar.. Read More / Baca Lagi >> |
Rupanya Ini Dia Wajah Islam Harussani Posted: 02 Jan 2014 05:49 PM PST Cerita Harussani Di Sebalik PeristiwaTajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti. Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya. Latarbelakang Peribadi Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'. Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu). Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM). Berbeza Pendapat Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:
|
Kos naik: Nak 'ubah gaya hidup' macam mana lagi? Posted: 02 Jan 2014 05:46 PM PST Ubah cara hidup! Jika ayam naik harga jangan makan ayam. Jika tidak mahu bayar tol yang mahal jangan guna tol. Itulah saranan mudah pak menteri apabila rakyat merungut tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Malahan tahun 2014 yang baru membuka tirai hari ini bakal menjadi tahun rakyat mengikat perut. Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Malaysia Anuar Tahir (gambar) menyelar tindakan kerajaan yang hanya tahu mengarahkan rakyatnya berjimat cermat sedangkan kerajaan sendiri tidak ada langkah konkrit mengatasi masalah kewangan negara. Ikuti temubual ringkas Harakahdaily bersama beliau. Apakah dengan cara rakyat mengubah cara hidup sebagaimana disarankan kerajaan dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang? Seruan kerajaan tidak setimpal dengan perlakuan kerajaan selama ini. Kerajaan sendiri tidak mahu ubah pentadbiran dan pengurusan ke arah lebih telus dan teratur. Kerajaan tidak dilihat memberi kesan dalam krisis ekonomi hari ini apabila mereka hanya tahu menyuruh rakyat untuk berjimat cermat atau ubah gaya hidup mereka. Saya percaya separuh daripada rakyat negara ini yang sebahagian besarnya adalah golongan miskin dan sederhan sudah habis daya untuk berjimat-cermat. Selama ini saban tahun mereka sudah mengikat perut kerana kenaikan harga barang sekian lama berlaku. Rakyat sudah tidak ada ruang untuk berjoli atau berhibur semata-mata. Saya juga melihat di pasar-pasar minggu sambil perhatikan sebahagian besar ibu-ibu membeli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak, mereka berkira-kira sebab mereka akan habis beratus-ratus ringgit untuk keperluan anak-anak sekolah. Tidak usah hendak nasihatkan rakyat? Mereka sudah lama berjimat. Hendak suruh mereka naik basikal ke? Kalau mereka tidak berjimat saya percaya rakyat bawahan ini sudah lama kebulur. Berbelanja RM7 untuk makan tengahari ianya cukup besar bagi rakyat bawahan ini. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 02 Jan 2014 05:39 PM PST MUHAMAD MAT YAKIM SEJAK semalam kita heboh dengan cerita 'bughah' yang mana puncanya dikatakan berasal usul daripada kenyataan seorang mufti yang dilaporkan berkata kumpulan demonstran pada malam tahun baru di Kuala Lumpur dua hari lalu sebagai 'bughah' dan 'bughah' mengikut hukum adalah halal darah mereka. Keras. Memang sangat keras. Dan oleh kerana kerasnya kenyataan itu, saya tidak yakin bahawa apa yang dilaporkan adalah yang sebenar sebagaimana dikatakan oleh mufti berkenaan. Maka saya pun hubungi seorang rakan wartawan Sinar Harian dan minta disahihkan oleh mufti, apa benar begitu kenyataannya sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar. Ya, saya tahu pendapat saya ini pastinya tidak disukai oleh ramai kawan-kawan wartawan. Akan tetapi sebagai orang Islam, saya tidak dapat terima sikap ambil mudah pada kenyataan seseorang ulama apa lagi yang bertaraf mufti. Ini kerana apa yang juga yang diperkatakannya, adalah membawa imej, reputasi dan kredibiliti Islam, bukan hanya pada batang tubuhnya sahaja. Maka jika sesuatu kenyataan itu kontroversi sifatnya, biarlah apa yang disiarkan itu 100 peratus sebagaimana yang dikata dan yang 100 peratus itulah juga disiarkan dalam media. Implikasi daripada hukum 'halal darah' adalah sangat berat. Saya berasa teramat sedih melihat kenyataan-kenyataan biadab, maki hamun yang bukan sahaja tidak seharusnya dituju kepada seorang mufti atau ulama malahan juga kepada orang biasa seperti saya yang kini sudah jadi mainan dalam media sosial. Saya yakin, daripada yang memaki hamun mufti itu, termasuk juga yang baru pertama kali kenal perkataan 'bughah' ataupun yang merujuk kepada Google dahulu. Selepas itu, tanpa segan silu terus maki hamun orang lain seolah-olah sudah khatam 20 atau 30 kitab hal 'bughah'. Begitulah hebatnya pahlawan-pahlawan papan kekunci kita! Walau apa pun, saya akui bahawa saya sendiri terkejut melihat kenyataan itu tetapi saya ambil pendekatan tidak mahu terus percaya bulat-bulat. Saya bukan kata keseluruhan tetapi mungkin kenyataan 50 kilometer disingkat kepada 20 kilometer atau 30 kilometer sahaja. Maklumlah, sekarang minyak mahal, bukan? Read More / Baca Lagi >> |
Protes Pensel Merah suatu ‘keberanian baru’ – A Samad Said Posted: 02 Jan 2014 05:36 PM PST SHAH ALAM 2 JAN: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyifatkan penganjuran Protes Pensel Merah membabitkan pengamal media portal berita utama di Malaysia sebagai suatu 'keberanian baru'. Menyambut baik penganjuran program anjuran Gerakan Media Marah (GERAMM) itu, beliau menganggap mereka yang terlibat sebagai wira baru yang menyuarakan hak pembaca marhaen. Katanya, kelahiran wira baru khususnya dalam kalangan pengamal media anak muda perlu dalam memahami kepentingan kebebasan media demi masa depan. "Ini keberanian baru oleh sebab selama ini kita hanya mendengar berita tentang tekanan sahaja. Amat jarang kita mendengar secara terbuka tentang perlawanan (bantahan). "Saya fikir itu harus digalakkan dan saya sambut baik," katanya kepada Selangor Kini. Read More / Baca Lagi >> |
Kos meningkat: Anak muda jadi pendesak kerajaan 47% BN Posted: 02 Jan 2014 05:35 PM PST KUALA LUMPUR: Kehadiran ribuan anak muda ke himpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu membuktikan golongan ini mampu menjadi golongan pendesak yang kuat kepada kerajaan. Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berkata, isyarat yang ditunjukkan golongan muda pada malam tersebut jelas iaitu mereka berasa terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup. "Isyarat yang mereka tunjukkan dengan memakai baju hitam sebagai satu gambaran setiakawan yang saya rasa kalau kita hidupkan lagi akan menjadi kuasa pendesak yang kuat. "Saya anggap himpunan tersebut sangat berjaya dan saya yakin isyarat sudah sampai ke Putrajaya bahawa rakyat menentang kenaikan kos sara hidup," kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Harakahdaily. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat berkata, tidak mustahil anak muda bersama parti politik dan NGO akan mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak bertindak secara serius bagi menurunkan kenaikan kos sara hidup. "Kerajaan BN tak faham suara rakyat selain himpunan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan