MIMPI SENJA |
- 11 langkah - Najib syok sendiri, ditipu pegawai PMO
- Remaja dakwa dirogol bapa tiri
- 7 jenis isteri yang sering diceraikan
- Najib jimat RM600 ribu pun bising satu dunia, yang dia balun duit kita juta-juta tu tak bising pulak..!!
- Lelaki tertinggal tunang bila diserbu
- Bila mufti tiada ijazah panggil orang lain BUGHAH
11 langkah - Najib syok sendiri, ditipu pegawai PMO Posted: 02 Jan 2014 10:41 PM PST Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua. Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib? Rakyat kat bawah memperli 11 langkah yang diumumkan tempoh hari. 11 langkah yang diumumkan PM tempoh hari mendatangkan mual kepada rakyat kerana bukan itu yang rakyat mahukan sebaliknya isu poket mereka yang mereka mahu dengar. Apakah PM dimomokkan oleh pegawai PMO sehingga tidak mengetahui luahan rakyat yang sebenar dibawah ini? Tolong lah PM kita tu, tolong bagi nasihat dan suara rakyat dibawah yang sebenar. Jangan tipu PM kita. Bantu PM dengan menyatakan pekara sebenar bukannya membohong dan ambil culas isu rakyat.Cukup cukup guna angka 11 tu nak bodek PM. Pak Lah dulu pasal angka 13 lah tersungkur. Rakyat dah taknak terima benda benda merepek ni. Rakyat nak PM cakap apa yang PM dah janjikan. "Kami mendengar masaalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak kempen PRU13. Saya yakin ada yang cuba sabotaj PM dari dalam agar rakyat semakin meluat dengan kepimpinan YAB PM Dato Sri Najib Razak sepertimana yang berlaku kepada PM terdahulu Pak Lah. Tranformasi perlu segera dilakukan PM dalam pekara ini bermula daripada pejabat Perdana Menteri terlebih dahulu. |
Remaja dakwa dirogol bapa tiri Posted: 02 Jan 2014 06:32 PM PST KUALA KRAI – Seorang penoreh getah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang juga merupakan anak tirinya. Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di kediamannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Mengkebang kira-kira jam 1.15 petang 1 Januari 2013 selepas mangsa membuat laporan polis pada 31 Disember 2013. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sekitar jam 2.30 pagi November 2013 ketika mangsa berada di bilik tidurnya. Menurutnya, kerana tidak tahan dengan suspek yang didakwa melakukan perbuatan tersebut sejak mangsa masih berusia 10 tahun, remaja perempuan itu telah menyerahkan sepucuk surat kepada adiknya berusia 8 tahun pada kira-kira jam 8 pagi, 3 Disember lalu. "Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik telah menyerahkan surat kepada ibunya melalui adiknya, ketika bapa tirinya keluar menoreh getah untuk memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya. "Dalam surat tersebut, mangsa memaklumkan rasa takut sekiranya dirinya mengandung akibat perbuatan bapa tirinya. Mangsa juga meminta ibunya membuat pilihan sama ada masih ingin tinggal bersama bapa tirinya yang dipanggil papa dan dia pula mahu tinggal bersama datuknya jika ibunya tinggal bersama lelaki itu," katanya. Ab Rahim berkata, ibu mangsa kemudiannya bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku ke atas diri mangsa. Katanya, mengikut maklumat diterima, perlakuan suspek ke atas mangsa boleh dikatakan berlaku seminggu sekali setiap kali ibu dan adik-adiknya sedang nyenyak tidur pada waktu tengah malam. "Mengikut aduan mangsa, kali terakhir dia dirogol adalah pada dua minggu sebelum cuti penggal akhir persekolahan tahun 2013 pada waktu dan tempat yang sama. "Berdasarkan aduan mangsa, layanan bapa tiri terhadapnya baik di depan keluarga dan orang lain termasuk tidak pernah dipukul, tetapi dimarahi sekiranya membuat salah kepada adiknya," katanya. Tambah Ab Rahim, mangsa kurang berkomunikasi dengan bapa tirinya dan sering bersikap tidak endah apabila ditanya atau ketika bercakap dengan suspek. Menurutnya, mangsa mendakwa jarang keluar bersama rakan-rakannya dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak pernah melakukan hubungan seks. "Berdasarkan laporan pemeriksaan dari Hospital Kuala Krai, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa, namun tiada kecederaan lain," katanya. - Sinar Harian |
7 jenis isteri yang sering diceraikan Posted: 02 Jan 2014 02:34 PM PST Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami. Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud) Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya. Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya. Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya. Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya. Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat . Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami. 1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat. 2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan. 3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH. 4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat. 5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH. 6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu. 7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi . Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H |
Posted: 02 Jan 2014 08:58 AM PST Qalam Hazin 20 hours ago near Tokai wahai si kedana binti si papa hari ini engkau telah ditentukan dengar sini baik-baik Ingat...!! kenaikan harga minyak itu benar kenaikan kadar tol itu benar kenaikan tarif letrik itu benar kelulusan GST itu benar kenaikan cukai pintu itu benar kenaikan tambang LRT itu benar kenaikan kadar tambang bas itu benar kenaikan bil yuran astro itu benar.. maka ingatlah, jika datang kpd kamu & bertanya apa kamu nak buat..??? maka kamu jawablah dengan tenang.. kami akan sentiasa tenang kami akan sentiasa syukur kami akan sentiasa redha kami akan sentiasa ikat perut kami akan sentiasa pilih-pilih makan kami akan tambah jam kerja kami kami akan sentiasa hindar utk lalu lebuh raya kami akan kayuh basikal supaya jimat minyak kami akan cari pelita utk jimatkn letrik kami akan tanam ubi kayu drpd makan ayam kami akan tolak minuman tin Dan berkatalah.... kami tak kacau sapa-sapa.. kami redha tanda syukur.. kami tak resah.. kami tenang.. kami tak risau.. kami akan cari alternatif — sumber : kedahlanie |
Lelaki tertinggal tunang bila diserbu Posted: 02 Jan 2014 04:04 AM PST Oleh Zuliaty Zulkiffli ALOR SETAR: Seorang lelaki yang melarikan diri apabila dikejar anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) terpaksa berpatah balik kerana `tertinggal' tunangnya ketika rumah sewa mereka diserbu, awal pagi semalam. Lelaki berusia 29 tahun itu dikaDifahamkan, lelaki itu dikatakan berjaya meloloskan diri keluar dari pagar rumah berkenaan ketika anggota penguat kuasa baru hendak menyerbu rumah itu dengan hanya berkaki ayam. Tapi, dia sudah jauh meninggalkan rumah kira-kira 500 meter berpatah balik ke kediaman itu setengah jam kemudian. Dia menyerah diri selepas dihubungi tunangnya berusia 19 tahun apabila penguat kuasa meminta memberi kerjasama untuk diambil keterangan. Selain itu, pasangan itu turut menunjukkan sijil kursus perkahwinan dan bakal berkahwin tidak lama lagi malah mereka mengaku berkongsi membayar rumah sewa berkenaan. Sementara itu, Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-undang Syariah JAIK Kedah Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata pihaknya hanya memberi amaran kepada pasangan itu supaya tidak tinggal bersama disebabkan ketika serbuan dilakukan lelaki itu sempat melarikan diri. Beliau berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kelakuan sumbang pasangan itu yang dipercayai sering berada dalam rumah terbabit tanpa sebarang ikatan perkahwinan sah sejak hampir dua bulan lalu. "Berikutan itu, anggota kami datang untuk membuat pemeriksaan dan ketika sampai di lokasi kita dapati pasangan itu berada di ruang tamu rumah berkenaan berdua-duaan dengan keadaan pintu jeriji besi terbuka. "Anggota kami kemudian mengarahkan lelaki itu mengosongkan rumah berkenaan supaya mengelak mereka berdua-duaan di rumah berkenaan," katanya. takan cemas apabila berdua-duaan dengan tunangnya dalam rumah sewa wanita itu di Jalan Kuala Kedah, menyebabkan dia bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran van pihak berkuasa, kira-kira 12.45 tengah malam. - Metro |
Bila mufti tiada ijazah panggil orang lain BUGHAH Posted: 02 Jan 2014 01:36 AM PST Jangan terkejut tindakan Harussani yang terbaru melabelkan peserta2 TURUN sebagai bughah dan halal darah dibunuh. Sebelum ini Harussani yang sama telah menyeleweng agama Islam untuk menyokong pembunuhan beramai-ramai di Memali (baca di sini). Dia adalah manusia yang menyokong pembunuhan beramai2 Memali dengan menyeleweng agama. Jadi, apa nak heran Harussani yang sama menyalahguna agama Islam untuk menyokong UMNO. Lupakah kita bagaimana Harussani memain peranan menjayakan penipuan UMNO kononnya orang Kristian sedang memurtadkan orang Islam sehingga penipuan itu turut sama dijayakan oleh Dr HAsan Ali serta Kamarulzaman Muhammad (YDP PAS Putraya) Hakikatnya,Jabatan Statistik sendiri mengesahkan tiada orang Melayu yang menganut agama Kristian di Malaysia. Harussani ni makan gaji untuk menjayakan propaganda serta penipuan UMNO. Bukan untuk memperjuangkan Islam. MUFTI PERAK TIADA IJAZAH Ramai yang tidak tahu bahawa Mufti Harussani Zakaria ni tidak pernah masuk universiti mahupun mendapat apa2 ijazah dalam agama Islam. Dia tak pernah belajar di Al Azhar, di Jordan mahupun di Yaman. Beliau hanya lulus Diploma Tinggi dari Kolej Islam Kelang. Sejurus selepas lulus KIK, Harussani terus menjadi pegawai SB dalam Kementrian Dalam Negeri. Sila rujuk kepada keratan dari Wiki Harussani Zakaria dalam gambar. Dengan kata lain, Harussani TIADA KELAYAKAN untuk mengeluarkan fatwa mahupun pendapat dalam agama. Maka, jangan takut dengan fatwa beliau kononnya peserta TURUN adalah Bughah. Saya cabar Harussani untuk mengecap Saidina Muawiyyah dan Saidatina Aisyah sebagai Bughah. Kedua2 Saidina Muawiyyah dan Aisyah adalah sahabat/iah yang dicintai dan disayangi Nabi SAW. Mereka bukan setakat mengadakan demonstrasi, tetapi mereka telah mengangkat senjata untuk menggulingkan Khalifah Saidina Ali. Saya cabar Harussani untuk mengecap kedua2 sahabat/iah yang dicintai Nabi SAW sebagai bughah. Pasal Harussani tiada kelayakan sebab tu dia tak belajar pasal Saidatina Aisyah mahupun Saidina Muawiyyah kot. Ngaji dia tak habis Janganlah kita takut untuk menolak fatwa2 songsang dari mufti yang tiada kelayakan seperti Harussani ni ."Fatwa" songsang Mufti Perak Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum "bughah" dalam Islam. Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan. Bughah atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam. Ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam. Adakah peserta perhimpunan 31 dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah? Lagipun takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang dipertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia. Para demonstrator hanya turun dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup. Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah. Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat. Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini. Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Parti Islam Se-Malaysia |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan