Jumaat, 3 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Fahami realiti hidup hari ini, bukan hidup dalam pulau fantasi bersama orang jahat - Marina Mahathir

Posted: 03 Jan 2014 11:49 PM PST


LATEST UPDATE: JANUARY 04, 2014 02:18 PM
Anak perempuan kepada perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Putrajaya yang terus diam dengan isu-isu panas yang dimainkan kerana ia boleh menimbulkan perbalahan dan memberi kesan kepada negara.
Dalam ruangannya di akhbar The Star, Musings, Datin Paduka Marina Mahathir (gambar) mengeluh tentang kepimpinan negara yang boleh melaungkan perpaduan tetapi diam terhadap kenyataan sensitif yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.
"Apakah jenis kepimpinan yang kita ada yang mulutnya bercakap tentang kesederhanaan dan perpaduan, namun sama sekali tidak berbuat apa-apa terhadap penyataan melampau yang dibuat bukan sahaja oleh apa yang dipanggil badan bukan kerajaan, tetapi juga oleh beberapa pemimpin kerajaan?
"Adakah mereka sedar atau takut? Dan jika mereka takut, mengapa?" tanya beliau dalam tulisannya.
Tulisannya ini telah menyentuh sanubari rakyat Malaysia apabila mereka menyebarkannya melalui laman sosial Facebook dan juga Twitter.
Tanpa namakan mana-mana pihak, Marina menulis, pemimpin negara lebih senang menghabiskan masa untuk mempertahankan kesilapan yang dibuat oleh keluarga sendiri daripada bercakap untuk pihak yang lemah dan tidak terbela dalam masyarakat.
"Ia sangat memalukan," katanya kerana rakyat Malaysia dipimpin oleh orang-orang yang jahil, tidak berpengetahuan tetapi bangga menjadi demikian.
"Kita berharap rakyat Malaysia yang terbaik semasa semua perayaan, tapi bagaimana ia tiba-tiba menjadi ancaman kepada iman kita?
"Atau adakah iman kita begitu rapuh dan tidak dapat menghadapinya? "tanya beliau hari ini.
Marina juga menulis, hampir setiap hari rakyat dilarang dari menyentuh sesuatu menyebabkan slogan "Malaysia Boleh" sudah menjadi "Malaysia Tidak Boleh".
"Kami diberitahu kita tidak boleh baik antara satu sama lain kerana ia mungkin mengancam iman sebahagian daripada kita. Kita diberitahu bahawa kita tidak boleh bercakap terus-terang kerana sesetengah orang mungkin akan tersinggung.
"Jadi, pada asasnya, rakyat Malaysia berbangga sebenarnya mempunyai iman yang lemah yang memerlukan bantuan kerajaan yang berterusan dan mempunyai rasa rendah diri.
"Inilah cara berfikir mereka dan mereka kira ini cara yang paling cepat ke syurga iaitu dengan menindas orang lain. Cantik!" katanya.
Dia juga menulis, negara sekarang mempunyai kerajaan yang berkuasa tetapi tidak disukai rakyatnya, tetapi mereka (kerajaan) tidak faham mengapa.
"Dan dalam jawapannya, mereka kira semua yang rakyat mahu ialah menjadi lebih beragama dan untuk dibeli," katanya.
Marina mengakhiri ruangannya dengan berharap tahun 2014 ini lebih ramai rakyat yang bangkit dan faham bahawa negara berada dalam bahaya.
"Untuk berjaya dalam dunia hari ini adalah dengan menjadi kuat. Kekuatan datangnya dari ilmu dan memahami realiti hidup hari ini dan bukan hidup dalam pulau fantasi bersama orang jahat," tulisnya. –  Januari, 2014.- TMI

Janda dicekup bersama kekasih kaki dadah

Posted: 03 Jan 2014 10:43 PM PST

  • Janda ditahan bersama kekasihSeorang wanita berstatus ibu tunggal mendukung anaknya berusia 4 tahun untuk dibawa ke balai polis selepas ditahan di rumahnya kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelaki selain turut mengambil dadah berbahaya.
 1 / 1 
DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin.

Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.

Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.


Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.

Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.

Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.

Sembang lucah di twitter ....

Posted: 03 Jan 2014 06:10 PM PST


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.
Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.
Fenomena ini nyata membimbangkan terutama golongan ibu bapa kerana ramai remaja kini memiliki telefon pintar manakala capaian Internet pula boleh dilanggan dengan kos serendah RM5, malah ada tempat menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma.


Ungkapan seperti 'I kat dalam bilik tengah bogel sayang', 'Hisapkan **** Anis please', 'Cepatlah sayang, I tak tahan ni' adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun.
Foto

Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau. Sinar Harian

Adakah Nabi masih hidup?

Posted: 03 Jan 2014 05:59 PM PST

  • Adakah Nabi masih hidup?Kehidupan alam barzakh hanya diketahui ALLAH SWT. - Foto: Sumber internet
 1 / 1 
DALAM hadis perpecahan umat, Rasulullah SAW mengkhabarkan umat Islam akan terpecah kepada 73 golongan. Semuanya akan singgah ke neraka kecuali hanya satu terselamat dari neraka dan terus masuk ke syurga, iaitu golongan yang mengikuti jalan Nabi dan sahabat.

Ini menjadi petunjuk tidak semua umat Islam akhir zaman ini berada di atas jalan benar. Zaman ini begitu jauh dari zaman Nubuwwah dan pelbagai kefahaman serta tokok tambah meresapi ajaran Islam yang asal.

Hal ini tidak dapat dicegah, namun menjadi tuntutan ke atas kita mempelajari ilmu al-Quran dan Hadis agar mampu membezakan antara kebenaran dan kebatilan, seterusnya berpegang teguh dengan kebenaran, iaitu pegangan Nabi dan Sahabat.

Itulah satu-satunya jalan lurus yang ALLAH redai, jalan orang diberi nikmat.


Berbicara mengenai kumpulan yang mengangkat kedudukan orang soleh melebihi kedudukan yang sepatutnya, bahkan menyeru dan memohon pertolongan daripada mereka, dan beribadah di kubur mereka, kita bawakan firman ALLAH SWT: "Katakanlah (Wahai Muhammad): 'Panggillah mereka yang kamu anggap (tuhan) selain ALLAH, mereka tidak memiliki kuasa untuk menghilangkan bahaya daripada mu, dan tidak mampu mengubahnya'.

Orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada ALLAH). Mereka mengharap rahmat-Nya dan takut azab-Nya. Sesungguhnya azab Tuhan mu itu suatu yang harus ditakuti." (Surah Al-Israa: 56-57)

Ketika ditanya mengenai orang yang meminta syafaat daripada Nabi setelah kewafatannya dengan alasan Nabi SAW hidup di dalam kubur, Syaikh Muhammad Soleh al-Uthaimin rahimahullah menjawab, "Bantahan atas mereka ini mudah, iaitu Nabi SAW telah wafat tanpa syak berdasarkan firman ALLAH, "Sesungguhnya kamu akan mati, dan sesungguhnya mereka akan mati (juga)." (Surah Al-Zumar: 30).

Firman ALLAH: "Tidaklah Muhammad itu melainkan seorang Rasul. Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Adakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?" (Surah Al Imran: 144)

Golongan sahabat sepakat Nabi  Muhammad SAW telah wafat. Mereka memandikan, mengkafani dan menguburkan Baginda. Dengan itu, Baginda telah wafat tanpa syak.

Namun di sana ada kehidupan lain iaitu kehidupan barzakh yang ada bagi golongan syuhada, dan golongan Nabi tentu lebih utama dalam hal ini. ALLAH SWT berfirman, "Janganlah kamu mengira orang-orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati, bahkan mereka hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" (Surah Al Imran: 169)

"Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia ALLAH yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang yang tinggal di belakang yang belum menyusul mereka.Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak mereka bersedih hati." (Surah Al Imran : 170)

Inilah kehidupan alam barzakh yang ilmunya di sisi ALLAH. Kita tidak mengetahui bagaimana. Orang yang mati tidak perlukan udara, air, makanan dan selainnya. Inilah jawapan bagi mereka yang mengatakan Rasulullah SAW hidup di dalam kubur.


Berbeza alam kehidupan

Ya, memang Baginda hidup, tapi bukan seperti kehidupan dunia yang manusia di dalamnya mungkin bekerja, taat, rukuk, sujud dan seterusnya. Ini adalah perkara ghaib tidak dihukumi seperti hukum orang-orang yang hidup. (Jalasat wa Fatawa)

Imam Al-Zahabi Rahimahullah berkata, "Nabi hidup di sisi Tuhan mereka seperti kehidupan syuhada' di sisi Tuhan mereka. Kehidupan mereka tidak sama dengan kehidupan orang di dunia dan tidak sama dengan kehidupan manusia nanti di akhirat." (Tarikh Al-Islam)

Ketika terjadinya fitnah besar pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman dan Ali RA, mahupun berlaku pertelingkahan kalangan Sahabat, mereka tidak pergi ke kubur Baginda untuk meminta tolong untuk jalan penyelesaian.

Ternyata, golongan Nabi telah wafat dan tidak berhubung dengan alam dunia, sebaliknya roh Nabi Muhammad SAW berada di 'Illiyun di tempat tertinggi, sebagaimana perkataan terakhir Baginda sebelum menghembus nafas terakhir, "Al-Rafiq Al-A'la (bersama teman yang tertinggi di atas)".

Sebahagian orang salah faham hal ini sehingga menyangka golongan Nabi dan syuhada itu hidup seperti hidup di dunia. Mereka menyangka orang mati di dalam kubur mendengar seruan dan panggilan mereka, melihat, dan hadir ke majlis mereka.

Ini dakwaan yang tidak didasari petunjuk al-Quran dan Sunnah, bahkan menyalahinya.
ALLAH berfirman, "Dan engkau (Muhammad) tidak mungkin dapat menjadikan orang di dalam kubur dapat mendengar." (Surah Fathir: 22).

"Sungguh kamu tidak dapat menjadikan orang mati dapat mendengar dan tidak pula menjadikan orang yang tuli dapat mendengar panggilan apabila mereka berpaling ke belakang." (Surah al-Naml: 80)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sahihnya, ketika orang Yahudi datang kepada Nabi SAW dan bertanya tentang roh, Nabi SAW terdiam dan tidak memberikan jawapan. Ini kerana ia adalah hal ghaib, yang hanya diketahui ALLAH. Baginda diam sehinggalah turun wahyu daripada ALLAH, "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit." (Surah Al-Isra': 85)

Syaikh al-Albani rahimahullah ketika menjelaskan hadis yang menyatakan kehidupan para Nabi di kubur berkata, "Ketahuilah kehidupan yang ditetapkan oleh hadis bagi para Nabi adalah kehidupan alam barzakh, bukan kehidupan dunia sedikit pun.

Oleh itu, wajib mengimaninya tanpa memberi perumpamaan, atau berusaha menjelaskan bagaimana kaifiatnya dan menyamakannya dengan sesuatu yang diketahui dalam kehidupan dunia.


Jauhi Amalan Bidaah

Inilah sikap orang mukmin iaitu beriman kepada hadis tanpa memberi tambahan berupa qias dan pelbagai pemikiran sebagaimana dilakukan sebahagian ahli bidaah yang mendakwa kehidupan Nabi SAW di dalam kubur adalah kehidupan hakiki (seperti alam dunia).

Mereka berkata Baginda makan, minum dan menyetubuhi isterinya. Padahal itu adalah kehidupan alam Barzakh, tidak diketahui hakikatnya kecuali oleh ALLAH". (Sahihah)

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama adalah Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu disampaikan kepadaku." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami disampaikan kepadamu padahal engkau telah hancur menjadi tanah? "Baginda menjawab, "Sesungguhnya ALLAH mengharamkan atas bumi menghancurkan jasad golongan Nabi." (Sahih, Abu Daud)

Hadis ini menunjukkan kefahaman golongan Sahabat, iaitu orang yang mati tidak akan mendengar ucapan orang yang masih hidup. Rasulullah SAW tidak mendengar ucapan salam kepadanya, bagaimanapun sabda Nabi dalam hadis lain: "Sesungguhnya ALLAH memiliki malaikat yang berkeliling di bumi untuk menyampaikan kepada ku salam daripada umatku." (Riwayat Ahmad)

Sekiranya orang mati dapat mendengar perbicaraan di alam dunia, sudah tentu Rasulullah yang paling layak untuk mendengar. Dan sekiranya Rasulullah mendengar perbicaraan di alam dunia, sudah tentu Baginda mendengar secara langsung selawat dan salam yang diucapkan kepada Baginda.

Namun sebaliknya, Baginda menjelaskan selawat dan salam 'disampaikan' kepada Baginda melalui golongan malaikat yang berkeliling di bumi. Jelas Baginda tidak mengetahui secara langsung apa yang berlaku di alam dunia selepas Baginda wafat.

Bahkan Nabi SAW menceritakan umatnya yang akan terhalang daripada minum di telaga Baginda di akhirat kelak, "Benar-benar suatu kaum daripada umatku akan ditolak dari telaga sebagaimana unta asing ditolak (dari kerumunan unta)", maka aku berkata, "Ya ALLAH, itu adalah umatku." Maka dikatakan: "Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan selepas kewafatanmu." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis ini menunjukkan Nabi SAW tidak tahu apa yang berlaku kepada umatnya setelah wafat. Maka sungguh batil dakwaan sesetengah kumpulan yang mendakwa Nabi SAW hadir ke majlis mereka lalu mereka pun berdiri menghormati kehadiran Nabi! Ditambah dengan qasidah yang menyeru dan meminta daripada Nabi SAW dan orang soleh yang telah wafat.

Ini benar-benar menyalahi petunjuk Nabi SAW dan petunjuk sahabat RA. Semoga ALLAH memberikan kita taufiq dan keselamatan dalam beragama, dan beramal sesuai dengan petunjuk Nabi SAW dan sahabatnya, serta meninggalkan yang selainnya.


* Penulis ialah Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU) - Sinar Harian

Menteri Ayam : Tonton Maharaja Lawak Sambil Berjoget

Posted: 03 Jan 2014 04:14 AM PST








Henti lantik duta khas, perabih duiit ja .......

Posted: 03 Jan 2014 02:06 AM PST

Perdana Menteri harus berhenti melantik Duta Khas yang mahal
sim_tze_tzinMengikut laporan beberapa akhbar tempatan, Dato' Seri Tiong King Sin, Ahli Parlimen Bintulu dilantik sebagai "Duta Khas berstatus Menteri" yang terbaru ke Asia Timur. Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Shahidan Kassim mengumumkan berita tersebut di Bintulu baru-baru ini.
Duta Khas yang mempunyai latar belakang politik dilantik oleh Perdana Menteri sebelum itu adalah YB Dato' Seri Jamaluddin Jarjis Duta Khas ke Amerika Syarikat, Dato' Seri Ong Ka Ting Duta Khas ke Republik Rakyat China dan Dato' Seri S Samy Vellu Duta Khas ke India dan India Selatan dalam bahagian infrastruktur. Kesemua mereka berstatus menteri. Pulangan daripada perlantikan duta-duta khas ini tidak ketara. Hasil kerja duta-duta khas ke Amerika, China dan India tidak membawa lonjakan pulangan atas pelaburan (ROI) yang besar kepada Negara.
Saya ingin menyeru Perdana Menteri berhenti melantik duta-duta khas yang mahal dan memakan belanja yang besar dengan serta merta.
Perlantik YB Dato Seri Tiong baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan. Kerajaan Barisan Nasional perlu menjelaskan rasionalnya melantik Duta Khas untuk hal ehwal Asia Timur?
Malaysia mempunyai duta-duta professional yang berfungsi dengan baik di Negara-negara Asia Timur seperti Korea dan Jepun. Dari segi perdagangan di antara Negara-negara tersebut, kita mempunyai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mengendalikan urusan perdagangan dengan negara-negara tersebut dengan baik. Apakah tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada Duta Khas? Kerajaan BN harus memperjelakan mengapakah perlunya lantikan Duta Khas, sedangkan kita sudah ada menteri perdangangan antarabangsa dan duta besar?
Persoalan kedua adalah, apakah kehebatan Dato Seri Tiong, sehinggakan beliau dilantik ke jawatan yang seolah-olah begitu penting? Kalau dilihat dari segi kepakaran, adakah beliau pakar geo-politik Asia Timur? Adakah beliau pakar ekonomi dan perdagangan Asia Timur yang tersohor? Adakah ini satu ganjaran politik kepada beliau akibat tidak dilantik menjadi menteri?
Isu yang paling ketara adalah, pentadbiran Perdana Menteri berterusan melantik perjawatan duta khas dan penasihat khas yang mahal dan membebankan kewangan negara. Buat masa sekarang, Perdana Menteri mempunyai 4 duta khas dan 13 penasihat khas (ramai antaranya berstatus menteri), ini adalah paling banyak dalam sejarah Malaysia.
Mengikut jawapan parlimen Duta Khas mendapat gaji bulanan RM27,227.20, gaji lebih tinggi daripada menteri. Oleh kerana mereka berstatus menteri maka mereka juga menikmati elaun dan kebajikan setaraf dengan menteri. Mereka diberi pejabat yang dibiayai kerajaan. Ada sesetengah duta-duta khas diberi setiausaha kanan, pegawai khas, pembantu khas dan pegawai pengiring PDRM. Mereka juga sentiasa menjelajah ke seluruh dunia. Kesemua ini memakan belanja yang besar. Maka secara konservatif, perlantikan duta-duta khas kerajaan akan belanja lebih 2 juta setahun.
Dalam sidang parlimen yang lalu, saya telah mengemukakan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi JABATAN PERDANA MENTERI untuk memotong gaji duta-duta khas berjumlah RM 980,179.20 (RM27,227.20 x 3 orang x 12 bulan). Usul tersebut Berjaya dilulus oleh Speaker untuk dibahaskan, satu perkara yang cukup luar biasa. Malangnya ia ditentang habis-habisan oleh ahli dewan dari BN dan usul ditolak.
Dengan keadaan fiskal kewangan yang ketat dan hutang kerajaan pusat yang akan mencecah 55% KDNK, apakah perlu kita berbelanja dalam melantik satu lagi duta khas? Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan 11 langkah pengurangan kos kerajaan (austerity measures). Beliau harus mengumumkan langkah ke-12 iaitu penghapusan semua 4 duta-duta khas dan 13 penasihat khas mahal di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Sim Tze Tzin,
Ahli Parlimen Bayan Baru 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57966

Tiada ulasan: