Kelab Greenboc |
- Jawapan Harussani Buktikan Kefahaman Islamnya Dangkal!
- Janda Bergelumang Dengan Budak Dadah Dicekup
- [ISU BUGHAH] Jingga 13 Buat Laporan Polis, Selar Kenyataan Harussani
- Gambar Terkini Ariel Sharon Yang 8 Tahun Dalam Siksa Dunia
- Mufti Sekadar Lulusan DIploma Takut Bertanggungjawab Terhadap "Fatwa"nya Sendiri
Jawapan Harussani Buktikan Kefahaman Islamnya Dangkal! Posted: 04 Jan 2014 01:13 AM PST Bughah: Itu adalah fahaman saya terhadap Islam, jawab Harussani Berita Harian melaporkan tentang kenyataan fatwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkaitan 'bughah' halal darah peserta perhimpunan sebelum ini. Beliau berkata tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya dan bukan bertujuan mencari publisiti murahan. "Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian," tegas beliau. "Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti." "Saya bertanggungjawab ingatkan umat Islam yang terbabit akibat hasutan orang kafir, sedangkan orang kafir tidak menyertai perhimpunan haram itu, sampai bila umat Islam (mahu) diperbodohkan," katanya lagi. Pengakuan Mufti ini tentang fahamannya maksud 'bughah' yang dikeluarkan sebelum ini. Hanya setakat itu yang beliau faham tentang maksudnya berlainan dengan kefahaman pakar-pakar agama lain. Jadi kepada yang marah dan tak berpuas hati, janganlah marah sangat kerana hanya itu yang beliau faham!! ULASAN GB Sekadar itu sajakah kefahaman Mufti berkenaan tentang "bughah"? Sepatutnya apabila timbul sesuatu yang menimbulkan pertikaian, umat Islam hendaklah merujuk kepada Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias. Bukan berpegang kepada pendapat sendiri. Malah jika berstatus ulamak sekalipun yang berkemampuan berijtihad, di dalam Islam yang perlu dipegang ialah IJMA ULAMAK (kesepakatan ulamak), bukan kepada pendapat seorang dua ulamak. Jika masing-masing ulamak meninggalkan IJMA dan mengguna-pakai tafsiran dan pendapat masing-masing, maka di situlah timbul perpecahan dan perbalahan di kalangan ummah. Jika semua hanya berpegang kepada pendapat masing-masing dan bukan IJMA ULAMAK atau sekurang-kurang jika tiada ijma (kesepakatan) maka digunakan pendapat JUMHUR (majoriti) ULAMAK, maka sudah tentu pincanglah ummah. Nanti akan ada pula yang mengeluarkan "fatwa", Harussani wajar dihukum bunuh kerana menimbulkan menggalakkan pertumpahan darah dan dia juga berkata "fatwa" itu dikeluarkan mengikut kefahamannya terhadap agamanya sepertimana jawapan Harussani juga Apa akan jadi jika berlaku demikian? (Itu sebabnya di Malaysia ini hanya Parti Islam SeMalaysia PAS meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti. Kemua hal mengenai hukum dan dasar adalah diputuskan melalui permesyuaratan ahli-ahli Majlis Syura, bukan diputuskan oleh seorang dua ulamak)Telah didedahkan sebelum ini bahawa mufti berkenaan hanya berkelulusan diploma. Ini bererti ruang-lingkup ilmu Islamnya masih terlalu cetek dan perlu belajar lagi. Akibat kecetekan ilmu menyebabkan seringkali keluar daripadanya "fatwa-fatwa" yang juga cetek dan dangkal hasil kefahaman Islamnya yang cetek dan dangkal itu. Itu sebab mengapa kini timbul suara lantang bahawa Harussani perlu dipecat dari jawatan mufti. Kenyataan dan pendapat beliau yang tak bertapis itu perlu diambil tindakan, malah wartawan dan akhbar yang melaporkannya juga perlu diberikan tindakan yang wajar. Ini kerana "fatwa" yang dikeluarkan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar dan pertumpahan darah di kalangan umat Islam. |
Janda Bergelumang Dengan Budak Dadah Dicekup Posted: 04 Jan 2014 12:10 AM PST Dungun - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin. Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu. Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis. Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan. Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain. Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi. Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut. Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine. Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut. -SH |
[ISU BUGHAH] Jingga 13 Buat Laporan Polis, Selar Kenyataan Harussani Posted: 03 Jan 2014 09:10 PM PST Jingga 13 membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi menyelar kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan peserta Himpunan TURUN sebagai 'Penderhaka kepada kerajaan, dihalalkan darah dan bughah (pemberontak)'. Koordinatornya, Fariz Musa, berkata Harussani perlu bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga bertindak melakukan jenayah iaitu menghasut serta mendorong melakukan keganasan, kecederaan termasuk pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke perhimpunan aman itu. "Jingga 13 mendokong Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu rakyat dibenarkan untuk berhimpun dan terbukti perhimpunan 31 Disember itu berlangsung secara aman dan tidak berlaku kejadian yang menjurus kepada tindakan menggulingkan kerajaan seperti yang didakwa polis dan Barisan Nasional (BN)," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis berkenaan kepada pegawai IPD Dang Wangi, Inspektor Khairul Rizuan. Tegasnya, Mufti Perak itu sewajarnya meletakkan jawatan kerana bukan sahaja menjadi 'boneka' dan telunjuk BN tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati sertadisegani rakyat. Tambahnya, Harussani perlu sedar bahawa protes bekenaan adalah suara rakyat yang membantah kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup. |
Gambar Terkini Ariel Sharon Yang 8 Tahun Dalam Siksa Dunia Posted: 03 Jan 2014 04:10 PM PST Sejak mengalami stroke pada januari 2006, keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon terus memburuk, bahkan dalam keadaan tidak sadarkan diri. Sharon yang ketika ini berusia 85 tahun, sedang mendapat perawatan intensif di Hospital Tel Hashomer, Tel Aviv, akibat menderita kegagalan ginjal sejak Rabu, 1 Januari 2014. Juru bicara hospital menyatakan, kesihatan Sharon mengalami penurunan selama beberapa hari ini. Demikian keterangan pihak hospital seperti disiarkan Al Jazeera pada Khamis, 2 Januari 2014. Sejak mengalami stroke pada januari 2006, berbagai usaha telah dilakukan kumpulan doktor untuk memulihkan kesihatan orang yang paling bertanggung jawab terhadap pembantaian di kemah penduduk Palestin, Sabra dan Shatila ini. Pada Februari 2006, para doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang bedah khusus. Ia memiliki luka yang membusuk dan tidak sadarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain. Pada September 2013, Sharon menjalani pembedahan di bahagian perut untuk memperbaiki masalah dalam sistem infusnya. Operasi yang berlangsung selama satu jam itu telah direncanakan beberapa bulan sebelumnya. Para doktor spesialis Israel dan Amerika Syarikat pada Januari 2013 menyatakan, Sharon telah menunjukkan aktiviti otaknya secara signifikan melalui imbasan MRI. Dia dapat bertindakbalas terhadap foto-foto keluarganya tujuh tahun silam setelah mengalami stroke. Berdasarkan laporan suruhanjaya siasatan Israel pada tahun 2003, menyimpulkan bahawa para pemimpin Israel bertanggung jawab atas pembunuhan di kemah penduduk Palestin, Sabra dan Shatila, di Lebanon. Saat itu, ahli politik dari Partai Likud ini menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan yang dianggap secara peribadi harus bertanggung jawab kerana gagal mencegah kekerasan yang membawa maut. Sharon, terakhir, menjabat sebagai Perdana Menteri Israel dari 2001-2006. Dia memimpin tentera Israel dalam menghadapi perlawanan Palestin, dikenal dengan sebutan Intifada kedua, yang berakhir pada 2004. |
Mufti Sekadar Lulusan DIploma Takut Bertanggungjawab Terhadap "Fatwa"nya Sendiri Posted: 03 Jan 2014 04:15 AM PST Mufti Perak enggan jumpa Pemuda PAS, khatib serang dalam khutbah Jumaat Akibat kenyataannya bahawa peserta demonstrasi Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember lepas, sebagai "bughah" dan halal darah mereka, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terus mendapat tekanan daripada pelbagai pihak. Hari ini, para khatib solat Jumaat menghentam dan mempertikaikan "fatwa" beliau itu manakala semalam usaha Pemuda PAS Perak untuk bertemu beliau gagal. Ini kerana Harussani tidak bersedia untuk bertemu mereka dan menyerahkan kepada timbalannya untuk bertemu. Pemuda PAS telah meminta penjelasan berkenaan isu "bughah" yang dibangkitkan itu. Menurut Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Pejabat Mufti akan mengeluarkan penjelasan dan kenyataan rasmi tentang isu tersebut dan enggan bertemu mereka. Di Rawang, Selangor khatib sebuah surau hari ini mempertikaikan secara terbuka "fatwa" berkenaan dalam khutbah Jumaatnya. Ustaz Zuhdi Mat Piah dalam khutbahnya di Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri berkata, fatwa itu sangat bertentangan dengan Al Quran dan hadis Rasulullah serta pegangan empat imam mazhab dalam Islam. Katanya, "bughah" adalah pertentangan umat Islam menggunakan senjata terhadap kerajaan Islam sedangkan pihak yang pergi ke Dataran Merdeka 31 Januari lepas tidak membawa apa-apa senjata. "Bayangkan sidang Jumaat sekalian kalau fatwa itu dikeluarkan sebelum perhimpunan itu. "Boleh jadi ada pihak yang akan mengambil kesempatan menggunakannya untuk menumpahkan darah peserta demonstrasi itu kerana darah mereka difatwakan sebagai halal," kata khatib itu kesal. -TMI
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan