Jumaat, 3 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


GERAMM: Jom ‘berhibur’ di demo Pensel Merah hari ini

Posted: 03 Jan 2014 09:29 PM PST

Copy of geram-posterKurang beberapa jam sebelum protes membantah penggantungan The Heat di Kuala Lumpur hari ini, penganjurnya sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media supaya hadir bersetiakawan, sekali gus membuat liputan acara itu.
Dalam kenyataannya, Gerakan Media Marah (GERAMM) juga mengumumkan, beberapa pemimpin aktivis NGO terkenal dan wakil rakyat sudah mengesahkan kehadiran mereka sebagai tanda sokongan.
"Kami juga menyeru mereka yang hadir untuk bergelak tawa dan berhibur di tengah kota bersama kami dalam acara hari ini," kata GERAMM.
Agenda "Protes Pensel Merah" itu antaranya bacaan lapan tuntutan GERAMM, bacaan puisi, ucapan aktivis dan tokoh media serta acara khas mematahkan pensel merah beramai-ramai sebagai lambang matinya kebebasan media.
Pengamal media dan orang ramai digalakkan berpakaian merah dan membawa pensel dengan warna sama, menurut kumpulan itu lagi.
Sementara itu, GERAMM berkata, perhimpunan hari ini akan berjalan secara aman dan provokasi serta slogan politik kepartian tidak dibenarkan.
"Slogan-slogan semuanya ke arah desakan kebebasan media dan tidak memprovokasi pihak-pihak tertentu," kata kenyataan itu lagi.
Protes Pensil Merah dijadual bermula pada jam 2 petang hari ini di Dataran Jam Leboh Pasar Besar depan Majlis Peguam di Kuala Lumpur.
Ia antaranya bertujuan menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan menggantung The Heat, menuntut kebebasan media serta siasatan semula dengan rapi terhadap insiden keganasan terhadap wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

PAS tidak boleh ikut cara Umno main gila-gila dalam menangani isu

Posted: 03 Jan 2014 08:39 PM PST

TAN SRI MUHAMMAD MOHD TAIB

Negara hari ini pada pandangan saya belum ditadbirkan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Persekitaran yang baik cara ajaran Nabi tidak diikuti.

Anak-anak yang lahir ke dunia dan dibesarkan dalam suasana yang ada sekarang tidak akan mengikuti cara yang berpandu pada al-Quran dan Sunnah. Kerana ia memang bukan agendanya.

Media cetak dan elektronik bukan melahirkan suasana yang mengikut al-Quran dan Sunnah. Malah penuh dengan kemaksiatan, spin yang bukan-bukan dan tak nampak Islamiknya. Anak-anak yang keluar dari alam persekolahan tidak nampak impak Islamiknya.

Begitu juga sistem kekeluargaan jauh dari amalan dan pegangan al-Quran dan Sunnah. Kecuali pada masa solat, puasa, naik haji. Cara bertompok-tompok.

Suasana persekitaran lebih pada cara sekular. Sambutan-sambutan apa sahaja termasuk akhir-akhir ini sambutan tahun baru. Tiap-tiap tahun diulang cara yang sama. Penganjur-penganjur tahu itulah cara menyambutnya.

Tiba-tiba isu kalimah Allah, Umno dilihat sangat Islamik. Yang ini kononnya Islamik yang lain tidak pula Islamik.

PAS tidak boleh ikut cara Umno main gila-gila apabila menghadapi satu-satu isu. Sebenarnya pendekatan PAS berpandu kepada al-Quran dan Sunnah adalah tepat sekali.
Read More / Baca Lagi >>

11 langkah jimat Kerajaan 47% BN, ibarat lepas batuk di tangga

Posted: 03 Jan 2014 07:56 PM PST

Dzulkefly Ahmad Pejabat PAS 01SHAH ALAM 4 JAN: Langkah penjimatan yang diumum kerajaan pusat untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam diibaratkan seperti melepas batuk di tangga kerana tidak berpadanan dengan tujuan mengurangkan defisit negara.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata 11 langkah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas terlambat kerana dilakukan selepas kemarahan rakyat kian memuncak terutama dalam demonstrasi, pada 31 Disember lalu.
Katanya, defisit negara yang kian membengkak lebih 16 tahun itu tidak boleh ditangani secara efektif melalui pelaksanaan langkah berkenaan.
"Defisit yang membengkak selama lebih 16 tahun itu tidak boleh ditangani secara runcit dengan mengurangkan sepuluh peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri kerana langkah sebegini tidak besar nilainya.
"Pembaziran dan ketirisan melampau pimpinan Barisan Nasional (BN) seperti penggunaan jet peribadi yang menelan belanja RM180 juta setahun itu sebenarnya harus diberi perhatian.
"Kalau ia dapat ditangani, maka kos operasi kerajaan dapat dikurangkan dan lebih besar penjimatannya," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan kelmarin menjangkakan kerajaan akan mengumumkan beberapa lagi langkah penjimatan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan sektor awam dan ia adalah kesinambungan kepada 11 langkah yang diumumkan Najib, sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bughah: Itu adalah fahaman saya terhadap Islam, jawab Harussani

Posted: 03 Jan 2014 07:45 PM PST

Jawapan_harussani_bughah
Berita Harian melaporkan tentang kenyataan fatwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkaitan 'bughah' halal darah peserta perhimpunan sebelum ini.
Beliau berkata tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya dan bukan bertujuan  mencari publisiti murahan.
"Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian," tegas beliau.
"Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti."
"Saya bertanggungjawab ingatkan umat Islam yang terbabit akibat hasutan orang kafir, sedangkan orang kafir tidak menyertai perhimpunan haram itu, sampai bila umat Islam (mahu) diperbodohkan," katanya lagi.
Pengakuan Mufti ini tentang fahamannya maksud 'bughah' yang dikeluarkan sebelum ini. Hanya setakat itu yang beliau faham tentang maksudnya berlainan dengan kefahaman pakar-pakar agama lain.
Jadi kepada yang marah dan tak berpuas hati, janganlah marah sangat kerana hanya itu yang beliau faham!!

Apalah nilai RM100 dizaman Najib dan Rosmah

Posted: 03 Jan 2014 07:39 PM PST

Apakah yang dapat anda beli dengan duit RM100 ketika membeli-belah diPasaraya disekitar tempat anda tinggal sekarang ini? Kalau 15 tahun tahun dahulu, dengan RM100 anda boleh membeli lebih kurang 20 barang keperluan dapur. Sebagai contoh, pada masa itu harga ikan kembong hanya RM5 sekilogram, udang dan sotong basah hanya RM8 sekilogram, susu bayi harganya dalam RM20 satu tin sederhana dan beras hanya RM15 untuk 10 kilogram. Tetapi kini harga ikan kembong sudah berharga RM16 sekilo, udang dan sotong basah pula meningkat harganya hingga memcecah RM25 sekilo dan itu yang bersaiz kecil sahaja. Begitu juga susu bayi kini sudah berharga RM50 setin yang boleh tahan untuk selama seminggu dan harga beras pula RM25 untuk 10 kilogram.

Nampaknya dengan membawa wang kertas bernilai RM100 untuk membeli barangan keperluan dapur hanya mampu membawa lebih kurang 5 barangan sahaja untuk dibawa balik. Kadangkala saya perhatikan, ada pelanggan tertentu di pasaraya hanya membeli ikan, sotong dan udang yang sudah separuh busuk dengan harga separuh juga yang ditawarkan oleh pihak pasar raya. Itulah nasib bagi mereka yang berpendapatan rendah dan kemampuan mereka amat terhad ketika ini. Mahu tidak mahu kenalah berbelanja apa yang termampu sahaja. Untuk minum susu segar dan makan makanan yang agak berzat serta lazat hanyalah untuk mereka yang mampu dan berada sahaja tetapi tidak bagi mereka yang berpendapatan diluar kemampuan.

Kerajaan 47% BN Dan Najib Tidak Harus Dipertahankan Lagi

Posted: 03 Jan 2014 07:35 PM PST

Majoriti rakyat dan hampir semua kelompok masyarakat hidup dalam keadaan tertekan dan tidak gembira lagi sekarang ini. Tidak seperti sebelumnya, tahap kegembiraan rakyat kini berada pada kadar paling rendah sekali, malah sesetengahnya mungkin negatif kegembiraannya.

Rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana sedang memikul kos sara hidup yang lebih tinggi daripada biasa akibat kenaikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini dan terus bertambah seiring dengan kedatangan tahun 2014.

Mereka yang ingin meluahkan perasaan terhadap kerajaan akibat kenaikan itu bertambah lagi tertekan hidupnya apabila digelar "bughah" atau penderhaka dan dikategori sebagai halal darahnya untuk dibunuh. Walaupun fatwa dan pendapat daripada Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai hal ini masih boleh dipertikai, diperdebat dan disangsikan, hakikatnya agama bukan lagi dipergunakan untuk menggembirakan umat, sebaliknya lebih dijadikan alat untuk membodek dan pengampu penguasa demi kepentingan peribadi.

Isu mengenai kalimah Allah yang muncul kembali dan diiikuti dengan serbuan JAIS terhadap sebuah gereja serta disusuli pula dengan aksi demonstrasi UMNO Selangor mengenainya, turut menjadikan penganut Islam dan Kristian tidak lagi gembira dan harmoni kehidupannya. Berterusannya isu ini tanpa penyelesaian telah meletakkan kedua-dua penganut Islam dan Kristian hidup dalam kesangsian dan kegelisahan.

Read More / Baca Lagi >>

Isu bughah: Penjelasan akan diberikan..!!

Posted: 03 Jan 2014 07:29 PM PST

 ( Mufti Perak Pertahankan Fatwanya)

IPOH – Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkataan bughah yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (Turun) pada malam sambutan tahun baharu 2014, lalu.

Timbalan Mufti Negeri, Zamri Hashim berkata, penjelasan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

"Kita ambil maklum perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya kelak," katanya ketika ditemui sempena lawatan Pemuda Pas Perak, di sini, semalam.

'Bughah' yang mengikut hukum membawa maksud 'darah halal' mencetuskan kontroversi apabila didakwa dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang merujuk kumpulan perhimpunan berkenaan.

Read More / Baca Lagi >>

RAMAI YANG SAYANG KERAJAAN 47% UMNO@BN

Posted: 03 Jan 2014 04:51 PM PST


Penjelasan JPM Isu Pesawat Baru Yang Digunakan Najib.

Posted: 03 Jan 2014 04:47 PM PST

Response mereka memang cepat betul. Tapi still tak menjawab persoalan yang paling penting disini. Adakah lawatan aka percutian Najib di luar negara sekarang neh dibiayai oleh rakyat marhaen?

Jawapan ini hanya mengesahkan kewujudan pesawat baru. Tetapi tidak menjawab langsung mengenai percutian Najib baru2 neh. Adakah rakyat juga perlu membayar kos percutian Najib ke luar negara? Adakah ini yang maksudnya sebagai langkah jimat cermat pada Najib? Tiada masalah kurangkan subsidi untuk rakyat janji bile time cuti rakyat yang tanggung segala?

Itu ke?

Walahweiii


Baca ;

Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri. Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut. Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Ti
mbalan Perdana Menteri.

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan. Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat. Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari – 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan. Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin.

Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara. Pejabat Perdana Menteri Putrajaya.

Harga hasil laut naik mendadak

Posted: 03 Jan 2014 04:21 PM PST






KUALA LUMPUR - Kenaikan mendadak harga hasil laut di Pasar Borong Selayang dan Pasar Chow Kit di sini sehingga 40 peratus awal bulan ini didakwa disebabkan bekalan yang berkurangan ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu di beberapa buah negeri sejak kebelakangan ini.
Tinjauan Kosmo! di kedua-dua pasar tersebut mendapati, antara hasil laut yang meningkat ketara harganya ialah ikan kembung dari RM9 kepada RM14 sekilogram, udang putih kecil dari RM13 hingga RM20, udang putih besar dari RM47 kepada RM55 dan sotong dari RM13 kepada RM16 sekilogram.
Seorang peniaga di Pasar Selayang, Ali Mama, 48, berkata, buat masa ini, hasil laut sangat sukar diperoleh dan harganya lebih tinggi berbanding pasaran semasa.
Katanya, jika pada minggu lepas harga ikan kembung sekitar RM9 sekilogram, namun semalam, ia mencecah sehingga RM14 sekilogram.

Pengusaha kantin mengeluh terbeban kos operasi meningkat

Posted: 03 Jan 2014 04:15 PM PST



WAJIRA menunjukkan papan tanda harga minuman dan makanan yang dijual di kantin SMK Sungai Isap Murni, Kuantan, Pahang semalam.



KUALA LUMPUR - Rata-rata pengusaha kantin sekolah di seluruh negara mengeluh kerana terpaksa menanggung kos operasi yang meningkat terutamanya membabitkan pembelian bahan mentah tetapi terpaksa menjual dengan harga yang rendah.
Menurut mereka, walaupun kos operasi meningkat, namun mereka tidak boleh menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati kerana terikat dengan perjanjian tender pengurusan kantin bersama pihak sekolah.
Seorang pengusaha kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 di sini, Norraidah Idris, 55, dia terpaksa mengimbangi kenaikan kos operasi dengan mengecilkan saiz hidangan bagi membolehkan harga yang dijual tidak dinaikkan.

Kenaikan kos sara hidup: Perkasa mahu lari daripada Umno

Posted: 03 Jan 2014 04:06 PM PST


Selama ini, pihak paling setia dan sentiasa menjadi pembela Umno adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa. Namun dengan kenaikan kos sara hidup oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka juga tidak tahan.
Perkasa memberi amaran kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka tidak akan teragak-agak lari daripada BN dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan.
Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata, Perkasa sememangnya tegas dengan pendirian memperjuangkan ekonomi Bumiputera dan tidak pernah bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana yang paling terjejas teruk pastinya orang Melayu.
"Kita beri amaran kepadaDatuk Seri Najib Razak untuk mengubah pentadbirannya dalam meningkatkan ekonomi kaum Melayu kerana kita sudah beri tempoh lima tahun namun tiada perubahan malah situasi kini bertambah teruk.
"Sekiranya Umno/BN masih di tahap sama, maka ia akan menyebabkan ahli kita berubah hati," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.
Wawancara ini diadakan selepas pertemuan Perkasa dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga menyifatkan sokongan Perkasa ke atas Umno sebelum ini kerana pertubuhan itu tidak mempunyai alternatif lain memandangkan Umno dilihat sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Tambang bas sekolah naik 40 peratus walaupun kompaun sehingga RM500,000

Posted: 03 Jan 2014 04:04 PM PST

Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) mengugut menghentikan operasi sekiranya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan perundangan ekoran langkah menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40 peratus sekarang.

Presidennya Amali Munif Rahmat, berkata walaupun sedar tindakan itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM500,000 di bawah Akta Persaingan, mereka tiada pilihan lain untuk menampung kerugian sedia ada, lapor Berita Harian.

"Kenaikan ini hanya untuk menampung semula kerugian berikutan kenaikan harga diesel. Tetapi, sekiranya dikenakan tindakan, kami tidak teragak-agak untuk menghentikan operasi.

Read More / Baca Lagi >>

Demonstrasi di kawasan sekolah kerana Gurubesar lemah dan malas

Posted: 03 Jan 2014 03:56 PM PST


Demonstrasi di kawasan sekolah  
Sebahagian ibu bapa dan murid Sekolah Tamil Bukit Asahan mengadakan demonstrasi aman di perkarangan sekolah berkenaan.
ASAHAN - Kira-kira 30 ibu bapa dan murid menganjurkan demonstrasi aman di perkarangan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Asahan kelmarin akibat tidak berpuas hati dengan tindakan guru besar sekolah terbabit.

Demonstrasi itu mengakibatkan hari pertama sesi persekolahan 2014 tergendala selama tiga jam kerana murid-murid dilarang masuk ke kelas oleh ibu bapa.

Bagaimanapun keadaan kembali seperti biasa selepas wakil Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) hadir bertemu dengan ibu bapa.

Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, N Apallasamy, 53, berkata, demonstrasi itu diadakan sebagai tanda bantahan penempatan guru besar di sekolah itu.

Menurutnya, pihaknya mendakwa guru besar itu tidak melakukan sebarang penambahbaikan kepada sekolah itu sehingga keputusan akademik murid-murid merosot dari tahun ke tahun.

"Sejak guru besar itu berpindah ke sini, peratusan akademik sekolah menurun sehinggakan sekolah ini mendapat tempat terakhir dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, sedangkan sekolah ini pernah menjadi sekolah Tamil cemerlang.
Read More / Baca Lagi >>

Demo cara berkesan desak kerajaan sekarang

Posted: 03 Jan 2014 03:52 PM PST

Demo berkesan desak kerajaan SHAH ALAM - Pembangkang akan terus beri tekanan kepada kerajaan termasuk turun ke jalanan bagi membela nasib rakyat berhubung isu kenaikan kos sara hidup.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata,  PR juga akan melakukan jelajah di seluruh negara bagi beri penerangan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta isu berbangkit untuk menaikkan momentum rakyat bagi respons kepada kerajaan.

"Saya lihat cara ini berjaya, apabila kerajaan terus menerus mendapat tekanan daripada rakyat maka mereka akan respons dengan isu tersebut. Contohnya isu kenaikan tol, apabila ramai yang bangkit, sehingga kini kerajaan masih belum mengumumkan sebarang kenaikan tol," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, PR sudah memutuskan untuk turun pada 1 Mei nanti bagi membantah pelaksanaan GST dan kenaikan harga barang.

Read More / Baca Lagi >>

Jika Jais terus diam, hubungan Muslim-Kristian terjejas, pelampau gembira

Posted: 03 Jan 2014 03:49 PM PST


Pasti ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kemelut penggunaan nama Allah. Gambar The Malaysian Insider. 
Pasti ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kemelut penggunaan nama Allah. Gambar The Malaysian Insider.

 Apa dah jadi dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)? Ia seperti kes "tangkap muat" apabila mahu menjelaskan tindakannya menyerbu pejabat di Damansara Kim pada Khamis lepas di mana 300 Bible berbahasa Malaysia dan Iban dirampas.
Ketika semakin ramai pemimpin dan peramal berusaha untuk menjelaskan tindakan Jais yang terus berdiam diri, ia semakin menjelaskan tindakannya lebih berbau politik berbanding undang-undang.
Insiden terakhir ini juga mendedahkan sekali lagi bagaimana percanggahan dan masalah menyelubungi kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengendalikan isu penggunaan kalimah Allah.
Ia juga menunjukkan betapa besarnya perbezaan dalam memahami Islam bukan sahaja di kalangan umat Islam bahkan pihak berkuasa agama yang sepatutnya menjadi pengawal kepada amalannya.
Apabila dikaji kes ini dan Enakmen 1988 Selangor yang digunakan oleh Jais untuk serbuan itu, ia telah mendedahkan banyak masalah, kata pakar undang-undang kepada The Malaysian Insider.
Profesor Madya Dr Azmi Sharom berkata, enakmen yang menghalang bukan Islam menggunakan 35 perkataan Arab termasuk Allah dan Nabi adalah untuk menghalang usaha umat Islam menukar agama.
Ini adalah bukti pada tajuk enakmen itu sendiri: Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan kepada penyebaran di kalangan Muslim) Enakmen 1988.
"Buku yang terletak dalam bangunan bukan bukti pendakyahan, hatta jika ia mengandungi perkataan Allah," kata Azmi dari Universiti Malaya itu.
Untuk membuktikan pendakyahan, ia mesti ada tindakan seseorang memberikan Bible itu kepada yang lain yang membayangkan maksud untuk mendakyahnya, katanya.
Tetapi tindakan begitu juga boleh dicabar.
"Sesiapa saja boleh pergi ke kedai buku dan membeli Bible. Muslim juga boleh membaca Bible jika dia mahu membuat kajian mengenainya. Jadi bagaimana Jais mahu membuat penilaian?" tanya beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Several dead as Egypt protests turn violent

Posted: 03 Jan 2014 03:43 PM PST



SAYA RASAKAN KEPERITAN RAKYAT...!!!

Posted: 03 Jan 2014 08:38 AM PST

 

2014: Bahagiakah anak muda di Malaysia?

Posted: 03 Jan 2014 08:15 AM PST

Cerita Kucing Masuk Dalam Kain! - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Jan 2014 08:10 AM PST

Bahasa 'TEGANU' Bahasa KEDUA Terbaik Dunia!! - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Jan 2014 08:07 AM PST

Suami Tak JIMAK Isteri Kerana SAKIT HATI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Jan 2014 08:06 AM PST

Bolehkah Solat Berjemaah Dalam Kereta? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Jan 2014 07:40 AM PST

Tiada muzakarah dengan Umno kecuali isu rakyat

Posted: 03 Jan 2014 06:54 AM PST

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan parti itu hanya bersedia untuk mengadakan pertemuan dan bermuzakarah dengan Umno hanya membabitkan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat dan ketirisan sahaja dan bukannya isu propaganda daripada Umno.

Jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily, pendirian yang telah ditetapkan oleh PAS jelas bahawa apa jua isu yang berkaitan propaganda tidak akan dilayan malah tidak akan ada sebarang muzakarah antara kedua-dua parti itu.

"PAS jelas dalam pendirian bahawa tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Umno jika sekadar ingin membincangkan isu propaganda yang ditimbulkan oleh mereka seperti isu perpecahan oleng Melayu, isu ancaman kaum bukan Islam dan itu semua adalah propaganda dan mainan politik umno semata-mata. Tidak ada keperluan untuk kita duduk berbincang.

"Mana ada ancaman dari orang Cina, itu semua mainan politik murahan Umno, dia timbulkan isu, lepas tu nak ajak PAS berbincang. Jelas tidak ada muzakarah dalam isu mainan politik Umno," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Biarkan Umno@BN bermain politik, bukan polis

Posted: 03 Jan 2014 06:53 AM PST

POLIS patut menunjukkan rasa amat kesal kerana mendakwa gambar lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera ketika protes pada Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka.

Pasukan polis wajar menerapkan prinsip demokratik dalam menjalankan tugas memelihara kesejahteraan orang ramai dan bukan hanya (menjaga kepentingan) kerajaan.

Sememangnya wajar pihak polis meminta maaf kerana tersilap mendakwa gambar seorang lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera semasa bertugas ketika protes antikenaikan harga pada sambutan tahun baru di Dataran Merdeka.

Laman Facebook rasmi polis telah memuat naik gambar seorang lelaki tidak berbaju dan cedera di kepala yang disangka sebagai seorang pegawai polis yang bertugas ketika perhimpunan anti-kenaikan harga pada malam Selasa lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: