Ahad, 5 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Marina 30, sudah 4 tahun kahwin tapi masih dara

Posted: 05 Jan 2014 10:42 PM PST

  • Tertekan nikah lelaki gayMarina menceritakan kisahnya kepada pemberita, semalam.
 1 / 1 
AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya  lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

"Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.

"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007," katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tid Siak dapat dipenuhi.

"Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja," katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

"Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa," katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir. -  Sinar Harian

Ketika rakyat diminta berjimat, menteri buat parti hari jadi mewah ..

Posted: 05 Jan 2014 09:45 PM PST

OLEH MALAYSIAN INSIDER
JANUARY 06, 2014
Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014.Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014.Beberapa menteri terus hidup dalam kemewahan ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan parti hari jadi yang "mewah" di sebuah hotel lima bintang dekat Kuala Lumpur semalam yang tetamunya mendakwa menjadi sambutan Tahun Baru.
Seorang lagi menteri telah membuat sambutan perkahwinan dua hari untuk anak beliau di satu lagi hotel lima bintang di ibu Kuala Lumpur bulan lepas, diserikan oleh kerabat diraja dan orang kenamaan dan telah dihiburkan oleh penyanyi wanita dari Indonesia.
Beberapa penulis blog pro-Umno pula  mempertikaikan keperluan Jabatan Perdana Menteri memiliki dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada tahun 2012.
Tetapi majlis makan tengahari semalam yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.
Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu dan yang menyambut ulang tahun berpakaian merah sebagai tema parti itu.
Tetamu Ahmad Zahid memenuhi ruang makan di dewan tarian utama hotel ini manakala dia bercampur dengan mereka, termasuk beberapa pegawai kanan kerajaan yang telah dijemput melalui e-mel yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.
Naib Presiden Umno ini tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan semua yang hadir selepas parti berakhir, sementara kereta-kereta mewah dengan pemandu berbaris di depan hotel, menyebabkan lalu lintas tersekat selepas dihentikan oleh Porsche Cayennes hitam dan Toyota Alphards yang diletakkan di tepi jalan.
The Malaysian Insider cuba untuk bercakap dengan Ahmad Zahid tetapi dihalang oleh pengawal peribadi beliau dan diminta untuk meninggalkan majlis atau diiring keluar.
Tidak diketahui siapakah yang membuat bayaran untuk parti Ahmad Zahid ini, ataupun kenapa tema merah dipilih, tetapi tetamu beliau berpakaian terbaik mereka dengan beg tangan berjenama dan totes di tangan.
Tetamu memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu telah disambut untuk dua hari jadi, Ahmad Zahid dan cucu beliau yang jatuh pada hari yang sama tetapi juga menegaskan bahawa ia adalah sebuah parti Tahun Baru sebagaimana yang terpampang di latar belakang pentas.
Jemputan juga telah dihantar melalui e-mel pada hari Jumaat kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri yang terpilih. E-mel yang bertajuk "Sambutan Hari Jadi Menteri Dalam Negeri", juga termasuk nota jemputan kepada menteri Kabinet dan ahli Majlis Tertinggi Umno.
Parti hari jadi mewah dan perkahwinan mewah anak perempuan menteri hatta kereta baru Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng datang pada ketika kebanyakan rakyat Malaysia merungut tentang kenaikan harga untuk elektrik, makanan, bahan api dan juga kos persekolahan.
Harga bahan api, gula dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya memotong subsidi manakala tambang pengangkutan awam akan meningkat pada tahun ini. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada tahun 2015.
Perbelanjaan kerajaan melonjak dengan bajet tahun ini sehingga RM264.2 bilion berbanding tahun lepas RM251.6 bilion di tengah-tengah kebimbangan bahawa Putrajaya tidak mengurangkan perbelanjaan walaupun meminta orang ramai untuk berbuat demikian.
Rakyat Malaysia juga mencemuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Putrajaya akan melaksanakan 11 langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan pada tahun 2014.
Pakar ekonomi Najib, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah pun menasihatkan pengguna untuk berbelanja dengan bijak dan mencari alternatif.
Bekas pegawai bank itu berkata rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan hidup mengikut kemampuan mereka.
"Saya pergi ke pasar setiap minggu. Saya tahu bahawa harga barangan keperluan asas adalah tinggi, tetapi pengguna mempunyai pilihan dalam apa yang mereka membelanjakan wang mereka," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan berita. – 6 Januari, 2014 TMI

Serbuan JAIS ikut undang-undang

Posted: 05 Jan 2014 06:12 PM PST

SHAH ALAM – Serbuan Jabatan Agama Islam  Selangor (Jais) ke atas Pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Damansara Kim, Khamis lalu adalah mengikut undang-undang, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Menurutnya, serbuan tersebut menunjukkan pihak berkuasa agama di negeri Selangor bertanggungjawab mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada dalam menjalankan tugas menguatkuasakan perundangan Islam di negeri ini.

"Apakah tujuan (gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya) mereka itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah kemungkinan untuk kelirukan orang Islam dengan kalimah ALLAH, yang kita bertuhankan ALLAH yang satu sedangkan mereka (Kristian) bertuhankan tiga (triniti) .

"Apakah tujuan mereka menggunakan kalimah ALLAH bukannya God dalam bible itu," katanya sewaktu berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Amal dan Penutupan Promosi Jualan Akhir Tahun di ruang legar Kompleks PKNS, semalam.


Tegasnya, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Bukan Islam) telah diguna pakai di negeri ini sejak 1988, bukannya baru sekarang malah telah dimasukkan dalam perlembagaan.

"Cuba fikir jika kalimah ALLAH digunakan oleh orang bukan Islam. Di botol arak, di rumah karaoke atau di mana sahaja contohnya botol arak cap Kaabah. Apakah akan terjadi?

"Inilah yang merunsingkan kita. Sultan sebagai ketua agama mengingatkan perkara ini bukanlah satu perkara yang remeh dan ia perlu ditangani dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam sebulat suara turut menyatakan sokongan padu ke atas titah Sultan Selangor dalam isu Kalimah ALLAH dan mahu keamanan dan keharmonian yang sedia ada dikekalkan.

Kutipan amal sebanyak RM245,000 untuk Tabung Gaza daripada sumbangan peniaga-peniaga dan pengunjung Kompleks PKNS Shah Alam berjaya dikumpul sepanjang program promosi Jualan Akhir Tahun PKNS yang bermula 5 Disember dan berakhir hari ini. - Sinar Harian

Tidak akan ada Hard Rock Cafe di Putrajaya - Aseh Che Mat

Posted: 05 Jan 2014 03:45 PM PST

Oleh  Siti A'isyah Sukaimi

KUALA LUMPUR: Pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) tidak akan menjadi kenyataan selepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat malam ini memohon maaf dan memaklumkan bahawa tiada premis berunsur jualan arak dan hiburan akan dibenar beroperasi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu

Aseh yang memuat naik status terbarunya di laman Facebook (FB) lewat malam ini menjelaskan bahawa tiada permohonan dibuat oleh Hard Rock International untuk mewujudkan HRC walaupun mengakui menerima kunjungan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir yang menyatakan hasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan serta kemungkinan membuka premis hiburan itu."Namun tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali.

"Setelah mendengar dengan perihatin ke atas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur2 penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai Pusat pentadbiran kerajaan.
Foto
ASEH bersama Syed Yusof di Putrajaya. FOTO FB Tan Sri Aseh Che Mat

"Saya mohon maaf jika isu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan di kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam Facebook.

Semalam, cadangan pembukaan HRC di Putrajaya, iaitu premis kelima di negara ini selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu, mencetuskan kemarahan dan bantahan ramai terutama penduduk Putrajaya.

Syed Yusof dikatakan telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi yang didakwa sebagai tarikan baharu di Putrajaya termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan golongan muda.

Beberapa jam selepas berita pembukaan Hard Rock Cafe disiarkan di Internet, satu akaun di laman sosial Facebook (FB) diwujudkan menggunakan nama 'Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya' yang mendapat lebih 7,000 'likes' hingga tengah malam ini.

"Kami faham dan akur ini negara berbilang kaum dan agama. Kami cuma minta Putrajaya kekal sebagai bandar pentadbiran boleh dibanggakan untuk sebuah negara Islam.

"Bukalah Hard Rock Cafe dan segala macam pusat hiburan dan minum arak di tempat lain, bukan di Putrajaya." Itu antara penjelasan bertulis yang terdapat pada akaun berkenaan.

Selain akaun itu, bantahan pembukaan Hard Rock Cafe turut dibangkitkan pemilik akaun 'Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad' dan ia mendapat bantahan daripada pengikut laman itu.

Malah, tinjauan Harian Metro bagi mendapatkan reaksi daripada orang ramai mendapati, kebanyakannya memberikan maklum balas menolak pembukaan cawangan Hard Rock Cafe yang dijangka beroperasi di Menara Ikhlas Presint 3, di sini.

Kakitangan kerajaan, Azahani Ahmad Othman, 30, berkata, kafe bertaraf antarabangsa itu tidak sepatutnya dibuka di Putrajaya kerana kebanyakan komuniti di sini adalah Muslim.

"Saya membantah pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya dan berharap tiada ruang diberikan untuk ia beroperasi di sini.

"Pada masa sama, kita tidak mahu menjejaskan imej Putrajaya kerana ini adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan tidak sepatutnya Hard Rock Cafe berada di sini," katanya.

Ahli Perniagaan Muhamad Khairuddin Othman, 30, berkata, pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya akan memberi peluang kepada pengusaha kelab malam lain untuk cuba mendapatkan lesen beroperasi di sini.

"Kita tidak perlu mempertimbangkan untuk memberikan peluang kepada kafe berkenaan beroperasi di sini kerana kita sememangnya tidak mahu Hard Rock Cafe beroperasi di Putrajaya.

"Walaupun saya bukan penduduk Putrajaya tetapi saya berpendapat, Putrajaya tidak sepatutnya mempunyai Hard Rock Cafe," katanya.

Pekerja kedai aksesori kenderaan, Muhammad Iqbal M.A Karim, 22, berkata, untuk menarik kehadiran pengunjung di Putrajaya, pembukaan Hard Rock Cafe bukan langkah terbaik.

Menurutnya, lokasi pusat Pentadbiran Kerajaan ini sememangnya sudah terkenal dan mempunyai kawasan menarik sekali gus pembukaan kafe bertaraf antarabangsa tidak diperlukan. myMetro

Cerita dari bekas-bekas tahanan ISA yang baru dibebaskan ...

Posted: 05 Jan 2014 09:23 AM PST

TAIPING: Bekas tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyifatkan tempoh dua tahun 'disumbat' di dalam pusat tahanan telah membuka mata mereka untuk lebih menghargai kehidupan dan konsep kebebasan yang sebelum ini hanya dipandang 'enteng'.
Dua daripada enam bekas tahanan yang ditemui Bernama dalam sesi temubual khas malam Sabtu, juga mengakui pelbagai pengalaman dan pelajaran berguna yang diperoleh di sebalik tembok batu itu turut memperkukuh azam mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik apabila melangkah keluar, dari tempat itu pada Ahad.
Bakar Baba, 38, yang lebih mesra dipanggil 'cikgu', berkata sepanjang dua tahun itu membuatkan beliau 'mengenali' siapa sebenarnya sahabat dan saudara yang benar-benar mengambil berat terhadapnya serta keluarga.
"Pengajaran sepanjang dua tahun ini, kita gunakan masa yang ada pada hari ini sebaik-baiknya kerana kita tidak tahu sama ada esok kita hidup atau tidak. Hari ini adalah kenyataan," katanya penuh makna ketika ditemubual ... Bernama di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, di sini malam Sabtu.
Beliau yang mendiami sel nombor 1, Blok B di situ turut menepis dakwaan sesetengah pihak mengenai penderaan terhadap banduan di pusat berkenaan, sebaliknya mengakui menerima layanan baik sepanjang ditempatkan di situ
.
"Kakitangan di sini menunaikan amanah dengan cemerlang menjaga kami, layanan baik dan sabar mereka terhadap sikap penentangan tahanan yang bukan dituju kepada kakitangan di sini sebenarnya.
"Jika ada yang dakwa berlaku penderaan di sini, ia adalah satu penipuan," katanya yang pernah menjadi tukang masak di pusat tahanan itu.
Katanya, soal tertekan juga tidak timbul kerana sepanjang menjalani hukuman di pusat berkenaan mereka tidak pernah disekat daripada bertemu anggota keluarga mahupun untuk berhubung melalui telefon.
Bakar yang berhasrat meneruskan perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang terbantut sejak penahanannya pada 15 November 2011 itu juga menghargai peluang mendalami ilmu agama malah pernah mengamalkan ibadah puasa Nabi Daud A.S serta mengkhatam al-Quran sebanyak dua kali sebulan.
Seorang lagi tahanan, warga Filipina, Muadz Hakim, 28, yang dikenali 'ustaz' berkata kesempatan untuk mendalami ilmu agama selain belajar bahasa Inggeris dan Arab akan menjadi kenangan manis sepanjang dua tahun beliau di situ.
Bapa kepada seorang anak lelaki itu melahirkan rasa syukur kerana mampu khatam al-Quran sebanyak 15 kali dan menghafaz 12 juzuk sepanjang dua tahun di situ di samping amalan berzikir dan istiqamah wirid sentiasa terjaga.
"Saya bersyukur, warga di sini termasuk guru-guru memberi layanan yang memuaskan dari aspek pakaian, perjumpaan keluarga dan makanan...saya suka menu ikan atau ayam masak 'masam manis' dan 'bistik'...perpustakaan juga menyediakan kitab-kitab agama yang saya ingin baca," katanya.
Muadz yang turut memperdengarkan beberapa potong ayat al-Quran dengan bacaan bertarunum, turut menyatakan hasrat ingin menjadi tenaga pengajar agama kepada kerajaan Malaysia.
"Kalau boleh saya minta kerajaan Malaysia ambillah saya sebagai tenaga pengajar agama dan bahasa Arab. Saya juga mahu menjadi penduduk tetap (PR) di negara ini, saya suka Malaysia, saya mahu anak keturunan saya tinggal di sini, menjadi rakyat negara ini," katanya yang pernah memohon status PR sebelum ini.
Beliau yang tekad untuk meneruskan perniagaan produk makanan tambahan berasaskan herba serta amalan kesihatan seperti bekam dan refleksologi sebaik kembali ke pangkuan keluarga, turut mengakui pengalaman berjauhan dengan keluarga adalah sesuatu yang pahit. - BERNAMA

Tiada ulasan: