Ahad, 5 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Naik Harga : Versi Menteri Cap Ayam

Posted: 05 Jan 2014 09:21 PM PST



Anwar : Sejarah buktikan Saddam, Soeharto juga selalu ‘menang’ pilihan raya

Posted: 05 Jan 2014 09:18 PM PST

4PUCHONG 6 JAN: Sejarah dunia membuktikan kerajaan di dunia yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dengan mempraktikkan demokrasi 'setengah masak' terhadap rakyatnya sering memperoleh 'kemenangan besar' setiap kali pilihan raya diadakan.
Bagaimanapun, kemenangan itu diperoleh dengan cara penipuan dan memanipulasi segala jentera termasuk badan yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara masing-masing.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata antara negara contoh yang mempraktikkan amalan itu termasuk Iraq ketika di bawah pemerintahan Presiden Saddam Hussein dan Indonesia ketika di era Presiden Soeharto.
"Ketika era Soeharto dalam pilihan raya, 99 peratus sokong dan begitu juga di Iraq ketik di bawah Saddam Hussein ada cerita benar berkenaan seorang anak muda yang mengundi pembangkang kerana tidak setuju dengan presiden berkenaan.
"Apabila dia balik rumah, ibu bapa anak muda itu memarahinya kerana tindakan mengundi tidak menyokong Saddam akan mengakibatkan nyawa ahli keluarga mereka berada di dalam bahaya," katanya ketika menyampaikan ucaptama Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial, di sini, semalam.
Anwar berkata, anak muda itu dipaksa ibu bapanya untuk kembali ke tempat mengundi untuk membetulkan undi yang dibuat sebelumnya demi keselamatan keluarga.
Read More / Baca Lagi >>

GERAMM sedia disiasat, tegas hanya 'permulaan'

Posted: 05 Jan 2014 09:16 PM PST

Gerakan Media Marah (GERAMM), penganjur perhimpunan menuntut kebebasan media dan menyokong The Heat di ibu negara Sabtu lalu rela disiasat polis dan memikul tanggungjawab penuh  atas acara itu.
 
Perkumpulan longgar wartawan itu bagaimanapun menegaskan protes itu hanya satu permulaan dan ia tidak mengendurkan semangat "berani lawan" mereka.
 
"Jika benar laporan The Sun (malam) tadi, saya sedia disiasat isu Protes Pensel Merah. Saya ambil penuh tanggungjawab.
 
"Saya beri kerjasama penuh pada polis untuk siasatan ini seperti polis tidak ganggu hak kami adakan Protes Pensel Merah 4 Januari," kata jurucakap GERAMM Fathi Aris Omar (gambar atas, dua dari kanan) yang memimpin perhimpunan itu.
 
The Sun malam tadi melaporkan, polis sudah memulakan siasatan terhadap penganjuran "Protes Pensil Merah" oleh kumpulan wartawan dan aktivis media kerana gagal memberikan notis berhimpun 10 hari lebih awal. 
 
Ketua CID polis Kuala Lumpur SAC Datuk Ku Chin Wah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Anggap proses biasa
 
Sementara itu, dalam kenyataannya di Twitter beliau malam tadi, Fathi juga berkata, sebagai editor, siasatan selalunya "proses biasa" yang sudah lama dilaluinya.
 
"Saya tunggu notis rasmi pihak berwajib," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Ais Naik Harga: Peniaga terpaksa naik harga air, penguna jadi mangsa..!!

Posted: 05 Jan 2014 09:12 PM PST

Peniaga terpaksa naik harga air  
Harga minuman antara paling terkesan akibat kenaikan harga ais kiub.
SHAH ALAM – Pengusaha restoran tiada pilihan dan  terpaksa menaikkan harga minuman berikutan kenaikan harga ais.

Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, kenaikan tidak dapat dielakkan.

"Kami faham pengeluar ais terpaksa menaikkan harga disebabkan tarif elektrik naik. Mangsanya ialah pengguna akhir iaitu pengusaha restoran.

"Sebelum ini, kami sudah banyak kali menyerap kos akibat kenaikan harga gula dan sebagainya. Namun, kali ini kami tidak boleh tahan dan terpaksa menaikkan harga minuman dan makanan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tindakan itu bukan bertujuan mengaut untung, sebaliknya bagi menampung kos kenaikan harga barang mentah.

"Ais naik harga 20 peratus, tetapi kita tidak naikkan harga minuman dengan kadar sama.

"Sebagai sebuah persatuan yang bertanggungjawab, kita akan pantau ahli-ahli agar tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Read More / Baca Lagi >>

Kalimah ALLAH: Majlis Fatwa harus bertindak

Posted: 05 Jan 2014 09:10 PM PST


mahfuz omar 

KUALA LUMPUR - Pas hari ini menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyelesaikan segera kekeliruan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang kembali diperdebatkan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Majlis Fatwa perlu memanggil satu mesyuarat untuk menyatakan pendirian mengenai perkara itu.

Menurutnya, penggunaan enakmen agama Islam dan keputusan perbincangan Kabinet mengenai perkara itu telah mengelirukan semua pihak.

"Majlis Fatwa kena buat penetapan, nyatakan pendirian mengenai penggunaan kalimah ALLAH ini.

"Majlis Fatwa kena panggil segera dan berunding bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku kepada rakyat yang beragama Islam, bukan Islam, Pas dan Umno, semua keliru.

"Undang-undang atau penyelesaian ini mesti ada satu betul dan satu tak betul, sebab al-Quran yang kita guna hanya satu, tak ada Selangor guna al-Quran lain, Putrajaya guna al-Quran lain," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

BUGHAH : PAS TERENGGANU DESAK MUFTI PERAK TARIK BALIK TUDUHAN

Posted: 05 Jan 2014 08:53 PM PST

ISU 300 GURU KAFA : PAS DESAK KERAJAAN TERENGGANU KEMBALIKAN JAWATAN MEREKA

Posted: 05 Jan 2014 08:53 PM PST

Di tengah kenaikan harga barangan, Najib pertahan pemotongan subsidi, pemimpin terus bermewah....

Posted: 05 Jan 2014 06:52 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014.
Beliau berkata jika perkara itu tidak dilakukan, pertumbuhan ekonomi negara akan berlaku dengan kadar perlahan dan harapan negara mencapai pertumbuhan pada kadar 5 ke 6% pada tahun ini tidak mungkin tercapai.
"Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah.
"Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Najib berkata, tempoh sasaran negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 semakin singkat dan setiap dasar yang dibuat kerajaan perlu mengambil kira pandangan rakyat.
Katanya, rasionalisasi subsidi yang diperkenalkan kerajaan tidak dihapuskan secara langsung dan peruntukan pembangunan yang diperkenalkan kerajaan juga antara tertinggi yang pernah diumumkan.
"Oleh itu, dalam tahun 2014 dan tahun yang akan datang, kita mesti meneruskan dasar transformasi negara kerana matlamat utamanya adalah mencapai status negara maju dan kita tidak mahu lari daripada landasan ini.
"Dasar rasionalisasi subsidi tidak dihapuskan secara terus. Tidak ada negara dalam dunia ini, memperuntukkan pembangunan RM45 bilion. Keadaan ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap rakyat dan pemotongan subsidi secara berperingkat yang dilakukan boleh menolong pelbagai golongan seperti mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

Mercedes Benz, isunya kemewahan, bukan harga berpatutan

Posted: 05 Jan 2014 06:50 PM PST


Kalau ada rumah sendiri, mengapa nak tidur di rumah kerajaan? Kalau ada jam tangan Casio yang berfungsi dengan baik, apakah perlu membeli jam tangan Rolex walaupun diberi diskaun?
Kalau ada tiket tambang murah mengapa pilih penerbangan yang lebih baik walaupun ianya adalah satu 'entitlement' atau peruntukan untuk jawatannya?

Kalau ada kereta Camry yang masih baru, mengapa perlu tukar ke Benz?

Bagi seorang pemimpin yang selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bersederhana, persoalan-persoalan di atas perlu sentiasa dijadikan keutamaan dalam tindak-tanduknya.

Lebih-lebih lagi kalau pemimpin ini selalu menjadi juara menyerang pihak lawan yang sekian lama memilih kemewahan untuk keuntungan politik.
Apabila rakyat melihat pemimpin yang pada mereka sepatutnya bersifat sederhana ini memilih Benz, yang jauh lebih mewah daripada Camry yang berusia dua bulan, hati mereka dihentak seperti cermin kereta terkena batu.

Hentakan itu bukan sahaja menyebabkan cermin kereta tersebut cacat kerana berlubang, malah hanya menanti masa untuknya merebak dan meretakkan seluruh cermin sehingga hancur.
Read More / Baca Lagi >>

Mujur Yang Datang Bawa Bunga Itu Marina Mahathir, Jika Nurul Izzah....3 bulan tak selesai lagi..!!

Posted: 05 Jan 2014 06:30 PM PST

Pertama-tama GB ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Marina Mahathir yang (sekurang-kurangnya) berusaha untuk mewujudkan keharmonian rakyat Islam-Kristian yang hubungan baik kedua komuniti ini telah diporak-perandakan dengan isu kalimah Allah.

Mujur yang datang membawa bunga itu Marina, bukan mana-mana pemimpin wanita dari PKR atau PAS. Katakanlah yang datang itu Nurul Izzah atau Dr.Mariah, sudah pasti gegak gempita media massa arus perdana dan sekalian para macai UMNO memainkan isu berkenaan.... semnggu dibuatkan liputan khusus mengutuk senario berkenaan.

UMNO menjadikan isu "kalimah Allah" ini sebagai talian hayat terakhir untuk survivalnya di dalam arena politik negara sebelum ia terus pupus. Di dalam dunia ini, hanya kerajaan UMNO yang memutuskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Tiada nas atau dalil dari Al-Quran mahupun hadith yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Yang ada cuma ledakan emosi dan prasangka.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kalimah Allah bukan milik UMNO, bukan milik Melayu. Semua orang berhak menggunakannya. Kita semua milik Allah bukan seperti pendirian UMNO yang berpendirian disebaliknya, Allah milik kita.

Tentang penggunaan Allah di dalam gereja, tiada siapa pun dapat menghalangnya kerana Al-Quran sendiri menjelaskan :

Maksudnya :"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." -Al-Haj:40 


GB

Bas Sekolah: SPAD ‘cuci tangan’

Posted: 05 Jan 2014 06:25 PM PST

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) menyelar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai tidak berpendirian berikutan membenarkan ibu bapa dan sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyediakan perkhidmatan bas sekolah sendiri.
Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusof mendakwa tindakan SPAD itu tidak lebih sebagai 'cuci tangan' kerana mahu melepaskan diri daripada isu kenaikan tambang bas sekolah hingga mengeruhkan hubungan antara ibu bapa dan pengusaha. "Sebelum ini, SPAD memberi masa kepada pengusaha sehingga Tahun Baru Cina ini sebelum umum cadangan tambang baru bas sekolah, namun pada masa sama SPAD keluarkan kenyataan membenarkan PIBG sediakan perkhidmatan bas sekolah sendiri manakala ibu bapa juga boleh menggunakan khidmat van atau kenderaan persendirian bebas.

"Kami tidak faham apa sebenarnya pendirian SPAD dan seolah-olah tidak memainkan peranan mereka. Sebelum ini, GPPBSM akur menangguhkan kenaikan tambang selepas diminta SPAD pada Disember lalu dan mereka berjanji memberi cadangan tambang selepas Tahun Baru Cina, tapi lain pula jadinya," katanya, semalam.
Beliau menegaskan SPAD sepatutnya menumpukan usaha untuk mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak, sebaliknya membuat cadangan tidak masuk akal yang hanya akan merugikan sebelah pihak iaitu pengusaha.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Kemalangan bertukar rompakan

Posted: 05 Jan 2014 06:23 PM PST

SERDANG – Hajat seorang pengawai kanan Maritim Malaysia (APMM) yang mahu berbincang dengan pemandu kenderaan yang melanggar keretanya bertukar ngeri apabila mangsa ditembak manakala isteri dan keretanya dilarikan dalam kejadian di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran susur keluar ke Puchong dekat sini malam kelmarin.
Satu sumber berkata, sebelum kejadian pukul 11.45 malam itu, mangsa Nazaruddin Mat, 35, yang berjawatan Pengarah Pentadbiran Bahagian Kewangan APMM di Kuantan, Pahang dan isterinya menaiki kereta Honda Accord dalam perjalanan dari Shah Alam menghala ke Semenyih.

Rakyat Terpaksa Bayar Yuran Sekolah Guna Duit Syiling..

Posted: 05 Jan 2014 06:06 PM PST

Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut.

Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah.

Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00.

Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini. Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut.Read More / Baca Lagi >>

Dataran Merdeka yang tidak merdeka

Posted: 05 Jan 2014 06:03 PM PST

Dataran Merdeka sebuah nama besar dalam sejarah tanah air. Ia bukan manusia yang boleh berfikir, bernostalgia, gembira, marah dan benci. Ia bukan pemimpin politik yang mengeluarkan pidato yang membakar. Bukan juga seniman yang mengalunkan suara medunya.

Tetapi ia hanya sebidang tanah di tengah jantung Ibu Kota yang digelar Dataran Merdeka, sebuah dataran yang penuh sejarah, menyaksikan jatuh bangun rakyat, di atasnya dikumandangkan perisytiharan kemerdekaan 57 tahun lalu.

Di zaman penjajah British, ia dikenal sebagai padang Kelab Selangor kerana di situ ada kelab tempat golongan elit penjajah British berkumpul, minum-minum ada dan bermain hoki. Namun ada juga segelintir pegawai Melayu yang 'tumpang semangkuk' bersantai di kelab itu.

Di depan Dataran Merdeka itu ialah bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikkan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Sejak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka dan pelbagai pesta hiburan.
Read More / Baca Lagi >>

Harga ais naik, peniaga terbeban, penguna jadi mangsa..!!

Posted: 05 Jan 2014 06:01 PM PST

ais KUALA KANGSAR - Rata-rata peniaga memaklumkan harga ais sudah naik bermula pada 1 Januari lepas dan ada di antara mereka terpaksa menaikkan harga barangan bagi menampung kos yang meningkat.

Seorang peniaga restoran, Salim PS Hassan, 46, berkata, dia terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman di kedainya kerana terbeban dengan beberapa siri kenaikan sebelum ini.

Beliau yang mengusahakan Restoran Nasi Kandar Chandan Maju, di sini, memberitahu sebelum ini tidak menaikkan harga makanan dan minuman di premisnya meskipun berdepan beberapa kenaikan harga barang namun kenaikan harga ais kali ini membuatkannya terpaksa berbuat demikian.

"Sehari pun kadang-kadang kita pakai sampai 10 pek. Jadi di situ saja sudah menelan kos yang berbeza berbanding sebelum ini. Masa harga gula naik, saya tidak naikkan harga lagi.

"Tapi bila harga ais pun naik, saya terpaksa naikkan harga bagi menampung kos lain," katanya ketika ditemui Sinar Harian di restorannya, semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 44, berkata, dia masih mengekalkan harga minuman di restorannya walaupun harga ais sudah meningkat.

Read More / Baca Lagi >>

Dr Maza: Mufti@Agamawan Dalam Kerajaan Bukan Kerja Mempertahankan Kerajaan Tetapi Agama

Posted: 05 Jan 2014 04:56 PM PST

Najib sudah hilang segala-galanya, ubahlah

Posted: 05 Jan 2014 04:52 PM PST

Isu 'Allah' tidak reda-reda. Tidak usah kita sebut tentang undang-undang. Kita bercakap tentang moral kita yang beragama dan bertuhan. Kalau kita bercakap diatas dasar undang-undang dan keputusan mahkamah, orang yang membunuh manusia lain pun boleh terlepas dengan berbagai-bagai cara. Undang-undang boleh melepaskan pesalah rasuah dan perogol dan sebagainya. Ini isu agama yang berkaitan dengan penganut berbagai agama yang sedang berkelahi tentang isu sensitif ini.
Perkelahian ini berlaku adalah  kerana politik. Tuduhan saya ini adalah tuduhan yang benar dan jika ada yang mengatakan ia tidak benar katalah sekehendak hati. UMNO Selangor cuba untuk berdemonstrasi. Puas saya mengkaji dan bertanya kepada alim ulamak muktabar, tidak ada siapa di antara mereka yang faham tentang Islam bersetuju ini adalah Islam sebenarnya.
Kalau boleh di kalangan UMNO Selangor memberitahu kita yang apa yang mereka lakukan adalah tuntutan agama kita. Setakat ini semuanya bersetuju apa yang diniatkan oleh UMNO Selangor itu amat bertentangan dengan Islam sendiri yang mengutamakan keharmonian hidup semua umat Tuhan ini.
Dalam isu ini bukan sahaja mendapat reaksi negatif dari orang Melayu beragama Islam yang benar-benar mengamalkan Islam yang sebenarnya. Hanya di negara ini sahaja isu ini hidup kerana isu seperti ini hidup adalah di sebabkan kelemahan pimpinan yang menonjol sekarang ini.
Tiada siapa dikalangan pimpinan dalam kabinet negara yang telah keluar untuk membuat keputusan yang muktamad dalam hal ini. PM Najib mungkin sedang sibuk untuk pergi merata-rata didunia ini untuk melihat matahari naik untuk tahun baru ini, dan mungkin beliau tidak dapat melapangkan masa untuk menyelesaikan isu hangat dan sensitif ini. Beliau pun telah begitu penat berucap dibanyak tempat maka sememangnyalah beliau merasakan terpaksa keluar negara dan melihat matahari tahun baru naik ditempat-tempat lain.
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah Allah: UMNO Sepatutnya Berdemo Di Depan Seri Perdana

Posted: 05 Jan 2014 04:50 PM PST

Pepatah orang tua-tua ada menyebut, sesat di tengah jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Pepatah ini membawa makna yang cukup mendalam dan signifikan dengan kehidupan seharian kita. Apabila kita sesat di tengah hutan dan hilang punca arah tujuan, jalan paling selamat ialah carilah jalan di mana kita bermula.

Dalam kehidupan seharian juga begitu sebenarnya. Apabila kita hilang punca untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah, cubalah cari di manakah puncanya. Hanya dengan mengetahui punca dan di mana bermulanya sesuatu masalah itu, barulah sebarang kekusutan dapat dirungkai dan diatasi.

Begitu juga dalam isu kalimah Allah yang kembali menghangatkan persekitaran kita sekarang ini. Sekarang ini bukan saja berlaku berbalas-balas kenyataan dalam media untuk mempertahankan pendirian masing-masing, malah sudah merebak sehingga mahu mengadakan demontrasi di depan gereja. Tidak mustahil jika demonstrasi di depan gereja dibenarkan, selepas ini akan berlaku demo di depan masjid oleh bukan Islam pula. Dalam masa yang sama, perasaan curiga-mencurigai mula bercambah dan akan terus menebal antara penganut Islam dan Kristian di negara ini.

Walaupun demonstasi yang dirancang oleh UMNO Selangor di depan sebuah gereja di Kelang dibatalkan dan digantikan dengan demonstrasi di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kelang dan hanya dihadiri sejumlah kecil daripada beberapa NGO dan kalangan pemimpin UMNO Selangor juga, hakikatnya keharmonian antara Islam dan Kristian sudah tercemar.

Berbalas kenyataan, berdemonstrasi dan saling tuduh-menuduh tidak akan menyelesaikan pertikaian mengenai penggunaan nama Allah ini jika punca masalahnya tidak dicari. Jika kita imbas kembali punca pertikaian penggunaan nama Allah ini adalah berpunca daripada kelemahan kerajaan dan sikap dua wajah Najib sendiri dalam menangani isu ini.
Read More / Baca Lagi >>

Wang haram RM6 juta: Pegawai kanan polis dipindahkan

Posted: 05 Jan 2014 04:46 PM PST


Seorang pegawai kanan polis Kuala Lumpur yang disiasat kerana penggubahan wang haram bernilai RM6 juta telah dipindahkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman minggu lalu, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, perpindahan itu bertujuan untuk menghentikan beliau daripada terlibat dengan kerja "barisan hadapan" sehingga siasatan kes rasuah itu selesai.
Sumber berkata, pegawai kanan itu dipindahkan serta merta ke Sekretariat Polis, Bukit Aman.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 26 Disember lalu mengesahkan seorang pegawai kanan polis bergelar "datuk" telah memberikan kenyataan berkaitan kes penggubahan wang haram bernilai RM6 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, pegawai polis itu telah memberikan kenyataannya di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya seminggu sebelum itu.
"Kami memanggil pegawai kanan polis itu untuk diambil kenyataannya. Dia memberikan kerjasama yang baik dan kami merekodkan kenyataannya.  Tiada tangkapan dibuat," katanya.
Pegawai itu adalah seorang daripada kira-kira 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana penggubahan wang haram yang diperolehi daripada sindiket pelacuran, kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

"PM Borek Menteri Rintik": Ketika rakyat diminta berjimat, menteri dari Umno buat parti hari jadi mewah...

Posted: 05 Jan 2014 04:44 PM PST


Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014. 
Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014.

Beberapa menteri terus hidup dalam kemewahan ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan parti hari jadi yang "mewah" di sebuah hotel lima bintang dekat Kuala Lumpur semalam yang tetamunya mendakwa menjadi sambutan Tahun Baru.
Seorang lagi menteri telah membuat sambutan perkahwinan dua hari untuk anak beliau di satu lagi hotel lima bintang di ibu Kuala Lumpur bulan lepas, diserikan oleh kerabat diraja dan orang kenamaan dan telah dihiburkan oleh penyanyi wanita dari Indonesia.
Beberapa penulis blog pro-Umno pula  mempertikaikan keperluan Jabatan Perdana Menteri memiliki dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada tahun 2012.
Tetapi majlis makan tengahari semalam yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.
Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu dan yang menyambut ulang tahun berpakaian merah sebagai tema parti itu.
Tetamu Ahmad Zahid memenuhi ruang makan di dewan tarian utama hotel ini manakala dia bercampur dengan mereka, termasuk beberapa pegawai kanan kerajaan yang telah dijemput melalui e-mel yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.
Naib Presiden Umno ini tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan semua yang hadir selepas parti berakhir, sementara kereta-kereta mewah dengan pemandu berbaris di depan hotel, menyebabkan lalu lintas tersekat selepas dihentikan oleh Porsche Cayennes hitam dan Toyota Alphards yang diletakkan di tepi jalan.
The Malaysian Insider cuba untuk bercakap dengan Ahmad Zahid tetapi dihalang oleh pengawal peribadi beliau dan diminta untuk meninggalkan majlis atau diiring keluar.
Tidak diketahui siapakah yang membuat bayaran untuk parti Ahmad Zahid ini, ataupun kenapa tema merah dipilih, tetapi tetamu beliau berpakaian terbaik mereka dengan beg tangan berjenama dan totes di tangan.
Read More / Baca Lagi >>

Syria - The long road to Geneva II

Posted: 05 Jan 2014 04:36 PM PST

Violence overshadows Bangladesh polls

Posted: 05 Jan 2014 04:35 PM PST

Anwar Ibrahim: Asia Meningkat & Dialog Peradaban (Asia Rising & Civilizational Dialogue)

Posted: 05 Jan 2014 04:31 PM PST

Anwar: Media Indonesia bebas kritik Presiden, media kita puji Najib PM terbaik dunia

Posted: 05 Jan 2014 04:51 AM PST

4PUCHONG 5 JAN: Kebebasan media di Indonesia jauh meninggalkan Malaysia dengan melaporkan berita lebih telus dan jujur mengenai dasar kerajaan berbanding media tempatan negara ini yang dikongkong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu ini pernah disuarakan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) kepadanya ketika beliau mengadakan lawatan bertemu Presiden negara republik itu.
"Saya duduk sekali dalam satu persidangan dengan Presiden SBY yang kebetulan hari itu muka depan media Indonesia melaporkan laporan positif tentang saya di muka depan dan di muka depan juga serang dia sebab skandal bank Century.
"Dia kata pada saya; tengok Pak Anwar medianya, aduh penat saya. Saya diserang habis-habisan tetapi Pak Anwar dipuji semua.
"Dia presiden, mengeluh media kritik dia tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Kita di sini pula, (laporkan) Perdana Menteri terbaik di dunia," kata Anwar.
Beliau ketika menyampaikan ceramah dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di sini, hari ini.
Kata Anwar, kebebasan media di Indonesia itu merupakan sebahagian dari hasil kejayaan rakyat negara itu melakukan reformasi sehingga menumbangkan kerajaan ketika dipimpin Presiden Soeharto pada 1998.
Read More / Baca Lagi >>

Buat pendirian dalam debat isu Allah, kata Anwar kepada Najib

Posted: 05 Jan 2014 04:50 AM PST


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyertai debat isu Allah apabila meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendiriannya sambil menegaskan dia tidak menyokong cara Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
"Jika Jais rasa ada tindakan yang melanggar undang-undang, mereka sepatutnya memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan.
"Tetapi anda tidak boleh berbuat tindakan drastik sedemikian kerana akan dilihat sebagai tindakan anti Kristian.
"Tidak perlu sedemikian kerana ia akan melahirkan ketegangan," katanya selepas memberikan ceramah di Pusat Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial, memecah kebisuannya selama ini.
Semasa menyerbu PBM, Jais turut menahan dua pegawainya dan meminta mereka ke Balai Polis Damansara.
Tetapi para peguam mempertikaikan tindakan Jais menyerbu premis PBM dan merampas Bible kerana jabatan itu tidak ada kuasa ke atas yang bukan Islam.
Mereka juga mempertikaikan keabsahan enakmen yang digunapakai dalam tindakan itu kerana ia melanggar kebebasan beragama orang bukan Islam.
Anwar percaya tindakan ini adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang melanda negara iaitu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran pemotongan subsidi.
"Saya tidak menolak kemungkinan mereka cuba mengalih perhatian dari masalah ekonomi dan lain-lain masalah yang dihadapi negara termasuk kualiti pendidikan, ketidakadilan ekonomi dan kebejatan moral," katanya sambil meminta Najib menyatakan sikapnya dalam isu ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: