Kelab Greenboc |
- Azmin & Chegubard Menang, Hakim Putuskan Larangan Ke Atas Mereka Sertai BERSIH Salah
- [BERGAMBAR] Bukti Gred A Sambutan Hari Jadi Extravaganza Menteri KDN
- Mujur Yang Datang Bawa Bunga Itu Marina Mahathir, Jika Nurul Izzah....
- Lagi Laporan Polis Terhadap Harussani
Azmin & Chegubard Menang, Hakim Putuskan Larangan Ke Atas Mereka Sertai BERSIH Salah Posted: 06 Jan 2014 01:34 AM PST Mahkamah Rayuan ketepi pengharaman BERSIH 3.0 Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mengetepikan arahan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ). Panel tiga anggota, diketuai oleh Hakim Datuk Linton Albert, mempertimbangkan perintah arahan itu sebagai cacat, ekoran rayuan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin. Hakim lain termasuk Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Wong Dak Wah. Azmin diwakili oleh Datuk CV Prabhakaran sementara bekas timbalan peguam cara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang bersara dan memasuki sektor swasta, serta peguam Sankara Nair mewakili Badrul. Azmin dan Badrul memfailkan rayuan tahun lepas untuk mengetepikan pendakwaan terhadap mereka bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 atas alasan arahan Zaki mengharamkan perhimpunan itu ultra vires kepada PPA. Alasan lain dikemukakan, arahan majistret yang berkuat kuasa pada 30 Jan 2012 itu melebihi bidang kuasanya. -mk
|
[BERGAMBAR] Bukti Gred A Sambutan Hari Jadi Extravaganza Menteri KDN Posted: 05 Jan 2014 10:15 PM PST Ketika rakyat diminta berjimat, menteri buat parti hari jadi mewah Beberapa menteri terus hidup dalam kemewahan ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan parti hari jadi yang "mewah" di sebuah hotel lima bintang dekat Kuala Lumpur semalam yang tetamunya mendakwa menjadi sambutan Tahun Baru. Seorang lagi menteri telah membuat sambutan perkahwinan dua hari untuk anak beliau di satu lagi hotel lima bintang di ibu Kuala Lumpur bulan lepas, diserikan oleh kerabat diraja dan orang kenamaan dan telah dihiburkan oleh penyanyi wanita dari Indonesia. Beberapa penulis blog pro-Umno pula mempertikaikan keperluan Jabatan Perdana Menteri memiliki dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada tahun 2012. Tetapi majlis makan tengahari semalam yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata. Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu dan yang menyambut ulang tahun berpakaian merah sebagai tema parti itu. Tetamu Ahmad Zahid memenuhi ruang makan di dewan tarian utama hotel ini manakala dia bercampur dengan mereka, termasuk beberapa pegawai kanan kerajaan yang telah dijemput melalui e-mel yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. Naib Presiden Umno ini tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan semua yang hadir selepas parti berakhir, sementara kereta-kereta mewah dengan pemandu berbaris di depan hotel, menyebabkan lalu lintas tersekat selepas dihentikan oleh Porsche Cayennes hitam dan Toyota Alphards yang diletakkan di tepi jalan. The Malaysian Insider cuba untuk bercakap dengan Ahmad Zahid tetapi dihalang oleh pengawal peribadi beliau dan diminta untuk meninggalkan majlis atau diiring keluar. Tidak diketahui siapakah yang membuat bayaran untuk parti Ahmad Zahid ini, ataupun kenapa tema merah dipilih, tetapi tetamu beliau berpakaian terbaik mereka dengan beg tangan berjenama dan totes di tangan. Tetamu memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu telah disambut untuk dua hari jadi, Ahmad Zahid dan cucu beliau yang jatuh pada hari yang sama tetapi juga menegaskan bahawa ia adalah sebuah parti Tahun Baru sebagaimana yang terpampang di latar belakang pentas. Jemputan juga telah dihantar melalui e-mel pada hari Jumaat kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri yang terpilih. E-mel yang bertajuk "Sambutan Hari Jadi Menteri Dalam Negeri", juga termasuk nota jemputan kepada menteri Kabinet dan ahli Majlis Tertinggi Umno. Parti hari jadi mewah dan perkahwinan mewah anak perempuan menteri hatta kereta baru Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pun jadi isu (walaupun dibeli dengan diskaun 55% -GB) pada ketika kebanyakan rakyat Malaysia merungut tentang kenaikan harga untuk elektrik, makanan, bahan api dan juga kos persekolahan. Harga bahan api, gula dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya memotong subsidi manakala tambang pengangkutan awam akan meningkat pada tahun ini. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada tahun 2015. Perbelanjaan kerajaan melonjak dengan bajet tahun ini sehingga RM264.2 bilion berbanding tahun lepas RM251.6 bilion di tengah-tengah kebimbangan bahawa Putrajaya tidak mengurangkan perbelanjaan walaupun meminta orang ramai untuk berbuat demikian. Rakyat Malaysia juga mencemuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Putrajaya akan melaksanakan 11 langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan pada tahun 2014. Pakar ekonomi Najib, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah pun menasihatkan pengguna untuk berbelanja dengan bijak dan mencari alternatif. Bekas pegawai bank itu berkata rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan hidup mengikut kemampuan mereka. "Saya pergi ke pasar setiap minggu. Saya tahu bahawa harga barangan keperluan asas adalah tinggi, tetapi pengguna mempunyai pilihan dalam apa yang mereka membelanjakan wang mereka," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan berita. -TMI |
Mujur Yang Datang Bawa Bunga Itu Marina Mahathir, Jika Nurul Izzah.... Posted: 05 Jan 2014 04:51 PM PST Dijangka kemarahan tetapi yang datang Muslim dengan bunga Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka. Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian. Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian. Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya. "Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ. "Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya. Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain." Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan. Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai. Suasana berbeza di Padang Kelab Sultan Sulaiman apabila sekumpulan umat Islam membantah pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan menggunakan terus nama Allah dalam urusan mereka di gereja. Bantahan ini dijangka dibuat di gereja tetapi dipindahkan ke sana hari ini. Umno Selangor semalam memutuskan tiada bantahan di gereja kerana bimbang mereka bertembung dengan Kristian dan berkata, yang mereka bantah adalah kenyataan pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan terus menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang berbahasa Malaysia mereka. Peserta perhimpunan bertanya, apakah Kristian akan hilang kehebatan mereka jika tidak menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang mereka. Ustaz Mohd Kamal Husin, pengerusi bersama Persatuan Solidariti Muslim Klang menegaskan Allah adalah Allah adalah nama khas untuk Muslim dan bukan terjemahan god dalam Kristian. "Kami terkejut dengan kamu kerana kenyataan bahawa Kristian akan terus menggunakan nama Allah dalam sembayang berbasaha Melayunya satu tindakan yang menghasut. "Ia akan menimbulkan suasan yang tidak harmoni antara Muslim dan Kristian," katanya semasa sidang media selepas bantahan itu dibuat. -TMI ULASAN GB Pertama-tama GB ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Marina Mahathir yang (sekurang-kurangnya) berusaha untuk mewujudkan keharmonian rakyat Islam-Kristian yang hubungan baik kedua komuniti ini telah diporak-perandakan dengan isu kalimah Allah. Mujur yang datang membawa bunga itu Marina, bukan mana-mana pemimpin wanita dari PKR atau PAS. Katakanlah yang datang itu Nurul Izzah atau Dr.Mariah, sudah pasti gegak gempita media massa arus perdana dan sekalian para macai UMNO memainkan isu berkenaan.... semnggu dibuatkan liputan khusus mengutuk senario berkenaan. UMNO menjadikan isu "kalimah Allah" ini sebagai talian hayat terakhir untuk survivalnya di dalam arena politik negara sebelum ia terus pupus. Di dalam dunia ini, hanya kerajaan UMNO yang memutuskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Tiada nas atau dalil dari Al-Quran mahupun hadith yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Yang ada cuma ledakan emosi dan prasangka. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kalimah Allah bukan milik UMNO, bukan milik Melayu. Semua orang berhak menggunakannya. Kita semua milik Allah bukan seperti pendirian UMNO yang berpendirian disebaliknya, Allah milik kita. Tentang penggunaan Allah di dalam gereja, tiada siapa pun dapat menghalangnya kerana Al-Quran sendiri menjelaskan : Maksudnya :"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." -Al-Haj:40 |
Lagi Laporan Polis Terhadap Harussani Posted: 05 Jan 2014 05:10 AM PST Satu lagi laporan polis dibuat oleh Jingga13 terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan peserta Himpunan TURUN sebagai 'Penderhaka kepada kerajaan, dihalalkan darah dan bughah (pemberontak)'. Laporan polis dibuat oleh sdr Mohd Nizam bin Che Mohamad Ali, Koordinator Jingga13 Kelantan bertempat di IPD Pasir Puteh, Kelantan kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Sebelum ini pada hari kelmarin, Jingga13 telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa dalam laporannya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi waktu itu berkata, kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria itu berbaur hasutan untuk membunuh. Beliau menggesa Harussani disiasat bawah Seksyen 503 dan 505(c) Kanun Keseksaan atas dakwaan menakutkan secara jenayah dan khianat awam dengan mengapi-apikan golongan tertentu. "Mufti Perak seharusnya sedar perhimpunan itu adalah tanda protes rakyat terhadap tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan segala kos sara hidup yang bakal ditanggung rakyat dalam tahun 2014. "Justeru, kenyataan beliau merupakan satu hasutan dan dorongan untuk melakukan keganasan, kecederaan termasuk untuk melakukan pembunuhan terutamanya terhadap mereka yang hadir pada di perhimpunan aman itu," katanya. Beliau merujuk kepada berita "Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah" yang disiarkan Malaysiakini dengan memetik kenyataan asalnya dalam akhbar Berita Harian. Berita Harian telah melaporkan Harussani sebagai berkata, semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan "dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)". Fariz turut menggesa Harussani agar meletakkan jawatan kerana kenyataannya itu mencemarkan nama baik institusi mufti. "Jika Harussani seorang yang waras, beliau sewajarnya meletakkan jawatan sebagai mufti Perak kerana kini dilihat bukan sahaja sebagai boneka kerajaan Umno-BN tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan disegani rakyat," katanya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan