Selasa, 21 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Surat terbuka kepada Najib, dari Nurul Izzah

Posted: 21 Jan 2014 11:09 PM PST

  • Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar
 1 / 1 
SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, "jika harga ayam mahal, jangan makan ayam".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. "Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut."

Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.

Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.

Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.

Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen. Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.

Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.

Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.

Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

Al Fatihah ... Komposer Kassim Masdor meninggal dunia

Posted: 21 Jan 2014 08:03 AM PST


Kassim Masdor
PETALING JAYA: Komposer zaman filem-filem Shaw Brothers iaitu Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada Selasa di Singapura.
Cucu Allahyarham Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma.
Bagaimanapun katanya, pada malam Selasa keadaannya semakin kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.
"Atuk tidak pernah menunjukkan ciri-ciri dia mempunyai penyakit sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu. Keadaannya semakin lemah sehinggalah kami dikejutkan dengan pemergiannya," kata Muhammad Kazhendra.
Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat cicit.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Pada tahun 1968, ketika Shaw Brothers ditutup, beliau menjadi komposer untuk syarikat rakaman EMI dan berjaya menerbitkan kira-kira 60 buah album.
Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman.
Jenazah dijadual akan dikebumikan di Singapura sebelum solat Zuhur pada Rabu - mStar 

Ling Leong Sik kata peguam negara bodoh

Posted: 21 Jan 2014 04:09 AM PST

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
JANUARY 21, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 21, 2014 05:50 PM
Tun Dr Ling Liong Sik bebas tuduhan menipu Kabinet dalam kes PKFZ. Gambar fail.Tun Dr Ling Liong Sik bebas tuduhan menipu Kabinet dalam kes PKFZ. Gambar fail.Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dibebaskan atas dakwaan menipu Kabinet berhubung pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menggelar peguam negara bodoh.
Dr Ling berkata, Kabinet sebenarnya membuat keputusan yang betul untuk membeli tanah bagi projek tersebut.
"Dalam hal ini hanya peguam negara yang beranggapan keputusan itu salah, mereka adalah bodoh," katanya pada satu sidang media di Kajang, hari ini.
Baru-baru ini Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dalam dakwaan ke atas Dr Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dalam kes penipuan terhadap kerajaan dalam pembelian tanah PKFZ.
Dr Ling adalah menteri pengangkutan dari 1986 hingga 2003 mengatakan harga tanah PKFZ kini sudah meningkat dan melihat kembali pembelian tanah ketika itu, ia adalah sesuatu yang menguntungkan.
"Tanah dijual kepada PKFZ dengan harga RM21 kaki persegi dan itu adalah harga jualan. Hari ini, ia berharga di antara RM70 dan RM80 kaki persegi. Itu sudah menunjukkan keuntungan," katanya.
Dr Ling juga menggesa media menemuramah pihak pengurusan PKFZ tentang bagaimana ia berjaya sekarang.
Ini merupakan kali kedua Dr Ling menyerang Abdul Gani selepas minggu lepas.
Dr Ling dalam temuramah bersama akhbar berbahasa Cina minggu lepas menuduh Peguam Negara memandang rendah pemimpin Cina yang pernah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Bekas presiden MCA itu mengatakan beliau cuba untuk hidup seperti biasa selepas menjalani perbicaraan yang beliau anggap sebagai "kesilapan pendakwaan" akan tetapi mengakui sudah hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan negara.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes Dr Ling mengatakan beliau tidak pernah ditipu oleh bekas menteri pengangkutan itu. – 21 Januari, 2014.- TMI

Penyanyi Bertudung Dakwa Dipaksa Tanggalkan Tudung

Posted: 21 Jan 2014 02:35 AM PST

Sekadar gambar hiasan.Sekadar gambar hiasan.
Seorang penyanyi bertudung mendakwa dirinya telah didiskriminasi oleh satu pihak penganjur konsert, baru-baru ini.
Penyanyi tersebut telah membuat laporan kepada Persatuan Karyawan bahawa dia diarahkan berhenti menyanyi dan turun dari pentas di sebuah acara.
MD juga difahamkan penyanyi berkenaan pada mulanya dipaksa untuk menanggalkan tudung dan kemudian barulah dia dibenarkan membuat persembahan.
Ekoran hal itu, satu sidang media tergempar akan diadakan oleh penyanyi tersebut dan pihak karyawan pada hari ini bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku sebenarnya.
Nantikan laporan selanjutnya dari kami mengenai isu ini.
- mD

Tiada ulasan: