RAKYAT MARHAEN |
- Bila sinar sebenar akan menjelma?
- Lee Khai Loon tindak akan tunduk kepada keganasan Umno
- Ada Berani: Ayuh MP BN undi tidak percaya kepada Najib..!!
- LAGI PENYOKONG UMNO TUNJUK I.Q TAHAP "KANGKUNG"
- Rein in the troublemakers, Najib
- Rupanya Anwar tidak ada visa untuk ke Jepun.....tapi jangan mohon visa dari Umno atau kerajaan 47% BN..!!!
- Ibnu Hazm : Khamr, Babi Dan Darah Lebih Halal Dibanding Wang Pemerintah Islam.....
- UMNO- A Party of the Merry-Gang and the Lumpenproletariat
- Kit Siang gesa BN, Pakatan berbincang elak insiden 13 Mei berulang....siapa yang berjiwa besar kini..!!!
- Buka tudung: Saya rasa hina dan malu - Marinatasha
- Dilema guru, PBS dan SPPBS
- Rafizi Ramli: Apa itu GST?
- Rayuan Putrajaya dihalang dengan kehilangan polis kes pembunuhan Altantuya...jeng..jeng...musim orang hilang..!!!
- Three Scenarios On Future of PM
- DAN: Satu lagi dasar tidak capai keperluan sebenar
- Ukraine Unrest: Kiev in ruins, protesters build new barricades
- Radicals in Riots? 'Euromaidan failed to separate from neo-Nazis'
- South Sudan Conflict Spawns Fear, Insecurity
- Al-Qaeda group claims attack on Beirut suburb
- Violence as Ukraine anti-protest law enacted
- Thailand isytihar perintah darurat untuk kekang demonstrasi
- Suap kangkung: Adun PKR enggan mohon maaf, tidak tunduk kepada Umno
- Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha
- UMNO bukan Bangsa Melayu
- Isteri Suruh Berpoligami Tapi Saya Tak Nak!! - Ustaz Azhar Idrus
Bila sinar sebenar akan menjelma? Posted: 21 Jan 2014 07:59 PM PST SINAR mentari tahun 2014 di mulakan dengan penuh kesuraman. Setiap ibu bapa pasti merasai kesakitan yang teramat perit untuk menjengah ke tarikh ini. Di mana nak cari duit untuk menyekolahkan anak. Persoalan ini menjadi satu mimpi buruk dan seakan mahukan mentari 2014 disekat agar tidak menjelma selamanya. Anak-anak yang merengek meminta itu dan ini mengacah-ngacah ke telinga seumpama sembilu yang sangat tajam. Tidak mahu melayan, ia keperluan. Mahu melayan dia sangat kesempitan. Ketika ini malam-malam Jumaat tidak lagi menjadi mimpi gembira untuk pasangan. Mereka hanya mengharapkan bulan tiba-tiba menyinarkan emas dan wang ringgit dan jatuh terletak elok di bawah bantal agar esok ibu bapa dengan wewenangnya ke supermarket membeli kesemua permintaan anak-anak. Tindakan kerajaan Najib "mengurangkan" subsidi minyak dan seribu kenaikan lain menjadikan kesuraman itu benar benar ranum pada tahun 2014. Kesemuanya tidak mampu bertahan untuk tidak naik lagi. Lepas satu satu kenaikan berlaku. Jeritan dan amaran oleh kementerian berkaitan harga barang dipandang cukup sinis. Sehinggakan apa saja yang terbit di mulut menterinya dianggap lawak dan dogengan seorang yang sangat bodoh. Dengan muka seolah seorang pelawak ia mencukupkan lagi drama itu. Kesian. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini juga kurang dihentam menerima akibat yang sama. Kangkung yang hanya sebenarnya dijadikan contoh menjadi bahan lawak sehinggakan BBC London turut terlibat. Ia cukup cukup memalukan. Rakyat seolah tidak mempedulikan sesiapa lagi yang hendak di disegani. Read More / Baca Lagi >> |
Lee Khai Loon tindak akan tunduk kepada keganasan Umno Posted: 21 Jan 2014 07:57 PM PST Paling mustahak sekarang adalah meneruskan gerakan rakyat membantah harga barang naik Katanya, mereka adalah pencetus yang sebenar kepada apa yang berlaku baru-baru ini. "Saya menegaskan bahawa yang paling mustahak sekarang adalah meneruskan gerakan rakyat membantah harga barang naik serta cukai GST dan seterusnya mendesak kerajaan Persekutuan untuk mendengar suara dan kesusahan rakyat, " kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT. Beliau yang juga Ketua Penerangan AMK amat berterima kasih kepada cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang atas keprihatinan beliau ke atas flash mob kangkung yang telah diadakan. "Sebagai salah seorang anggota dalam Pakatan Rakyat, saya juga amat marah serta khuatir dengan tindakan Umno dan penyokongnya yang selalu memainkan isu perkauman untuk mengalihkan fokus," katanya lagi. Lee mendakwa dalam pelbagai himpunan yang diadakan oleh Umno dan bersekutu mereka seringkali penuh dengan perkauman dan keganasan. "Orang ramai memang tidak berpuas hati dan bantah perbuatan Umno yang ganas dan keras," sambungnya lagi. Katanya lagi, pimpinan Umno juga terpaksa memisahkan perkaitan di antara Umno dengan himpunan pada Ahad yang lepas yang telah menjadi ganas dan kekerasan. Read More / Baca Lagi >> |
Ada Berani: Ayuh MP BN undi tidak percaya kepada Najib..!! Posted: 21 Jan 2014 07:54 PM PST KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berganding bahu dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri 'kangkung'. "Adakah ini Perdana Menteri yang sepatutnya disokong? "Bolehkah ahli-ahli Parlimen BN bergabung dengan kami daripada PR untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib? "Saya tanya demi kepentingan negara dan rakyat," katanya. Mahfuz berharap mereka dapat mengambil keputusan yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. "Daripada terikut-ikut gerombolan kangkung yang kononnya berjihad mempertahankan Perdana Menteri 'kangkung', lebih baik berjuang membebaskan negara ini dari Perdana Menteri seperti itu," katanya lagi. Bagi Mahfuz, Malaysia bukan sahaja mempunyai perdana menteri bertaraf kangkung malah mempunyai kabinet yang menjadi bala besar kepada negara ini. "Kabinet Malaysia tidak berkualiti. Mereka menjadi ahli kabinet atas ihsan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor). Read More / Baca Lagi >> |
LAGI PENYOKONG UMNO TUNJUK I.Q TAHAP "KANGKUNG" Posted: 21 Jan 2014 06:33 PM PST |
Rein in the troublemakers, Najib Posted: 21 Jan 2014 06:27 PM PST Gone are the days when people always assume that what the government says is correct, truthful and good. "BN as a political party must not think that it can do as it likes. This is year 2014. People have already woken up to the era of new politics. Don't try to start any nonsense because the nation will fall," said Khalid Samad the PAS Shah Alam MP. He also warned any parties attempting any nonsense to face up to the fact that Selangor voters can see through their ploy. That is certainly true. These days the rakyat, especially the poor, are busy focusing on food prices, housing, jobs, children's needs and loan repayments because many are struggling to survive. Nizar Jamaluddin, a PAS lawmaker from Perak told BN not to play a fool or take the rakyat as fools. "BN leaders and the NGOs aligned to them must not take the rakyat for granted as this is the 21st century," commented Nizar. The government especially Prime Minister Najib Tun Razak must come out strongly to warn off those attempting to use race and religion to gain political mileage. He must also really solve the problem of the soaring cost of living. It is futile to just check on prices here and there on an ad-hoc basis. The grocery shop owner in a corner of Kepong Baru or Pokok Sena is not going to bother with the Deputy Prime Minister or any other government minister checking on prices of the goods being sold in their shops. It is all a waste of time and a mere publicity ploy to fill up the newspaper pages with BN leaders' pictures for rural consumption. This propaganda stunt will only succeed in influencing the gullible. There is also no necessity to set up any special committee to look into the problem of the rising cost of living. As mentioned in a previous article, all the government needs to do is to bring down the RON95 petrol price and the electricity tariff. But as the government is not going to do that, then their heroics is akin to King Canute trying to turn back the waves for it is 100% impossible to stop the price hikes and the rise of inflation. In the meantime, there are some quarters that are trying their utmost to divert the price hikes issue by turning the rakyat's attention to race and religion issues. Although temporarily the rakyat's attention might be diverted, it is still back to earthly matters after being side-tracked for one week the most. Heaven can wait as we are waging a daily battle on earth to combat the assault on our daily expenditure. Still, PAS is ever vigilant. No plan, no vision Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 21 Jan 2014 06:08 PM PST Walaupun rakyat lain seperti Azeez Rahim dan Shahidan Kasim atau Shahrizat Jalil boleh memasuki Jepun tanpa visa tetapi kepada sesiapa yang telah di sabitkan kesalahan jenayah seperti Anwar mesti memberitahu Kedutaan Jepun sebelum berangkat dan meminta visa kemasukan beliau ke negara itu. Itu sebabnya pihak Imigresen Jepun telah memberitahu Anwar yang penyekatan kemasukan beliau ke Jepun itu adalah di sebabkan pensabitan kesalahan beliau pada tahun 1999 dahulu. Kemasukan Anwar beberapa kali sebelum ini dibenarkan oleh pihak Imigresen Jepun kerana semasa itu ada pihak yang telah menyediakan visa untuk Anwar. Sekira Anwar telah meminta dan memohon visa kemasukan ke Jepun dalam kes terakhir ini Kedutaan Jepun boleh membuat 'special arrangement' untuk Anwar masuki Jepun dan memenuhi jemputan Nippon Foundation itu. Anwar sepatutnya memohon visa itu di Kedutaan Jepun dari menuduh pihak kerajaan memainkan peranan untuk sekatan terhadap kemasukan beliau ke Jepun itu. Jangan memohon visa itu dari UMNO atau kerajaan Malaysia. Minta visa itu dari Kedutaan Jepun. Anwar sekarang sepatutnya sedar yang kegagalan beliau memasuki Jepun bukannya salah kerajaan kita. Ia adalah kesalahan beliau sendiri. Anwar tidak boleh membuat 'equation' dirinya sama dengan Azeez Rahim atau Shahrizat Jalil kerana mereka berdua ini belum sabit dengan apa-apa kesalahan dimahkamah. Read More / Baca Lagi >> |
Ibnu Hazm : Khamr, Babi Dan Darah Lebih Halal Dibanding Wang Pemerintah Islam..... Posted: 21 Jan 2014 06:03 PM PST Apabila pembunuh umat Islam diberi perhargaan oleh pemimpin umat Islam yang zalim. Adakah tidak cukup bantuan kewangan yang amat banyak hasil daripada minyak kepada negara kafir untuk menyembelih umat Islam atas arahan kerajaan yang mengaku Islam maka anugerah diberikan diatas kejayaan itu. Semoga Allah melaknat para pemimpin Islam dan para malaikat mengira setiap nafas dan langkah mereka untuk dicatatkan bagi pendakwaan di Padang Mahsyar nanti, Ibnu Mas'ud mengatakan, "Sesungguhnya pada pintu masuk istana para penguasa terdapat fitnah seperti menderumnya unta". Ulama salaf memperingatkan umat supaya jangan mendatangi penguasa, jika dalam hati mereka tidak ada maksud menasehati dan mencegah penyimpangannya, dan tidak ada niat menjauhi harta kekayaannya. "Jika engkau bermaksud memasuki pintu istana negara, ada dua perkara yang harus engkau hindari, yaitu harta kekayaan mereka dan pemberian mereka. Sebab, perkataanmu akan jatuh tak bernilai dalam sekejap, begitu dirham dari tangan sulltan jatuh ke tanganmu", ujar Ibnu Mas'ud. Sheikh Sa'id al-Halbi rahimahumullah, ketika itu datang Ibrahim Basya ke negeri Syam. Sheikh al-Halbi sedang mengajar murid-muridnya. Ibrahim Basya masuk masjid, namun Sheikh Sa'id al-Halbi tidak mengacuhkan kedatangan Basya. Dia tetap duduk sambil terus menjulurkan kakinya. Maka, Ibrahim Basya keluar masjid, mendidih darahnya, dan kemarahannya berkobar-kobar. Kemudian, Ibrahim Basya mengambil kantung berisi uang, dan memberikan kepada pelayannya serta berkata, "Taruhlah ini di pangkuan Sheikh itu!", ucapnya. Kantung semacam inilah yang membuat leher menekuk dan dahi menunduk. Kantung inilah yang membua mulut tersumbat. Sehingga agama Allah dipetieskan. Maka, pelayan itu meletakkan kantung itu dipangkuan Sheikh al-Halbi. Namun, Sheikh al-Halbi mengangkat kantung, dan mengembalikannya kepada pelayan itu, seraya berkata, "Katakan kepada tuanmu, bahwa orang yang menjulurkan kakinya, tidak akan menjulurkan tangannya", kata Sheikh. Read More / Baca Lagi >> |
UMNO- A Party of the Merry-Gang and the Lumpenproletariat Posted: 21 Jan 2014 05:58 PM PST It looks that way. UMNO is degenerating into a party for miscreants and ill-willed people. The good UMNO members can protest all they want. If they don't assert themselves, they will just be cannon fodder for the Finance and Political aristocracy. The UMNO leaders- the Merry Gang, are aware of the psyche of the lumpenproletariat. The French call these people la boheme. These are the people who serve as willing underlings for the finance and political aristocracy. Misguided pekida people, right wingers, trouble makers. UMNO is fast becoming a party made up of lumpenproletarat- that fraction of people who have lost any sense of hope. They serve the purpose of the political aristocracy headed by Emperor Najib. The lumpenproletriat and the rent-seeker share a similarity- each has no role in productive activity. The rent-seeker earns money from his rent, i.e. ownership of licenses, APs, monopolies etc. they don't produce anything. The lumpenproletariat just earn anything given. Who are the lumpenproletariat? Lumpenproletariat is a term to describe that layer of society that is unlikely to ever achieve class consciousness and difficult to become socially useful. It comes from the German term Lumpenproletarier, a word literally meaning "miscreant" as well as "rag". Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 21 Jan 2014 05:53 PM PST Lim Kit Siang menggesa satu pertemuan diadakan di antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang selain membincangkan isu berkaitan kepentingan negara. Penasihat DAP itu berkata, pertemuan itu penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pentadbiran negara. "Adakah Kabinet hari ini bersedia mengambil pendirian teguh menghentikan hasutan kebencian terhadap kaum dan agama serta hasutan untuk berulangnya peristiwa 13 Mei? Sabtu lalu, kira-kira 600 ahli Umno berhimpun di Seberang Jaya, Pulau Pinang membawa sepanduk provokatif mengancam mengulangi tragedi 13 Mei sekiranya isu kangkung terus dimainkan. Antara sepanduk yang dibawa termasuklah yang tertera ayat "Menghina PM seperti menghina Melayu", "Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung", "ABCD Asal bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam". Selain itu terdapat juga sepanduk berbunyi, "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?" Read More / Baca Lagi >> |
Buka tudung: Saya rasa hina dan malu - Marinatasha Posted: 21 Jan 2014 05:30 PM PST |
Posted: 21 Jan 2014 03:43 PM PST Mohd Solihin Che RozaliIni kerana ia memberi penekanan dari aspek JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga mentaksir dan menilai bidang akademik dan bukan akademik berbanding dengan pentaksiran sedia ada yang lebih memberi tumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan dilaksanakan secara terancang mengikut prosedur yang digariskan oleh lembaga peperiksaan, dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS mempunyai beberapa tujuan yang baik, seperti menilai potensi pelajar, memantau pertumbuhan dan meningkatkan potensi murid, serta membuat laporan bermakna tentang pembelajaran individu. Konsep PBS ini bukanlah satu bentuk pembaharuan dalam sistem pendidikan di negara kita, kerana pentaksirannya seakan-akan sama dengan apa yang dilaksanakan di sekolah selama ini, iaitu dengan memberikan kerja rumah, kuiz, soal-jawab, projek dan lain-lain. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PBS merupakan penambahbaikan kepada PBS yang sedia ada dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, atau lebih dikenali dengan SPPBS. Walau bagaimanapun, SPPBS sudah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, bukan sahaja di kalangan guru dan pendidik, malah seluruh warga Malaysia. Sudah tentu rungutan sebegini akan membingitkan telinga pihak yang tidak memahami kesusahan sebenar yang dialami pendidik masa kini. Kalau kita fikirkan sejenak, biasanya para guru cukup gembira dengan pelbagai percutian am di negara kita. Ini kerana mereka mempunyai masa untuk merehatkan mental dan fizikal dan meluangkan banyak masa bersama keluarga dan anak-anak. Akan tetapi, kali ini suasana tersebut menjadi suram kerana ramai di kalangan mereka yang tertekan dengan sistem baru SPPBS ini. Benar, sistem ini diperkenalkan oleh kementerian setelah beberapa kali perbincangan. Benar, sistem ini dilaksanakan setelah mengkaji dan mengambil kira kebaikannya kepada guru, murid dan sistem pendidikan negara. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 21 Jan 2014 03:08 PM PST |
Posted: 21 Jan 2014 03:05 PM PST Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang disebabkan salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber. Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu. Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber. Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun, peguam utama Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama. Azman berkata Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini. Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis. Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada pelanggan bagi menentukan sama ada perkhidmatan mereka masih diperlukan . "Pelanggan mungkin ingin menukar peguam mereka dan itu adalah hak mereka. Peguam tidak boleh menganggap pelanggan tetap mahu mengekalkan perkhidmatan mereka," kata seorang peguam yang enggan dikenali . Read More / Baca Lagi >> |
Three Scenarios On Future of PM Posted: 21 Jan 2014 02:59 PM PST A Kadir Jasin THE Kedai Kopi Assembly (KKA) continues to sit at several coffee shops with different sets of members. A few were planned but most were impromptu. Two planned sessions took place. One involved a minister and the other an adviser with ministerial status to the Prime Minister. I am not sure if this sudden interest by the government people to join the KKA has anything to do with my posting entitled "Tangani Berita Bukan Bunuh Pembawanya" (baca di sini) on Jan 14. Since I have not updated the KKA for a while, this posting will be somewhat long. Please bear with me. Let me begin by recalling who attended these sessions and where they were held. A lunch session at Raju involved a public sector economist who helped me create the Kangkung Index and a Malay executive with a listed non-Khazanah GLC. They were both concerned about the economy and politics of the country. They better be. They are young and their children are still small. If we mess up, they and their children will suffer. Even though they are middle class, still they feel the pinch of government-mandated price increases. We were later joined by a former Umno MB who voiced his concern over the likely negative impact on Umno of the growing "independence" of some Malay rulers. Their involvement outside the purview of the royal duties and privileges are already affecting relations with Umno. I am told by a member of the Umno Supreme Council at one of the KKA sessions that, at a recent meeting of the Umno Political Bureau, chaired by its President (Mohd Najib), this concern was raised. Rise of Communalism in the MediaRead More / Baca Lagi >> |
DAN: Satu lagi dasar tidak capai keperluan sebenar Posted: 21 Jan 2014 02:43 PM PST "Walaupun kita menyambut baik namun ada beberapa perkara yang tidak disebut dalam dasar ini yang ada kaitan dengan penstrukturan semula dasar automotif negara," tulis Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di dalam blognya. Menurutnya, dasar itu masih memperlihatkan flip-flop apabila isu menghapuskan AP (permit import) yang dijadualkan pada 2015 tidak digarap dengan bijak sehingga terbentuk orang tengah yang mengaut keuntungan besar dari harga kereta yang dijual kepada rakyat. Beliau berkata, AP yang sepatutnya menjana pendapatan jika diapungkan akan memberi keuntungan kepada kerajaan namun selama ini industri automotif negara dicemari dengan penyalahgunaan AP yang merugikan pihak kerajaan dan menguntungkan pihak kroni tertentu. Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, kualiti bahan api tahap Euro 4 mesti dilaksanakan segera seperti yang termaktub dalam DAN 2009. Read More / Baca Lagi >> |
Ukraine Unrest: Kiev in ruins, protesters build new barricades Posted: 21 Jan 2014 02:28 PM PST |
Radicals in Riots? 'Euromaidan failed to separate from neo-Nazis' Posted: 21 Jan 2014 02:27 PM PST |
South Sudan Conflict Spawns Fear, Insecurity Posted: 21 Jan 2014 02:25 PM PST |
Al-Qaeda group claims attack on Beirut suburb Posted: 21 Jan 2014 02:23 PM PST |
Violence as Ukraine anti-protest law enacted Posted: 21 Jan 2014 02:21 PM PST |
Thailand isytihar perintah darurat untuk kekang demonstrasi Posted: 21 Jan 2014 06:57 AM PST Perintah darurat itu akan berkuat kuasa selama 60 hari bermula esok dengan merangkumi kawasan Bangkok, wilayah Nontaburi, daerah Lat Lumkaew di Pratumthani dan daerah Bangphli di Sumutprakarn, kata Surapong Tovijakchaikul, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar kerajaan sementara Thailand, dalam sidang berita di Tentera Udara Diraja Thailand di Bangkok, petang tadi. Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi keselamatan. Surapong berkata kerajaan sementara telah menjemput duta-duta asing di Thailand untuk menghadiri satu majlis taklimat bagi menjelaskan mengenai pengumuman dekri darurat itu esok. |
Suap kangkung: Adun PKR enggan mohon maaf, tidak tunduk kepada Umno Posted: 21 Jan 2014 06:54 AM PST Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon tidak akan memohon maaf atas perbuatannya menyuapkan kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagaimana digesa Penasihat DAP Lim Kit Siang. Beliau sekali lagi menegaskan salah satu objektif acara tersebut adalah bagi menagih keprihatinan Najib memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang dan tidak bertujuan menghina sesiapa. "Saya tidak akan tunduk kepada kenyataan perkauman dan keganasan Umno. Mereka adalah pencetus kepada apa yang berlaku baru-baru ini. Lim dalam satu kenyataan hari ini mendesak Lee memohon maaf supaya kumpulan ekstremis tidak menjadikan insiden itu sebagai modal mencetuskan tragedi berdarah seperti apa yang berlaku semasa 13 Mei 1969. Katanya, Lee perlu mempertimbangkan permohonan maaf itu berikutan terdapat pihak tertentu termasuk dirinya melihat perbuatan tersebut sebagai melampau, kasar dan tidak sensitif. Lee berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri sebagai seorang Melayu tidak berasa terhina dengan simbolik kangkung malah menganggapnya sebagai tindak balas kepada isu kenaikan harga barang yang merupakan masalah mempengaruhi semua kaum. Read More / Baca Lagi >> |
Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha Posted: 21 Jan 2014 06:44 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa mana-mana pihak yang menjemput artis wanita untuk membuat persembahan perlu menghormati hak mereka yang berhijab. Presidennya, Datuk Freddie Fernandez memberitahu mereka yang mempertikaikan hak tersebut merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka dengan hak kaum dan agama. Jelasnya lagi, kejadian yang menimpa penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar yang telah dihalang mengadakan persembahan kerana berhijab tidak seharusnya berlaku apatah lagi negara ini telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun. Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada Marianatasha apabila beliau telah dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran sebuah syarikat atas alasan kerana berhijab. "Ini merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka kepada sensitiviti masyarakat Islam, ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kita telah merdeka lebih 50 tahun. "Beliau membuat persembahan yang merupakan kerjayanya dan berhijab mengikut apa yang dituntut oleh agama Islam, sepatutnya kita perlu peka dalam hal ini," jelasnya dalam sidang media di sebuah restoran di Bukit Damansara. Freddie menegaskan isu ini akan menjadi lebih parah seandainya ia dimanupulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan prasangka di kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum dan agama. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 21 Jan 2014 05:51 AM PST Genjer2 tumbuh liar di selokan Ibu datang mencabut genjer Dapat sekarung lebih tanpa ragu Genjer sekarang bisa dibawa pulang Genjer pagi2 dibawa ke pasar Dijajar dan dibeberkan di lantai Si Ibu beli genjer ditaruh di tas Genjer2 sekarang akan diolah Genjer2 dimasukkan ke panci air panas Setengah matang ditiriskan untuk lauk Nasi sepiring sambal di tempat tidur Genjer2 dimakan dengan nasi Kenapa kita harus berhenti dari mengangkungkan Najib? Saya baru balik dari kawasan saya, Raub. Rata2 nya rakyat menyatakan bahawa kerajaan menganiayai orang Melayu. Mereka tidak salah. Peraih dan pembeli berlesen membeli getah pada harga RM2.80 sekilo. Sipenoreh berkongsi dua dengan pemilik ladang getah iaitu mendapat RM1.40 sekilo. Maka jika Najib mahu tahu, sekilo getah tidak dapat membeli sekilo gula. Penoreh getah merungut dan mereka ada asas untuk mengharamjadahkan Najib. Getah di Thailand RM3.40sekilo dan di Indonesia RM3.70 sekilo. Maka biarlah rakyat mengharamjadahkan Najib. Pertama nya orang Melayu mesti sedar bahawa Melayu itu lebih besar dari UMNO. Melayu itu suatu bangsa. UMNO itu parti dan wadah perjuangan. UMNO tidak mungkin lebih besar dari bangsa Melayu. UMNO itu lahir dari bangsa Melayu. |
Isteri Suruh Berpoligami Tapi Saya Tak Nak!! - Ustaz Azhar Idrus Posted: 21 Jan 2014 05:36 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan