Kelab Greenboc |
- Suami Restu Isteri Jual Tubuh Untuk Tambah Pendapatan Keluarga
- [KUASA ILAHI] Wanita Hamil Selamat Merangkak Naik Setelah Kereta Terhumban Ke Dalam Cerun
- Akhbar Jepun "Kyodo News" Siar Berita Bantahan Penyokong Anwar
- Marinatasha Lapor Polis Tidak Dibenarkan Menyanyi Kerana Bertudung
- ADUN Tahan Fail Cerai, "Isteri" Kata Mereka Tak Pernah Berkahwin..
Suami Restu Isteri Jual Tubuh Untuk Tambah Pendapatan Keluarga Posted: 22 Jan 2014 01:01 AM PST Kuala Terengganu - Demi mendapatkan wang tambahan, seorang wanita warga Kemboja dipercayai sanggup menawarkan diri untuk dijadikan hamba seks, selain mencari rezeki menjalankan perniagaan emas Kemboja dari rumah ke rumah. Lebih memualkan, pekerjaan 'lebih masa' yang dilakukan itu turut diketahui suaminya, namun disebabkan kesempitan wang, si suami terpaksa 'tutup mata' dan merestui pekerjaan yang dilakukan isterinya. Aktiviti tidak sihat ibu kepada tiga anak itu yang dikenali sebagai Santari, 24, terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, sempena Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam. Timbalan Pengarah Imigresen, Mohd Shahrir Khalil berkata, siasatan mendapati pasangan warga asing itu sudah hampir tiga tahun menetap di negara ini menggunakan pas pelancong. "Hasil soal siasat, wanita itu mengaku mengambil kesempatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya semasa menjalankan perniagaan menjual barang kemas dari rumah ke rumah. "Dia mendakwa suaminya yang turut ditahan, tidak kisah dengan pekerjaan 'tambahan' itu kerana pendapatan suami sebagai buruh binaan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga," katanya. Mohd Shahrir berkata, wanita itu juga mengakui, selain menawarkan khidmat seks kepada orang tempatan, dia juga menawarkan khidmat sama kepada warga asing termasuk Pakistan, India dan Indonesia. "Turut ditahan dalam serbuan itu, suami; dua anaknya berusia empat dan 15 tahun dan adik iparnya berusia 19 tahun. Mereka ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa," katanya. Sementara itu, dalam operasi sama, seorang pelajar tabligh, Rumly El, 19, dari Kemboja turut ditahan atas kesalahan visa tamat tempoh. Rumly ketika ditemui berkata, dia menyedari visanya sudah tamat tempoh dua minggu lalu, namun terlambat memperbaharuinya kerana mendakwa terlalu sibuk bekerja. "Saya sudah mendalami ilmu agama di negara ini selama lapan tahun. Sebelum ini saya menuntut ilmu al-Quran di Johor dan selepas tahfiz 30 juzuk, saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu kitab pula. "Bagaimanapun, akibat masalah kewangan, saya terpaksa menangguhkan pembelajaran dan datang ke Terengganu untuk bekerja sebagai buruh binaan sebulan yang lalu," katanya. Dalam perkembangan sama, seramai 135 Pendatang Asing Tanpa Izin berjaya diberkas dalam Operasi Ops 6P Bersepadu yang dilaksanakan di sekitar Kuala Terengganu. Mohd Shahrir berkata, dalam operasi membabitkan seramai 154 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi itu, seramai 463 warga asing diperiksa melibatkan 54 lokasi penempatan di seluruh daerah ini. Jumlah tangkapan itu membabitkan seramai 55 warga Kemboja; 28 warga Bangladesh; 17 warga Myanmar; tujuh warga Pakistan dan 22 warga India. Kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa. -SH |
[KUASA ILAHI] Wanita Hamil Selamat Merangkak Naik Setelah Kereta Terhumban Ke Dalam Cerun Posted: 22 Jan 2014 12:00 AM PST Kereta mangsa dikeluarkan dari curam. gambar kecil : Nurzati yang hamil tujuh bulan dan Mohd Rizwan bersyukur kerana terselamat selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam cerun dekat Bandar Seri Bandi, pagi semalam. Kemaman – “Semasa kereta melayang ke dalam cerun sedalam lima meter, saya hanya fikir kami berdua sudah berdepan dengan ajal dan anak sulung dalam kandungan isteri akan keguguran. Demikian kata pekerja kilang batu kapur, Mohd Rizwan Muda, 27, yang terselamat bersama isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam cerun kira-kira jam 7 pagi semalam. Mohd Rizwan dan isterinya, Nurzati Akmal Roslan, 19, hanya mengalami kecederaan ringan dalam nahas di Kilometer 19 Jalan Seri Bandi-Padang Kubu dekat Bandar Seri Bandi. Mohd Rizwan berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari rumah bapanya di Kerteh dan mahu ke tempat kerjanya di Bukit Sagu, Kuantan. Namun, setibanya di tempat kejadian dia cuba mengelak sebuah bas sekolah yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta dipandunya terbabas. “Keadaan bahu jalan yang dibasahi embun dan licin menyebabkan saya hilang kawalan lalu kereta melayang ke dalam cerun. Waktu itu saya memandu dalam kelajuan sekitar 80 kilometer sejam. “Nasib baik pokok resang tebal di tepi jalan, jadi ia memperlahankan kelajuan kereta saya menyebabkan saya dan isteri tidak mengalami kecederaan parah dan terselamat dari maut,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian. Sementara itu Nurzati berkata, dia dan suaminya merangkak naik ke atas jalan selepas keluar dari kereta yang terperosok dalam rimbunan pokok resang. “Ketika kereta dipandu suaminya meluncur ke dalam cerun, saya sempat mengucap dua kalimah syahadah. “Saya juga seperti suami, kami bayangkan itu pengakhiran hayat kami namun, syukurlah kami berdua selamat terutama sekali anak dalam kandungan saya,” katanya yang masih kelihatan terkejut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - SH |
Akhbar Jepun "Kyodo News" Siar Berita Bantahan Penyokong Anwar Posted: 21 Jan 2014 08:50 PM PST Sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu telah mendapat liputan dan disiarkan oleh agensi berita Jepun, Kyodo News semalam. Menurut akhbar berkenaan, para penyokong Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah berhimpun di depan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur semalam untuk membantah halangan kemasukan Anwar ke negara berkenaan hujung minggu lalu. Sementara itu, pihak keduataan dilaporkan telah menyatakan episod itu berlaku kerana Anwar keliru mengenai syarat untuk memasuki negara tersebut. Semalam, berpuluh penyokong dari Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bantahan sambil memegang poster yang bertulis "boikot barangan Jepun". Portal Keadilan Daily menyebut, sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu mengejutkan, kerana rekod pejabat Ketua Umum KEADILAN itu menunjukkan tiada isu yang boleh menyebabkan beliau dihalang, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin. "Untuk rekod, pada tahun 2011 dan 2012, Datuk Seri Anwar ada memasuki Jepun tanpa halangan. "Namun kenapa beliau dihalang dari memasuki Jepun pada 19 Januari lalu," kata Shamsul ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan di kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak, semalam. Justeru, Shamsul menggesa jawapan munasabah dari kedutaan Jepun kerana menyenaraihitam nama Ketua Pembangkang yang mendapat jemputan rasmi untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon. Jepun juga telah memansuhkan permohonan visa oleh rakyat Malaysia ke negara itu semenjak Julai 2013. "AMK dan KEADILAN meminta kedutaan Jepun segera menyiasat insiden tersebut dan memberi penjelasan menyeluruh selain membuat permohonan maaf," kata Shamsul yang juga merupakan ahli parlimen Bukit Katil. |
Marinatasha Lapor Polis Tidak Dibenarkan Menyanyi Kerana Bertudung Posted: 21 Jan 2014 04:10 PM PST Petaling Jaya: Seorang penyanyi baharu iaitu Marinatasha berasa terhina diaibkan di hadapan kira-kira 100 tetamu selepas diarahkan turun daripada pentas ketika mahu mengadakan persembahan pada majlis makan malam sebuah syarikat hartanah gara-gara dia berhijab. Marinatasha atau nama sebenarnya Marinatasha Isnariah Mustaphar, 33, berkata, tindakan tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain ia berbaur rasis dan diskriminasi terhadap wanita bertudung. Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon dan terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan turun apabila diminta berbuat demikian. "Bayangkan perasaan saya diperlakukan begitu hanya kerana pihak penganjur tidak suka penyanyi bertudung membuat persembahan pada acara itu," katanya kepada mStar Online. Marina ditemui pada sidang media yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di M-Cafe di sini, Selasa. Hadir sama Presiden Persatuan itu Datuk Freddie Fernandez. Marinatasha yang berpengalaman 12 tahun sebagai penyanyi profesional turut membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Kepong di sini pada 19 Januari lalu iaitu sehari selepas kejadian. Tambahnya, semasa mengadakan latihan bersama kumpulan pemuzik iaitu Rufus di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil syarikat tersebut turut hadir dan isu dia bertudung tidak ditimbulkan. "Jika benar mereka tidak menyukai saya bertudung mengapa tidak bangkitkan isu berkenaan semasa sesi latihan? "Hanya semasa pada majlis berlangsung, seorang pegawai kanan syarikat berkenaan memberitahu imej saya tidak bersesuaian dengan majlis tersebut sedangkan ada tetamu yang datang berhijab," katanya. Marinatasha berkata, pihak penganjur mengundang bekas peserta Akademi Fantasia ke lapan (AF8) iaitu Zafarina Jamhari (Farina) untuk menggantikannya pada persembahan malam itu. Katanya, walaupun bayaran penuh kepadanya dijelaskan, namun dia amat kecewa dengan insiden berkenaan. "Saya tidak faham mengapa tidak dibenarkan membuat persembahan kerana imej saya bertudung sedangkan pengerusi syarikat itu yang turut hadir adalah orang Melayu. Malah beliau mahu saya membuat persembahan tetapi dihalang pihak pengurusan syarikat berkenaan," jelasnya. Sementara itu, Freddie berkata, individu berkenaan patut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Marinatash. Permohonan maaf itu boleh dilakukan menerusi kenyataan akhbar atau pun secara peribadi. "Karyawan sanggup membantu sebagai orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. "Bagaimanapun sekiranya pihak berkenaan enggan berbuat demikian kita akan hantar surat kepada mereka untuk melakukannya," kata beliau. Tambah Freddie, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia yang meraikan kelainan dan kepelbagaian agama, kepercayaan, kaum dan budaya. -mstar
|
ADUN Tahan Fail Cerai, "Isteri" Kata Mereka Tak Pernah Berkahwin.. Posted: 21 Jan 2014 06:50 AM PST Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, dikejutkan dengan kes permohonan cerai yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak terhadap isterinya, Azma Azifazilla Azan. Bagaimanapun, ketika prosiding bermula, perempuan berusia 28 tahun itu mendakwa, tidak ada sebab beliau diceraikan kerana mereka tidak pernah berkahwin. Keadaan itu menyebabkan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin mencadangkan supaya defendan memfailkan pembelaan atau mengemukakan bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan yang dibuat oleh plaintif itu tidak relevan. Wan Amizan selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu pada Disember tahun lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Dalam prosiding sebutan kes itu, ADUN berkenaan yang diwakili peguam Anita Arifin dan Mohd Isa Abd Ralip turut mengemukakan satu lagi permohonan iaitu memfarakkan (membubarkan) perkahwinan antara Azma Azifazilla dengan suami yang baru dinikahinya, Rizal Md. Radzi, 40, empat bulan lalu. Bagi kes itu, Wan Amizan menamakan Azma Azifazilla sebagai defendan pertama dan suaminya, Rizal sebagai defendan kedua mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran. Ketika kesnya disebut di hadapan Shaiful Azli, peguam Mohd Isa menyatakan, anak guamnya (Wan Amizan) mengemukakan permohonan untuk membubarkan perkahwinan terhadap Azma Azifazilla dan Rizal kerana mendakwa dia masih suaminya yang sah. Azma Azifazilla bagaimanapun membantah permohonan itu dan menegaskan dia tidak pernah berkahwin dengan plaintif, maka tidak perlu plaintif memfailkan penceraian. Azma Azifazilla turut membawa akuan bersumpah mengenai perkara itu bagi menyokong kenyataannya. Sementara itu, Shaiful Azli berkata, defendan perlu memasukkan pembelaan terhadap tuntutan palintif atau mengemukakan bantahan awal secara bertulis kepada mahkamah sebelum kes itu diteruskan. Hakim turut meminta Azma Azifazilla melantik peguam dan menetapkan 20 Februari ini untuk sebutan semula kes itu. Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Azma Azifazilla dan Rizal memberitahu media, bahawa mereka telah berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat. Wan Amizan dikatakan telah menikahi Azma sebagai isteri kedua beberapa tahun lalu di Thailand dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan. Semasa prosiding kes, Wan Amizan yang hadir ke mahkamah ditemani isteri pertama, bagaimanapun terpaksa meninggalkan mahkamah kerana mempunyai urusan penting. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan