Kelab Greenboc |
- Seorang Lagi "Blogger Kangkung" Dilaporkan Kepada Polis
- [DEMO MELAMPAU UMNO] BN Akan Hilang Deposit Di Lebih Banyak Kerusi - Mat Sabu
- [VIDEO] Najib & Rosmah Diboo, Sudah Sampai Masa Untuk Najib Berundur!
- [VIDEO] Haji Hadi: Arab Saudi Diperguna AS & Eropah Jaga Kepentingan Israel
Seorang Lagi "Blogger Kangkung" Dilaporkan Kepada Polis Posted: 21 Jan 2014 12:45 AM PST Kaitkan DAP dengan isu tudung untuk bakar sentimen kaum KUALA LUMPUR: Tindakan tidak bertanggung jawab seorang blogger pro-Umno yang cuba mengaitkan DAP dengan isu seorang guru mualaf yang diarah membuka tudung oleh pihak pengurusan sekolah mendorong Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud membuat laporan polis semalam. Kenyataan provokasi, menghasut dan berniat jahat itu telah dikeluarkan blogger dikenali Azmy Awang Kelana Jaya di laman web azmyawangklanajaya.blogspot.com. Menurut Dyana, tajuk artikel "DAP Makin Kuat di Johor, Islam Makin Dipijak: Guru Mualaf Dipaksa Buka Tudung" tiada kena mengena dengan artikel yang ditulis blogger tersebut. Tulisan itu, ujar Dyana merujuk isu seorang guru mualaf di Johor yang diarah membuka tudung oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Nan Ya. "Kenyataan yang dikeluarkan oleh blogger Azmy Klana Jaya berniat jahat dan menghasut, untuk membangkitkan pemusuhan di antara golongan masyarakat, di samping memburukkan parti DAP yang tiada kena mengena dalam hal ini," tegas beliau. Pada 17 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Nan Ya, Pang Ah Ngang dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan telah meminta maaf secara terbuka kepada guru mualaf tersebut dalam satu majlis di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama. Guru terbabit, Choi Yi Shan, 25, yang masih merahsiakan nama Islamnya telah memaafkan Pengerusi dan Guru Besar tersebut. "DAP mengambil pendirian bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak kebebasan beragama seiring dengan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan. "Saya membuat laporan ini demi kepentingan orang awam dan tindakan diambil secepat mungkin kerana kenyataan itu boleh memberikan kesan tidak baik kepada masyarakat berbilang kaum khususnya di Johor," jelas Dyana. Turut sama mengiringi Dyana untuk membuat laporan polis ialah Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Wong Shu Qi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman dan para penyokong Pakatan Rakyat. Dyana dalam kenyataan medianya kesal kerana masih ada pihak tidak bertanggungjawab cuba melakukan provokasi perkauman. Beliau bagaimanapun yakin rakyat Malaysia sudah matang dan tidak akan termakan dengan provokasi perkauman yang hanya menguntungkan sesetengah pihak. "Dimanakah semangat Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang mementingkan semangat kebersamaan dan toleransi sejak kita merdeka lagi?" soal Dyana. Mengulas isu yang sama, Teo yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan terkejut dengan tindakan blogger pro-Umno itu dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab 'tentera siber' Umno dalam mengaitkan DAP dengan isu guru mualaf yang dipaksa membuka tudung. "Ketika pertama kali membaca berita guru muslim berusia 25 tahun di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi diarah membuka tudung jika mahu terus mengajar di sekolah itu oleh salah seorang ahli lembaga pengarah sekolah; saya telah mengeluarkan kenyataan segera mengutuk tindakan tersebut dan menggesa beliau memohon maaf kepada guru tersebut tanpa berlengah-lengah," tegas Teo. Beliau menegaskan bahawa DAP menjunjung prinsip bahawa setiap rakyat mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama anutan mereka. "Sebenarnya ini bukan pertama kali Umno cuba meletakkan kesalahan kepada DAP apabila wujud kenyataan berunsur diskriminasi atau insiden berbau perkauman di Johor. "Pada pertengahan tahun lalu apabila seorang guru berbangsa Cina didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman, terdapat sepanduk bertulis "DAP Johor SokongCikgu Poh; Melayu Bodoh Puk*m*k" digantung di beberapa tempat," ujarnya kesal. Menurut Teo, adalah jelas bahawa DAP menjadi sasaran mudah Umno dan tektik ini akan digunakan berulang kali bagi memesongkan kemarahan umum terhadap kegagalan kerajaan BN menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan. "Kami ingin mengingatkan Umno bahawa 'kamu boleh menipu semua manusia pada sebahagian masa dan sebahagian manusia pada semua masa, tetapi kamu tidak boleh menipu semua manusia pada semua masa'," ujar Teo memetik kata-kata Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln. -HD |
[DEMO MELAMPAU UMNO] BN Akan Hilang Deposit Di Lebih Banyak Kerusi - Mat Sabu Posted: 20 Jan 2014 09:15 PM PST Georgetown - BN bukan saja akan kehilangan deposit di kerusi Pengkalan Kota dan Berapit, tetapi percayalah mereka akan hilang lebih banyak deposit di kerusi-kerusi lain dalam Piihan Raya Umum ke-14 yang akan datang. "Bantahan dan demo secara melampau yang dipamerkan oleh ahli mereka di Seberang Jaya dan Bukit Mertajam baru-baru ini akan membuat masyarakat yang cintakan keharmonian benci kepada tindakan sedemikian. "Jika mereka tidak mengubah akhlak dan perangai, saya begitu yakin, banyak lagi kerusi di Pulau Pinang akan hilang dalam PRU akan datang, apabila rakyat telah dapat membuat perbandingan antara kedua-dua pihak, " kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semasa ditemui di Mahkamah Majistret, Butterworth pagi tadi. Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga berkata, rakyat negeri ini sedang memerhatikan setiap gerakan pembangkang di sini. "Apabila menyedari mereka adalah pembangkang, sudah pasti pelbagai tindakan akan diakukan bagi meraih sokongan masyarakat khsususnya umat Islam dan orang Melayu di sini. "Namun begitu dengan paparan tindakan melampau sepertimana demonstrasi kelmarin dan malam kelmarin sudah jelas bentuk kepimpinan yang sebeginikah harus dijadikan pemimpin untuk memimpin masyarakat berbilang kaum dalam negara ini. "Islam adalah agama mulia dan suci yang mesti dibuktikan melalui tindakan oleh umat Islam sendiri. Sekiranya Islam hanya pada anutan dan kepercayaan, tapi tidak diresapkan dalam sanubari ia umpama hiasan yang dilihat indah pada wajah tetapi buruk pada hakikatnya," tambah beliau lagi. Oleh kerana itu, umat Islam mesti buktikan bahawa setiap kekeliruan boleh diselesaikan melalui perbincangan dan mendapat pandangan dari mereka yang ahli dalam sesuatu isu yang diperkatakan.-malaysiagazette ULASAN GB Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan. Hukum kebenaran dan keadilan bersifat alamiah, tidak dibatasi dengan warna kulit, bangsa atau agama. Berdemo sampai membelasah orang awam dengan letak undang-undang id tangan sendiri, mengeluarkan kata-kata perkauman adalah sesuatu yang melampaui batas. Setiap yang melampaui batas akan tetap terhukum jua akhirnya. Malah Allah banyak kali menegaskan di dalam Al-Quran Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka orang-orang yang melampau batas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar "betul tapi tak popular" dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang. |
[VIDEO] Najib & Rosmah Diboo, Sudah Sampai Masa Untuk Najib Berundur! Posted: 20 Jan 2014 04:50 PM PST Kes boo dan tidak tepuk tangan: Najib kena berundur PETALING JAYA: Sudah sampai masanya bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur. Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Malaysia Open malam tadi. "Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara," kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang. Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat. Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup. Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti. Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Mukhriz berkata jika kerajaan mengekalkan tindakan yang tidak popular ini, BN akan tewas pada PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2018. Syed Rosli berharap makmal yang akan diadakan untuk menangani masalah ini dapat dihidupkan segera dan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin. "Rakyat tertekan dengan apa yang berlaku seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, kenaikan harga barang serta ura-ura kenaikan harga tol yang mana mereka lihat kerajaan gagal menangani isu ini secara berkesan," katanya lagi. -FMT
|
[VIDEO] Haji Hadi: Arab Saudi Diperguna AS & Eropah Jaga Kepentingan Israel Posted: 20 Jan 2014 04:45 AM PST Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan kerajaan Arab Saudi menjadi alat kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah. Menurut Presiden PAS itu, pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam. "Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah," kata Abdul Hadi kepada saluran televisyen satelit Press TV pada Sabtu. "Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa." Menurut Abdul Hadi, beliau kesal kerajaan Arab Saudi menjadi alat untuk menjaga kepentingan Israel dan negara Barat malah Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal tersebut. "Ia merupakan plot Barat untuk menjaga kepentingan mereka dan Israel dengan menggunakan agama sebagai alat permainan ini dengan menggunakan orang media dan tokoh politik. Malaysia turut dipengaruhi hal ini," kata Abdul Hadi. Menurut Abdul Hadi, perbalahan di antara negara Islam di Timur Tengah adalah untuk memastikan keselamatan Israel terus terjamin. Katanya ini juga berlaku kerana AS, negara Eropah dan Israel cemburu dengan kemajuan dicapai negara Islam seperti Iran. Manurut ahli Parlimen Marang itu, ulama dan tokoh agama di Malaysia sudah mengadakan persidangan serta mengeluarkan kenyataan dalam memberikan kesedaran berhubung isu tersebut. Malaysia tidak terkecuali dalam "permainan" ini dengan berlakunya perbalahan mazhab sehingga menimbulkan ketegangan kepada masyarakat Islam di negara ini. Dalam ucapan penggulungan semasa Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan kepada orang nombor dua PAS kerana dikatakan mengamalkan ajaran Syiah. Tidak berapa lama selepas itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhollah Musawi al Khomeini. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu merupakan orang yang dimaksudkan Ahmad Zahid. Dalam reaksinya Mohamad mengatakan beliau sememangnya mengagumi ketokohan Imam Khomeini akan tetapi tidak mengakui menganut fahaman Syiah. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan