MIMPI SENJA |
- Puak pro Mahathir mahu dia kembali gantikan Najib
- Pelajar dakwa dicabul timbalan pengarah
- "Sultan Melaka" ditahan
Puak pro Mahathir mahu dia kembali gantikan Najib Posted: 14 Jan 2014 03:58 PM PST Nostalgia untuk zaman yang lebih baik mendominasi minggu ini apabila veteran Umno secara terbuka menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula menerajui negara manakala adik perdana menteri memintanya kembali kepada integriti sebagaimana yang dilaksanakan oleh bapa mereka yang juga bekas perdana menteri. Tetapi zaman yang lebih baik ialah apabila Umno adalah dominan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA ) digunakan untuk menutup mulut mereka yang berbeza pendapat, sesuatu yang Tan Sri Zainuddin Maidin sentuh apabila meminta Dr Mahathir dikembalikan untuk memimpin negara. Beliau adalah penyokong tegar Dr Mahathir terkini yang menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti turun. Beberapa blogger pro-Dr Mahathir membuat penyataan yang sama dalam minggu selepas pemilihan Umno lalu ketika kem Najib menang dengan bergaya. Mereka juga bersikap sama terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada April 2009, setahun selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan bersejarah dalam Pilihan Raya Umum 2008 apabila hilang majoriti 2/3. Tetapi Umno terpaksa memilih Najib, anak perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan lelaki yang dididik untuk kerja itu selepas bapanya meninggal dunia 38 tahun lalu, semalam. Dan Dr Mahathir bersetuju dengan pilihan itu, di mana beliau menyertai semula Umno sehari selepas Najib menjadi presiden parti. Itu adalah lima tahun lalu dan Najib mengambil kuasa dengan menyedari bahawa zaman kerajaan serba tahu sudah berlalu, melembutkan tekanan undang-undang berkaitan keselamatan dan meliberalisasikan ekonomi, mahu mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, dan ia mengecewakan golongan pro-Dr Mahathir. Pada tahun lalu apabila BN kalah lebih teruk dalam Pilihan Raya Umum 2013, Putrajaya memberikan semula beberapa kebebasan dan keutamaan kepada agenda ekonomi Bumiputera. Namun, golongan pro-Dr Mahathir tetap tidak gembira dan kini mahu perubahan. Jadi, Najib mesti pergi dan Malaysia perlu kembali ke zaman Mahathir di mana pertumbuhan negara adalah tinggi dan mereka yang tidak bersetuju perlu tinggal di Kamunting, padahal baru beberapa hari lalu kita melihat tahanan terakhir ISA meninggalkan pintu kemnya. Tetapi cadangan ini tidak boleh dilaksanakan. Zaman Mahathir mencipta terlalu ramai "kucing gemuk" yang hanya berjaya kerana mereka adalah kroni dan anggota polis yang bergantung kepada ISA untuk menjaga keamanan dan bukannya melalui kerja detektif sebenar. Tidak menghairankan apabila sesetengah pihak mahu kembali ke era itu, untuk menjaga wang dan kuasa mereka dalam tahap persaingan ekonomi di padang permainan yang semakin sama rata dan ekonomi global yang semakin mengecil. Tetapi siapakah di kalangan ahli parlimen Umno boleh menggantikan Najib? Yang pro-Dr Mahathir namakan tidak ada, kecuali Dr Mahathir sendiri mengetuai majlis orang tua untuk melakar masa depan Malaysia. Itulah yang boleh dikatakan tentang bakat yang ada dalam Umno selepas sekian lama Dr Mahathir berkuasa. Ia memperlihatkan apa yang boleh diperolehi daripada demokrasi terpimpin Umno. Untuk golongan pro-Dr Mahathir, hanya doktor yang baik ini boleh menyelamatkan negara dan pulang ke tahun-tahun kegemilangan 1980-an apabila Malaysia merupakan harimau ekonomi Asia bersama dengan Indonesia, Filipina dan Thailand. Tidak ada orang lain. Tidak seperti syair pujian Datuk Seri Nazir Razak kepada bapanya yang dilihat sebagai seorang yang berintegriti, seorang demokrat dan pejuang nasionalis bagi negara ini lebih daripada untuk bangsa atau keluarganya sendiri. Kedua-dua pro-Dr Mahathir dan Nazir adalah sentimental zaman gemilang, satu untuk seorang lelaki dan satu lagi untuk kehebatan seorang lelaki - sesuatu yang tidak ada pada Najib. Namun, Najib mempunyai mandat untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lagi, kecuali berlaku pemberontakan parti. Tetapi dia mesti membuat keputusan, sama ada untuk melayan karenah golongan pro-Dr Mahathir dan berhenti atau menjadi perdana menteri seperti bapanya. Dia mesti membuat keputusan segera atau nostalgia ini akan menjadikan dia dan negara jatuh lebih dalam. – 15 Januari, 2014. - TMI |
Pelajar dakwa dicabul timbalan pengarah Posted: 14 Jan 2014 07:05 AM PST SEREMBAN – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini. Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan. Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan. "Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan lain. "Mangsa kemudian menepis tangan suspek kerana tidak selesa dengan kelakuan timbalan pengarah berusia lingkungan 40-an itu. Namun suspek tidak mengendahkannya lalu meneruskan niat jahatnya itu dengan penuh ghairah," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Jelebu itu merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Pahang, baru menjalani latihan praktikal di pejabat berkenaan, kira-kira sebulan lalu. "Akibat tindakan timbalan pengarah tersebut, mangsa kini dilaporkan trauma namun dipercayai masih menjalani latihan praktikal di situ. "Kakitangan pejabat yang mengetahui mangsa dicabul menasihatkannya agar membuat laporan polis," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksyen ini jika sabit kesalahan. - sinar harian |
Posted: 13 Jan 2014 11:50 PM PST MELAKA: Polis pada Selasa menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi Selasa ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka". "Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Pada 8 Januari lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Shah Gzali Khan berkata siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu. "Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan