WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Gaji Minimum Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Setuju Atau Tidak?
- LAGU REMIX FEAT NAJIB
- SPRM perlu siasat 30 pegawai kastam terlibat rasuah -Shamsul
- Perutusan Maulidur Rasul: Tuntut perubahan seluruh sistem kehidupan
Gaji Minimum Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Setuju Atau Tidak? Posted: 14 Jan 2014 01:13 AM PST Gaji Minimum Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Setuju Atau Tidak?Gaji Minimum Penjawat Awam Naik : Jikalau anda semua, tidak terlepas berita mengenai berita baru-baru ini yang mana kerajaan Malaysia ada menanggung makan PATI (Pendatang Tanpa Izin) dalam tahanan sebanyak RM35.00 sehari. Indahnya hidup mereka di atas bumi Malaysia ini. Buktinya DI SINI & juga KLIK SINI) Bagaimana pula dengan belanja makan kakitangan awam aka rakyat Malaysia yang sah, apatah lagi kakitangan swasta yang lain? Apa perbezaan dahulu kos sara hidup dahulu dengan sekarang sehinggakan sehingga Tokoh Ekonomi seperti Allahyarham Dato' Salleh Majid pernah mengatakan :
Gaji Minimum Penjawat Awam Naik : Melihatkan kos sara hidup yang melambung tinggi terutamanya kenaikan harga minyak, tarif elektrik & tol pada tahun 2014 ini sekaligus mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu memperjuangkan gaji minimum penjawat awam naik ke paras sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan… Cadangan Cuepacs Untuk Gaji Minimum Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Analisa Cuepacs :
Cuepacs juga mungkin boleh mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk segerakan keluar Pekeliling SST, seperti yang dijanjikan bagi mengantikan SSM dengan SST. Gaji Minimum Penjawat Awam Naik : Pada pandangan Berita Semasa, cadangan dan tuntutan Cuepacs perlu diambil perhatian pihak kerajaan daripada sekarang. Dalam pada masa yang sama Cuepacs perlu lebih menumpukan elaun rumah, ITKA dan cola. Elaun RUMAH pun sudah berada terlalu di takuk lama, tiada perubahan. Ini antara rekod yang sempat Berita Semasa kongsikan di sini :
Apa respon balas kakitangan awam mengenai tuntutan terbaru Cuepacs untuk anda semua yang mana gaji minimum penjawat awam naik RM1,200 sebulan. Setuju atau tidak? Atau anda ada cadangan lain? |
Posted: 13 Jan 2014 10:07 PM PST |
SPRM perlu siasat 30 pegawai kastam terlibat rasuah -Shamsul Posted: 13 Jan 2014 10:00 PM PST SPRM perlu siasat 30 pegawai kastam terlibat rasuah -ShamsulKUALA LUMPUR 13 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat tindakan pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang memberikan maklumat kepada sindiket penyeludupan warga asing di negara ini.Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tata tertib sahaja tidak memadai kerana kes itu melibatkan kegiatan rasuah, malah suatu pengkhianatan dan ancaman kepada negara. "SPRM tidak boleh mendiamkan diri kerana isu ini tentunya memberi kesan kepada keselamatan dan memudaratkan negara," ujarnya menambah penjualan maklumat kepada sindiket seumpama itu boleh berlaku dalam agensi kerajaan yang lain. Pada 10 Januari lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 30 kakitangan dan pegawai kanan JKDM didapati bersalah kerana membocorkan rahsia kepada sindiket penyeludupan warga asing sepanjang tahun lalu, walaupun Unit Siasatan Khas ditubuhkan untuk mengelakkan kejadian tersebut. Mengikut kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Matrang Suhaili, mereka yang didapati bersalah dikenakan tindakan seperti dipindakan ke cawangan di Johor, Selangor, Kelantan dan Pahang. November lalu, beberapa pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) disiasat atas tuduhan menerima sogokan daripada sindiket yang menyeludup warga asing menggunakan dokumen palsu. Menurut Timbalan Menteri dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, setiap pegawai Imigresen yang ditangkap November lalu disogok sekurang-kurangnya RM10,000 bagi setiap warga asing. Mengulas lanjut, Shamsul turut mengaitkan kes jenayah membabitkan warga asing seperti kes pembunuhan pegawai Ambank oleh pengawal keselamatan warga Indonesia, Ardi Hamza beberapa bulan lalu. Dalam kes itu, penjenayah berkenaan memperolehi kad pengenalan melalui sindiket pemalsuan MyKad. Susulan daripada itu, pada November lalu, seramai 20 warga Filipina yang bekerja sebagai pengawal keselamatan turut ditahan kerana memiliki MyKad palsu. Justeru, Shamsul meminta siasatan menyeluruh dilakukan SPRM termasuk menubuhkan sebuah pasukan khas yang turut membabitkan pasukan polis. Manakala satu kertas putih juga perlu dibentangkan daripada hasil laporan berkenaan ke parlimen. "SPRM tidak perlu menunggu laporan dibuat kerana ini satu perkara yang cukup serius. Kemungkinan sendikit ini didalangi pegawai kastam sendiri kerana jumlah mereka yang terlibat terlalu besar," ujarnya mengaitkan sendikit jenayah dengan pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya tahun lalu. |
Perutusan Maulidur Rasul: Tuntut perubahan seluruh sistem kehidupan Posted: 13 Jan 2014 09:48 PM PST Perutusan Maulidur Rasul: Tuntut perubahan seluruh sistem kehidupanMenjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad SAW kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan.Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati sepanjang masa. Risalah yang berpaksi tauhid, mengithbatkan Allah, menafikan patung dan menuntut pembaharuan dan perubahan menyeluruh sistem kehidupan. Demikian dirumuskan sebagai obor yang membawa pencerahan, membebaskan manusia, dasar zalim dan bobrok. Justeru, dalam menghadapi malapetaka yang menimpa umat dari Afghanistan ke Iraq, Syria, Mesir dan bumi Palestin, serta kekeliruan dan kedangkalan fahaman umat termasuk dalam negara kita, marilah kita jadikan sambutan Maulud untuk memperkuat tekad, meningkat ilmu dan amal selaras dengan risalah perdamaian, keadilan dan rahmatan Lil aalamin! Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KEADILAN |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan