Kelab Greenboc |
- [VIDEO] #BBCTrending, Najib Berjaya "Harum"kan Nama Negara Dengan "Kangkung"nya
- "TV, Akhbar & Blogger Kangkung" Putarbelitkan Isu Giat Mara Jadi isu Perkauman
- [HEBAT] Mahasiswi Saudi Kempen Agar Lelaki Beristeri 4
- Kenapa Susah Sangat 2 Orang "Pegawai Kangkung" Ini Hendak Letak Jawatan?
[VIDEO] #BBCTrending, Najib Berjaya "Harum"kan Nama Negara Dengan "Kangkung"nya Posted: 15 Jan 2014 12:45 AM PST Sejak isu "kangkung" meletup awal minggu ini, nampaknya PM Kangkung telah berjaya "mengharumkan" nama negara. Portal berita BBC yang berpusat di London menyatakan Najib kini dibelasah hebat dengan isu kangkung - dan BBC mengangkat isu kangkung tersebut sebagai BBCTrending untuk minggu ini. Dengan kerajaan kini diserang hebat akibat kenaikan harga dalam keperluan asas seperti minyak dan elektrik, Najib telah memilih untuk menonjolkan pengurangan dalam kos sayur hijau bernama "kangkung", menurut laporan tersebut. Kangkung - yang dimakan secara meluas di Malaysia, dimasak sebagai tumis dengan sedikit bawang putih atau cili. Namun harganya murah, tumbuh meliar di tepi-tepi sungai, sawah padi dan parit-parit, namun ia bukanlah makanan utama bagi rakyat. Sejurus selepas video Perdana Menteri mengenai pengurangan harga kangkung disiarkan, pelbagai sindiran dan jenaka mula menjadi trend di media sosial di Malaysia. Terdapat ribuan tweet, laman Facebook yang wujudkan - dengan mempunyai lebih 10,000 pengikut - remix video mengenai ucapannya dimuatnaik ke YouTube, lirik untuk lagu-lagu rakyat yang popular dan tradisional telah dibikin semula (lihat video di bawah) dan kemeja-T tertera tulisan "Bertenang dan makan kangkung" beredar laju di pasaran. Fenomena "kangkung-gate", seperti yang digelar oleh sesetengah pihak, telah membangkitkan kemarahan orangramai yang kini sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, geram dengan gejala rasuah dan perbelanjaan mewah oleh kerajaan Najib. Kisah kangkung ini begitu meletup di dalam media sosial yang ramai juga yang telah telah mengadu garis masa (timeline) di FB mereka jadi tersumbat. "Obsesi kangkung ini begitu pantas menjadi satu bahan ketawa", tambah laporan BBC itu.
|
"TV, Akhbar & Blogger Kangkung" Putarbelitkan Isu Giat Mara Jadi isu Perkauman Posted: 14 Jan 2014 07:40 PM PST Giat Mara ditutup tiada kaitan dengan Melayu, kata exco Selangor Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat Mara Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai. "Bukan pasal DAP yang tutup Giat Mara. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa. "Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah. Kami akan bincangkan esok dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan hegeri Selangor merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan. Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta. Sebelum ini, Pusat Giat Mara Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan. Sumber sama mendedahkan, Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008. "Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia. "Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional. "Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram," katanya. -TMI br>
|
[HEBAT] Mahasiswi Saudi Kempen Agar Lelaki Beristeri 4 Posted: 14 Jan 2014 04:20 PM PST Simbol 4 jari ala penunjuk perasaan di Mesir menular ke Arab Saudi. Namun simbol itu bukan menggambarkan sokongan kepada Muhammad Mursy dan Al-Ikhwan, melainkan mengajak untuk poligami. Dilaporkan oleh Saudi Gazette (25/10/2013) dari laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, sejumlah mahasiswi perguruan tinggi di Arab Saudi melancarkan kempen di laman microblogging Twitter, mengajak para lelaki yang mampu secara fizikal dan kewangan agar memiliki isteri lebih dari satu. Seperti biasa, kempen itu mendapat pujian, kritikan dan pastinya ejekan dari pengguna Twitter. Mereka yang bersetuju berpendapat bahawa berkahwin 4 isteri akan mengurangkan jumlah wanita tunggal di usia matang, di mana menurut sebuah laporan tahun 2012 angkanya sudah melebihi 1 juta di Arab Saudi. Namun menurut pengguna Twitter bernama Sultan al-Subaie, lelaki yang sudah berkahwin satu isteri sebaiknya tidak menikahi wanita lain lagi, sebab hal itu akan menimbulkan banyak masalah dalam rumah tangga yang sebenarnya tidak perlu ada. Selaras dengan pemikirannya, pengguna Twitter lain menambah, seorang lelaki hanya boleh menikahi isteri kedua jika dia yakin dapat memperlakukan keduanya secara adil. Sami al-Dandashi melihatnya agak berbeza. Menurutnya, misalkan seorang lelaki beristeri 4 dan masing-masing punya dua anak sehingga total 8 anak, maka negara Saudi akan menghadapi masalah kelebihan jumlah penduduk. "Perawan tua mungkin akan dapat diselesaikan, tetapi masalah kelebihan penduduk akan meningkat," ujarnya. Sebuah kajian tahun 2011 oleh Kementerian Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi menunjukkan bahawa wanita usia di atas 30 tahun yang belum berkahwin jumlahnya mencapai 1,529,418. -diyatullah.com |
Kenapa Susah Sangat 2 Orang "Pegawai Kangkung" Ini Hendak Letak Jawatan? Posted: 14 Jan 2014 08:38 AM PST Saifudin Abdullah tuntut pengerusi SPR dipecat Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan. Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun. "Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN). "Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi. Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka. Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa. Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada. Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan. "Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil. "Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini. "Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu. -TMI
ULASAN GB Sudah banyak pihak meminta kedua-dua "pegawai kangkung" ini meletakkan jawatan. Tetapi mereka buat tak faham macam pekak badak. Mengapa mereka bersikap demikian? Kerana mereka dijaga dan dibela oleh PM Kangkung. Yang pekak badak sebenarnya PM Kangkang yang seorang itulah sekalipun rakyat sudah mengadakan perhimpunan BERSIH sebanyak 3 kali menuntut supaya pegawai kangkung itu ditukarkan. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sekalipun PM Kangkung enggan mendengar tuntutan rakyat, Allah tetap akan mendengar. Kedua-dua pegawai kangkung termasuk dengan PMnya sekali akan TETAP menerima hukumanNya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan