Kerabu Bersuara ® |
Dr Muhammad NurManuty: Isu JAIS &Persatuan Bible Posted: 02 Jan 2014 05:49 PM PST KENYATAAN MEDIA Ketua Penerangan KEADILAN Isu Perampasan Bible Oleh JAIS (3 Januari 2014) KEADILAN yakin pendekatan berhikmah dalam menangani isu-isu keagamaan adalah cara yang terbaik bagi mengelakkan ketegangan antara penganut-penganut agama Islam dan Kristian di negara ini berterusan. Sesungguhnya ketegangan hidup beragama adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip beragama, Perlembagaan Malaysia dan amalan demokrasi. Justeru, antara perjuangan utama KEADILAN adalah untuk menjamin kedamaian hidup beragama berasaskan nilai-nilai keadilan sejagat dan juga perlembagaan negara. Bagi mencapai tujuan di atas, KEADILAN sentiasa menganjurkan supaya disuburkan budaya interaktif untuk mewujudkan iklim yang kondusif ke arah kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara. KEADILAN berharap dialog dan perunding yang bakal dianjurkan nanti akan dapat: · Menyuburkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan budaya dialog antara masyarakat Malaysia yang majmuk ke arah Malaysia yang aman dan makmur. · Menyediakan medan sesuai yang bersifat interaktif untuk para peserta saling mengenali sebagai asas komunikasi positif dan bermanfaat untuk masyarakat pelbagai agama. · Mengumpul pandangan secara objektif berkaitan keresahan dan kebimbangan sebenar masyarakat pelbagai agama untuk diusahakan jalan penyelesaian terbaik oleh semua pihak. KEADILAN berharap semua pihak yang terlibat tidak terperangkap dengan agenda musuh yang mahu melihat hidup aman dan tolaransi beragama menjadi musnah. Masyarakat berbilang agama di Malaysia selama ini telah berjaya membina suasana harmoni, saling hormat menghormati dan bertolak ansur. Dr Muhammad NurManuty KetuaPenerangan PKR 3hb Januari, 2014 Tel: 019-3328302 Email: dr_manuty@hotmail.com |
LIVE Kuliah Jumaat dari Medan Ilmu Posted: 02 Jan 2014 05:35 PM PST LIVE Kuliah Jumaat dari Medan Ilmu | 01 Rabiul Awal 1435H/ 03 Januari 2014M. Kuliah Jumaat sesi kedua hari ini disampaikan oleh YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan (Broadcasting live at www.kelantantv.my) |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan