Jumaat, 3 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Biarkan BN bermain politik, bukan polis

Posted: 03 Jan 2014 03:00 AM PST


LIM KIT SIANG 


POLIS patut menunjukkan rasa amat kesal kerana mendakwa gambar lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera ketika protes pada Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka.

Pasukan polis wajar menerapkan prinsip demokratik dalam menjalankan tugas memelihara kesejahteraan orang ramai dan bukan hanya (menjaga kepentingan) kerajaan.

Sememangnya wajar pihak polis meminta maaf kerana tersilap mendakwa gambar seorang lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera semasa bertugas ketika protes antikenaikan harga pada sambutan tahun baru di Dataran Merdeka.

Laman Facebook rasmi polis telah memuat naik gambar seorang lelaki tidak berbaju dan cedera di kepala yang disangka sebagai seorang pegawai polis yang bertugas ketika perhimpunan anti-kenaikan harga pada malam Selasa lalu.

Gambar itu disangkal oleh banyak pengguna internet yang mengatakan bahawa ia tidak konsisten dengan kenyataan polis sendiri bahawa tiga pegawai polis yang bertugas telah cedera di bahagian tangan.

Pihak polis telah mengakui kesilapan tersebut dan meminta maaf atas ketidakpekaan memuat naik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baru.

Menurut kenyataan tersebut, "PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan dan bahawa pegawai polis juga adalah manusia biasa yang  tidak dapat lari dari melakukan kesilapan".

Ini adalah persoalan yang amat serius. Bagaimana kesilapan sedemikian boleh berlaku? Siapakah pegawai polis yang bertanggungjawab melakukan kesilapan itu dan apakah langkah yang diambil untuk memastikan kesilapan sedemikian tidak akan berulang?

Kita memang merasa lega melihat sikap rendah hati PDRM meminta maaf dan mengakui kesilapannya, walaupun tiada siapa tahu apakah polis akan mengakui kesilapan dengan begitu mudah jika tidak kerana kesilapan tersebut didedahkan oleh warga dunia internet dan juga lelaki dalam gambar itu sendiri, Mohd Zulhilmi Mustafar.

Zulhilmi cedera kerana diserang pada 29 Disember dan beliau telah membuat laporan polis untuk menjelaskan bahawa beliau tidak ikut serta dalam perayaan Tahun Baru atau protes.

Dalam apa jua keadaan – sama ada permintaan maaf itu adakah ikhlas atau dilakukan kerana dipaksa keadaan – pihak polis sepatutnya menunjukkan rasa kesal secara bersungguh-sungguh.

Perkara pertama yang boleh dilakukan polis ialah dengan berpegang pada prinsip demokrasi dalam menjalankan tugas bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan bukan hanya kepentingan kerajaan.

Sebagai contoh, polis tidak seharusnya mengambil sebarang pendirian politik terhadap rakyat Malaysia yang ingin menggunakan hak asasi mereka untuk melakukan protes secara aman terhadap kenaikan harga yang menjejaskan ekonomi majoriti rakyat Malaysia dengan membuat dakwaan tidak berasas tentang adanya rancangan sulit untuk "menggulingkan kerajaan".

Malah, polis seharusnya meminta maaf kerana membuat dakwaan tidak berasas seperti itu untuk membuktikan bahawa mereka berpegang dengan prinsip demokrasi dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan bukan hanya kepentingan kerajaan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam,  Salleh Mat Rashid telah membuat kenyataan mendakwa bahawa protes pada malam sambutan tahun baru itu "adalah topeng oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara".

Tiada siapa akan terkejut jika dakwaan sedemikian dibuat oleh cybertrooper BN/Umno atau salah seorang menteri BN/Umno.

Tuduhan liar sedemikian yang datang daripada seorang pegawai tinggi polis mencemarkan kebebasan, integriti, dan profesionalisme polis – seperti juga 'dongeng' Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang adanya rancangan sulit untuk "menggulingkan kerajaan", seolah-olah Malaysia berada dalam keadaan begitu rapuh sehingga politik dan ekonominya akan runtuh pada bila-bila masa saja.

Polis sepatutnya membiarkan para menteri, pemimpin, dan cybertrooper BN/Umno saja yang bermain politik secara tidak bertanggungjawab agar kebebasan, integriti, dan profesionalisme pihak polis terpelihara di mata rakyat Malaysia dan orang luar.

Sehubungan dengan ini, saya menyeru pihak polis untuk memberi keutamaan terhadap usaha membasmi jenayah agar kadar jenayah dalam negara dapat dikurangkan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia, para pelabur, dan juga pelancong, serta tidak menghabiskan wang dan tenaga polis untuk "memburu bayang" seperti yang ditunjukkan menerusi usaha menghukum kalangan yang terlibat dalam protes antikenaikan harga pada malam sambutan tahun baru.

Lim Kit Siang adalah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah

Majlis Fatwa disaran kaji kedudukan Harussani

Posted: 03 Jan 2014 02:55 AM PST

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan mesyuarat khas bagi mengkaji kedudukan Mufti Perak, Tan sri Harussani Zakaria berhubung 'fatwa' beliau yang dilihat bertentangan dengan Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily berkata jika benar 'fatwa' tersebut dikeluarkan mufti itu, jelas mengelirukan pelbagai pihak yang boleh  menimbulkan ketegangan dan kekecohan.

"PAS hari ini menggesa agar Jawatankuasa Fatwa memanggil segera mufti-mufti di seluruh negara menghadiri menyuarat khas bagi membincangkan kedudukan Harussani sebagai Mufti Perak berhubung dengan fatwa yang telah dikeluarkan.

"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh peringkat tertinggi Jawatankuasa Fatwa kerana apa yang diperkatakan oleh beliau telah mengelirukan pelbagai pihak sehinggakan dapat menimbulkan ketegangan yang melampau," jelasnya.

Beliau yang turut menegaskan Majlis Fatwa tidak lagi boleh bertolak ansur dalam soal kedudukan Harussani sebagai mufti kerana terlalu banyak fatwa yang dikeluarkannya sebelum ini yang telah menimbulkan salah faham kepada masyarakat Islam di negara ini.

"Penting dan segera itu yang perlu dilakukan oleh Majlis Fatwa, saya tidak mahu ada pihak yang terpengaruh dengan fatwa tersebut akan bertindak dan menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.

"Selain bertindak atas kedudukan Harussani, Majlis Fatwa juga perlu mengeluarkan kenyataan berhubung apa yang telah dinyatakan oleh Mufti Perak itu agar rakyat kembali tenang dan tidak terpengaruh," sambung beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau yang berpendapat keputusan segera dari Majlis Fatwa itu akan mengembalikan imej Majlis Fatwa dan Jabatan Mufti peringkat negeri dari terus dipandang serong oleh rakyat sepertimana berlaku kepada institusi kehakiman sebelum ini.

MP: Serbuan JAIS nafikan mesej tahun baru Najib

Posted: 03 Jan 2014 02:25 AM PST

MALAYSIAKINI

MP Gelang Patah Lim Kit Siang berkata serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke premis Persatuan Bible Malaysia semalam menafikan mesej "damai dan harmoni" dalam ucapan sempena sambutan Krismas dan tahun baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tokoh DAP itu berkata kegagalan Najib menghentikan sebarang serbuan pihak berkuasa Islam ke atas agama lain menjadikan mesej perayaan Krismas dan tahun barunya "hilang makna dan hilang kredibiliti".

Menurut Lim, dalam dua ucapan Najib antara lain menyeru perpaduan Muslim dan Kristian supaya tidak berbalah, mengguris perasaan sesama mereka, memahami sensitiviti dan tidak menjadi perbezaan antara agama sebagai faktor yang melemahkan masyarakat.

"Namun, sentimen ini dipadamkan dengan serbuan haram dan bertentangan dengan perlembagaan oleh JAIS ke atas Persatuan Bible Malaysia semalam," kata Lim dalam satu kenyataan.

Tokoh DAP itu mengulas serbuan JAIS terhadap persatuan itu semalam malah membuat rampasan lebih 300 Bible versi bahasa Melayu dan Iban di premis itu semalam malah pegawai jabatan itu didakwa tampil dengan agresif dan cuba membuka pintu pagar premis berkenaan.

Lim turut membidas ucapan Najib yang menyerang ahli politik yang menurut beliau tidak bertanggungjawab dan sia-sia kerana menimbulkan kontroversi demi keuntungan politik tanpa menghiraukan keamanan dan keharmonian.

Bagaimanapun, kata Lim, serbuan tersebut adalah contoh bagi "tindakan tidak bertanggungjawab" dan "sia-sia" yang disebut Najib, maka sebagai seorang perdana menteri beliau perlu bertindak segera.

Sehubungan itu, Lim menggesa Najib merealisasikan janjinya kepada rakyat dengan menghentikan segera sebarang serbuan haram dan bertentangan dengan perlembagaan oleh pihak berkuasa Islam ke atas agama lain demi pengukuhan perpaduan di negara ini.

Diskaun RM100k bukan untuk Guan Eng saja

Posted: 03 Jan 2014 02:11 AM PST

MALAYSIAKINI

Tawaran diskaun menarik sebanyak RM100,000 bagi kereta Mercedes Benz S300L untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menimbulkan persoalan sama ada ia mengandungi tujuan tersirat.

Tidak, kata seorang peniaga. Tawaran itu, dedahnya, bukan eksklusif untuk Lim sahaja.

Diskaun tersebut adalah sebahagian daripada tawaran akhir tahun dan  jualan penghabisan stok Mercedes Benz kepada sesiapa yang membeli model 2012 Mercedes Benz S Class, demikian menurut laporan The Star yang memetik seorang peniaga yang tidak dinamakan.

"Diskaun itu ditawarkan kepada sesiapa sahaja, termasuk pembeli individu, selagi stok 2012 masih ada," lapor akhbar berbahasa Inggeris itu.

Bagaimanapun, katanya, diskaun itu tidak terpakai kepada model yang lebih baru.

Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pada 31 Disember tahun lepas, pembelian Mercedes Benz S300L, yang akan menjadi kenderaan rasmi baru ketua menteri pada harga RM298,263.75.

Pegawai Kewangan Negeri, Mokhtar Mohd Jait yang mempertahankan pembelian kereta, berkata harga asalnya adalah RM657,218 tetapi kerajaan negeri diberikan pengecualian cukai dan diskaun sebanyak RM100,000.

Mokhtar juga mengesahkan kemudiannya bahawa Mercedes Benz S300L yang dibeli untuk Lim itu adalah model 2012.

Jingga 13 teruskan saman Timbalan Polis KL

Posted: 03 Jan 2014 02:06 AM PST

Azuan Ab Rahman


Jingga13


KUALA LUMPUR : Ketua Penyelaras Jingga13, Fariz Musa berkata, pertubuhan tersebut dalam proses perbincangan dengan peguam bagi menentukan tindakan yang bakal diambil ke atas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

"Tegas, pihak Jingga13 akan tetap mengambil tindakan terhadap tuduhan tersebut.

"Kita sedang berbincang dengan peguam kita bagi memutuskan bentukkan tindakkan yang bakal diambil, kita akan kemukakan saman," kata beliau ketika ditemui Keadilandaily di hadapan IPD Dang Wangi, hari ini.

Kata Fariz, walaupun Amar Singh sebelum ini telah menafikan membuat kenyataan mengaitkan NGO itu dengan keganasan, namun Amar tidak membuat permohonan maaf.

"Beliau ada nafikan, tapi tiada permohonan maaf. Namun setelah menafikan, pihak polis pula kata ada bukti mengaitkan kami dengan keganasan tersebut,

"Kita cabar pihak polis kemuka bukti yang kita merancang untuk gulingkan kerajaan dengan keganasan sepeti yang mereka sebut," tegasnya.

Dalam satu kenyataan dipetik media sebelum ini, Datuk Amar Singh berkata, empat pertubuhan termasuk Jingga13 merancang menimbulkan kekecohan termasuk membawa bom tangan dalam himpunan malam tahun baru 2014 bagi mendesak harga barangan diturunkan

Pagi ini Jingga 13 membuat laporan polis terhadap mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria kerana mengeluarkan 'fatwa' bahawa peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru sebagai 'bughah' (derhaka) dan dihalalkan darah.

“Apa kelayakan MP Bintulu jadi Duta Khas, gaji lebih dari Menteri?

Posted: 03 Jan 2014 02:00 AM PST

KEADILAN DAILY

Sim


KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mempersoalkan langkah kerajaan melantik ahli parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sin sebagai Duta Khas ke Korea dan Jepun.

Menurut Sim, jawapan yang diperolehinya di Parlimen sebelum ini menyatakan, Duta Khas mendapat gaji bulanan RM27,227.20, lebih tinggi daripada menteri.

"Apakah kehebatan Datuk Seri Tiong, sehinggakan beliau dilantik ke jawatan yang seolah-olah begitu penting?

"Kalau dilihat dari segi kepakaran adakah beliau pakar geo-politik Asia Timur? Adakah beliau pakar ekonomi dan perdagangan Asia Timur yang tersohor?

"Adakah ini satu ganjaran politik kepada beliau akibat tidak dilantik menjadi menteri?, soal Sim dalam kenyataan.

Menurut Sim, oleh kerana mereka berstatus menteri, mereka menikmati elaun dan kebajikan setaraf menteri termasuk pejabat dibiayai kerajaan.

tiong-king-sing
MP Bintulu, Tiong King Sing

Manakala ada sesetengah duta khas diberi setiausaha kanan, pegawai khas, pembantu khas dan pegawai pengiring PDRM.

"Kesemua ini memakan belanja yang besar. Maka secara konservatif, perlantikan duta-duta khas kerajaan akan berbelanja lebih RM2 juta setahun," kata Sim.

Katanya, Malaysia mempunyai duta professional yang berfungsi dengan baik di negara Asia Timur selain peranan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mengendalikan urusan perdagangan.

"Kerajaan harus menjelaskan mengapa perlunya lantikan Duta Khas. Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan 11 langkah pengurangan kos kerajaan (austerity measures).

"Beliau harus mengumumkan langkah ke-12 iaitu penghapusan semua 4 duta-duta khas dan 13 penasihat khas mahal di bawah Jabatan Perdana Menteri," kata Sim.

Dorong rakyat lakukan keganasan, Harussani mesti disiasat

Posted: 03 Jan 2014 01:57 AM PST

Azuan Ab Rahman

fariz_musa
Laporan polis dibuat terhadap Harussani dibuat hari ini oleh Jingga 13


KUALA LUMPUR: NGO Jingga 13 menggesa siasatan dibuat terhadap mufti Perak. Tan Seri Harussani Zakaria yang mendorong melakukan keganasan, kecederaan termasuk pembunuhan.

Ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa menggesa polis menyiasat Harussani dibawah seksyen 503 dan 505 (c) Kanun Keseksaan berdasarkan kenyataan 'menghalalkan darah' peserta himpunan yang membantah kenaikan harga barang 31 Disember lalu.

"Kenyataan tersebut adalah jenayah apabila berbaur menghasut dan mendorong rakyat melakukan keganasan, kecederaan termasuk melakukan pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke himpunan itu," kata Fariz selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

Katanya, kenyataan Harussani bersifat jahat dan boleh menimbulkan ketegangan.

fariz musaBerita Harian semalam melaporkan Harussani sebagai berkata, semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan 'dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)'.

"Tan Sri Harussani wajar bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan fatwa. Jika Harussani seorang yang waras, beliau sewajarnya meletakkan jawatan sebagai mufti Perak.

"Kerana kini (Harussani) dilihat bukan sahaja sebagai boneka kerajaan Umno-BN, tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan disegani rakyat," kata Fariz.

Kutipan kempen 'Beli Bata' lepasi RM1 juta

Posted: 03 Jan 2014 01:54 AM PST

MALAYSIAKINI

Sehingga tahun baru 1 Januari 2014, kutipan untuk kempen 'Beli Bata' untuk bangunan baru Malaysiakini di Petaling Jaya sudah mencecah angka RM1 juta ringgit.

"Kami sangat gembira apabila ia mencecah sejuta ringgit. Ia hadiah tahun baru daripada pembaca dan penyokong," kata ketua pegawai eksekutif portal berita bebas itu Premesh Chandran.

Premesh berkata, kempen itu akan diteruskan sehingga tarikh akhir pada 15 Januari.

"Kami akan lanjutkan kempen sehingga mencapai sasaran 1,000 tajaan baru.

"Dengan kadar semasa, kami patut dapat mencapai sasaran itu sebelum Februari," katanya.

Kempen itu mensasarkan kutipan RM3 juga untuk bangunan baru yang dinamakan sebagai @Kini. Ia akan turut dibuka untuk orang awam.

Kisah wartawan media arus perdana 'dikeronyok'

Posted: 03 Jan 2014 01:49 AM PST

MALAYSIAKINI

Sesetengah pihak menganggap Utusan atau media arus perdana seratus peratus kebal dari 'dibelangkung' pihak berkuasa khususnya polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ada benarnya tetapi hanya secara organisasi. Wartawannya tidak, jurugambarnya pun tidak. Mereka tetap dimangsai, sama seperti pengamal media alternatif mahupun media independen.

Cuma, ia tidak diperbesar-besar kecuali jika dimangsai penyokong pembangkang. Jika tidak, cerita itu ditutup atau sekurang-kurangnya dikecilkan. Mungkin mereka 'deal' cara lain.

Selain kes wartawan The Sun yang dibelasah polis pada perhimpunan Bersih 3.0 hingga terlantar di hospital, kekasaran juga pernah berlaku membabitkan wartawan dan jurugambar Utusan.

Ketika itu, saya masih wartawan Berita Harian dan baru ditukar ke biro Klang. Kami sekereta - Proton Iswara merah yang dipandu wartawan senior Bernama dan dalam perjalanan membuat liputan Perhimpunan 100,000 Kesas.

Kami yakin 'selamat' - maklumlah, media arus perdana katakan.

Tidak jauh dari susur keluar Jalan Kebun dari Klang, kami berhenti di satu sekatan jalan raya di arah bertentangan.

Jurugambar Utusan merakam 'aksi' beberapa polis terhadap penyokong pembangkang. Untuk simpanan sahaja, mana boleh keluar paper, katanya kepada saya yang merokok sambil meninjau-ninjau.

Tiba-tiba, sekumpulan anggota polis berjalan laju ke arah kami.

Saya cepat-cepat masuk ke kereta - masih trauma akibat dikeronyok penyokong pembangkang dalam insiden 'polis lepaskan tembakan ke udara' di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam sekelip mata, kereta yang kami naiki dikerumuni berbelas-belas  anggota polis, rasanya LSF (Unit Tindakan Ringan yang pakaiannya mirip FRU atau Unit Simpanan Persekutuan).

Tak ubah macam gula dihurung semut.

Seorang wartawan Utusan bersebelahan pemandu membuka pintu, mahu memberi penjelasan mengenai kehadiran kami. Malangnya, pintu kereta ditendang menyebabkan kaki kirinya terkapit.

Saya pula - di tempat duduk belakang, betul-betul belakang kerusi pemandu - menunjukkan kad media yang dikeluarkan Kementerian Penerangan apabila ditanya seorang anggota polis.

"Press, press (Media, media)"  tetapi 'tidak laku' di mata anggota polis yang kemudian menghambur herdikan. Saya diam dan mulai memboikot kad media itu bertahun-tahun lamanya.

Kekecohan belum berakhir.

Jurugambar Utusan - yang hanya menunggu tempoh pencen - dikerumuni anggota polis. Lehernya dicekak manakala filem kameranya dikeluarkan secara paksa. (Kamera berkenaan rosak akibat perbuatan itu).

Kami buat laporan dan dipanggil ke balai polis. Tapi, kami enggan - nekad hanya beri keterangan tanpa pergi ke balai. Maka, ia berlangsung di pejabat Utusan di Jalan Raja Bot, Klang.

Puluhan keping gambar anggota polis ditunjuk tapi semuanya 'muka muda-muda'. Tak dapat cam, kami rasa dipermainkan, minta gambar yang agak baru tetapi tidak diendah.

Ironinya, polis ketika itu galak meminta media arus perdana memapar gambar wanted reformasi di dada akhbar termasuk Utusan.

Dalam satu sidang media tidak lama kemudian, seorang wartawan senior Utusan mempersoal keganasan polis kepada Ketua Polis Selangor (sudah meninggal dunia).

"Datuk, polis minta media siar pesalah reformasi tetapi media pun 'kena' jugak." Soalan itu hanya dijawab dengan janji yang tidak ditepati.

Anehnya, kisah sebegini cepat sejuk di kalangan pengamal media arus perdana tetapi cerita dikasari penyokong pembangkang sering kali digembar-gembur dari dada akhbar hingga ke kedai kopi.

Sebaik-baiknya, semua pengamal media konsisten dalam bersikap, dengan membantah sebarang keganasan terhadap pengamal media - baik sesiapapun pihak berkuasa mahupun penyokong kepartian.

Kebetulan, ia juga satu daripada lapan tuntutan Gerakan Media Marah (GERAMM) iaitu menyiasat keganasan terhadap pengamal media.

Maka, Protes Media Marah jam 2 petang esok di depan bangunan Majlis Peguam, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur menjadi wadah paling sesuai untuk kita lepaskan marah dan geram.


FAZALLAH PIT ialah bekas wartawan Berita Harian selama 13 tahun dan bekas editor Suara Keadilan antara 2010 hingga Mei 2013. Kini, Ketua Pengarang TV Selangor/Selangor Kini.

Aziz Bari: K'jaan persekutuan di belakang serbuan JAIS?

Posted: 03 Jan 2014 01:41 AM PST

MALAYSIAKINI




Pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari berkata Menteri Besar (MB) Selangor tiada kuasa ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana badan itu di bawah kuasa Sultan Selangor.

Beliah berkata sebagai ketua agama Islam di Selangor, JAIS yang "menjalankan pentadbiran rutin" dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) adalah sebahagian dari hierarki dan kuasa Sultan.

"Mereka... mesti faham di bawah perlembagaan, Islam ialah perkara di bawah kuasa Sultan dan baginda boleh bertindak dengan atau tanpa nasihat menteri besar.

"Jika Sultan mengambil keputusan untuk tak berbuat apa-apa – seperti kebiasaannya – MB dan exco boleh buat keputusan.

"Bagaimanapun, di saat Sultan buat keputusan, MB perlu beralih ke tepi," kata beliau dalam emel kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata ia tidak bermakna serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia (BSM) itu mengikut undang-undang, dan perkara ini masih boleh dibincangkan.

Sementara itu, kehadiran polis semasa serbuan semalam turut menimbulkan persoalan yang 'menarik', tambah beliau.

"Adakah ini bermaksud kerajaan persekutuan, yang mempunyai kuasa ke atas polis, turut berada di belakang serbuan di premis Persatuan Bible?" tanya beliau.

Abdul Aziz memberi respon terhadap kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, yang mendesak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung rampasan 321 Bible berahasa Melayu dari premis BSM di Petaling jaya semalam.

Mufti UMNO Ajak Umat Islam Malaysia Berperang Sesama Sendiri

Posted: 03 Jan 2014 01:35 AM PST

Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak

KELAB GREENBOC




KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.

Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.

"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.

"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam.

Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.

Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia.

"Adakah peserta perhimpunan 31 Dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.

Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat.

"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat.


"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.


Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah


Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan "dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)".

"Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

"Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran," katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.

"Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka," beliau dipetik sebagai berkata.
-mk

ULASAN GB

BUGHAH - istilah yang digunakan oleh Mufti Perak sebagai alasan menghalalkan darah para pseserta TURUN.

Bughah mengikut istilah syara` adalah " segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.' (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah "perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)".( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;

"Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). yes'> Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan"....
-petikan lamanweb JAKIM

Jika dsitnjau daripada maksud bughah di atas amat nyata kenyataan Mufti Perak itu kesasar dan amat merbahaya. Ini kerana pemberontakan yang dimaksudkan adalah terhadap kerajaan dan pemerintah yang menjalankan hukum-hukum dan syariat Islam. Apakah UMNO sebuah kerajaan yang menjalankan hukum-hukum dan syariat Islam sedang amat jelas bahawa UMNOlah parti yang menentang perlaksanaan hukum-hukum dan syariat Islam di negara kita selama ini. Baca kenyataan PM dan bekas PM UMNO ini:


Kedua, "fatwa" mufti berkeanaan jelas amat merbahaya kerana ia mengajak kepada "peperangan" dan pertumpahan darah sesama umat Islam di negara ini. Justeru itu "fatwa"nya itu lebih dasyat dan lebih buruk daripada perhimpunan TURUN tempohari yang lansung tiada menyeru kepada sebarang pertumpahan darah.

Ketiga, kenyataan mufti tersebut saling tak tumpah dengan kenyataan para ulamak upahan kudeta Mesir di bawah pimpinan Al-Sisi yang menghalalkan perang ke atas Ikhwanul Muslimin yang selama ini mengadakan perhimpunan aman tanpa senjata.

Keempat, sekalipun kenyataan Mufti itu berbaur hasutan dan merbahaya tetapi kerajaan yang ada tidak akan mengambil tindakan ke atasnya kerana kenyataan mufti itu menguntungkan UMNO.

Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap akan berjalan. Kita akan dapat menyaksikan kenyataan mufti itu songsang dan UMNOlah yang sedang dan akan terus mengalami kepupusan tanpa perang.

MCA buat kejutan di Sabah

Posted: 03 Jan 2014 01:32 AM PST

 
Wilfred Yong adalah orang yang dikenali ramai sebagai pemimpin MCA yang amat rapat dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dan pernah menjadi pegawainya.




KOTA KINABALU: Pemilihan Ketua Bahagian MCA Sepanggar, Wilfred Yong Chen Long sebagai Pengerusi Perhubungan dan Jawatan Kuasa MCA negeri Sabah yang baru telah memeranjatkan ramai pemerthati politik di Sabah.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan senarai pengerusi-pengerusi perhubungan seluruh negara selepas mesyuarat Central Committee (CC) yang pertama, di ibu pejabat MCA semalam.

Ramai penganalisis politik meramalkan Datuk Paul Kong Sing Chu bakal dilantik kerana dia satu-satunya pemimpin MCA Sabah yang menang dalam pemilihan CC parti MCA baru-baru ini dan kedudukan dalam parti yang lebih senior berbanding dengan Wilfred Yong.

Saya berjaya menghubungi beberapa pemimpin MCA Sabah termasuk Datuk Paul Kong untuk meminta reaksi berhubungan dengan pemilihan yang dibuat Datuk Liow Tiong Lai, namun mereka enggan memberi sebarang komen. Seorang dari pemimpin MCA Sabah itu hanya berkata "Itu hak mutlak dan prerogatif presiden parti melantik siapa dia rasa sesuai jadi pengerusi MCA negeri".

Bila penulis memberitahu bahawa Wilfred Yong adalah orang yang dikenali ramai sebagai pemimpin MCA yang amat rapat dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar,  Datuk Seri Shafie Apdal dan pernah menjadi pegawainya, pemimpin MCA itu cepat-cepat menjawap "no comment and please dont quote me.TQ" dan memutuskan perbualan telepon.

Isu pemilihan pengerusi MCA Sabah mendapat perhatian kerana ada pendapat yang mengatakan  MCA perlu mendapat restu dan persetujuan daripada Pengerusi Perhubungan BN negeri Sabah terlebih walaupun pemilihan pengerusi perhubungan adalah prerogatif presiden MCA Pusat. Apakah pemilihan Wilfred Yong dipersetujui Datuk Musa Aman?

Pemilihan PKR: Rafizi tanding Naib Presiden?

Posted: 03 Jan 2014 01:25 AM PST

 
Dalam analisis ini, saya buat andaian siapa yang layak jadi Naib Presiden PKR yang kini disandang ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
 



PETALING JAYA: Pada tahun lepas Umno, MCA, MIC, Gerakan, PAS, DAP , PBS, Upko sudah mengadakan pemilihan baru para pemimpinnya untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 14. Kini tiba pula giliran PKR mengadakan pemilihannya pada hujung bulan ini.

Tumpuan tertarik kepada pemilihan pemimpin utama. Adakah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Presiden PKR dari tangan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR?

Dalam analisis ini, saya buat andaian siapa yang layak jadi Naib Presiden PKR yang kini disandang ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tiga orang Naib Presiden ini dipilih oleh perwakilan manakala ada juga Naib Presiden yang dilantik seperti Dr Mansor Othman, Datuk Seri Chua Jui Meng dan N. Surendran.

Adakah Dr Mansor, Chua dan Surendan berminat merebut kerusi Naib Presiden PKR? Takkan mereka berpuas hati sebagai Naib Presiden yang dilantik sahaja? Dr Mansor bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kekuatan Dr Mansor jika beliau bertanding kerusi Naib Presiden PKR kerana sepanjang beliau menjafi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak menonjol.

Malah di parlimen pun sebagai ahli parlimen Nibong Tebal beliau tidak hebat seperti Rafizi Ramli atau lain-lain ahli parlimen PKR.

Chua pula bekas Menteri Kesihatan yang kalah di Segamat di tangan Datuk Dr S. Subramanima. Jadi kalau perwakilan PKR memilih beliau sebagai Naib Presiden, beliau tidak dapat bersuara di parlimen.

Manakala N Surendan ahli parlimen Padang Serai amat aktif di parlimen sehingga diarah keluar dari Dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

N. Surendan mampu menang Naib Presiden PKR jika beliau ambil keputusan mempertahankan jawatan itu melalui pertandingan. Tiga penyandang jawatan dijangka mempertahankan kerusi masing-masing.

Nurul Izzah dilihat sebagai pengganti Anwar Ibrahim apabila beliau bersara dari politik. Dua kali memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dilihat bakal Presiden PKR di masa akan datang. Soalnya adakah rakyat Malaysia bersedia menerima wanita sebagai Perdana Menteri.

Inilah kelebihan PKR kerana memiliki dua orang wanita sebagai Naib Presiden manakala Umno belum bersedia memilih wanita sebagai Naib Presiden. Jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia 10 tahun lagi, adakah PAS bersedia menerima Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Seperti kata Azmin Ali, jika Anwar bersara dari politik, PKR tetap hidup kerana sokongan rakyat kepada PKR bukan kerana Anwar tetapi kerana isu yang menyentuh hati rakyat yang dibawa oleh PKR.

Fuziah Salleh sebagai ahli parlimen Kuantan agak menonjol di parlimen. Mampukah beliau mengekalkan kerusi Naib Presiden? Usul tergempar mengenai banjir yang dibawanya di Dewan Rakyat tetapi ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat melonjakkan nama Fuziah.



Tian Chua juga tokoh kontroversi PKR. Beliau sudah pasti mempertahankan kerusi Naib Presiden PKR.

Siapa lagi yang layak bertanding kerusi Naib Presiden? Bagi saya, ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang paling layak bertanding kerusi Naib Presiden PKR. Beliau selaku Pengarah Strategi PKR banyak membawa isu. Salah satunya isu PTPTN yang mahu menyenaraihitamkan peminjam PTPTN.

Bantahan Rafizi disambut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akhirnya kabinet mendengar suara Khairy di atas desakan Rafizi.

Rafizi dilihat sebagai pemimpin PKR di masa hadapan. Oleh itu jika beliau bertanding kerusi Naib Presiden, beliau ada peluang untuk menang. Alangkah ruginya kalau perwakilan PKR tidak memilih orang sebijak Rafizi sebagai Naib Presiden.

Sekurang-kurangnya lima orang dijangka bertanding kerusi Naib Presiden PKR pada hujung bulan ini iaitu Nurul Izzah, Tian Chua, Fuziah Salleh, N Surendran dan Rafizi Ramli. Terulanglah kepada perwakilan PKR untuk membuat keputusan.

Wira Perkasa: Ken Liang jangan rasis!

Posted: 03 Jan 2014 01:19 AM PST

 
Dalam masa 15 tahun ini apa yang Gerakan dah buat. Kata ada beratus ribu ahli tapi apa yang mereka buat, soal Irwan Fahmi Ideris.




PETALING JAYA: Wirawan Perkasa mengkritik kenyataan Ketua Pemuda Gerakan  Tan Keng Liang yang kecewa melihat anak muda Melayu 'cukup mudah' diperalatkan pihak tertentu bagi menjayakan perhimpunan haram.

Menurut ketuanya Irwan Fahmi Ideris, kenyataan Keng Liang itu berbaur rasis dan dilihat seperti cuba menyatakan bahawa anak Melayu sudah tidak bersama Barisan Nasional (BN) lagi.

"Dalam Pilihan Raya Umum-13 (PRU13) dahulu BN mencatatkan sejarah paling kurang mendapat undi orang Cina apabila hanya 3% daripada keseluruhan 87% orang Cina yang keluar mengundi memilih BN.

"Dalam masa 15 tahun ini apa yang Gerakan dah buat. Kata ada beratus ribu ahli tapi apa yang mereka buat," soalnya lagi.

Menurutnya lagi, ramai anak muda Melayu turun ke jalan raya kerana pembahagian kek ekonomi yang tidak sama rata di Malaysia.

"Memang kita lihat khususnya dalam perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) lalu lebih ramai anak Muda Melayu berbanding Cina.

"Ini kerana kek ekonomi itu lebih dinikmati oleh kaum Tiong Hwa berbanding Melayu sebab itu anak muda mereka lebih senang," tegas beliau.

Irwan turut menggesa Gerakan untuk mengembalikan kegemilangan parti itu dari bercakap mengenai bangsa lain.

"Gerakan perlekeh orang Melayu, sepatutnya dia lebih cakap mengenai bangsa dia. Yang rasa tertekan ni orang Melayu," katanya lagi sambil menambah Gerakan boleh keluar dari BN kerana dilihat tidak membantu kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan memilih jalan raya untuk menyuarakan pendapat.
"Perkasa sendiri ada desak kerajaan tetapi dengan menggunakan saluran yang betul sebab berdemo ini bertentangan dengan budaya kita.

"Kita sedar anak muda menghadapi pelbagai isu seperti graduan yang tidak mendapat pekerjaan tapi ada salurannya untuk bersuara. Adakah saluran itu sudah digunakan sebelum memilih untuk turun ke jalan raya," soal beliau lagi.

Dalam masa yang sama, Irwan turut mempertahankan fatwa yang dikeluarkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel peserta himpunan Turun sebagai 'bugha' ataupun pemberontak dan halal darah mereka.

"Ahli-ahli politik tolong hormat mufti, beliau bukan ahli politik dan keluarkan fatwa berdasarkan Al-Quran dan hadis," kata Irwan.

Irwan turut menyeru rakyat Selangor untuk menghormati titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyatakan perkataan Allah milik ekslusif orang Islam.

PAS gesa Majlis Kristian Persekutuan kemuka pendirian

Posted: 03 Jan 2014 01:17 AM PST

 
Pendirian CFM dan pihak gereja itu penting itu bagi menghilangkan beberapa keraguan yang mendakwa proses Kristianisasi sedang berlaku.




PETALING JAYA: Majlis Kristian Persekutuan (CFM) digesa supaya tampil menyatakan pendirian rasmi bahawa mereka tidak ada agenda tersembunyi yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan beragama di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, pendirian CFM dan pihak gereja itu penting itu bagi menghilangkan beberapa keraguan yang mendakwa proses Kristianisasi sedang berlaku.

Mujahid berkata, jika ada apa-apa bukti bahawa pihak tertentu menyebarkan atau menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam dengan menggunakan kalimah "Allah" maka pihak yang terlibat hendaklah diambil tindakan kerana menyalahi semangat kebebasan agama dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Namun beliau menegaskan, hanya dengan tertera perkataan "Allah" dalam Bible bukan alasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan tanpa bukti kukuh unsur penyebaran dan menggugat akidah tauhid umat Islam.

"Merampas kitab suci penganut agama lain walaupun atas nama larangan menggunakan perkataan "Allah" perlu ditangani dengan hikmah dan teliti kerana ia akan memburukkan sifat 'Rahmat' (pengasih) Islam kepada semua penganut beragama, antara lainnya ialah hak kebebasan beragama mereka termasuk kitab suci mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan tindakan JAIS menyerbu premis Persatuan Bible Selangor, walaupun berasaskan Enakmen 1988 (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim) telah menjejaskan hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, menentukan apa yang boleh dan tidak boleh ke atas agama lain juga adalah bentuk paksaan selain bentuk fizikal yang dilarang oleh Islam.

"Persoalan kebebasan agama yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah tercemar dengan tindakan JAIS dan bercanggah dengan perintah Allah.

"Hubungan Islam dengan bukan Islam adalah bersandarkan "tiada paksaan dalam agama" dan itu adalah jaminan kerahmatan Islam kepada penganut agama lain termasuk hak memiliki kitab agama masing-masing.

"Oleh kerana itu apa saja tindakan yang bertentangan dengan prinsip ini dianggap mencemari nama baik Islam," tegasnya.

Beliau sehubungan itu menyeru dan merayu supaya hak kitab suci agama lain termasuk penganut Kristian dipelihara dan menjadi tanggungjawab pihak penguasa agama Islam di Selangor memelihara prinsip ini seperti yang dituntut oleh Islam, lebih utama dari kepentingan sentimen atau politik.

Peguam, bukan Islam setuju Jais salah sita Bible versi Melayu

Posted: 02 Jan 2014 04:26 PM PST

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG EDITOR BERITA






Peguam dan kumpulan agama bukan Islam bersetuju dengan gereja-gereja Kristian bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menyita apa-apa Bible yang mengandungi perkataan Allah sebagaimana yang dilakukan semalam.

Mereka berkata bahawa Jais bertindak di luar bidang kuasa dan melanggar hak agama bukan Islam, satu jaminan yang diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan boleh membawa kepada tindakan undang-undang kerana melakukan beberapa kesalahan sivil seperti pencerobohan dan penahanan secara salah.

Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikkhism dan Taoisme (MCCBCHST) Jagir Singh (berkata) berkata, tindakan Jais melanggar kebebasan beragama orang bukan Islam.

"Perkara 11 (4) Perlembagaan menjamin semua agama untuk mengamal dan menganut kepercayaan mereka secara bebas mengikut undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Alkitab hanya untuk orang-orang Kristian dan tidak bertujuan untuk menjadi alat menyebarkan dakyah di kalangan umat Islam di Selangor atau di tempat lain.

Komennya sama seperti Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) yang berkata Jais tidak mempunyai kuasa untuk menggeledah premis dalam Alkitab Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Setiausaha agung CCM, Rev Dr Hermen Shastri berkata, mereka bimbang dengan kejadian rampasan 300 Al-Kitab dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban.

Dalam kejadian semalam, 15 kakitangan Jais dan dua anggota polis pergi ke pejabat BSM di Damansara Kim dan menuntut untuk menggeledah tanpa sebarang waran geledah atau apa-apa surat kebenaran.

Pasukan Jais kemudian menyerbu premis dan merampas lebih daripada 300 salinan Bible berbahasa Melayu Alkitab dan BUP Kudus, Bible berbahasa Iban, dan bertindak di bawah Enakmen Agama-agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran di kalangan umat Islam) iaitu Enakmen 1988.

Sepuluh peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia adalah orang Kristian.

Hampir dua pertiga daripada mereka adalah Bumiputera dan sebahagian besarnya tinggal di Sabah dan Sarawak, di mana mereka secara rutin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asli dalam amalan agama mereka, termasuk menggambarkan Tuhan sebagai Allah dalam sembahyang mereka dan dalam kitab mereka.

Selain orang-orang Kristian Bumiputera dari Malaysia Timur, sesetengah daripada mereka telah berpindah ke Semenanjung untuk tinggal dan bekerja, Orang Asli Kristian di Semenanjung juga biasanya menggunakan bahasa Melayu dalam ibadah mereka.

Jagir berkata Jais tidak boleh bergantung kepada enakmen negeri untuk menyerang premis sebagai peruntukan dalam undang-undang yang telah diisytiharkan haram oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan pada tahun 2009.

Beliau berkata, tafsiran Lau terhadap enakmen negeri, termasuk di Selangor, kekal sebagai undang-undang yang baik, sebagaimana Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan Putrajaya mengenai isu Allah tidak menyentuh mengenai perkara itu.

Beliau juga berkata Enakmen Agama-agama bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran di kalangan umat Islam) Enakmen 1988 bertujuan untuk menghukum orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu tetapi perlembagaan persekutuan telah mengatasi mana-mana enakmen negeri.

Jagir juga merayu kepada Putrajaya untuk menasihati pihak berkuasa agama untuk bertindak lebih adil dan wajar.

"Tidak perlu menggunakan kuasa sewenang-wenangnya," katanya.

Penasihat Peguam for Liberty, Eric Paulsen berkata kemasukan pihak yang menggeledah ke dalam premis BSM adalah menyalahi undang-undang walaupun pegawai Jais diiringi oleh polis.

"Apa yang pasti, Jais tidak mempunyai kuasa ke atas bukan Islam. Jadi di mana justifikasi untuk memasuki premis itu," tanya beliau.

Paulsen berkata, Jais boleh dikira melakukan kesalahan sivil  kerana memasuki premis persendirian tanpa kebenaran, salah tangkap dan  dan penahanan .

"Saya kurang yakin polis akan bertindak terhadap Jais dan BSM mempunyai hak untuk memfailkan saman awam bagi menuntut ganti rugi kerana memasuki premis mereka tanpa kuasa," katanya.

Paulsen juga tidak menolak "insiden" itu sebagai langkah pihak berkuasa yang lebih tinggi untuk mengalihkan perhatian berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan dan tarif elektrik.

Peguam Karpal Singh berkata tindakan Jais jelas menunjukkan ia tidak menghormati undang-undang.

"Pada masa ini pegawai-pegawai kanan Jais perlu tahu bahawa mereka tidak mempunyai kuasa ke atas orang bukan Islam dan agama mereka tetapi memilih untuk mengabaikan kedudukan undang-undang semasa," katanya.

Beliau berkata, polis mengiringi pegawai-pegawai Jais untuk menjaga keamanan dan mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Karpal berharap kerajaan Selangor akan bertindak pantas untuk memastikan Jais tidak bertindak mengikut kehendak mereka sahaja.

Peguam Fahri Azzat berkata tindakan keterlaluan Jais adalah membimbangkan.

"Mereka tidak mempunyai kuasa memasuki, menggeledah dan merampas barang-barang. Apa lagi semacam menangkap dan menahan suspek," katanya.

Fahri berkata orang bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah untuk kesalahan jenayah.
"Adakah ia dilakukan dengan sengaja dan apakah motif mereka?" katanya.

Serbuan itu dibuat selepas editor mingguan Katolik, Herald Father Bapa Lawrence Andrew berkata bahawa gereja-gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan perkataan "Allah" dalam perhimpunan hujung minggu mereka, yang kebanyakannya dihadiri oleh penganut Kristian dari Sabah dan Sarawak.

Komen-komen ini datang berikutan kenyataan daripada pengarah baru Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad, yang berkata pihak berkuasa agama negeri akan merangka senarai gereja di Selangor sebelum menulis untuk meminta mereka mematuhi undang-undang Islam Selangor mengenai perkara itu.

Enakmen negeri, yang telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), melarang bukan Islam di Selangor daripada menggunakan 35 kata-kata dan frasa bahasa Arab, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "InsyaAllah".

Perubahan FAM perlu bermula dari atas – Nik Nazmi

Posted: 02 Jan 2014 04:22 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPURN : KEADILAN menyokong cadangan agar rombakan dilakukan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan menyifatkan perubahan itu sebagai wajar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata demikian mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang mahu rombakan dilakukan bagi membolehkan badan induk bola sepak tanah air itu diurus golongan profesional dan pemimpin di kalangan ahli gabungannya sendiri.

"Jika kita mahu melihat perubahan benar-benar bermakna, sekadar penukaran jurulatih atau pasukan kebangsaan tidak mencukupi.

"Perubahan harus bermula dari atas," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan media hari ini.

Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), hari ini dilapor menggesa semua ahli gabungan FAM terutama wakil Persatuan Bola Sepak Negeri menjadikan sesi pemilihan akan datang sebagai titik permulaan perubahan itu.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata KEADILAN menunggu dengan penuh harapan berhubung Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dilancar dalam masa terdekat.

"Namun sekiranya FAM masih berada pada takuk yang lama, cita-cita kita melihat pasukan bola sepak kembali ke zaman gemilang tidak akan menjadi realiti," ujar Nik Nazmi.

Turun: 3 laporan polis dibuat

Posted: 02 Jan 2014 04:10 PM PST

SINAR HARIAN

Gerakan Turun Kos Sara Hidup 
 Gerakan Turun Kos Sara Hidup


KUALA LUMPUR - Tiga badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung perhimpunan yang didakwa bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sempena sambutan Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, di sini, Selasa lepas.

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Sekretariat NGO Gabungan Negeri Selangor serta Persatuan Veteran Tentera Melayu membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini pagi ini.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi memastikan polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap dalang yang mencetuskan kekecohan pada Selasa malam itu.

"Mereka yang menyertai perhimpunan begitu biadab hingga sanggup mengganggu program (sambutan ambang tahun baharu) yang telah dirancang oleh kerajaan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perhimpunan itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), dihadiri kira-kira 4,000 peserta telah merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu masuk ke pentas konsert di Dataran Merdeka.

Polis menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). - Bernama

Jun tarikh akhir tebus rebat Touch n Go

Posted: 02 Jan 2014 04:07 PM PST


Touch 'n Go


SHAH ALAM – Pengguna Touch 'n Go yang belum menebus rebat Disember 2013 masih berpeluang berbuat demikian sehingga tarikh akhir Jun ini.

Pegawai khidmat pelanggan Touch 'n Go yang enggan namanya didedahkan berkata, ini kerana syarat penebusan rebat yang perlu dilakukan dalam tempoh enam bulan sebelum luput.

"Setakat ini, kami hanya menerima arahan tarikh akhir bagi pengguna yang ingin menebus rebat Disember 2013 ialah pada Jun ini. Manakala, penebusan bagi penggunaan pada tahun 2014 masih belum ada hitam putih.

"Jadi, kami tidak boleh komen mengenainya. Sekiranya ada sebarang maklumat, kami akan umumkan dari semasa ke semasa," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pihak Touch 'n Go juga telah memberi notis kepada semua pekerja di kaunter perkhidmatan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pengguna.

Ketika ditanya mengenai kesahihan pemberian rebat Touch 'n Go sebanyak 20 peratus dimansuhkan bermula tahun ini, beliau berkata, perkara itu akan diumumkan sendiri oleh kerajaan.

"Segala keputusan terletak pada Kementerian Kerja Raya. Buat masa ini, kami belum menerima sebarang arahan.

"Oleh itu, kerja-kerja operasi dan pengurusan berkaitan hanya akan dilaksanakan selepas kerajaan membuat keputusan," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, sumber Touch 'n Go berkata, kerajaan boleh mengambil langkah untuk memansuhkan rebat tanpa notis.

"Memandangkan ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat, jadi itu hak mereka untuk terus atau sebaliknya.

"Pengurusan Touch 'n Go tidak berhak untuk memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini," katanya.

Kadar rebat Touch 'n Go sebanyak 20 peratus diberi kepada pemegang kad yang menggunakan kemudahan tol 80 kali sebulan.

Bantuan Sekolah RM100 Diberi Bermula 15 Jan Ini

Posted: 02 Jan 2014 04:04 PM PST

Mahirah Zakaria

alt
 
 
 
KUALA LUMPUR - Lebih 5 juta pelajar sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan awal persekolahan selewat-lewatnya  15 Januari ini.
 
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, bantuan sebanyak RM100 itu akan diserahkan kepada pelajar atau ibu bapa pelajar bagi mengurangkan beban mereka.
 
"Bantuan ini tidak akan diserahkan kepada orang tengah atau wakil ibu bapa kerana bimbang ia akan disalahgunakan atau tidak sampai kepada golongan sasar," katanya.
 
Hari ini merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan bagi tahun 2014.

Ibu, Anak Lelaki Ditemui Mati Dibunuh

Posted: 02 Jan 2014 04:01 PM PST

alt
 
RAKYAT NEWS
 
 
JOHOR BAHARU  - Seorang ibu dan anak lelakinya ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di sebuah bilik tidur di Villa Kipmart, di sini.
 
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim berkata, mayat Patmavathy A.T Samy, 63, dan anaknya Suba R.Subramaniam, 40, ditemui terbaring di dalam bilik itu oleh ahli keluarga kira-kira pukul 1 pagi.
 
"Polis yang dimaklumkan tentang kejadian itu telah bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui sebilah pisau dan gunting yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan dua beranak tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
Berikutan itu, polis sedang mengesan dua lelaki warga asing yang bekerja dengan keluarga tersebut yang dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian.

Tiada ulasan: