Jumaat, 3 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pelajar Serang Guru dengan Kerambit

Posted: 03 Jan 2014 07:30 AM PST



[BH] Kuala Perlis: Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi buruan polis, selepas mencederakan muka guru dengan kerambit, hanya kerana berang ditegur sebab hadir dengan gaya rambut punk pada hari pertama persekolahan, semalam. 

Kejadian bermula jam 7 pagi semalam, ketika guru berusia 50 tahun itu mengawasi kehadiran di pintu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis, sebelum menegur gaya rambut punk berwarna pelajar terbabit kerana menyalahi peraturan. 

Teguran itu membuatkan pelajar berusia 17 tahun terbabit berang sebelum beredar dari situ. Kira-kira 30 minit kemudian, dia kembali semula ke sekolah sambil ditemani ibunya dan bersemuka dengan guru berkenaan. 

Serang dengan kerambit 

Susulan pertengkaran yang tercetus ketika pertemuan itu, pelajar terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan kerambit sebelum menyerang muka guru berkenaan. 

Serangan luar dugaan itu gagal dielak guru berkenaan, apabila hayunan kerambit pelajar terbabit mencederakan kening kanannya hingga menyebabkan pendarahan dan mangsa terjatuh di tempat kejadian. 
Ibu pelajar berkenaan yang tidak sempat menghalang serangan, turut memarahi anaknya kerana perbuatan ganas itu, sebelum bergegas meninggal lokasi kejadian. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, berkata pelajar terbabit turut melarikan diri dari sekolah. 

Beliau berkata, guru berkenaan kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis yang terletak berdekatan sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Perlis. 

"Polis sedang menjejaki pelajar terbabit untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata bahaya," katanya. -3/1/14


Pengikut Syiah Pelawa Mutaah dengan Isteri Orang

Posted: 03 Jan 2014 06:25 AM PST



[MyNewsHub] Seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Ali Hanifah Al Qadahi menggunakan sewenang-wenangnya gambar seorang wanita dengan mempelawa ia diperisterikan secara mutaah.

Tindakan biadapnya yang dipercayai pengikut fahaman Syiah itu disedari bapa mentua wanita terbabit yang bertindak membuat laporan polis.

Tinjauan di Facebook Ali Hanifah mendapati semua statusnya masih tertera termasuk status-status lain yang membanggakan fahamannya terutama membabitkan nikah mutaah yang diamalkan pengikut Syiah.







Turut terdapat, sekeping surat menyatakan seramai 156 gadis dan 341 janda tersedia untuk pengikut Syiah dipercayai bagi menarik perhatian lebih ramai pengikut baru.






Apa pun, di bawah adalah kenyataan terbuka daripada bapa mertua wanita yang dianiaya oleh Abu Hanifah menggunakan gambarnya yang dicuri daripada laman web.

Si bapa turut menyertakan gambar perkahwinan anak lelaki dan menantunya itu sebagai bukti bahawa mereka merupakan suami isteri yang mengikut ajaran Islam Ahlul Sunnah Waljamaah dan bukan pengikut Syiah.

…….

Tuan Ali Hanifah Al Qadahi,

Dengan nama Allah Tuhan Penyeru Alam.. yang menjadikan lagi dan Bumi, yang mana dengan peluh dan keringat kedua ibu bapa ku Hajah Hasnah dan bapa ku Haji Ibrahim juga dengan keringat dan peluh ku… sesungguhnya aku bersumpah bahawa tuan telah melanggari batas Akhlak dan syariat seorang mukmin…

Sesungguhnya Tuan telah menjatuhkan Maruah saya sebagai seorang bapa, photo yang Tuan fitnah adalah merupakan anak menantu perempuan saya yang mana ianya adalah isteri kepada anak lelaki sulung saya.

Tuan telah menggunakan photo keluarga kami sambil menfitnah mengatakan menantu perempuan saya adalah perempuan Mutaah, sedangkan kami sekeluarga adalah merupakan orang awam yang beragama Islam dan Ahlul Sunnah Waljamaah.

Anak perempuan saya dan anak lelaki saya juga merupakan seorang Islam Ahlul Sunnah Waljamaah yang mana kedua mereka masih lagi sedang belajar menyambung Ijazah masing masing di Pusat Pengajian Tinggi Malaysia.

Disini saya ingin memaklumkan yang tuan telah menfitnah kami serta mengaibkan kami sekeluarga dengan menggunakan photo anak perempuan kami sebagai bahan Propaganda Mutaah Syiah tuan.

Kami tidak HALAL kan perbuatan ini dan kami akan mengambil tindakan undang undang dengan membuat lapuran kepada pihak berkuasa.

Bersama ini juga saya sertakan gambar perkahwinan anak anak kami.


Sekian.

Ali Zaik aka Ali Russia

……………………………

Melampau sungguh perbuatan individu yang menggunakan nama Ali Hanifah ini apabila tergamak menjaja maruah isteri orang tak kira atas apa alasan sekalipun.

Dari sini boleh dilihat bagaimana pengikut fahaman Syiah merendahkan martabat wanita sebagai pemuas nafsu dan gula-gula bagi menarik perhatian pengikut baru semata-mata. - REM RAMZI

Sumber: paritbuntarrebels.blogspot.com



P/s: Gambar wanita ini juga selalu menjadi gambar profil pemilik akaun di FB.



[PANAS] PM Ada Jet Mewah Baharu????

Posted: 03 Jan 2014 05:43 AM PST


Blog Pro-Umno Dedah PM Ada Jet Mewah Baharu?




[KD] KUALA LUMPUR, 3 JAN: Dua blog pro-Umno bigdogdotcom dan Rocky's Bru mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog tersebut kedua mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2″ atau "NR2″ – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.

Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux, lapor Malaysiakini.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.

ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama "NR1" atau "Perdana 1" dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.

Kedua-dua blogger pro-Umno ini dikatakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. -3/1/14


Berita lain di sini.


P/s: Wow!



Artis Dakwa Berkahwin Kerana Gambar Bogel

Posted: 02 Jan 2014 11:45 PM PST


[HM] Jakarta: Pelakon sinetron Aurelie Moeremans mengaku terpaksa mengahwini Roby Tremonti selepas diugut gambar bogelnya disebarkan.

Aurelie mengakui menghantar gambar bogel kepada Roby hampir setiap hari tanpa menyangka itu menjadi jaminan supaya dia tidak meninggalkan hubungan itu.

"Saya akui, memang tindakan saya itu terlalu bodoh.

"Hampir setiap hari dia meminta saya mengirimkan gambar 'panas' yang jelas menunjukkan wajah saya.

"Tanpa disangka, gambar itu kemudian dijadikan ancaman sekiranya saya memutuskan hubungan kami," katanya.

Aurelie berkata, beberapa gambarnya itu diambil di dalam bilik tidurnya.

"Semuanya dirancang Roby yang membuat rakaman ketika saya bercakap," katanya.

Sehubungan itu, dia mengakui menyesal kahwin lari malah mendakwa dikurung di rumah mentua selepas pernikahan mereka. Bagaimanapun, tuduhan dilemparkannya itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Roby. - Agensi - 3/1/14


Lagi Kes Kanak-kanak Meninggal Dunia Kerana Ditinggalkan di dalam Kereta

Posted: 02 Jan 2014 08:06 PM PST


KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.

[BH] Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, dekat sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang.

Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota.

Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska.

"Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Lupa hantar anak ke taska 

Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas -3/1/14


Tiada ulasan: