Rabu, 8 Januari 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pemimpin UMNO BN "Dibelasah" Kerana Berperangai Hipokrit!

Posted: 08 Jan 2014 01:38 AM PST


Pimpin melalui teladan, pesan penganalisis kepada pemimpin BN

Pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu memimpin melalui teladan dan peka dengan keadaan rakyat yang sedang dihimpit kos sara hidup meningkat atau kerajaan berdepan risiko kehilangan sokongan pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata penganalisis.

Ahli politik juga perlu mengekang gaya hidup mereka seiring dengan permintaan Putrajaya agar berjimat, kata penganalisis, susulan kebimbangan orang ramai bahawa pemimpin kerajaan persekutuan BN tidak mengurangkan perbelanjaan mereka.

Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin dari UiTM, berkata ahli politik kedua-dua pihak perlu melaksanakan kata-kata mereka dengan mengurangkan perbelanjaan.

Beliau berkata, ini adalah amat penting terutama ketika sambutan Maulidul Rasul akan datang bagi memperingati hari lahir Nabi Muhammad pada 14 Januari ini, yang membawa tema wasatiyyah atau kesederhanaan.

"Ini adalah masa yang terbaik bagi mereka untuk menjadi contoh. Perkara yang terbaik untuk mereka lakukan sekarang ialah amalan kesederhanaan dan bukannya menunjuk-nunjuk," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan sambutan hari jadi mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur pada Ahad lalu dan tetamu mendakwa ia menjadi sambutan Tahun Baru. The Malaysian Insider difahamkan, kosnya kira-kira RM120,000.

Seorang lagi menteri merayakan sambutan perkahwinan anaknya selama dua hari berturut-turut di satu lagi hotel lima bintang di Kuala Lumpur bulan lalu, dengan disertai oleh raja-raja dan VIP serta dihiburkan penyanyi wanita terkemuka dari Indonesia.

Beberapa penulis blog pro-Umno juga mempersoalkan Jabatan Perdana Menteri atas keperluan apa mereka perlu dua jet VIP, selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan bagi perjalanan rasmi pada 2012.

Semua ini berlaku ketika rakyat dilanda kenaikan harga daripada elektrik kepada makanan, bahan api dan kos persekolahan.

Harga bahan api, gula dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya memotong subsidi manakala tambang pengangkutan awam akan dinaikkan tahun ini susulan daripada kenaikan itu.

Selepas itu, kadar tol juga mungkin naik di samping cukai pintu untuk penduduk Lembah Klang, manakala cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada 2015.

Shaharuddin percaya perbelanjaan mewah oleh ahli-ahli politik akan mempunyai kesan kepada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat Malaysia yang sudah merasakan keperitan ini kecewa berhadapan dengan berita ini.

"Dengan harga setiap barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat, hidup adalah lebih sukar sekarang. Pada masa sama, ahli-ahli politik tidak melaksanakan apa yang mereka cakap, jadi pasti ini akan memberi kesan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kerajaan BN yang Umno menjadi tunggak utamanya, hampir tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan hanya memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya umum 2008.

Ia juga kehilangan undi popular, apabila mendapat hanya 47% berbanding dengan pembangkang 51%.

Bagaimanapun, Umno memenangi 88 kerusi, meningkat daripada 79 sebelum ini, kerana sokongan daripada Melayu luar bandar dan Bumiputera.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Jayum Jawan mengecam perbelanjaan berlebihan itu dengan berkata mereka tidak memberikan contoh yang baik sebagai pemimpin.

"Dalam masa kesusahan, mereka perlu berkorban. Cara hidup mereka tidak selari dengan seruan perdana menteri untuk hidup berjimat," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sudah bosan dan sudah tiba masa untuk rakyat mengundi mengikut perasaan mereka yang sebenar.

"Mereka memberikan kerajaan banyak peluang dan tiba masa untuk mereka menilai semula sama ada mereka perlu terus memberi peluang kepada parti ini untuk memerintah," katanya.

Penganalisis politik, Dr Oh Ei Sun, berkata cara politik Umno adalah pemimpin diperlukan untuk menunjukkan "kehebatan" mereka dan menunjukkan sifat murah untuk menarik penyokong.

"Sehingga kita sampai masa sebenar untuk membuat perubahan, keadaan akan kekal begini.

"Itulah sebabnya pengundi bandar tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lihat apabila rasuah berleluasa dan ketidakcekapan jelas dalam kerajaan tetapi mereka tidak mampu untuk melaksanakan perubahan sebenar selagi penduduk luar bandar tidak bangun," kata penganalisis, S Rajaratnam dari Sekolah Pengajian Antarabangsa Singapura.

Dr Oh juga percaya adalah sukar untuk mengekalkan kemarahan ini sehingga PRU14 yang hanya akan berlangsung empat tahun lagi.

"Majoriti rakyat sudah pun menyatakan tidak suka mereka kepada BN dalam pilihan raya lalu tetapi ia masih tidak cukup untuk menukar kerajaan," katanya. -TMI

Selepas pesta hari jadi mewah, Zahid kata kerajaan tidak boleh beri subsidi selamanya


Selepas mengadakan pesta hari jadi mewah tengahari kelmarin, semalam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan harga barang suatu yang tidak boleh dielak kerana rakyat perlu sedar tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi yang tinggi kepada mereka.

Menteri Dalam Negeri tersebut berkata rakyat perlu sedar atas bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan sekiranya pemberian subsidi yang tinggi diteruskan.

"Dalam hal ini, yang penting kita bersimpati dengan masalah dihadapi rakyat yang berdepan kenaikan harga.

"Tapi rakyat harus diberi kesedaran tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi sebagaimana yang lalu kerana bebanan kewangan yang tinggi," kata Ahmad Zahid dalam sidang media pejabatnya pagi ini.

Kelmarin, Zahid menyambut hari jadi bersama cucunya di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.

Tetapi majlis makan tengahari yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.

Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu berpakaian merah sebagai tema parti itu.

Naib presiden Umno juga berkata rakyat perlu menerima hakikat mengenai keputusan rasionalisasi yang dilakukan oleh kerajaan.

"Kita harus terima hakikat bahawa negara kita ini perlu kurangkan subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan kita tidak mahu rakyat terlalu selesa dengan jumlah subsidi tinggi yang diberikan oleh kerajaan ini.

"Tapi rakyat perlu menerima hakikat kerajaan harus melakukan rasionalisasi dari segi pemberian subsidi ini," terangnya lagi.

Dalam mempertahankan langkah Putrajaya mengurangkan subsidi tersebut lagi, Ahmad Zahid menegaskan isu kenaikan harga barang bergantung kepada elemen pasaran.

"Hakikatnya, tidak ada sebuah negara pun yang tidak alami kenaikan barang.

"Bukan hanya dalam soal rasionalisasi subsidi, tapi hakikatnya apa yang berlaku di beberapa negara rantau Asean dalam kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan kerana permintaan dan penawaran... ia ditentukan oleh elemen pasaran," katanya lagi.

Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi yang 'mewah' di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014.

"Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah.

"Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, Najib telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15%, dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor.

Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.

Langkah pemotongan subsidi tersebut juga mengakibatkan harga barangan harian meningkat serta menambah kesempitan rakyat di Malaysia.


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan dan mendedahkan pekung hipokrisi pemimpin-pemimpin UMNO BN.

Teruskan sikap hipokrit kamu itu, lebih cepat kamu akan dihumban keluar dari Putrajaya dan Parlimen Malaysia!

[BONGKAR] Isu Jet: Siapa Sebenarnya Yang Menipu, Dr. Asri Atau Blogger UMNO?

Posted: 07 Jan 2014 11:20 PM PST


Siapa kata Dr.Maza memfitnah? @drmazacom OLEH blogger Aku-Tak-Peduli

Kalau bukan macam dibawah, gambar macam di atas itulah agaknya keadaan dalaman pesawat yang disewa Kerajaan Malaysia dengan belanja ratusan juta RM?


Atau...

Macam kat bawah siap bawa Permata Negara sekali?


Aku petik penjelasan dari Admin Dr.MAZA.com berhubung kekecuhan berhubung bentuk ruang dalaman pesawat A320 yang disewa oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan VVIP negara sementara semua pesawat milik kerajaan ketika itu sama ada sedang diselenggara atau dibaik pulih.

Semasa Dr.MAZA teruk dibelasah sahabat sahabat blogger pro-Umno sehari dua ni,hendak aje aku mencelah dengan fakta fakta saperti dibawah,tapi aku tangguhkan niat aku itu kerana yakin pihak admin tweeter dan blog dan FB Dr.MAZA pasti akan melakukan research mereka sendiri,dan alhamdulillah mereka menjumpai jawapan mereka saperti dibawah.

Kepada mereka yang tak berapa familiar dengan industri penerbangan mungkin mudah saja untuk menuding jari kearah Dr.MAZA dan mengatakan beliau "ULAMAK KAKI FITNAH".Tapi pada yang biasa dan tahu akan industri ini ianya bukanlah satu "rahsia" yang hanya boleh diketahui pihak pihak tertentu sahaja.

Lama sebelum kekecuhan terbaru ini aku pernah keluarkan satu artikel (sekitar Nov 2012) tentang Pesawat Pesawat Eksekutif Milik Kerajaan Malaysia dan aku ada "hint" di situ bagaimana cara untuk kita "track" setiap penerbangan yang dilakukan pesawat pesawat ini...

Kemana?
Oleh siapa?
Berapa lama?
Resmi atau tidak?
Kalau resmi ada melencung kemana ke?
Kalau melancung pun ada melencung ke?
Dan macam macam lagi maklumat terperinci termasuk flight path dan cosign pesawat yang digunakan.

Jadi aku hanya tersenyum bila melihat Dr.MAZA teruk dibelasah sehari dua ini dan percaya jawapan akan beliau temui juga akhirnya saperti dibawah.Jadi kepada para sahabat bloggers pro-Umno sila baca penjelasan dibawah dengan hati terbuka dan berlapang dada..


Apakah DrMAZA.com menipu?


Adakah admin FB page DrMAZA.com silap dan menipu dalam isu gambar jet mewah kegunaan kerajaan pusat?

Beberapa hari yang lalu, DrMAZA.com telah memaparkan sebuah gambar hiasan dalaman sebuah jet peribadi yang telah disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan Perdana Menteri. Entri FB Page beliau adalah seperti berikut:





Kemudian, beberapa blogger telah tampil ingin merubah fokus rakyat terhadap isu tersebut dan mendakwa DrMAZA.com telah melakukan fitnah dalam isu ini.



Persoalan?! Adakah benar beliau memfitnah dan tidak jujur membawa berita tersebut?

Jawapannya, beliau hampir pasti tidak salah sekiranya orang ramai melakukan semakan terhadap laman web rasmi syarikat Comlux Aviation Services (CAS) di Malta. Ini kerana kerajaan Malaysia secara rekod menggunakan kapal terbang peribadi dan super mewah dengan CAS untuk kegunaan pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri dan isteri. Ini berdasarkan maklumat keluar masuk kapal terbang di KLIA, di laman web Flight Radar 24, Airbus ACJ320 (9H-AWK) melakukan penerbangan keluar terakhir pada 31 Disember 2013 menggunakan nama “NR2”.







Gambar diatas menunjukkan dua penerbangan NR2 (Najib Razak?), Perdana2 melakukan penerbangan. Manakala maklumat kecil disebelah kiri atas adalah maklumat jenis kapal terbang tersebut. Jenis kapal terbang tersebut adalah:





ModeS: 4D204F
Reg: 9H-AWK
Typecode: A320
Type: Airbus A320-214
Serial Number: 4199
Airline: Comlux Malta
Bagaimana untuk kita ketahui bahawa gambar yang diletakkan oleh DrMAZA.com tidak silap adalah dengan melihat katalog syarikat Comlux Malta (CAS). Bagi pengetahuan pembaca, pihak syarikat terbabit memaparkan dengan jelas bentuk luaran dan hiasan dalaman setiap khidmat kapal terbang yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Maklumat dan latarbelakang syarikat ini adalah seperti berikut:


Comlux Malta Ltd
Valetta – Malta
With an Air Operator Certificate (AOC) in Malta since September 2008, Comlux benefits from being registered in a member state of the European Union, operating at the most important levels in terms of safety and quality. Its ideal location at the junction between Europe, Africa and Middle East gives Malta a strategic position for Comlux operations.
With a valuable legal system and a large network of well known banks, Malta is as well the country of establishment of Comlux Holding Ltd.
From Malta, Comlux takes care of Crew training, Flight Operations and CAMO support.
Address: Comlux Malta Ltd, Villa Margherita, Ta’Xbiex Terrace, Ta’ Xbiex Malta
Tel:+356 2385 0300
Fax:+356 2166 2284
Email: fly.malta@comluxaviation.com

Web: http://www.comluxaviation.com/portfolio/comlux-malta-ltd/




Semakan terhadap jenis kapal terbang yang disewa dan diguna pakai seperti didalam maklumat penerbangan diatas, boleh juga dilakukan. Malah, web tersebut membekalkan bersama gambar-gambar yang sama seperti yang dipaparkan oleh DrMAZA.com.

Rujukan web bagi maklumat pesawat (Reg: 9H-AWK, Typecode: A320)

(See:http://www.comluxaviation.com/resource/wp-content/uploads/2013/04/comlux-9H-AWK.pdf)



















Tambahan gambar-gambar mewah hiasan dalaman pesawat ini seperti yang ditunjukkan oleh laman web rasmi syarikat pembekal perkhidmatan pesawat dan jet mewah ini adalah seperti berikut:


(See: http://www.comluxaviation.com/portfolio/airbus-a320-9h-awk/)











Kesemua gambar-gambar mewah diatas adalah gambar yang asli dari laman web rasmi Comlux, syarikat yang bertanggungjawab membekalkan khidmat pesawat ini kepada pimpinan negara Malaysia.

Adakah ia mesti susunan dan hiasan dalaman yang sama?! Ini bukanlah satu isu yang besar, kerana sebagai contoh, apabila seseorang ingin menempah hotel, ia akan berpandukan kepada gambaran bilik yang telah dipaparkan oleh pihak hotel di web mereka.

Sekiranya blogger yang mendakwa ia adalah fitnah, maka seeloknya, pesawat sebenar yang digunakan oleh pimpinan kerajaan dan hiasan dalamannya dimaklumkan kepada umum sebagai langkah berani dan telus terhadap rakyat.

Maka, DrMAZA.com secara jelas tidak berbohong atau memfitnah. Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian, Pejabat Perdana Menteri (PMO) TIDAK MENAFIKAN atau MENOLAK dakwaan bahawa inilah pesawat yang digunakan. Juga, mengikut beberapa maklumat yang diberikan oleh Malaysiakini dan diterbitkan semula oleh Malta Independent penggunaan pesawat ini selama hanya SATU JAM memakan belanja duit rakyat sebanyak US$8,350.31 ( atau RM27,501.75).
(See:http://www.independent.com.mt/articles/2014-01-05/news/malaysian-pm-jetting-around-in-new-luxury-aircraft-registered-in-malta-3604283392/).

Sememangnya ia adalah satu fakta dimana jumlah pembayaran sebanyak itu diperlukan bagi setiap jam penyewaan pesawat tersebut. Buktinya:







See more:
http://www.comluxaviation.com/resource/wp-content/uploads/2013/05/A320%20BJT%200612.pdf

Pada persidangan parlimen 7 November 2013 yang lalu, Parlimen diberitahu bahawa kerajaan membelanjakan RM 14.95 juta untuk minyak penerbangan VVIP negara dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM 160.08 juta.

Maka, diharapkan agar anda tidak tertipu dengan cubaan sesetengah blogger untuk mengubah perhatian rakyat terhadap gaya mewah pemimpin negara dan perbelanjaan tidak-masuk-akal oleh mereka!


Terima kasih.

Bila Di Hati Sudah Terdetik Hendak Melakukan Kebaikan, Teruskanlah!

Posted: 07 Jan 2014 04:15 PM PST

Ella sedia berhijab

RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga.

Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian. Gambar: Ella bersama suaminya

"Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.

"Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja," katanya yang dipetik dari portal Gua.

Meskipun sering dihimpit soalan berhubung cahaya mata, Ella akui tidak tertekan.

"Tidak dinafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.

"InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak," katanya.

Malah Ella terfikir untuk mengikut jejak rakan artis, Umie Aida dan Misha Omar yang mengambil anak angkat.

"Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan artis macam seronok saja ada anak angkat.

"Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat," katanya. -SH

ULASAN GB

Bila hati sudah berdetik untuk melakukan kebaikan, teruskanlah melakukannya.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya Allâh menulis kebaikan-kebaikan dan kesalahan-kesalahan kemudian menjelaskannya. Barangsiapa berniat melakukan kebaikan namun dia tidak (jadi) melakukannya, Allah tetap menuliskanya sebagai satu kebaikan sempurna di sisi-Nya. Jika ia berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allâh menulisnya di sisi-Nya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat sampai kelipatan yang banyak. Barangsiapa berniat berbuat buruk namun dia tidak jadi melakukannya, maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya, maka Allah menuliskannya sebagai satu kesalahan." [HR. al-Bukhâri dan Muslim dalam kitab Sahih mereka]

Fatwa Songsang Bughah: Lagi Laporan Polis Terhadap Harussani

Posted: 07 Jan 2014 04:35 AM PST


Seremban: Isu bughah yang dicetuskan oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus dikecam apabila PAS Seremban hari ini membuat laporan polis ke atas beliau.

PAS Seremban menyifatkan kenyataan itu sebagai satu hasutan membunuh. Laporan polis di buat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seremban.

Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman berkata merujuk kepada kenyataan Harussani di dalam akhbar Berita Harian pada 02 Januari iaitu 'Kerajaan usah berlembut' dan kemudiannya kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 05 Januari iaitu 'Saya tetap dengan kenyataan' merupakan satu kenyataan yang menggugat keselamatan awam.

"Kenyataan Harussani dalam Berita Harian pada 02 Januari iaitu '…dihalalkan darah golongan bughah' adalah satu hasutan membunuh.

"Beliau yang berjawatan Mufti Negeri Perak boleh menyebabkan masyarakat menyalah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa.

Ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai.

"Sedangkan tidak ada didalam mana-mana peruntukkan undang-undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu.

"Tambahan pula, perhimpunan TURUN tersebut adalah perhimpunan aman dan mana-mana perhimpunan aman adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Justeru itu saya memohon satu siasatan terperinci dapat dilakukan oleh pihak polis demi kepentingan awam, kata MK Ibrahim.

MK Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata golongan yang dilabelkan sebagai bughah adalah golongan penderhaka yang mengistiharkan perang ke atas Yang DiPertuan Agong atau mengistiharkan perang ke atas negara Malaysia contohnya.

"Yang tak puas hati dengan kerajaan adalah perkara biasa yang berlaku di mana-mana negara. Kita protes kerana bantah kenaikan harga barang, elektrik, minyak dan sebagainya. Tak kan lah kita tak boleh nyatakan rasa tidak puas hati kita pada kerajaan dengan cara aman?

Turut hadir Timbalan Yang DiPertua PAS Seremban, Zakaria Sheikh Othman dan Ketua Pemuda PAS Seremban, Abu Zarin Abdul Rahman. -FMT

Bimbang 'darah ditumpahkan', peserta Turun buat laporan polis


Seorang peserta Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka, 31 Disember lalu, membuat laporan polis semalam berikutan bimbang dengan ancaman "darah mereka halal".

Laporan polis itu dibuat berikutan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan pada malam 31 Disember lalu adalah 'bughah' dan halal darah mereka.

Peserta terbabit membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 3.00 petang semalam bersama Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Penolong Setiausahanya, Ustaz Hafez Sabri.

Khamisah Abdul Hamid, 55, berkata kenyataan Harussani itu mengancam keselamatan keseluruhan ahli keluarganya yang menyertai himpunan itu.

Beliau berkata, ramai yang mengetahui penyertaan mereka memandangkan tersiar gambar mereka di himpunan itu di akhbar.

"Kami sekeluarga rasa diancam dengan kenyataan Mufti Perak itu dan terpaksa melalui kehidupan yang tidak tenteram selepas fatwa itu dikeluarkan.

"Darah kami dianggap halal untuk dibunuh, ia adalah satu kenyataan yang menggalakkan berlakunya keganasan termasuk pembunuhan," katanya sebagaimana yang dipetik oleh Harakahdaily.

Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, fatwa songsang yang dikeluarkan oleh Harussani sangat tidak bertanggungjawab, merbahaya dan melanggar kepentingan awam.

Katanya, ia mengundang berlakunya hasutan yang mendorong kepada terjadinya keganasan dan pembunuhan kerana mengeluarkan kenyataan darah peserta himpunan itu adalah halal.

"Beliau yang berjawatan Mufti Perak boleh menyebabkan masyarakat salah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa.

"Ia juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai sedangkan tidak ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu," katanya.

Beliau berkata, polis diharap dapat membuat satu siasatan yang terperinci berhubung kenyataan itu demi kepentingan awam kerana ia berunsur hasutan ke arah melakukan keganasan.

Sebelum ini, pelbadai pihak mengecam kenyataan Mufti Perak itu termasuk membuat khutbah mengenainya ketika solat Jumaat minggu lalu.

Dewan Ulama PAS melalui Ketua Penerangannya, Dr Kahirudin Aman Razali juga mempertikaikan kenyataan itu.

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan bahaya apabila darah demonstrator ini diisytiharkan sebagai darah halal.

"Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat," kata Khairudin.

Turut membantah kenyataan itu adalah bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin
-TMI


Tiada ulasan: