Rabu, 8 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Isu Merc Kedah: Bekas Setiausaha Akhbar Ust. Azizan pertikai penafian Mukhriz..

Posted: 08 Jan 2014 06:21 AM PST


Sehari selepas penafian Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengenai pembelian sebuah Mercedes Benz S300, beberapa blog pro pembangkang semakin rancak memperkatakan isu berkenaan, termasuk tidak berpuas hati dengan penjelasan itu.

Beberapa maklum balas yang dipetik daripada laman sosial meminta kerajaan negeri membuat penjelasan terperinci berikutan ianya membabitkan perbelanjaan negeri.

Turut didedahkan menerusi laman sosial itu, mendakwa Mercedes Benz S320 bernombor pendaftaran KBV8 yang didaftar pada 5 April 2006, kini didaftarkan dengan nombor pendaftaran baharu, iaitu KDQ 9900.

Manakala plat KBV8 diletakkan pada Mercedes Benz S300, yang dikatakan dibeli beberapa bulan lalu.

Pertukaran plat itu dikatakan melalui proses retention dan boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarat pembelian kenderaan baharu.

Bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah (Tan Sri Azizan Abdul Razak), Mohd Helmi Khalid berkata, terdapat beberapa fakta meragukan berhubung penjelasan Mukhriz mengenai penafian membeli sebuah kereta baharu, kelmarin.

Berikutan itu, beliau memohon penjelasan dibuat bagi mengungkai kekeliruan yang timbul, sekiranya benar tiada pembelian dibuat.

"Selama lima tahun saya berkhidmat bawah pentadbiran Allahyarham Azizan, plat KBV8 adalah nombor pendaftaran Mercedes Benz S320, bukan S300.

"Tidak wujud Mercedes Benz S300 di Wisma Darul Aman. Manakala KCX8 model S350 dibeli pada tahun 2011 sebagai kereta rasmi tambahan," katanya.

Menurutnya, pada ketika itu, hanya terdapat dua buah kereta rasmi yang digunakan oleh Menteri Besar, sehingga Mei 2013.

Mohd Helmi berkata, bagi mendapatkan kepastian, beliau bertanya sendiri kepada pekerja di sebuah kedai aksesori di Jalan Gangsa, yang membuat proses pertukaran plat pada kedua-dua kereta terbabit.

"Saya bukan tuduh melulu, namun timbul kekeliruan apabila plat KBV8 digunakan pada kereta lain yang digunakan oleh Menteri Besar. Adakah nombor plat itu dibeli individu lain dan digunakan pada S300 miliknya, tetapi kenapa ada tertera menteri besar pada plat itu," katanya.

Difahamkan, Mercedes Benz S300 yang diletakkan plat KBV8 kini berada di Kuala Lumpur, manakala Mercedes Benz S320 yang ditukar kepada plat KDQ 9900 akan digunakan di Kedah.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali ketika dihubungi, bagaimana pun enggan mengulas lanjut.

Manakala Pemangku Pengarah JPJ Kedah, Fatimah Saad yang kini berada di Kuala Lumpur, berkata, sebarang permohonan pendaftaran baharu kereta rasmi kerajaan negeri perlu didaftarkan bawah SUK dan tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

Namun, beliau mengesahkan untuk sebarang proses retention, ia membabitkan sebuah kenderaan baharu dan lama, bagaimana pun tidak dapat memberi butiran sama ada kerajaan negeri membuat permohonan itu, kerana berada di luar kawasan.

~ Sinar Harian

350 Pegawai Polis dipecat kerana rasuah di Ibu Negara..

Posted: 07 Jan 2014 11:47 PM PST


Sekurang-kurangnya sejumlah 350 orang anggota Polis telah dipecat dari jawatan mereka kerana terlibat dengan rasuah di ibu negara dalam tempoh 24 jam semalam.

Bagaimanapun Ibu negara yang dimaksudkan ialah Ankara, Turkey bukannya Kuala Lumpur..

Ankara: Turki memecat sekurang-kurangnya 350 pegawai polis di ibu negara Ankara dalam tempoh 24 jam semalam, ekoran siasatan rasuah yang menyasarkan orang yang dekat dengan kerajaan, demikian menurut laporan. 
Kira-kira 250 orang, kebanyakannya dari luar ibu negara Turki itu, dilantik menggantikan tempat pegawai yang disingkirkan itu, yang akan menjalankan tugas di jabatan polis trafik dan balai polis daerah, lapor berita penyiaran NTV. 
Beratus-ratus polis disingkirkan atau dipindahkan ke bahagian lain negara ini sejak siasatan rasuah bulan lalu. 
Tiga menteri Kabinet meletak jawatan selepas anak lelaki mereka ditahan dalam serbuan, kata laporan itu. 
Perdana Menteri, Tayyip Erdogan menuduh polis dan badan kehakiman menjalankan perancangan kotor. 
Penahanan dilakukan sebagai sebahagian daripada penyiasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan tender awam. 
Mereka yang ditahan ketika serbuan 17 Disember lalu termasuk pegawai kerajaan dan ahli perniagaan yang rapat dengan Perdana Menteri. 
Penyingkiran terbaru dan penempatan semula lokasi bertugas pegawai polis dijalankan mengikut arahan kerajaan yang disiarkan pada tengah malam. 
Agensi berita Dogan melaporkan mereka yang dilucutkan jawatan termasuk ketua jenayah kewangan, serta ketua unit anti-penyeludupan dan jenayah terancang. 
Langkah itu diambil kerana mahu membendung kesan kebencian rakyat kepada kerajaan ekoran siasatan rasuah itu. 
Ramai percaya penahanan dan penyingkiran pegawai polis terbabit menggambarkan pertikaian di kalangan ahli parti pemerintah Parti AK yang menyokong Erdogan, dan penyokong Fethullah Gulen, ulama Islam yang berpengaruh yang tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat. 
Ahli-ahli pergerakan Hizmet pimpinan Gulen dikatakan memegang jawatan penting dalam institusi seperti polis, kehakiman dan Parti AK sendiri. AGENSI

Itu dinegara orang.. kerana rasuah dipecat tapi dinegara kita pula.. cukup sekadar dipindahkan.. baca di SINI 

Isu Jet: Bukan Dr. Maza fitnah tapi macai yang bodoh sebenarnya...

Posted: 07 Jan 2014 08:46 PM PST


Beberapa hari yang lalu, DrMAZA.com telah memaparkan sebuah gambar hiasan dalaman sebuah jet peribadi yang telah disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan Perdana Menteri.

Kemudian, beberapa blogger telah tampil ingin merubah fokus rakyat terhadap isu tersebut dan mendakwa DrMAZA.com telah melakukan fitnah dalam isu ini.


Persoalan?! Adakah benar beliau memfitnah dan tidak jujur membawa berita tersebut?

Jawapannya, beliau hampir pasti tidak salah sekiranya orang ramai melakukan semakan terhadap laman web rasmi syarikat Comlux Aviation Services (CAS) di Malta. Ini kerana kerajaan Malaysia secara rekod menggunakan kapal terbang peribadi dan super mewah dengan CAS untuk kegunaan pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri dan isteri.

Ini berdasarkan maklumat keluar masuk kapal terbang di KLIA, di laman web Flight Radar 24, Airbus ACJ320 (9H-AWK) melakukan penerbangan keluar terakhir pada 31 Disember 2013 menggunakan nama "NR2".


Gambar diatas menunjukkan dua penerbangan NR2 (Najib Razak?), Perdana2 melakukan penerbangan. Manakala maklumat kecil disebelah kiri atas adalah maklumat jenis kapal terbang tersebut.

Jenis kapal terbang tersebut adalah:



ModeS: 4D204F
Reg: 9H-AWK
Typecode: A320
Type: Airbus A320-214
Serial Number: 4199
Airline: Comlux Malta

Bagaimana untuk kita ketahui bahawa gambar yang diletakkan oleh DrMAZA.com tidak silap adalah dengan melihat katalog syarikat Comlux Malta (CAS).

Bagi pengetahuan pembaca, pihak syarikat terbabit memaparkan dengan jelas bentuk luaran dan hiasan dalaman setiap khidmat kapal terbang yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

Maklumat dan latarbelakang syarikat ini adalah seperti berikut:

Comlux Malta Ltd
Valetta – Malta  
With an Air Operator Certificate (AOC) in Malta since September 2008, Comlux benefits from being registered in a member state of the European Union, operating at the most important levels in terms of safety and quality. 
Its ideal location at the junction between Europe, Africa and Middle East gives Malta a strategic position for Comlux operations.
With a valuable legal system and a large network of well known banks, Malta is as well the country of establishment of Comlux Holding Ltd.
From Malta, Comlux takes care of Crew training, Flight Operations and CAMO support. 
Address: Comlux Malta Ltd, Villa Margherita, Ta'Xbiex Terrace, Ta' Xbiex Malta 
Tel:+356 2385 0300 
Fax:+356 2166 2284 
Email: fly.malta@comluxaviation.com 
Web: http://www.comluxaviation.com/portfolio/comlux-malta-ltd/


Semakan terhadap jenis kapal terbang yang disewa dan diguna pakai seperti didalam maklumat penerbangan diatas, boleh juga dilakukan.

Malah, web tersebut membekalkan bersama gambar-gambar yang sama seperti yang dipaparkan oleh DrMAZA.com. 

Rujukan web bagi maklumat pesawat (Reg: 9H-AWK, Typecode: A320)

(See:http://www.comluxaviation.com/resource/wp-content/uploads/2013/04/comlux-9H-AWK.pdf)


Tambahan gambar-gambar mewah hiasan dalaman pesawat ini seperti yang ditunjukkan oleh laman web rasmi syarikat pembekal perkhidmatan pesawat dan jet mewah ini adalah seperti berikut:

(See: http://www.comluxaviation.com/portfolio/airbus-a320-9h-awk/)


Kesemua gambar-gambar mewah diatas adalah gambar yang asli dari laman web rasmi Comlux, syarikat yang bertanggungjawab membekalkan khidmat pesawat ini kepada pimpinan negara Malaysia. 

Adakah ia mesti susunan dan hiasan dalaman yang sama?!

Ini bukanlah satu isu yang besar, kerana sebagai contoh, apabila seseorang ingin menempah hotel, ia akan berpandukan kepada gambaran bilik yang telah dipaparkan oleh pihak hotel di web mereka. 

Sekiranya blogger UMNO yang mendakwa ia adalah fitnah, maka seeloknya, pesawat sebenar yang digunakan oleh pimpinan kerajaan dan hiasan dalamannya dimaklumkan kepada umum sebagai langkah berani dan telus terhadap rakyat.

Maka, DrMAZA.com secara jelas tidak berbohong atau memfitnah.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian, Pejabat Perdana Menteri (PMO) TIDAK MENAFIKAN atau MENOLAK dakwaan bahawa inilah pesawat yang digunakan.

Juga, mengikut beberapa maklumat yang diberikan oleh Malaysiakini dan diterbitkan semula oleh Malta Independent penggunaan pesawat ini selama hanya SATU JAM memakan belanja duit rakyat sebanyak $8,350.31 ( atau RM27,501.75). 

Sememangnya ia adalah satu fakta dimana jumlah pembayaran sebanyak itu diperlukan bagi setiap jam penyewaan pesawat tersebut.

Buktinya:


(http://www.comluxaviation.com/resource/wpcontent/uploads/2013/05/A320%20BJT%200612.pdf)

Pada persidangan parlimen 7 November 2013 yang lalu, Parlimen diberitahu bahawa kerajaan membelanjakan RM 14.95 juta untuk minyak penerbangan VVIP negara dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM 160.08 juta.

Maka, diharapkan agar anda tidak tertipu dengan cubaan sesetengah blogger UMNO untuk mengubah perhatian rakyat terhadap gaya mewah pemimpin negara dan perbelanjaan tidak-masuk-akal oleh mereka!

Terima kasih.


Oleh Abu Hafiz Salleh Hudin dan asalnya disiarkan di SINI

Hero 'Walk 4 Malaysia' UMNO Terengganu koma dibelasah ..

Posted: 07 Jan 2014 04:00 PM PST


Tentu ramai yang masih ingat siapakah lelaki dalam gambar di atas ni.. buat yang dah lupa, beliau adalah lelaki yang menjadi kebanggan UMNO Kuala Terengganu tahun lalu setelah selesainya PRK DUN Kuala Besut.

Beliau merupakan seorang penyokong tegar UMNO/BN yang telah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO/BN berjaya mengekalkan kerusinya di Kuala Besut dalam pilihan raya kecil tersebut.

Mohd Noor Mat, 47 yang merupakan seorang Pekerja Rendah Am Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut akan menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki sejauh lebih 680 kilometer itu.


Beliau dikatakan  mengambil masa selama 12 hari bagi menamatkan perjalanan 'Walk4Malaysia' yang ditaja sebanyak RMRM650,000 ( sila baca di SINI ) melalui Kuala Besut ke Kuantan dan Kuala Lumpur sebelum ke Putrajaya.

Lelaki tersebut  dilaporkan telah dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan individu yang dikenalinya setelah pertengkaran dalam satu mesyuarat yang dihadirinya berlarutan hingga ke luar Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut..


Ni laporan dari Bernama..

KUALA TERENGGANU – Seorang Pekerja Rendah Am Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut yang pernah berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya cedera dipukul beberapa lelaki yang dikenalinya Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 petang di hadapan Dewan Gong Kemuntong ketika Mohd Noor Mat, 47, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, mangsa telah disekat sekumpulan individu hingga berlaku pertengkaran sebelum mangsa ditumbuk dan dipukul.
Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan pada muka dan badan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, pihak polis telah mengenal pasti suspek utama kes berkenaan dan gerakan memburu sedang dijalankan.
"Kita sedang kesan suspek ini dan kita percaya dia akan ditangkap tidak lama lagi. Penangkapan suspek ini pastinya akan membawa kepada penangkapan suspek-suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu," katanya.
Terdahulu, pada 2007, Mohd Noor menyahut cabaran Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh untuk berjalan kaki dari Kemaman hingga Besut.
Beliau mengulangi kejayaan itu tahun lepas dengan berjalan kaki pula dari Kuala Besut ke Putrajaya sejauh 600 kilometer sebagai melunaskan nazarnya setelah Barisan Nasional mengekalkan kerusi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada Julai tahun lalu.

Ini pula laporan dari Sinar Harian..

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka tindakannya 'bersuara' di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki.
Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.
"Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.
Manoharan berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut, selepas mesyuarat tersebut telah disekat oleh beberapa lelaki yang menaiki Mercedes di lokasi kejadian.
"Mangsa dibelasah teruk dipercayai dengan objek tumpul dan akibat kejadian, dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu, Kelantan.
"Bagaimanapun dia dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya. Jelas Manoharan lagi, identiti suspek utama telah dikenal pasti dan kini usaha memburunya giat dijalankan.

Kenapa agaknya Hero UMNO itu dibelasah?..  Dari apa yang Berita Harian laporkan di atas tu sebabnya ialah selisih faham tentang program 'Walk 4 Malaysia' tu..

Tentu ianya selisih faham yang melibatkan peruntukan kewangan... ya lah.. orang UMNO ni yang paling sensitif buat mereka ialah duit... bukan Bangsa atau Agama tapi duit...

Tiada ulasan: