MIMPI SENJA |
- Taikun Hong Kong terbang dengan jet peribadi ke Malaysia kerana nak makan 'ikan empurau' berharga RM1800 sekilo
- Najib laki-bini ‘berseronok’ di luar negara, rakyat tanggung derita
- Halang MBPJ: Bila DAP Kuat, Puak Pelampau Naik Lemak
- DSP cabul 2 pelajar jalani praktikal
- PTPTN nafi pinjaman dimansuh
- Paderi Lawrence disiasat bawah Akta Hasutan
Posted: 07 Jan 2014 11:08 PM PST KUALA LUMPUR: Taikun Hong Kong, Peter Lam terbang ke Malaysia menggunakan jet peribadinya untuk merasai ikan empura, yang sering dikenali sebagai 'wang bu lio' di kalangan orang Cina kerana harganya yang mahal dan dagingnya yang enak, lapor China Press. Ikan empurau itu dijual dengan paling mahal adalah ikan air tawar pada harga sehingga RM1,800 sekilogram. Dilaporkan bahawa Lam dan sembilan rakannya mengunjungi sebuah restoran di Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan ikan secara stim. Ikan itu ditempat oleh James Wong dari Sarawak, yang dikatakan sebagai pakar tentang ikan air tawar, untuk jamuan pada malam Ahad. Wong berkata, ikan seberat 2 kilogram itu berharga kira-kira RM3,000. "Ramai pelancong dan lelaki kaya sering terbang ke Malaysia untuk menikmati keenakan ikan empurau. "Tetapi ia adalah pertama kali seseorang itu datang menggunakan jet peribadi hanya untuk tujuan ini," katanya. Lam, yang merupakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong turut membawa pulang lima ikan air tawar tempatan, termasuk empat empurau yang bernilai kira-kira RM17,000 ke Hong Kong pada Isnin. Ketika ditemui seorang pemberita, Lam, yang ketika itu dalam kunjungan peribadinya berkata, ia merupakan pertama kali beliau merasai ikan empurau di Malaysia. Beliau berkata, rasa ikan itu sungguh enak. "Saya akan kembali lagi. Selain 'wang bu liao', ikan-ikan lagi di Malaysia juga sedap. Saya akan membawa kumpulan lain tidak lama lagi untuk merasai makanan Malaysia yang lain," tambahnya. Ikan air tawar liar menjadi begitu popular selepas pengkritik makanan Hong Kong, Chua Lam dan chef Liang Wentao, yang dikenali sebagai 'Hong Kong of Cookery' yang memaparkan hidangan itu dalam program televisyen. |
Najib laki-bini ‘berseronok’ di luar negara, rakyat tanggung derita Posted: 07 Jan 2014 09:36 PM PST SHAH ALAM 8 JAN: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Berita News Straits Times Press (NSTP), Abdul Kadir Jasin membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup. Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib memungkiri janji Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. "Bukan rakyat yang berjanji dan berikrar tidak menaikkan harga tetapi Najib dan perancang Bilik Perang pilihan raya beliau. Kini, siapa yang mungkir. "Apakah salah, saya dan sesiapa juga menegur dan mengkritik Najib dan penasihat beliau yang bernilai berbilion ringgit itu," katanya di dalam entri blog terbaru milik beliau. Katanya, beliau tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang mengherdiknya kerana mengkritik Najib berkenaan pengurusan ekonomi. "Saya rasa pembahas berkenaan tidak terbaca "nasihat" saya berjela-jela kepada Najib dan kerajaan melalui blog ini juga dalam tulisan di tempat lain berkenaan pengurusan ekonomi, mata wang serta percukaian. "Bila kita membincangkan isu ekonomi, banyak orang tidak peduli atau mudah bosan. Tetapi kalau tidak bincang, mereka kata kita hanya pandai kritik," katanya. Katanya, sejak 2006, apabila kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membuat potongan drastik subsidi petroleum menyebabkan harga minyak dan gas naik mendadak, selain harga barang serta perkhidmatan. Beliau menulis beberapa buah rencana mengingatkan kerajaan berkenaan kesan buruk tindakan itu dan bagaimana mengurangkan beban pengguna. "Bukan tugas saya memberi tunjuk ajar terperinci kepada kerajaan berkenaan pengurusan ekonomi. Itu tugas kementerian, jabatan, agensi dan penasihat Perdana Menteri yang sangat ramai, hebat serta tersohor. "Tugas saya adalah memberi maklum balas dan membuat kritikan. Malangnya, ada pihak menganggap kritikan sebagai penentangan dan inilah akibatnya apabila masyarakat tidak berfikiran kritis ditambah pula sikap partisan melampau," katanya. Kadir berkata, masalah yang dihadapi negara bukan sekadar kesan negatif rasionalisasi subsidi sahaja tetapi banyak isu dan masalah lain yang membimbangkan. "Kita perlu terus bertanya, menegur dan mengkritik tetapi kalau ada orang yang berasa itu salah kerana terlalu sayangkan Perdana Menteri, saya rasa tidak perlu kita bersusah payah mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan. "Kita hapuskan demokrasi dan lantik sahaja kerajaan sedia ada sebagai pemerintah seumur hidup, habis cerita," katanya. - SUMBER |
Halang MBPJ: Bila DAP Kuat, Puak Pelampau Naik Lemak Posted: 07 Jan 2014 08:42 PM PST January 8, 2014 · INSIDEN 2 pegawai Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) dilarang dari membuat pemeriksaan biasa di bangunan Persatuan Bible Malaysia semalam menunjukkan bahawa puak pelampau Kristian di Selangor semakin besar kepala, mentang-mentanglah DAP antara pakatan yang membentuk kerajaan di negeri tersebut. Tidak seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terletak dibawah kuasa DYMM Sultan Selangor, MBPJ adalah terletak dibawah pentadbiran terus kerajaan Pakatan Selangor yang turut dianggotai DAP, itu yang macam bagus sangat tu. Kaitan dengan DAP ini jelas bila ahli-ahli politik DAP tampil memberi penjelasan berhubung insiden tersebut. Apahal mereka pulak yang sibuk? Ada saham ke dalam itu Persatuan Bible Malaysia? MasaJAIS rampas Bible bahasa Melayu di lokasi sama tempoh hari, pemimpin DAP juga yang sibuk bantah Kebetulan ke? Patutnya orang politik jauhkan diri dari perkara-perkara macam ini sebab bercanggah dengan peranan masing-masing. Cakap besar mewakili semua kaum dan agama, tapi kenapa nampak macam condong kat satu pihak saja? Walaupun menyifatkan kejadian itu sebagai tak lebih dari salah faham, tapi itu kata mereka, nak meredakan ketegangan yang wujud sejak terdedah cubaan pelampau Kristian di negeri itu menyebarkan fahaman agama lain di kalangan orang Islam, seterusnya melanggar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan beragama. Padahal inisiden menghalang pemeriksaan biasa oleh MBPJ itu berlaku kerana timbulnya stigma konon pemeriksaan semalam adalah atas arahan JAIS. Kenapa kalau atas arahan JAIS, ada masalah ke? Itu saja menunjukkan prejudis terhadap agensi tersebut dan agama Islam dikalangan puak pelampau ini masih tidak habis walaupun rampasan dan serbuan kelmarin adalah mengikut undang-undang. Perkara itu disahkan sendiri oleh Exco berkaitan, Salehin Mukyi dalam satu sidang media semalam. Erti kata lain, segala perkara remeh temeh akan dibangkitkan puak-puak ini bagi menimbulkan kebencian terhadap Islam dan dalam masa yang sama, menutup sekemas-kemasnya kesalahan mereka kerana cuba menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam dengan pengedaran Bible bahasa Melayu di negeri Selangor. Kalau ada yang masih tidak nampak, keadaan ini sebenarnya bahaya untuk ketenteraman negara bagi tempoh yang panjang sebab ia boleh membawa kepada pertelagahan antara agama, kalau tidak di kawal. Sedar atau tidak, isu-isu serupa yang makin menjadi-jadi semakin ini menyerlahkan peranan DAP. Dulu masa DAP bukan sebahagian dari kerajaan Selangor, kita tak dengar apa isu macam ini pun. Hanya setelah DAP kuat, barulah macam-macam yang kita dengar pasal keberanian tak bertempat puak-puak pelampau ini. Agenda asal nak menumbangkan kerajaan BN, nampaknya dah digunakan untuk memecah belahkan rakyat dengan menghangatkan sentimen berkaitan agama melalui kuasa dan peranan dalam kerajaan negeri Selangor. Inilah akibatnya bila parti politik bukan saja bawa idealogi perjuangan parti, tapi juga idealogi keagamaan yang kebetulan bercanggah pulak dengan perlembagaan negara (dalam konteks tidak boleh agama bukan Islam tidak boleh dikembangkan di kalangan orang Islam). |
DSP cabul 2 pelajar jalani praktikal Posted: 07 Jan 2014 07:15 PM PST IPOH - Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan mencabul kehormatan dua pelajar wanita akan disiapkan dalam tempoh terdekat. Ketua Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pegawai terbabit 'menghilangkan diri' adalah tidak benar. Menurutnya, polis telah mengambil keterangan pegawai terbabit dan dipercayai tidak ditemui kerana sedang berehat di rumah untuk mencari ketenangan. "Kes ini dijangka akan diselesaikan segera dan sejurus kertas siasatan siap, kita akan rujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk keputusan seterusnya. "Sama ada kes tersebut mempunyai asas atau tidak terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menentukannya," katanya. Terdahulu, Acryl menghadiri Majlis Kesyukuran Balai Polis Bercham dan Kampung Rapat kerana berjaya menjadi juara bagi pertandingan balai 'league table' 2013. Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam; Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong; Ketua Polis Balai Bercham, Inspektor Soh Sheng Siong dan Ketua Polis Balai Kampung Rapat, Inspektor Raja Mohd Zani Raja Omar. Dalam perkembangan sama, beliau berkata kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 354 iaitu mencabul kehormatan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya. Dalam kejadian 2 Januari lalu, dua pelajar wanita berusia 21 tahun yang menjalankan latihan amali di sebuah balai polis di Taiping mendakwa pegawai terbabit telah memegang dagu dan memeluk dari belakang di sebuah bilik di balai berkenaan. Berikutan itu, kedua-dua pelajar bertindak membuat laporan polis pada Jumaat lalu berhubung perbuatan pegawai polis berusia 40-an. |
Posted: 07 Jan 2014 09:39 AM PST Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menafikan pinjaman PTPTN dimansuhkan sepertimana disebarkan dalam satu akaun Facebook. Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan pemilik laman sosial itu yang menyebarkan maklumat palsu itu untuk diambil tindakan. "PTPTN tidak pernah membuat keputusan sedemikian kerana setiap dasar kerajaan berkaitan PTPTN akan diputuskan Kabinet," katanya kepada pemberita selepas mempromosi Pesta Makanan Tradisional Lenggong di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak di Ipoh hari ini. Carian di laman sosial Facebook mendapati pengguna yang menggelar dirinya "RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara" menyebarkan satu surat kononnya badan itu memansuhkan pembayaran balik pinjaman kepada yang mempunyai hutang PTPTN tertangguh sehingga tahun 2013. Sementara itu, Shamsul Anuar menasihatkan peminjam yang terjejas akibat banjir baru-baru ini supaya menghubungi pejabat PTPTN untuk memaklumkan masalah pembayaran yang mereka hadapi. "Kita meminta mereka yang terlibat menghubungi pihak kami di pejabat PTPTN negeri supaya mereka boleh membuat penangguhan pembayaran balik pinjaman atau kita boleh menstrukturkan semula pembayaran balik pinjaman mereka," katanya. – Bernama, 7 Januari, 2014. - TMI |
Paderi Lawrence disiasat bawah Akta Hasutan Posted: 07 Jan 2014 04:00 AM PST OLEH MOHD FARHAN DARWIS Pengarang akhbar mingguan Herald, Paderi Lawrence Andrew (gambar) hari ini dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya dalam laman portal The Malaysian Insider baru-baru ini. Menurut peguamnya, Francis Pereira, Lawrence disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan. "Polis soal siasat saya berkenaan kenyataan saya dalam artikel di The Malaysian Insider. "Mereka soal siasat berkenaan apa yang saya telah katakan dan saya memberikan penjelasan berhubung perkara itu," kata Lawrence ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam. Beliau sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan di gereja atas alasan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan beragama di Malaysia. "Saya jelaskan kepada mereka kita telah menggunakan perkataan Allah dalam Buku Doa Harian, yang juga petikan daripada Bible berbahasa Melayu sejak sekian lama," katanya, yang turut membawa sebuah terjemahan Bible berbahasa Melayu lama berusia lebih 100 tahun ketika sesi soal siasat tersebut. Kenyataan Lawrence telah direkodkan oleh pegawai penyiasat ASP Effandi Main. "Saya turut memberikan salinan (kitab) ini kepada polis," katanya lagi, dan menambah kitab berkenaan juga bertarikh 1905. Beliau telah menerima kritikan dan tekanan pelbagai pihak selepas kenyataan berkenaan disiarkan ekoran ia bercanggah dengan titah Sultan Selangor yang melarang komuniti bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Selangor turut memperuntukkan Enakmen 1998 Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama Kepada Orang Muslim) yang melarang penganut agama lain menggunakan 35 perkataan termasuk Allah, Nabi dan Injil. Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) minggu lalu turut menerima reaksi negatif banyak pihak. Pengerusi Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi bagaimanapun berkata pihak berkuasa agama itu menjalankan serbuan mereka berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP). Tindakan Jais itu juga jelasnya dibuat berlandaskan aduan orang ramai dan serbuan berkenaan adalah untuk mencari bukti. Sallehen ketika sidang media bersama Andrew di pejabatnya di Shah Alam berkata, pihaknya akan mengkaji dan memperkemaskan semula SOP Jais dengan mengkehendaki badan penguatkuasa agama berkenaan memaklumkan kepada exco terlebih dahulu berhubung isu antara agama. "Jais ikut SOP sedia ada. Dari segi sekarang tindakan Jais itu betul," katanya kepada pemberita, dan menambah serbuan yang dilakukan Jais adalah berdasarkan aduan orang ramai. Sallehen turut berkata, titah Sultan Selangor berkenaan larangan penggunaan perkataan Allah oleh kumpulan penganut agama bukan Islam juga perlu dipatuhi. "Tuanku sebagai ketua agama. Maka, sebarang tindakan berkaitan enakmen itu, maka ianya terpakai dalam konteks negeri Selangor, kita ikut titah Sultan Selangor," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak itu lagi. – 7 Januari, 2014. - TMI |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan