edyesdotcom |
Filem TWoWS Haram Masuk Malaysia? Apakah Anak Rosmah Terbit Filem 'Blue'?? Posted: 21 Jan 2014 12:56 AM PST Gambar di atas adalah antara adengan dalam filem The Wolf of Wall Street. Menurut laporan Malaysiakini, filem ini diharamkan untuk ditayang dalam negara. Apakah kerana filem ini terbitan anak tiri Perdana Menteri (bagi menjaga nama baik), maka filem ini diharamkan? Jika sebelum ini dicanang satu malaya bahawa anaknya si Rosmah telah mengharumkan nama negara kerana berjaya mencipta nama di medan kemewahan Hollywood, mengapa pula filem 'kebanggaan' yang menelan belanja RM326 juta itu dihalang masuk ke dalam negara? Rakyat Malaysia yang penuh dengan sifat ingin tahu, pastinya tertunggu-tunggu apakah hasil tangan dan hasil pelaburan seorang anak yang turut mewakili keluarga Perdana Menteri walaupun berstatus anak tiri - dia anak Rosmah, seorang wanita yang sering menonjol melebihi kebanyakkan kepimpinan negara, juga isteri kepada Perdana Menteri. Antara yang dilaporkan oleh Malaysiakini mengenai filem anak watan ini; Filem, yang merupakan pesaing untuk Academy Award tahun ini, mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F' paling banyak dalam filem R-rated. Menurut Variety, perkataan 'F' itu didiucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit.
Apakah dunia ini sudah kehabisan genre? Penyokong-penyokong Umno pastinya tersemat rasa bangga yang tidak berbelah bahagi terhadap Rosmah Mansur dan anaknya yang telah mengharumkan nama negara. Kalau rasa filem ini keterlaluan, jangan tengok. Dalam masa yang sama, Umno juga akan berjuang bermati-matian mempertahankan kalimah Allah, dan juga kalimah kangkung. Bayangkan jika filem ini menjadi contoh dan ikutan kepada anak muda seluruh negara, siapakah yang akan kita rujuk sebagai puncanya? Dalam dunia perfileman, sesebuah filem itu diarahkan oleh seorang director mengikut citarasa producer. Sudah pasti penerbit tidak mahu filem hasil duit poketnya tidak memberi pulangan, maka penerbit juga punya peranan tertentu dalam menentukan halatuju filem tersebut. Filem Wolf of WallStreet adalah berdasarkan kisah benar. Namun kita tidak lupa bahawa filem Lion of The Desert juga berdasarkan kisah benar yang juga mendapat sambutan hebat di Hollywood, malah menampilkan watak seorang pejuang islam yang hebat - Omar Mokhtar yang dilakonkan oleh Anthony Quinn. Filem Lion of The Desert juga telah diterbitkan dan dibiayai oleh warga Libya yang ingin melihat 'hero' mereka di persada dunia. Hari ini kita kenal Omar Mokhtar melalui sebuah filem Hollywood, dunia kenal Omar Mokhtar melalui Hollywood. Apalah salahnya jika kisah riwayat Umar Abdul Aziz difilemkan di mana jua jika tidak pun di Hollywood? Jika filem mengenai keperibadian Umar Abdul Aziz yang mengamalkan amanah pada tahap tertinggi ini dibiayai oleh seorang anak, mahupun anak tiri kepada Perdana Menteri, pasti memberi kesan lebih bermakna. RM326 juta bikin filem 'blue'. Inilah yang disokong Umno? inilah ketuanan Umno? Edyess Blogger Pro-Rakyat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan