Sabtu, 4 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Hard Rock Cafe Akan Dibuka di Putrajaya

Posted: 04 Jan 2014 07:58 AM PST




Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya tahun ini -Aseh

[Bernama] PUTRAJAYA: Hard Rock International dijangka membuka Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, pada tahun ini.

Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 di sini.

"Hard Rock Cafe Putrajaya akan dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan pada tahun ini.

"Ia akan menjadi tarikan baharu di sini termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan juga golongan muda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Aseh mengiringi Syed Yusof melawat Menara Ikhlas di sini. -4/1/14

Photo: Inikah makna Putrajaya yang dibina oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa akan datang?

P/s: Apa keperluan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya? Mengapa perlu kotori Putrajaya dengan sesuatu yang ada kaitan dengan maksiat? Selain bakal menjadi tempat muda-mudi berhibur dan terjebak dalam gejala tidak sihat, kafe ini turut menghidangkan minuman keras.

Adakah masyarakat Putrajaya yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan awam berbangsa Melayu memerlukan pusat hiburan seperti ini untuk menenangkan fikiran? 

 Adakah kerajaan mahu muda-mudi Islam yang tinggal di kawasan berkenaan hanyut dengan keseronokan hedonisme?

Orang Putrajaya, anda mahu berkongsi saham?



Johor TUTUP Pusat Hiburan Keluarga Berunsur JUDI

Posted: 04 Jan 2014 07:30 AM PST


[BH] Johor Bahru: Kerajaan Johor mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melancarkan operasi bagi memastikan semua pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian di negeri ini ditutup sepenuhnya. 

Langkah itu dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan negeri tahun lalu untuk tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan terbabit, berkuat kuasa 1 Januari lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latiff Bandi, berkata operasi itu akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan premis hiburan itu dapat ditutup sepenuhnya. 

"Kerajaan negeri sudah mengarahkan semua PBT di negeri ini mengambil tindakan terhadap pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih ingkar terhadap undang-undang baru ini. 

Tak perbaharui lesen 

"Operasi secara besar-besaran juga akan dilakukan dari semasa ke semasa. Malah, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk tidak menyambung lesen lebih 100 permohonan pusat hiburan yang berunsurkan perjudian pada tahun lalu," katanya kepada BH, semalam. 
Pada Julai tahun lalu, BH dalam laporan berita eksklusifnya melaporkan mengenai keputusan kerajaan negeri untuk memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga di seluruh negeri itu yang bertujuan membendung penularan dan peningkatan masalah sosial, terutama membabitkan generasi muda. 

Menerusi langkah itu, Johor menjadi negeri pertama di negara ini yang menguatkuasakan larangan terbabit dan inisiatif itu dilihat akan membolehkan pelbagai kegiatan haram yang bertopengkan pusat hiburan terbabit dapat dikawal dan dibanteras. 

Kuat kuasa 1 Januari 

Abd Latiff berkata, menerusi langkah sama, pihaknya menjangkakan lebih 500 premis pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih beroperasi di negeri ini akan dikenakan tindakan penamatan lesen serta-merta, berkuat kuasa 1 Januari lalu. 

"Sebelum ini, kita sudah mengambil keputusan untuk tidak menyambung lesen pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian. Bagaimanapun, pusat hiburan keluarga yang mempunyai baki tempoh lesen masih dibenarkan beroperasi sehingga 31 Disember lalu. 

"Bermula Ahad lalu, kita bukan saja tidak menyambung lesen pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian, malah mana-mana premis yang masih mempunyai baki tempoh lesen untuk beroperasi juga akan dibatalkan dengan serta- merta," katanya. - 4/1/14



P/s: Terbaik. Yang baik kita sokong. Negeri lain bila nak contohi Johor?



Janda Kantoi Khalwat dan Dadah dengan Kekasih

Posted: 04 Jan 2014 06:50 AM PST


[SH] DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin.

Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.

Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.

Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.

Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.

Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut. - 4/1/14


Pengurus Jualan dan Wanita Ditemui Mati dalam Keadaan Bogel

Posted: 04 Jan 2014 06:41 AM PST


Pengurus Jualan dan Seorang Wanita Ditemui Mati di dalam Kereta

[Bernama] IPOH: Seorang pengurus jualan perkakasan logam dan seorang wanita dijumpai mati, kedua-dua dalam keadaan berbogel, di dalam sebuah kereta di Bandar Cyber di sini Jumaat malam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A.Paramasivam berkata, mayat mangsa yang masing-masing berusia 58 dan 51 tahun ditemui isteri pengurus jualan berkenaandi bahagian hadapan kereta Proton Wira biru di garaj premis perniagaan itu dengan enjin kenderaan itu masih berfungsi.

Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian Jumaat malam, beliau berkata pada pukul 7.55 malam, si isteri datang ke balai polis berhampiran untuk melapor suaminya tidak pulang ke rumah sejak Khamis lepas.

Sejam selepas itu si isteri dan beberapa anggota keluarganya pergi mencari mangsa di premis perniagaannya yang terletak di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber.

Isteri mangsa kemudian ternampak asap keluar dari bahagian garaj kedai sebelum mengumpil pintu 'roller shutter' untuk masuk ke dalam premis tersebut, kata Paramasivam.

"Sebaik sahaja memasuki premis berkenaan, si isteri menjumpai suaminya serta seorang wanita yang tidak dikenalinya di dalam kereta," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian juga mendapati kereta Proton Iswara Aeroback hijau dipercayai milik mangsa wanita terbabit berada di luar premis perniagaan itu.

Selain itu, siasatan awal juga menunjukkan tiada sebarang kecederaan pada tubuh kedua-dua mangsa, kata Paramasivam.

Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan meneliti laporan bedah siasat untuk melihat sama ada ia kejadian bunuh atau bunuh diri, katanya.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat. - 4/1/13



Pelajar Serang Guru dengan Kerambit Ditahan

Posted: 04 Jan 2014 06:28 AM PST

Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah yang terbabit dalam kejadian mencederakan seorang guru lelaki dengan menggunakan kerambit dibawa oleh polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majestret Kangar, Perlis pada Jumaat. - fotoBERNAMA

[Mstar] KANGAR: Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis dekat sini kerana didakwa mencederakan seorang guru lelaki dengan kerambit pada hari pertama persekolahan, Khamis.

Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar lelaki itu ditegur oleh guru berkenaan kerana menggayakan rambut ala 'punk.'

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, suspek lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi Jumaat di rumahnya di Kuala Perlis dekat sini.

Ismail berkata, guru tersebut mengalami kecederaan di bawah mata kanannya dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.

"Kami telah mendapat perintah reman untuk menahan pelajar tersebut sehingga Isnin depan," katanya.

Sementara itu, guru yang terlibat dengan insiden itu enggan memberikan sebarang komen dan memberitahu pemberita bahawa dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut. - 4/1/13

Laporan awal di sini.


Ariel Sharon Makin Tenat

Posted: 03 Jan 2014 05:00 PM PST



TEL AVIV: Kesihatan bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, yang koma semakin teruk semalam, dengan organ pentingnya gagal berfungsi, kata hospital yang merawat beliau kelmarin. 

Sharon, 85, koma sejak 2006 apabila diserang angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak berupaya ketika berada di ke-muncak kuasa politiknya. 

"Sejak beberapa hari lalu, ka-mi menyaksikan penurunan fungsi organ penting Sharon, yang penting untuk beliau selamat. Keadaannya dalam keadaan kri-tikal," kata pengarah hospital Tel Hashomer, Zeev Rotstein. - AGENSI - 3/1/14


Mangsa Rogol Maut Dibakar

Posted: 03 Jan 2014 03:30 PM PST



[BH] Kolkata: Seorang remaja India dirogol beramai-ramai di dalam dua kejadian serangan berasingan dan mati selepas dibakar hidup-hidup, mencetuskan bantahan di Kolkata di timur India semalam, kata polis semalam. 

Remaja berusia 16 tahun itu pertama kali diserang pada 26 Oktober dan sekali lagi pada hari berikutnya oleh sekumpulan enam lelaki berhampiran rumahnya di bandar Madhyagram, 25 kilometer ke utara Kolkata. 

Kejadian rogol kedua berlaku ketika beliau pulang ke rumah selepas melaporkan serangan pertama di sebuah balai polis. 

Beliau kemudian dibakar pada 23 Disember dan mati di sebuah hospital kerajaan lewat malam tahun baru, kata polis. 

"Beliau mengakui di hadapan pegawai kesihatan beliau dibakar oleh dua orang yang ada kaitan dengan dakwaan ketika bersendirian di rumah pada 23 Disember," kata polis tempatan, Nimbala Santosh Uttamrao. 

Penahanan pertama 

Polis membuat penahanan pertama pada Rabu, dua bulan selepas kejadian jenayah awal, kata ketua polis tempatan, Rajiv Kumar. 
"Suspek cuba membunuh anak perempuan saya dengan membakarnya untuk menutup jenayah mereka," kata bapa mangsa, seorang pemandu teksi dari negeri miskin India, Bihar. 

Semua nama mangsa dan bapanya tidak didedahkan atas alasan perundangan. 

Beratus-ratus aktivis melakukan bantahan di Kolkata pada Rabu berikutan jenayah itu yang mengejutkan selepas setahun kejadian jenayah seksual dilaporkan meluas di India. 

Kejadian rogol, serangan dan penganiayaan terhadap wanita di India menjadi perhatian sejak 12 bulan lalu selepas sekumpulan lelaki merogol seorang pelajar berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang bergerak di New Delhi pada Disember 2012, sehingga mencetuskan kemarahan di seluruh negara. 

Parlimen sejak itu meluluskan undang-undang lebih tegas untuk menghukum perogol. 

Aktivis berkata mangsa rogol di India sering berhadapan dengan ancaman serius daripada penyerang mereka manakala pihak polis sering kali tidak menggalakkan mangsa untuk membuat laporan. - AFP - 3/1/14


Tiada ulasan: