Sabtu, 4 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


APABILA TOK PETI KEPALANYA TUMBUH TANDUK

Posted: 04 Jan 2014 04:34 AM PST

AMAT malang sekali bila negara ini memiliki seorang tok peti yang hanya memikirkan perut sendiri dan anak beranaknya.  Sebab itu jangan pelik jika Brunei melangkah jauh ke hadapan meninggalkan kita di dalam melaksanakan Syariat Islam secara beransur-ansur walaupun negara itu merupakan negara terkaya, pemimpin dan rakyatnya hidup senang lenang.

Brunei negara kaya, pemimpinnya terkaya di dunia dan rakyatnya tidak merempat tetapi mereka cinta kepada hukum Allah.  Negara kita, pemimpin memang kaya anak beranak.  Rakyat bagaimana?  Di dalam keadaan rakyat meminta sedekah setahun sekali menadah tangan minta BR1M, kita masih lupa kepada Maha Pencipta.  Jika kita yang bangsat peminta sedekah dan sabsidi ini pun sudah lupa kepada Allah, malahan menentang golongan yang ingin memperjuangkan agama Allah, apatah lagi pemimpin yang kaya raya di atas sana.

Kita bukan Brunei.  Harga minyak kita pun jauh berbeza dari Brunei.  Brunei cuma ada minyak dan balak tetapi negara itu penuh keberkatan.  Di bumi kita apa yang kurang?  Di atas bumi, di bawah laut, di dalam tanah semuanya ada harta kekayaan yang Allah kurniakan.  Tetapi siapa yang membolot semua ini?  Sudahlah bolot hak milik Allah, rakyat ditipunya dan mereka menentang pula hukum Allah.  Rakyat pula sanggup diperbodohkan dulu, kini dan selamanya.

Apa tok peti buat di negara kita?  Bukan semua tok peti kemaruk mengampu seperti itu.  Cuma ada seekor dua saja yang sejak dulu tidak pernah kenyang mentekedarah.  Terbaru, tok peti yang kelaparan ini menyalak lagi dengan 'fatwa' yang cukup bodoh, lucu tetapi amat merbahaya.  Beliau menggelar rakyat yang membayar cukai tanpa senjata tanpa sembunyi-sembunyi dan turun aman berhimpun di Dataran Merdeka hanya untuk membantah kenaikan harga barang, tok peti ini cop sebagai 'Bughah' (penderhaka) yang darah mereka 'halal'.

Apakah tujuan tok peti ini sebut 'darah halal'?  Bukankah itu bermakna tok peti ini mahu rakyat yang berhimpun di Dataran Merdeka itu dibuat sesuatu oleh kerajaan ke atas mereka tanpa perlu rasa takut dosa kerana 'darah' mereka 'halal'?

Alangkah jahat dan buruk perangai tok peti ini.  Tanpa nas dan dalil, tanpa hujah yang berlandaskan kebenaran melainkan bersumberkan kitab muktabarnya iaitu TV3 suku dan Utusan meloya, tok peti ini sanggup membiarkan kepalanya yang berkopiah itu tumbuh tanduk.

Harussani tak gentar kecaman

Posted: 04 Jan 2014 04:17 AM PST

Nazura Ngah | nazura_ngah@bh.com.my 
 
Harussani tak gentar kecaman


Kuala Lumpur: "Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian," tegas Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Sambil menegaskan tanggungjawabnya mengingatkan umat Islam, Harussani berkata, istilah 'bughah' tidak terhad hanya penentangan terhadap kerajaan yang adil, sebaliknya merangkumi kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi berperlembagaan.

Beliau tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya itu, malah tetap istiqamah dalam pendiriannya meskipun berdepan kemarahan segelintir kelompok.

"Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti.

Jawapan Harussani Buktikan Kefahaman Islamnya Dangkal!

Posted: 04 Jan 2014 04:11 AM PST


Bughah: Itu adalah fahaman saya terhadap Islam, jawab Harussani

KELAB GREENBOC



Berita Harian melaporkan tentang kenyataan fatwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkaitan 'bughah' halal darah peserta perhimpunan sebelum ini.

Beliau berkata tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya dan bukan bertujuan mencari publisiti murahan.

"Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian," tegas beliau.

"Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti."

"Saya bertanggungjawab ingatkan umat Islam yang terbabit akibat hasutan orang kafir, sedangkan orang kafir tidak menyertai perhimpunan haram itu, sampai bila umat Islam (mahu) diperbodohkan," katanya lagi.

Pengakuan Mufti ini tentang fahamannya maksud 'bughah' yang dikeluarkan sebelum ini. Hanya setakat itu yang beliau faham tentang maksudnya berlainan dengan kefahaman pakar-pakar agama lain.

Jadi kepada yang marah dan tak berpuas hati, janganlah marah sangat kerana hanya itu yang beliau faham!!




ULASAN GB

Sekadar itu sajakah kefahaman Mufti berkenaan tentang "bughah"?

Sepatutnya apabila timbul sesuatu yang menimbulkan pertikaian, umat Islam hendaklah merujuk kepada Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias. Bukan berpegang kepada pendapat sendiri. Malah jika berstatus ulamak sekalipun yang berkemampuan berijtihad, di dalam Islam yang perlu dipegang ialah IJMA ULAMAK (kesepakatan ulamak), bukan kepada pendapat seorang dua ulamak.

Jika masing-masing ulamak meninggalkan IJMA dan mengguna-pakai tafsiran dan pendapat masing-masing, maka di situlah timbul perpecahan dan perbalahan di kalangan ummah.


Jika semua hanya berpegang kepada pendapat masing-masing dan bukan IJMA ULAMAK atau sekurang-kurang jika tiada ijma (kesepakatan) maka digunakan pendapat JUMHUR (majoriti) ULAMAK, maka sudah tentu pincanglah ummah. Nanti akan ada pula yang mengeluarkan "fatwa", Harussani wajar dihukum bunuh kerana menimbulkan & menggalakkan pertumpahan darah dan dia juga berkata "fatwa" itu dikeluarkan mengikut kefahamannya terhadap agamanya sepertimana jawapan Harussani juga. Apa akan jadi jika berlaku demikian?

(Itu sebabnya di Malaysia ini hanya Parti Islam SeMalaysia PAS meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti. Kemua hal mengenai hukum dan dasar adalah diputuskan melalui permesyuaratan ahli-ahli Majlis Syura, bukan diputuskan oleh seorang dua ulamak).

Telah didedahkan sebelum ini bahawa mufti berkenaan hanya berkelulusan diploma. Ini bererti ruang-lingkup ilmu Islamnya masih terlalu cetek dan perlu belajar lagi. Akibat kecetekan ilmu menyebabkan seringkali keluar daripadanya "fatwa-fatwa" yang juga cetek dan dangkal hasil kefahaman Islamnya yang cetek dan dangkal itu.

Itu sebab mengapa kini timbul suara lantang bahawa Harussani perlu dipecat dari jawatan mufti. Kenyataan dan pendapat beliau yang tak bertapis itu perlu diambil tindakan, malah wartawan dan akhbar yang melaporkannya juga perlu diberikan tindakan yang wajar. Ini kerana "fatwa" yang dikeluarkan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar dan pertumpahan darah di kalangan umat Islam.

Bayi sudah meninggal ketika diambil di taska

Posted: 04 Jan 2014 04:01 AM PST

 

KL TODAY

Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia secara misteri di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, dekat sini, dan lebih menyayat hati kematiannya hanya disedari ibu bapa yang mengambil jam 2.15 petang, semalam.Bayi malang itu, Azeem Rifhan dipercayai sudah sejuk dan kaku ketika diserahkan kepada ibunya, Rossmaine Sulaiman, 38, dan pengasuh mendakwa tidak tahu bagaimana keadaan itu berlaku kerana menyangka bayi itu nyenyak tidur.

Melihat keadaan anak kelimanya yang sudah mengeras dan biru, Rossmaine terus membawanya ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk rawatan lanjut, malangnya bayi itu gagal diselamatkan walaupun sudah diberi bantuan pernafasan (CPR) lebih satu jam oleh doktor bertugas.

"Saya menghantar Azeem jam 7.15 pagi sebelum keluar bertugas sebagai jururawat di HPj, selesai bertugas saya dan suami terus ke taska untuk mengambil anak, ketika mengambil dari tangan pengasuh saya terkejut apabila merasakan tangan Azeem mengeras dan tiada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HPj, di sini, lewat petang semalam.

"Ketika ditanya kepada kakitangan taska apa yang terjadi pada Azeem mereka hanya menjawab tidak tahu kenapa bayi tidak bergerak, menyebabkan saya terus membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HPj, di sini, lewat petang semalam.


Doktor mengesahkan Azeem sudah meninggal dunia antara jam 11 hingga 12 tengah hari tanpa disedari pengasuh.

Difahamkan, kematian bayi malang itu bukan disebabkan tersedak susu kerana pemeriksaan mendapati susu atau cecair yang berada di dalam kerongkong bayi itu sangat sedikit.

"Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi saya hanya membawa pulang tubuhnya yang sudah mengeras dan kaku," katanya.


"Saya menangis hingga lembik kerana tidak menyangka Azeem pergi begitu cepat. Baru semalam dia bergelak ketawa ketika bermain bersama abang-abangnya, pemergiannya pasti akan dirindui," katanya sebak.


Rossmaine berkata, dia cuba menghubungi pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan, sebelum suami pemilik taska itu menghubungi bagi bertanya dengan lebih lanjut. "Suami kepada pemilik taska berjanji untuk datang ke sini (hospital) tapi sampai sekarang (malam tadi) kelibatnya belum muncul", katanya.


Menurutnya, dia amat kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana pihak taska seolah-olah lepas tangan dan tidak mengambil berat terhadap anak-anak yang dijaga mereka hingga langsung tidak menyedari kematian bayinya.


Lebih menyedihkan, katanya hanya dua pengasuh yang bekerja di situ untuk menjaga puluhan bayi dan kanak-kanak.


Dia berkata, suaminya sudah membuat laporan di Balai Polis Dengkil, petang semalam.

Menurutnya, bayi berkenaan disembahyang dan dikafankan di HPj sebelum jenazahnya dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan.


Sementara itu pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Deputi Superintenden Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa tiada unsur jenayah.

Ahli RELA suspek pecah rumah timbalan menteri

Posted: 04 Jan 2014 03:52 AM PST

MALAYSIAKINI

Dua anggota RELA yang ditugaskan menjaga kediaman Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar adalah antara tiga suspek yang ditahan hari ini kerana cuba memecah masuk kediaman berkenaan di Kuching pada 24 Disember lepas.
  
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, DSP Amihizam Abd Shukor berkata kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.
  
"Suspek pertama yang berumur 34 tahun dan mempunyai 12 rekod jenayah lampau, ditangkap di Meludam (kira-kira 250 km dari Kuching), manakala seorang lagi yang berumur 30 tahun mempunyai dua rekod jenayah.
  
"Suspek ketiga berumur 36 tahun dan mempunyai dua rekod jenayah," katanya kepada media.
  
Beliau berkata mereka akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman.
  
Wan Junaidi memuji tindakan pantas polis membuat tangkapan dan berkata beliau akan mengemukakan cadangan kepada kementeriannya untuk mengkaji semula kaedah pengambilan anggota RELA.
  
"Ini adalah untuk memastikan mereka yang memohon keanggotaan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan benar-benar ikhlas untuk menjalankan tanggung jawab mereka secara sukarela.
  
"Penapisan yang lebih ketat perlu dibuat untuk memastikan jangan pagar makan padi," katanya.
  
Mengakui agak kecewa dengan penglibatan anggota RELA dalam kes itu, beliau bagaimanapun berkata organisasi Rela secara keseluruhannya tidak boleh dipersalahkan dalam perkara itu.
  
"Saya tak boleh marahkan (keseluruhan) satu organisasi oleh kerana konsep RELA adalah berbentuk kesukarelawan dan melalui pengalaman ini mungkin kita perlu adakan modul yang berlainan untuk pengambilan anggota RELA selepas ini," katanya. - Bernama

Pensyarah lapor polis risau demo depan gereja

Posted: 04 Jan 2014 03:47 AM PST

MALAYSIAKINI

 
 
 
Risau dengan keselamatan pengunjung gereja, seorang pensyarah membuat laporan polis terhadap rancangan Umno Kapar serta beberapa NGO untuk memprotes kenyataan Paderi Lawrence Andrew di hadapan Gereja Lady Lourdes, Klang esok.

Perzeus James, 31, membuat laporan itu di balai polis Taman Sri Muda, Seksyen 15 Shah Alam semalam.

Menurut laporannya, Perzeus perhimpunan demikian melanggar Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang melarang perhimpunan di tempat ibadat.

Selain itu, katanya, kenyataan timbalan perdana menteri yang tidak akan menghalang protes itu cukup membimbangkan.

"Saya membuat laporan ini kerana bimbang akan keselamatan penganut Kristian yang pergi ke gereja berkenaan dan gereja-gereja seluruh Selangor untuk bersembahyang pada hari tersebut.

"Tindakan menceroboh kawasan gereja juga bertentangan dengan hak beragama yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Sebagai warga prihatin saya juga meminta anggota polis hadir menjaga keselamatan penganut Kristian di semua gereja seluruh Selangor," katanya.

Umno Kapar sebelum ini dilapor akan memprotes kenyataan Paderi Lawrence Andrew yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah dalam sesi sembahyang Ahad mereka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ulasannya berkata tindakan Umno Kapar itu berdasarkan perundangan negeri Selangor serta selari dengan  "titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor."
  
Selain Umno Kapar, NGO lain yang akan turun protes esok adalah Solidariti Muslim Daerah Klang, Jalur Tiga Malaysia (JATI), PERKASA Selangor, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKKDDAS).

Umno S'gor larang ahli protes di gereja esok

Posted: 04 Jan 2014 03:42 AM PST


 
 MALAYSIAKINI
 
 
Umno Selangor melarang mana-mana anggotanya serta meminta badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negeri itu supaya tidak meneruskan rancangan mengadakan himpunan bagi membantah penggunaan kalimah Allah di hadapan gereja, esok.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata langkah itu bagi mengelak salah tafsir dalam kalangan rakyat berhubung isu berkenaan selain memastikan keharmonian kebebasan beragama di Selangor terus terpelihara.
  
"Dalam kita memperjuangkan isu kalimah Allah, kita minta jangan adakan himpunan ataupun bantahan di depan gereja sebab ia boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di Selangor," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Umno, di Shah Alam hari ini.
  
Sebelum ini beberapa cawangan Umno dan NGO Islam di negeri itu merancang untuk mengadakan perhimpunan di hadapan gereja-gereja di negeri itu esok sebagai membantah kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah 'Allah'.
  
Pada 27 Disember lepas, Lawrence menerusi 'The Malaysian Insider' berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
  
Perhimpunan itu juga bertujuan mendesak paderi itu menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam setelah turut disifatkan biadab dan berunsur penderhakaan kepada Sultan Selangor.
  
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menitahkan semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang agar akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
  
Dalam pada itu, Noh berkata Umno Selangor menyokong penuh tindakan JAIS merampas lebih 300 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah 'Allah' dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya Khamis lepas.
  
Kehangatan berhubung isu kalimah 'Allah' turut mendorong 50 wakil dua NGO mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan sebuah pangsapuri di Klang Jaya hari ini.
  
NGO yang diwakili Gerakan Belia 4B Kota Raja dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Klang Jaya itu menuntut paderi berkenaan menerima keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah 'Allah' selain meminta Jais menangani isu itu segera sebelum keadaan menjadi bertambah keruh. - Bernama

Exco agama S'gor jumpa Lawrence Selasa ini

Posted: 04 Jan 2014 03:17 AM PST

MALAYSIA KINI

 
 
 
Exco Agama Selangor, Salehen Mukhyi akan mengadakan perjumpaan dengan editor The Herald, Lawrence Andrew Selasa ini bagi membincangkan isu larangan menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti yang dititahkan Sultan Selangor.

"Kerajaan negeri, selari dengan titah DYMM Sultan Selangor bahawa semua pihak perlu menghormati agama Islam sebagai agama rasmi manakala masyarakat bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

"Semua rakyat Selangor tidak kira agama atau kaum mesti mematuhinya bagi menjamin kelangsungan hidup berharmoni, bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain yang telah terjalin sejak sekian lama," kata Salehen dalam satu kenyataan hari ini

NGO Islam sebelum ini membantah kenyataan editor mingguan The Herald itu bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Isu itu tercetus selepas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan merampas 351 salinan Bible dalam Bahasa Maysia dan versi bahasa Iban yang mengandungi perkataan 'Allah' daripada Bible Society Malaysia (BSM) Khamis lalu.

JAIS sebelum ini telah mengingatkan semua gereja di Selangor supaya mematuhi larangan penggunaan kalimah 'Allah' sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Sementara itu, Salehen menegaskan bahawa kerajaan negeri memandang serius insiden serbuan JAIS terhadap pejabat BSM Khamis lalu.

"Ia merupakan kejadian kedua yang melibatkan JAIS dan penganut Kristian selepas pemeriksaan mengejut terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada tahun lalu.

"Selepas kejadian tersebut, kerajaan negeri telah meminta JAIS menyediakan Standard of Operation (SOP) dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini  bagi mengelak berlaku salah faham dan buruk sangka," katanya.

Berhubung kejadian perampasan Bible dalam bahasa Melayu Khamis lalu, Salehen berkata, beliau telah meminta pengarah JAIS mendapatkan segera laporan terperinci kejadian termasuk meneliti hasil siasatan yang dikatakan telah dilakukan.

"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri meneliti dan menyemak operasi yang dijalankan kerana ianya merupakan perihal pentadbiran dan melibatkan jabatan dan pegawai kerajaan.

"Semakan hendaklah  antara lain memastikan pegawai penguatkuasa yang menjalankan operasi tersebut mematuhi SOP yang telah disediakan oleh JAIS dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kecuaian dan pelanggaran peraturan," tambah Salehen.

Wartawan redah hujan tuntut kebebasan media

Posted: 04 Jan 2014 03:14 AM PST

MALAYSIA KINI





Demi kebebasan media, sekumpulan wartawan, aktivis dan wakil media meredah hujan petang ini dan berhimpun untuk menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan mingguan The Heat kembali beroperasi.


Dinamakan 'Protes Pensel Merah', himpunan selama kira-kira sejam di Dataran Medan Pasar berhampiran Dataran Merdeka itu berjaya mengumpulkan kira-kira 200 peserta.

Ia dianjurkan Gerakan Media Marah (Geramm) - perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis yang ditubuhkan susulan penggantungan mingguan The Heat.

Dalam perhimpunan petang tadi, peserta himpunan itu mematahkan pensel merah sebagai tanda simbolik tekanan ke atas kebebasan media.

"Pensel merah ini simbol wartawan yang cedera, dikawal oleh budaya, dan dikawal oleh penguasa dalam masyarakat.

"Dengarkan 'patahan' itu, bagaimana sengsaranya wartawan dan media apabila media 'dipatahkan', dan bagaimana pengamal media diganasi sewaktu himpunan BERSIH pada perhimpunan tahun 2012," kata jurucakap Geramm, Fathi Aris Omar sewaktu upacara mematahkan pensel itu.

Turut hadir memberikan sokongan kepada Protes Pensel Merah pada petang tadi adalah bekas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan aktivis masyarakat, Datuk Marina Mahathir.

"Kempen Pensel Merah ini penting kerana kita sepatutnya sudah lama 'menggores' permit penerbitan dengan warna merah.

"Idea pelesenan penerbitan ini mencabul kebebasan bersuara dan kebebasan media," kata Ambiga dalam ucapannya.

Himpunan kemudian diteruskan dengan deklamasi sajak 'Peringatan' nukilan aktivis Indonesia, Wiji Thukul oleh aktivis sosial, Rahmat Harun.

Rahmat mencuri kesempatan meniup semangat hadirin dengan mengulang-ulang bait terakhir sajak itu: "Dituduh subversif dan mengganggu keamanan, Maka hanya ada satu kata: lawan!" sebelum hadirin meredah hujan berarak ke Jalan Tun Perak.

Jalan Tun Perak adalah lokasi utama insiden wartawan dikasari pasukan polis sewaktu himpunan BERSIH 3 pada tahun lalu.

Bekas wartawan The Sun, Radzi Razak yang retak rahangnya akibat dipukul polis tahun lalu berucap apabila peserta himpunan berhenti dan berkumpul berhampiran stesen LRT Masjid Jamek.

"Pada hari ini kita akan mengingati hari wartawan mula bersatu.

"Kita semua bersatu dan kita lawan mereka yg cuba halang kita dari buat kerja kita," kata Radzi yang kini bertugas di Malaysiakini.

Himpunan petang tadi ditangguhkan dengan deklamasi puisi 'Aku Sebatang Pensel' oleh penyajak, Pyanhabib.

Kavyan: Mengapa Perdana Menteri diam?

Posted: 04 Jan 2014 03:07 AM PST

 
Protes depan gereja bahayakan orang Kristian dan melampaui batas, kata Presiden Kavyan, Uthaya Sankar.





PETALING JAYA:  Pihak tertentu yang mahu mengadakan protes di hadapan atau berdekatan rumah ibadat bukan Islam adalah perbuatan  melampaui batas tolerasi, kata Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).

Kavyan bimbang bahawa protes yang kononnya aman ini akan bertukar ganas dan membahayakan keselamatan umat Kristian yang pergi bersembahyang di gereja pada pagi Ahad.

Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB berkata, protes haram ini sudah pun menanam rasa takut, gentar, bimbang dan tidak selesa dalam kalangan orang ramai, khususnya orang Kristian yang merupakan minoriti di negara ini.

"Kavyan amat terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataannya kepada pemberita pada Khamis lalu seolah-olah memberikan restu serta mengalu-alukan protes yang diterajui oleh Umno Selangor.

"Sementara itu, agak menghairankan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini sibuk melaung-laungkan slogan muluk "1Malaysia" dan "Kami Mendengar" seolah-olah masih menunggu "wahyu" turun sebelum bersuara," kata Uthaya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, penganjur protes haram mungkin memberikan alasan bahawa perhimpunan diadakan bukan di dalam kawasan gereja atau di hadapan gereja; sebaliknya berhampiran gereja.
Mengancam keselamatan

Dalam hal ini, katanya, mereka masih mengancam keselamatan pengunjung gereja dan orang awam (bukan Kristian) yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

"Kavyan mahu menarik perhatian penganjur protes haram itu kepada Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Awam 2012 yang secara terang-terangan melarang perhimpunan di rumah-rumah ibadat," kata beliau lagi.

Kavyan meminta bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mengecam sebarang bentuk protes haram anjuran mana-mana pihak di hadapan, di dalam atau di sekitar mana-mana rumah ibadat; khususnya apabila rumah ibadat itu bukan bagi agama peserta perhimpunan haram terbabit.

"Najib juga perlu segera membuka mulut dan melakukan sesuatu sebagai bukti bahawa dia masih Perdana Menteri yang berkuasa dan berniat murni menegakkan slogan "1Malaysia" serta benar-benar "mendengar" suara rakyat; khususnya minoriti," tegas Uthaya..

Menurutnya, Kayvan pernah mengadakan konvoi rumah ibadat dengan kempen "tolak perkauman, pupuk perpaduan, raikan kepelbagaian" dimusnahkan puak pelampau tertentu yang bermotif jahat.

Najib Tidak Harus Dipertahankan Lagi

Posted: 04 Jan 2014 12:18 AM PST

shahbudindotcom.


Majoriti rakyat dan hampir semua kelompok masyarakat hidup dalam keadaan tertekan dan tidak gembira lagi sekarang ini. Tidak seperti sebelumnya, tahap kegembiraan rakyat kini berada pada kadar paling rendah sekali, malah sesetengahnya mungkin negatif kegembiraannya.

Rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana sedang memikul kos sara hidup yang lebih tinggi daripada biasa akibat kenaikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini dan terus bertambah seiring dengan kedatangan tahun 2014.

Mereka yang ingin meluahkan perasaan terhadap kerajaan akibat kenaikan itu bertambah lagi tertekan hidupnya apabila digelar "bughah" atau penderhaka dan dikategori sebagai halal darahnya untuk dibunuh. Walaupun fatwa dan pendapat daripada Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai hal ini masih boleh dipertikai, diperdebat dan disangsikan, hakikatnya agama bukan lagi dipergunakan untuk menggembirakan umat, sebaliknya lebih dijadikan alat untuk membodek dan pengampu penguasa demi kepentingan peribadi.

Isu mengenai kalimah Allah yang muncul kembali dan diiikuti dengan serbuan JAIS terhadap sebuah gereja serta disusuli pula dengan aksi demonstrasi UMNO Selangor mengenainya, turut menjadikan penganut Islam dan Kristian tidak lagi gembira dan harmoni kehidupannya. Berterusannya isu ini tanpa penyelesaian telah meletakkan kedua-dua penganut Islam dan Kristian hidup dalam kesangsian dan kegelisahan.

Dalam masa yang sama, pejuang-pejuang UMNO di peringkat bahagian dan cawangan pula terus dibebankan dengan kerja-kerja tambahan yang berpunca daripada kelemahan pemimpin diatas. Setelah satu demi satu isu muncul mengenai pemimpin diatas, terutama yang melibatkan Najib dan keluarganya, kini isu kemewahan dan pemborosan timbul kembali dengan pendedahan mengenai jet mewah Perdana 2 atau NR2.

Walaupun ada penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri mengenai penyewaan jet itu, ia tidak menafikan sama-sekali kewujudan jet yang sedang disewa itu. Penjelasan PMO lebih merupakan suatu pengakuan terhadap pendedahan mengenai jet itu yang disertakan dengan kewajaran mengapa penyewaan itu dilakukan.

Semua isu yang timbul berkaitan dengan pemimpin, keborosan dan kemewahan Najib serta kelemahan kerajaan, secara tidak langsung menambahkan lagi beban pemimpin akar umbi dalam berhadapan dengan rakyat. Mereka kini bukan saja sudah kekurangan masa untuk diri sendiri dan berusaha menambah keluatan UMNO, bahkan banyak masa asyik dihabiskan untuk menjawab pelbagai dakwaan yang timbul mengenai Najib, Rosmah dan keluarganya saja.

Ini menyebabkan adanya pemimpin UMNO di peringkat akar umbi yang mula mengambil sikap berkabung atau berdiam diri kerana merasakan sudah letih menjawab satu demi satu isu mengenai karenah pemimpin diatas, manakala sesetengahnya mula bersikap lantang dan kritikan terhadap Najib dan kerajaan.

Satu-satunya kelompok yang mungkin sedang gembira ialah golongan kroni yang menjadi pengampu dan penasihat Najib kerana semua isu yang timbul ini menambahkan lagi peluang untuk memenuhkan kantung dan membesarkan perut masing-masing.

Namun demikian, semua isu yang timbul ini jelas memperlihatkan hanya satu perkara iaitu kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Jika beliau mempunyai sikap tegas dan berprinsip serta tidak membiarkan elemen-elemen pelampau menguasai kepimpinannya sejak dari awal, banyak isu tidak akan muncul sebenarnya.

Dalam isu kalimah Allah dan kebenaran mengedar Bible dalam Bahasa Melayu, ia lebih berpunca daripada sikap double standard Najib dalam menguruskan isu tersebut serta terlalu dipengaruhi oleh keinginan untuk memperolehi sokongan politik daripada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Di suatu ketika, Kristian dilarang menggunakan kalimah Allah dan UMNO dipergunakan untuk bersuara bagi memperlihatkan perjuangan Islam UMNO tetapi di ketika yang lain, kalimah Allah dibenarkan untuk penganut di Sabah dan Sarawak, malah Bible dalam bahasa Melayu turut dibenarkan.

Dalam isu "bughah" yang dilemparkan oleh seorang mufti terhadap mereka yang berdemontrasi di Dataran Merdeka, ia tidak lain berpunca daripada sikap Najib yang mempamerkan dirinya suka dibodek dan diampu. Kiranya daripada awal Najib sudah menunjukkan dirinya seorang yang tegas, menjulang kebenaran dan tak makan dek bodek, pastinya tidak sesiapa mahu membodeknya. Malah, tidak mungkin juga seorang mufti mahu menjual agama semata-mata untuk menjaga perut dan kedudukannya.

Dalam pelbagai isu yang muncul berkaitan diri dan keluarganya pula, ia juga memperlihatkan kelemahannya yang paling ketara sebagai pemimpin. Tidak pernah kita mempunyai pemimpin selemah beliau.

Sementara isu-isu sedia ada terus menimbun dan menjadikan kedudukan UMNO, BN dan kerajaan semakin lemah hari demi hari, tidak mustahil lebih banyak lagi isu-isu baru yang lebih kronik bakal muncul dan terus membebankan rakyat. Di ketika beliau mengumumkan 11 langkah berjimat cermat, tiba-tiba terdedah mengenai penyewaan jet baru dan penambahan seorang lagi duta khas iaitu Ahli Parlimen Bintulu sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke Asia Timur, ia sekali lagi menampakkan wajah talam dua muka Najib dan seolah-olah banyak lagi pekung yang bakal terdedah.

Di ketika berbangga dengan penjimatan yang kecil, pemborosan yang lebih besar sedang dilakukan rupa-rupanya. Sebelum lebih banyak terdedah dan keadaan menjadi lebih parah, hakikatnya Najib tidak harus dipertahankan lebih lama lagi.

Kerajaan BN buat propaganda di sekolah ala Mao Zedong?

Posted: 04 Jan 2014 12:13 AM PST

Teresa Kok Suh Sim (15)


KUALA LUMPUR, I: DAP melahirkan rasa pelik dengan arahan yang didakwa dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya setiap sekolah mempamerkan potret pemimpin tertinggi negara di setiap bilik darjah.

Tambah pelik lagi, turut wujud arahan rasmi bahawa hanya potret menteri besar di negeri yang ditadbir Barisan Nasional sahaja yang dibenarkan.

Bercakap kepada media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP pagi ini, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menuntut penjelasan pihak Kementerian tentang arahan tersebut yang menimbulkan rungutan daripada pentadbir sekolah.

Sambil menunjukkan laporan akhbar Sin Chew tentang perkara tersebut, Teresa yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP bertanya kenapa hanya menteri besar BN sahaja yang boleh dipamerkan potretnya.

"Kalau satu bingkai sahaja sudah menelan belanja berpuluh ringgit, berapa kos yang terpaksa ditanggung sekolah-sekolah untuk membingkai potret-potret ini bagi setiap bilik darjah?

"Dan kenapa mesti dalam setiap bilik darjah? Tidak cukupkah gantung potret di dewan sekolah, pejabat dan bilik guru?" ujar beliau.

Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang turut hadir dalam sidang media tersebut pantas menyifatkan arahan yang didakwa itu sebagai propaganda politik ala-Nazi.

"Ini hanya memperlihatkan sifat kurang keyakinan diri atau sifat narsis yang suka diri sendiri kerajaan Barisan Nasional,

"Ia tidak lain adalah sebahagian agenda propaganda politik seperti yang diamalkan Mao Zedong sebagai sebahagian usaha indoktrinasinya," ujar Tony,

"Kita minta Kementerian beri penjelasan segera." – Roketkini.com

SPRM dipersilakan siasat pembelian Mercedes

Posted: 04 Jan 2014 12:11 AM PST

1488059_748941005136003_1154889320_n


GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dialu-alukan menyiasat pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini mengulas laporan portal berita FZ.com bahawa terdapat kemungkinan pembelian kereta rasmi Ketua Menteri itu disiasat SPRM.

"Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang

"Kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan," ujarnya.

Beliau turut berkata bahawa hanya di negara ini badan penyiasatan rasuahnya akan merasa seakan harus menyiasat kenapa kereta yang dibeli dengan nilai diskaun dan menjimatkan wang rakyat.

"Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah "bersih" kerana urus niaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah," katanya lagi.

Beliau juga katanya tidak terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 namun membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara. – Roketkini.com

Mantan MB Selangor: Umno berlagak mahu tonjol Islamik main isu kalimah Allah

Posted: 04 Jan 2014 12:06 AM PST

Oleh: Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM : Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata Umno 'berlagak' untuk menunjukkan parti itu Islamik dengan memainkan isu kalimah Allah.

"Tiba-tiba hari ini Umno berlagak sangat Islamik cuma dengan isu kalimah Allah. Seolah-olah negara sudah begitu Islam cuma dengan tunjuk perasaan depan gereja.

mat taib

"Negara hari ini pada pandangan saya belum ditadbirkan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Persekitaran yang baik cara ajaran Nabi tidak diikuti," kata Muhammad dipetik dari Harakah Daily.

Katanya, suasana persekitaran lebih kepada cara kehidupan sekular dengan sambutan apa sahaja termasuk tahun baru. yang diulang cara yang sama.

Beliau berkata, media cetak dan elektronik bukan melahirkan suasana yang mengikut al-Quran dan Sunnah.

"Malah penuh dengan kemaksiatan, spin yang bukan-bukan dan tak nampak Islamiknya. Anak-anak yang keluar dari alam persekolahan tidak nampak impak Islamiknya.

"Anak-anak yang lahir ke dunia dan dibesarkan dalam suasana yang ada sekarang tidak akan mengikuti cara yang berpandu pada al-Quran dan Sunnah. Kerana ia memang bukan agendanya," katanya.

Katanya, sebenarnya tanggung jawab mengikuti al-Quran dan Sunnah mencakupi seluruh kehidupan.

"Brunei sudah mula mengorak langkah menuju pentadbiran dan kehidupan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Mudah-mudahan hasrat mereka berjaya," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.EZY

Selangor tidak perlu rujuk kerajaan pusat, kekal cemerlang dua penggal memerintah

Posted: 04 Jan 2014 12:03 AM PST

Oleh : Lizawati Madfa


SHAH ALAM : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sentiasa mendahulukan rakyat dengan pelbagai program kebajikan dan tidak perlu untuk mencontohi kerajaan pusat yang sudah memasuki penggal kedua pentadbiran.

Sebaliknya Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata kerajaan pusat yang seharusnya menjadikan idea PR sebagai rujukan terutama dalam soal mengurangkan beban rakyat yang semakin meruncing.

shuhaimi shafie

Walaupun kerajaan pusat mengumumkan 11 langkah penjimatan, Shuhaimi berkata, ia masih tidak memadai untuk membantu secara langsung dalam usaha meringankan beban yang terpikul berat di bahu rakyat.

"Kerajaan pusat perlu menggaris dan melaksanakan penjimatan yang lebih meluas, contohnya mereka yang tidak ada kaitan dalam kerajaan jangan dibenarkan menggunak harta dan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya.

"Seperti Rosmah Mansor, jangan biarkan dia menggunakan pesawat peribadi atas kapasiti sendiri yang tidak ada jawatan dalam kerajaan melainkan atas lawatan rasmi bersama Perdana Menteri," katanya.

Beliau dihubungi Selangor Kini bagi mengulas kenyataan Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang meminta kerajaan negeri mencontohi kerajaan pusat dalam mengurangkan perbelanjaan sektor awam.

Hamidzun juga berkata, kenaikan kos sara hidup adalah satu isu universal yang bukan hanya melanda Malaysia, maka kerajaan pusat tidak patut dipersalahkan.

Pada masa sama, Shuhaimi menyarankan bekas pemimpin PKR itu berhenti daripada menjadi boneka Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), GAPS.

"Selama ini, kononnya GAPS ingin membongkar penyelewengan PR di Selangor tetapi sehingga kini tidak sebarang bukti dikemukakan. Jadi, daripada jadi tin kosong baik bubarkan GAPS yang tidak berfungsi ini dan masuk sahaja Umno kerana lagi senang begitu," katanya.-NFN-

Naik Tol, Kerajaan BN tidak prihatin bebanan rakyat

Posted: 04 Jan 2014 12:01 AM PST

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM  : Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ikhlas dan prihatin terhadap rakyat di negara ini ekoran bertindak membeli semua pegangan saham dalam Kesas Holdings Bhd, seterusnya menjadikan Gamuda mempunyai saham majoriti 70 peratus.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengambil tindakan menghalang PNB yang dikuasai Kerajaan Pusat daripada tidak bersetuju untuk menjual saham kepada Gamuda itu.

ng suee lim2 Katanya,namun, BN tidak langsung menghiraukan kenaikan harga tol yang akan membebankan rakyat itu.

"Sebagai sebuah Kerajaan Pusat yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat dengan hanya slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, beliau (Najib) sepatutnya mengambil tindakan menghalang.

"Walaupun kita sedia maklum ini adalah transaksi yang membabitkan keuntungan perniagaan namun jika kerajaan betul-betul ikhlas dan prihatin terhadap rakyat, maka kerajaan wajib menghalang dan menolak kerana ia akan menyebabkan kenaikan kadar yang membebankan rakyat," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini.

Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata beliau kesal dengan tindakan PNB yang kurang peka terhadap keluhan rakyat ketika ini.

plaza tol

"Jangan biarkan rakyat terus dibelenggu dengan kos saraan yang semakin hari semakin tinggi angkara kenaikan kadar tol seterusnya membiarkan syarikat konsesi mengaut keuntungan yang melampau," katanya.

Sebelum ini, Gamuda turut menyemak semula pertimbangan pembelian berhubung dengan tawaran diterima oleh Amcorp Properties Bhd pada 18 Dis 2013 dari RM250 million kepada RM280 million.

Pada 18 Dis, 2013, Gamuda menambah kepentingannya dalam Kesas daripada 30 peratus kepada 50 peratus berikutan penerimaan daripada Amcorp untuk melupuskan semua sahamnya dalam Kesas.

Baru-baru ini, PNB bersetuju untuk menjual keseluruhan pegangan 20 peratus kepada Gamuda dan menjadikan komposisi sahamnya 70 peratus dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak 30 peratus.

Hal itu, menunjukkan PKNS akan memiliki saham minoriti, sekali gus mengurangkan kuasa untuk menghalang kenaikan kadar tol oleh KESAS.

Menurut laporan Maybank Investment Bank Research November 2013, KESAS mencatatkan peningkatan kenderaan lima peratus setiap tahun membabitkan 490,000 penguna setiap minggu dengan menyumbangkan keutungan berganda 121 peratus antara tahun 2008 hingga 2012.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat Selangor akan menggunakan pegangan saham di lebuh raya KESAS, Sprint dan Damansara – Puchong untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan Barisan Nasional.EZY

Tiga DUN bergabung bantah kenaikan harga barang

Posted: 03 Jan 2014 11:56 PM PST

SELANGOR KINI


KUALA SELANGOR : Lebih 100 penduduk di Dun Sungai Burong, Bukit Melawati dan Jeram bergabung mengadakan flashmob bantahan kenaikan harga barang  secara serentak sebagai kesinambungan daripada Perhimpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka, 31 Disember lalu.

Bantahan itu dilakukan dengan pelbagai jenis kain rentang menarik perhatian pengguna jalan raya terutamanya di persimpangan Assam Jawa.

bantah1

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati, S Manikavasagam berkata, penduduk bangkit menyatakan bantahan kerana tidak tahan menanggung kesengsaraan akibat kenaikan harga barang.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini kebanyakannya tidak berkemampuan namun mereka terus dihimpit dengan kenaikan harga barang yang terus meningkat pada tahun ini termasuk tarif elektrik dan perkhidmatan siaran televisyen berbayar.

"Pengguna jalan raya tak rugi pun beri sokongan dengan bunyikan hon kereta kerana tak mustahil mereka juga tak terlepas berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang mendadak kali ini.

bantah2

"Mereka bukannya orang kaya yang tak terjejas dengan kenaikan harga barang. Dari awal lagi kita buat bantahan terhadap kenaikan harga minyak petrol kerana ia akan jadi punca utama kenaikan harga.

"Kita akan terus adakan bantahan dan merancang untuk mengadakan satu perhimpunan besar di Kuala Selangor melibatkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), mungkin tahun ini, tahun bantahan dan perhimpunan," katanya dipetik Sinar Harian.EZY

Kenaikan kos sara hidup: Perkasa mahu lari daripada Umno

Posted: 03 Jan 2014 11:51 PM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM



















Selama ini, pihak paling setia dan sentiasa menjadi pembela Umno adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa. Namun dengan kenaikan kos sara hidup oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka juga tidak tahan.

Perkasa memberi amaran kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka tidak akan teragak-agak lari daripada BN dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata, Perkasa sememangnya tegas dengan pendirian memperjuangkan ekonomi Bumiputera dan tidak pernah bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana yang paling terjejas teruk pastinya orang Melayu.

"Kita beri amaran kepada Datuk Seri Najib Razak untuk mengubah pentadbirannya dalam meningkatkan ekonomi kaum Melayu kerana kita sudah beri tempoh lima tahun namun tiada perubahan malah situasi kini bertambah teruk.

"Sekiranya Umno/BN masih di tahap sama, maka ia akan menyebabkan ahli kita berubah hati," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Beliau juga menyifatkan sokongan Perkasa ke atas Umno sebelum ini kerana pertubuhan itu tidak mempunyai alternatif lain memandangkan Umno dilihat sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu.

Bagaimanapun katanya, kini rakyat sudah mempunyai pilihan malah pertubuhan itu sendiri menyaksikan kepimpinan mereka kini majoritinya di kalangan yang tidak berpihak mana-mana parti.

"Sekarang ini kepimpinan Perkasa  mula menampakkan perubahan. Kalau dulu dalam mana-mana mesyuarat kita boleh sebut mengenai Umno namun kini tidak lagi. Ahli kita begitu sensitif dan lebih senang melihat Perkasa sebagai pertubuhan 'neutral' kerana majoritinya sudah tidak berparti lagi," katanya.

Syed Ali juga tidak berpuashati dengan 11 langkah penjimatan yang diumumkan Najib itu.

Perkasa melihat pentadbiran Najib jauh berbeza dengan pentadbiran Umno sebelum ini.

"Ia berbeza dengan pentadbiran  terdahulu  iaitu ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan buat apa sahaja rakyat boleh terima," katanya.

Beliau mengakui Umno juga bukanlah sebuah parti kebal yang terus hidup kerana pasti akan rebah seperti parti lain di dunia.

Namun katanya,  pendekatan yang diambil kerajaan kini akan menyebabkan Umno tersungkur lebih awal.

"Kita memang sedia maklum mana-mana parti di dunia ini pun tidak ada yang berkuasa selama-lamanya begitu juga dengan Umno.

"Dalam masa 50 tahun atau lebih, pasti akan jatuh juga namun dengan keadaan sekarang kita boleh jangkakan detik kejatuhan parti itu sudah mula berlaku," katanya.

Ini berikutan rakyat sudah mula muak dengan apa yang dipaparkan oleh pemimpin Umno/BN di mana kemewahan yang mereka tonjolkan itu sangat luar biasa.

"Dengan rasuah, penyelewengan dan kemewahan melampau yang ditunjukkan sesetengah pemimpin BN dari bawah sampai ke peringkat atasan.

"Di kala rakyat terpaksa mengikat perut untuk berjimat namun cara hidup mewah mereka. Ia tidak sama seperti pemimpin dahulu yang turut bersusah-payah bersama rakyat," katanya.

Mercedes: Pegawai kewangan pula beri penjelasan

Posted: 03 Jan 2014 11:46 PM PST


Mokhtar Mohd Jait  
Mokhtar Mohd Jait


GEORGETOWN - Susulan pelbagai reaksi dan tuduhan tidak berasas berhubung pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait sekali lagi mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan fakta mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, Ketua Menteri layak untuk menggunakan dua kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300 namun Guan Eng kini hanya menggunakan sebuah kereta iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00.

"Sekali lagi ditegaskan, kereta Toyota Camry 2.5 Auto yang diguna Ketua Menteri sebelum ini telah diperuntukkan kepada Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang, Maktar Shapee.

"Selain itu, tuduhan bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah pemberian  usahawan, Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping sebenarnya fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukannya 'dealer' Mercedes-Benz. Selain itu, tawaran ini diberikan kepada semua pembeli yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012, bukannya kepada Guan Eng sahaja," katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Mokhtar berkata, pada mulanya, kerajaan negeri sememangnya bercadang untuk membeli kereta Mercedes-Benz kepada 15 ahli exco termasuk Ketua Menteri serta Speaker Dun kerana ciri keselamatan dan daya tahan kereta jenis itu namun dibatalkan kerana kos cukai yang tinggi dan urusan bagi mendapatkan pengecualian cukai tidak diperoleh.

"Selain itu, pembekal Mercedes-Benz tidak dapat memberikan jaminan bertulis bahawa tempahan kereta boleh dibatalkan sekiranya pengecualian cukai tidak diperoleh. Mesyuarat exco ambil keputusan bahawa tidak akan menggunakan kereta Mercedes-Benz yang dibeli dengan bayaran penuh cukai serta tanpa fleet discount seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain sebelum ini kerana kosnya terlalu tinggi.

"Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai memerlukan pemohon membeli kereta terlebih dahulu dengan mengeluarkan pesanan kerajaan dan kemudiannya barulah membuat permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Oleh itu, kerajaan negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh kerajaan negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan tapi malangnya pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 kereta itu," katanya.

Disebabkan alasan itu, Mokhtar berkata, kerajaan negeri kemudiannya memutuskan untuk membeli 15 kereta Toyota Camry 2.5 Auto.

"Hanya selepas 15 kereta Toyota Camry diserahkan pada 31 Oktober lalu, barulah pembekal kereta Mercedes-Benz berikan surat jaminan yang diperlukan tetapi untuk sebuah kereta Mercedes-Benz S300L sahaja. Sehubungan itu, perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat exco yang kemudian memutuskan untuk membeli kereta dengan tawaran harga istimewa berkenaan pada 20 November.

"Berdasarkan pengecualian cukai yang diperoleh dan perbezaan besar di antara harga asal RM657,218.00 dengan harga tanpa cukai serta diskaun iaitu RM298,263.75 atau pun pengurangan sebanyak RM358,954.25 atau 55 peratus, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes-Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 4 September 1995 iaitu RM271,331.22," katanya.

Selain diskaun ditawarkan, kereta Mercedes-Benz juga tahan lama dengan kos penyelenggaraan lebih rendah dan tidak akan ada pembaziran dalam kos penyelenggaraan.

"Sebagai perbandingan kos penyelenggaraan kereta Perdana Executive sebagai contoh, kereta PAC 77 yang telah dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36, kos penyelenggaraan untuk sembilan tahun pertama sehingga 2013 adalah RM178,105.10 iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM117,026.36. Ini amat merugikan kerajaan negeri.

"Sementara itu, untuk Mercedes-Benz S320L yang dibeli pada 4 September 1995 dengan harga RM271,331.22 itu, kos penyelenggaraan adalah RM110,000 bagi tempoh sembilan tahun pertama selain kereta Mercedes-Benz masih mempunyai nilai terpakai (second hand value) yang baik," katanya.

Mokhtar turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membeli kereta itu sekiranya pengecualian cukai serta diskaun 55 peratus tidak diperoleh.

Rebat tol masih diteruskan, kata Touch ‘n Go

Posted: 03 Jan 2014 11:40 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 Pengguna kad Touch 'n Go masih boleh menebus rebat tol 20%. -  Gambar The Malaysian Insider, 4 Januari, 2014. 
 Pengguna kad Touch 'n Go masih boleh menebus rebat tol 20%. - Gambar The Malaysian Insider. 



Kerajaan masih belum mengumumkan rebat 20% Touch 'n Go dihentikan pada tahun ini bagi pengguna yang menggunakan kad tersebut sebanyak 80 kali sebulan, kata jurucakap syarikat tersebut.

Katanya, tiada arahan daripada pihak Kementerian Kerja Raya seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini.
"Selagi masih belum ada arahan daripada pihak kerajaan, program rebat itu masih kekal.

"Pemegang kad Touch 'n Go boleh menebus rebat bulanan mereka dalam tempoh enam bulan. Walau bagaimanapun, penebusan tidak boleh dilakukan pada 10 hingga 14 haribulan setiap bulan kerana itu merupakan tempoh pengiraan rebat," katanya kepada The Malay Mail.

Jurucakap itu turut menafikan dakwaan bahawa maklumat berkenaan tidak jelas serta tidak dinyatakan dalam laman sesawang TnG.

Katanya, pihak TnG menyediakan maklumat terperinci, termasuk senarai 136 kaunter jualan kepada pengguna yang mahu melakukan penebusan.

Program rebat itu yang mula diperkenalkan pada September 2009 membolehkan pemilik kad TnG menebus 20% rebat tol dengan penggunaan minimum sebanyak 80 kali.

Akhbar Sinar Harian melaporkan pada Isnin, pengguna kad TnG diingatkan untuk menebus rebat tol pada 31 Disember, hari terakhir tahun 2013.

Sebelumnya, akhbar itu melaporkan TnG tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada tawaran rebat sebanyak 20% bagi pengguna lebuhraya diteruskan atau dimansuhkan.

Katanya, jika kerajaan ingin mengambil langkah memansuhkan rebat tersebut, ia boleh dilakukan tanpa sebarang notis.

"Memandangkan ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat, jadi itu hak mereka untuk teruskan atau sebaliknya. Pengurusan Touch 'n Go tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini," katanya.

Rebat TnG termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari pemerintahannya sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009.

Jais diminta sedia laporan lengkap

Posted: 03 Jan 2014 11:31 PM PST


Jais diminta sedia laporan lengkap  
Sallehin Mukhyi


SHAH ALAM –  Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyediakan laporan lengkap mengenai serbuan ke atas Pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Damansara Kim yang dilaksanakan kelmarin.

Menurutnya, beliau memanggil Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengarah Penguatkuasa ke pejabatnya semalam bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

"Saya telah minta Pengarah Jais sediakan laporan segera. Kita akan baca laporan itu sebelum membuat apa-apa kenyataan," katanya dipetik daripada sebuah portal, semalam.

Berhubung perkara itu katanya, pihaknya juga akan bertemu Pengerusi BSM terlibat iaitu Lee Min Choon dan Setiausaha Agungnya, Simon Wong bagi mendengar penjelasan mereka.

"Saya tidak boleh sekadar mendengar satu pihak. Saya akan mendengar daripada kedua-dua belah pihak tentang hal itu," katanya.

Berhubung perkara itu, beliau juga menasihatkan supaya Jais merujuk kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum melaksanakan sebarang tindakan yang boleh menyentuh sensitiviti agama.

"Ini bukan isu naik harga. Ini melibatkan agama yang perlu diselesaikan dengan berhati-hati kerana ia terlalu sensitif. Islam adalah agama yang cantik dan bertimbang rasa. Meskipun ada masalah, selesaikan secara baik supaya masalah lain tidak timbul," katanya.

Kelmarin, Sallehin membuat kenyataan terkejut kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai serbuan yang dilaksanakan di Pejabat BSM di Damansara Kim itu yang melibatkan 20 pegawai Jais dan 300 Bible versi Bahasa Malaysia serta Iban dirampas.

Sallehin dikatakan hanya mengetahui mengenainya apabila dimaklumkan oleh wartawan.

Dua kem latihan khidmat negara ditutup gagal patuhi peraturan

Posted: 03 Jan 2014 11:28 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menutup sementara dua kem latihan masing-masing di Pahang dan Terengganu kerana gagal mematuhi keperluan yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kem berkenaan tidak akan dibenarkan menerima pelatih sehingga pemilik dan pengurusannya mematuhi keperluan JLKN dan bersedia menerima pelatih.

"Kem Muazzam Shah telah diarah supaya membuat penambahbaikan dalam semua aspek termasuk infrastruktur dan kesiapsiagaan bagi mengelak kejadian kematian pelatih di kem itu pada sesi pengambilan lalu daripada berulang, manakala Kem Marang diarah memperbaiki segala kelemahannya.

"Kita tidak mahu ada rungutan daripada pelatih berkaitan keadaan kem yang tidak sempurna dan tidak baik kerana ia boleh menjejaskan imej Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)," katanya kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada 50 pelatih PLKN dari Sabah yang akan ditempatkan di Kem Semenyeh, Negeri Sembilan.

Yang turut menghantar mereka di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ialah Ketua Pengarah JLKN Datuk Abd Hadi Awang Kechil.

Abdul Rahim yang juga Anggota Parlimen Kudat berkata JLKN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik dan pengurusan kem latihan apabila ia mempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan pelatih.

Penilaian terhadap kem akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan segala peraturan yang ditetapkan dipatuhi, katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata penutupan kedua-dua kem berkenaan tidak akan menjejaskan jumlah siling pengambilan pelatih iaitu kira-kira 150,000 orang setahun kerana ia dapat ditampung oleh kem lain.

Mengenai langkah untuk membendung kejadian pergaduhan di kalangan pelatih, Abdul Rahim berkata JLKN sudah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) di semua 81 kem latihan.

Beliau berkata selain menempatkan seorang anggota polis di setiap kem, komandan kem juga telah diarah supaya melaksanakan SOP berkenaan dan komandan yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan.

Kumpulan 1 daripada tiga kumpulan bagi Siri 11 pengambilan pelatih tahun ini melibatkan kira-kira 43,000 orang menerusi peruntukan kerajaan antara RM550 juta hingga RM650 juta setahun.
Sejak 2004, kira-kira 750,000 pelatih telah menamatkan latihan mereka. - Bernama,

Rampasan Bible: Pihak Jais Gagal Dihubungi

Posted: 03 Jan 2014 11:21 PM PST

alt

Alif Mustapha


KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Marzuki Hussin dan Timbalan Pengarah Ahmad Zaki Arsad gagal dihubungi bagi mendapatkan reaksi berhubung rampasan Bible versi bahasa Melayu yang dibuat oleh pihaknya.

Wartawan Rakyat News menghubungi kedua-dua pegawai tertinggi itu kira-kira jam 3 petang tadi, namun  talian pejabat yang dihubungi itu dijawab oleh pekerja yang bertugas dengan mendakwa Pengarah JAIS dan Timbalannya tidak dapat dipastikan samada berada di pejabat atau sebaliknya.

"Maaf, talian tengah 'engage'. Kenyataan media perlu dapatkan terus daripada Pengarah. Saya tidak pasti samada beliau berada di pejabat atau tidak," jawab pekerja wanita berkenaan.

Jawapan sama diterima ketika menghubungi Timbalan Pengarah.

"Maaf, masih tak berjawab dan tidak pasti samada beliau berada di pejabat atau tidak," ujarnya.

Semalam, kira-kira jam 1 petang pihak berkuasa JAIS dikatakan merampas 321 buah Bible versi Bahasa Melayu dalam satu serbuan di Bibles Society of Malaysia (BSM) di Petaling Jaya.

Tuduhan Fitnah : Pejabat PM Jawab Isu Penggunaan Pesawat Khas

Posted: 03 Jan 2014 11:20 PM PST

Rakyat News

RAKYAT NEWS


BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN AKHBAR PEJABAT PERDANA MENTERI BERHUBUNG ISU PENGGUNAAN PESAWAT KHAS
 
Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.

Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.

Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.

Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya

SPRM nafi siasat pembelian Mercedes-Benz

Posted: 03 Jan 2014 11:14 PM PST


SPRM 
 SPRM


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah memulakan siasatan berhubung pembelian kereta Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menerusi satu kenyataan media semalam, SPRM bertegas tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung siasatan ke atas pembelian tersebut.

Sehubungan itu, sebarang kenyataan media rasmi SPRM hanya akan dikeluarkan melalui portal SPRM sahaja iaitu www.sprm.gov.my.

Terdahulu dalam laporan sebuah laman web, SPRM dikatakan telah mula menyiasat pembelian Mercedes-Benz oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk kegunaan rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Laporan itu juga menyebut, SPRM cuba mengaitkan pembelian tersebut daripada Lowe Motor Sdn Bhd dengan taikun Tan Sri Tan Kok Ping yang dipercayai mempunyai saham dalam syarikat itu.

Selasa lalu, dalam keyataan sebuah akhbar, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait mengumumkan Guan Eng akan menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes Benz S300L bernilai RM657,218 tetapi kenderaan itu dapat dibeli dengan harga istimewa iaitu RM298,263.75 oleh kerajaan negeri.

Tiada ulasan: