Kerabu Bersuara ® |
- Hard Rock Cafe Di Putrajaya? Orang Islam Luluskan? Celaka!
- Hadi: Jangan terpedaya provakasi kalimah ALLAH
- Membedah Demokrasi (2 Jan 2014)
Hard Rock Cafe Di Putrajaya? Orang Islam Luluskan? Celaka! Posted: 04 Jan 2014 08:03 AM PST PUTRAJAYA 4 Jan. – Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di sini selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka. Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini. "Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya, terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson," katanya di sini hari ini. Dalam perkembangan berkaitan, Aseh yakin dengan adanya Hard Rock Cafe berkenaan, ia mampu menjadi tarikan baharu bagi Putrajaya. – UTUSAN |
Hadi: Jangan terpedaya provakasi kalimah ALLAH Posted: 04 Jan 2014 06:22 AM PST Hadi: Jangan terpedaya provakasi kalimah ALLAH OLEH: NIZAM ZAIN SHAH ALAM – Pas mengingatkan ahli, penyokong dan rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif yang cuba ditimbulkan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah ALLAH. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya perkara ini digembar-gemburkan, dikhuatiri rakyat akan terlupa dengan isu kenaikan harga barang pada tahun ini yang kian membebankan golongan berpendapatan rendah. "Pas berasa sangat dukacita sekiranya isu ini (kalimah ALLAH) diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini. "Isu penggunaan kalimah ALLAH ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang-undang yang dipaksakan semata-mata," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sebelum ini, Paderi Lawrence, yang merupakan Pengarang mingguan The Herald dilaporkan sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk sebagai Tuhan dalam perhimpunan mingguan. Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk ahli-ahli Umno Selangor. Isu itu berlaku selepas pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu dan merampas 351 salinan naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis lalu. Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam supaya memberi mengutamakan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa dan agama ini. Menurutnya, dalam isu kalimah ALLAH itu, umat Islam perlu memberi kefahaman yang sewajarnya kepada masyarakat bukan beragama Islam berdasarkan pendekatan ilmu. "Tugas kita untuk menunjukkan contoh teladan bahawa Islam adalah pembawa rahmat ke seluruh alam, sebagaimana yang dinyatakan oleh ALLAH SWT. "Pas akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah," katanya lagi. |
Membedah Demokrasi (2 Jan 2014) Posted: 03 Jan 2014 10:45 PM PST Apabila saya ikuti perkembangan di website, facebook, tweeter, akhbar-akhbar tabloid yang dipunyai oleh parti pemerintah dan sebahagian daripadanya dimiliki oleh parti yang tidak memerintah seperti akhbar Harakah, Keadilan, Roket, buletin-buletin daripada PSM, dan berbagai-bagai daripada siaraya yang dikeluarkan oleh berbagai pihak di Malaysia sekarang ini menyentuh hal inflasi dan kenaikan harga barang serta sara hidup. Saya ingin tegaskan sekali lagi, nampaknya pemerintah berjaya memutar pemikiran rakyat untuk berbincang hal berkaitan kenaikan harga barang, kenaikan sara hidup, kenaikan kos perkhidmatan. Rakyat terpengaruh dengan hujah-hujah pemerintah, yang berkaitan dengan kenaikan harga barang, kos perkhidmatan, kos sara hidup tidak dapat dielakkan. Oleh itu, saya ingin tegaskan sekali lagi, rakyat hendaklah dibawa untuk berbincang tentang punca yang berlaku berkaitan kenaikan harga barang, kenaikan kos sara hidup, kenaikan kos perkhidmatan. Punca inilah yang cuba diselubungi atau ditutup oleh Umno dan Barisan Nasional, sebab mereka ingin lari daripada bertanggung jawab tentang keadaan suasana yang berlaku hal berkaitan kenaikan harga barang sekarang ini. Punca utama negara Malaysia dan rakyatnya terpaksa memikul bebanan yang dahsyat, tidak lain dan tidak bukan adalah akibat daripada rasuah, ketirisan, nepotisma dan berbelanja dengan boros. Ini adalah di antara perkara yang menyebabkan wang negara dibelanjakan secara tidak betul, di mana telah didedahkan berulang kali setiap tahun oleh Laporan Jabatan Audit Negara tentang bagaimana kerajaan berbelanja dengan wang rakyat. Daripada skandal "mee maggi" sebungkus yang berharga lebih kurang 0.30 sen, telah dibeli oleh kerajaan pemerintah dengan harga lebih daripada RM2.00. Telah didedahkan juga bagaimana sebuah teropong di Jabatan Laut yang berharga di pasaran lebih kurang RM1900, kerajaan telah membeli dengan harga RM19,000. Telah didedahkan juga bagaimana sebuah komputer yang berharga RM4000, kerajaan Barisan Nasional telah membelinya dengan harga lebih RM40,000. Telah didedahkan juga bagaimana sebuah jam dinding yang berharga sekitar lebih kurang RM100, kerajaan telah membelinya dengan harga lebih RM3700. Pendedahan, demi pendedahan…., demi pendedahan…, rakyat kurang mengambil perhatian soal rasuah dan dosa rasuah. Sebab itu di dalam Islam, meletakkan soal pemberi rasuah dan penerima rasuah tempatnya adalah di dalam neraka. Alasan diberi oleh orang awam, di mana setengah-setengah Ustaz mengatakan biarlah mereka yang terlibat itu masuk neraka. Dan kita tidak ada kena mengena dengan mereka. Tetapi apa yang berlaku sekarang akibat rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan wang rakyat, maka orang ramailah yang memikul segala bentuk bebanan yang telah dilakukan oleh para perasuah dan para penyeleweng. Ada beberapa orang anggota polis yang telah melakukan rasuah dan penyelewengan, akibatnya seluruh anggota polis sekarang menanggung beban kenaikan harga barang, kenaikan sara hidup, kenaikan harga pengurusan daripada bocornya wang negara. Ada juga beberapa pegawai kerajaan telah melakukan rasuah dan penyelewengan, dan akhirnya seluruh pegawai kerajaan memikul bebanan akibat daripada wang negara yang telah dibelanjakan secara tidak betul, wang negara lesap dan hilang. Ada orang-orang politik yang ikhlas bekerja, berjuang untuk membela rakyat, tetapi ada juga di antara orang-orang politik ini yang melakukan penyelewengan, berbelanja boros, rasuah, menyalah gunakan kuasa, dan akhirnya seluruh rakyat, samada mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta, atau rakyat awam telah menanggung beban akibat daripada rasuah dan penyelewengan ini. Sebab itulah, soal rasuah dan soal penyelewengan, amatlah perlu diperangi. Saya berkeyakinan penuh di mana golongan agama di kalangan orang Islam, para ulama, amatlah berpengaruh dalam masyarakat. Apabila mereka bercakap hal Syiah, maka dalam masa lebih kurang satu tahun isu itu berkumandang dan menarik perhatian masyarakat. Saya yakin jikalau golongan agama ini, tumpu kepada hal rasuah, penyelewengan, ketirisan, salah guna kuasa, dalam masa tidak sampai satu tahun ataupun dua tahun fikiran rakyat akan berubah, akan melihat perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa itu amat jijik dan kotor sehingga boleh membawa kepada bankrapnya negara dan akhirnya rakyat yang menanggung penderitaan ini. Oleh itu kita harap, apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini dengan kenaikan minyak, kenaikan harga elektrik, kenaikan harga tol, kenaikan harga gula dan pemotongan belanjawan pembangunan dan sebagainya, sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak. Salah satu langkah untuk membuat perubahan ini ialah di mana pilihan raya yang akan datang, rakyat wajib menukar pemerintah terutama di peringkat pusat (federal) biarlah parti lain, kumpulan lain mengambil alih pemerintahan, lalu menunjukkan cara pemerintahan dan persembahan mereka supaya negara ini diikhtiarkan untuk diselamatkan daripada "buaya darat" yang mengaut kekayaan tanpa belas kasihan, yang akhirnya orang awam dan rakyat menanggung derita. Di tengah-tengah penderitaan rakyat ini, bayangkan timbul pula cerita iaitu anak Perdana Menteri dikatakan membeli rumah bernilai lebih daripada USD 30 juta di Amerika. Di tengah-tengah penderitaan ini, masih lagi isteri Perdana Menteri menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk pergi ke luar negara. Di tengah-tengah penderitaan rakyat ini juga, kita lihat soal rasuah, nepotisma, ketirisan masih juga lagi berterusan. Oleh itu, tiada jalan yang lain untuk menyelamatkan Malaysia, menyelamatkan ekonomi, menyelamatkan penderitaan rakyat, melainkan rakyat hendaklah bersedia untuk menukar pemerintah. Lihatlah pula pemerintah baru, untuk menunjukkan prestasi pemerintahan mereka. Jikalau pemerintah baru ini pula melakukan kerja yang sama seperti yang telah dibuat oleh Barisan Nasional, maka pemerintah baru ini pula dihukum juga oleh rakyat. Apabila rasuah dapat dikurangkan, ketirisan juga dapat dikurangkan, yakinlah bahawa yang akan mendapat kebahagiaan ialah rakyat jelata, rakyat awam. Inilah seruan saya kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, benci kepada rasuah dan penyelewengan, benci kepada kekayaan yang dimiliki oleh orang-orang politik tanpa melalui gaji dan elaun yang sesuai. Kerajaan menuju bankrap bukan kerana gaji menteri, bukan kerana elaun wakil rakyat, bukan kerana gaji pegawai kerajaan. Gaji menteri, elaun wakil rakyat DUN dan Parlimen, gaji pegawai kerajaan masih rendah, tetapi negara menuju bankrap kerana rasuah, tiris, nepotisma dan penyelewengan bukan kerana gaji wakil rakyat, kerana seperti laporan audit negara faktor ketirisan yang begitu nyata, pemborosan, salah guna wang rakyat, menggunakan wang untuk bahan politik. Inilah yang menjadikan negara menuju kebankrapan, soal rasuah, tiris, pembaziran, penyelewengan dan nepotisma. Hentikan segala bentuk retorik kosong, letakkan rasuah, ketirisan, penyalah gunaan kuasa ialah satu dosa yang perlu kita perangi, yang perlu kita tamatkan pada masa yang terdekat ini. http://www.mohamadsabu.com/membedah-demokrasi-2-jan-2014/ |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan