Rabu, 22 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Rayuan Putrajaya Mungkin Terhalang, Polis Kes Pembunuhan Altantuya HILANG

Posted: 21 Jan 2014 10:35 PM PST


Peguam Kamarul HIsham Kamaruddin memberitahu Koperal Sirul Azhar Umar tidak pernah menghubunginya sejak dibebaskan. Gambar fail.

[TMI] Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang kerana salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber.

Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.

Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber.

Kamarul memberitahu The Malaysian Insider dalam rekod beliau masih mewakili Sirul di Mahkamah Persekutuan "sehingga dan melainkan jika dimaklumkan sebaliknya".

Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam utama, Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama.

Azman berkata, Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini.

Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis. Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada anak guam untuk menentukan sama ada perkhidmatan mereka masih diperlukan atau tidak.

"Anak guam mungkin ingin menukar peguam dan itu adalah hak mereka. Peguam tidak boleh menganggap anak guam tetap mahu mengekalkan perkhidmatan mereka," kata seorang peguam yang enggan dikenali .

Kebiasaannya, rayuan kes jenayah tidak akan diteruskan jika responden tidak menghadirkan diri.

Pendakwa raya booleh memohon waran tangkap daripada Mahkamah Rayuan untuk mencari responden dan membawanya ke mahkamah. Jika ini gagal, mahkamah akan membatalkan rayuan pendakwa raya .

Satu contoh ialah kes di Mahkamah Rayuan pada November 2010 membebaskan dua bekas pengawal peribadi seorang ahli perniagaan yang dituduh membunuh seorang remaja Cina.

Pada 20 September 2005, Mahkamah Tinggi membebaskan Resty Agpalo, Mohamad Najib Zulkifli dan ahli perniagaan Koh Kim Teck bagi kes pembunuhan anak saudara Koh, Xu Jian Huang, 14, seorang pelajar di sebuah banglo di Jalan Mengkuang, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2004.

Mahkamah sebelum ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Koh berikutan kegagalan pendakwa untuk menghadirkan ahli perniagaan itu di mahkamah beberapa kali.

Memandangkan Koh tidak dapat dikesan dan dibebaskan, kedua-dua Resty dan Najib juga dibebaskan.

Semasa perbicaraan yang berlangsung 36 hari itu, kes pendakwaan adalah berhubung seksaan dan pembunuhan remaja lelaki itu kerana mencuri RM30,000 milik bapa saudaranya.

Dalam kes Altantuya, pendakwa raya memfailkan petisyen daripada perayu pada 3 Januari dengan mendedahkan secara terperinci yang bertujuan membatalkan pembebasan Sirul dan Azilah.

Antaranya ialah bahawa sabitan kesalahan kedua-dua komando polis tetap tidak terjejas walaupun tanpa keterangan daripada pembantu peribadi bekas timbalan perdana menteri, DSP Musa Safri kerana beliau hanya sebagai periferal dalam kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 memutuskan kegagalan pendakwaan untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap kedua-dua polis itu.

Pihak pendakwa raya menyenaraikan lima sebab hakim Mahkamah Rayuan adalah salah, daripada segi undang-undang dan fakta, membenarkan kedua-dua polis bebas.

Anggota polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober, dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Kedua-duanya didapati bersalah dan dihukum mati tetapi pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan melepaskan mereka kerana kekurangan bukti. – V ANBALAGAN/22 Januari, 2014. 



Remaja jual bayi RM371 di Facebook

Posted: 21 Jan 2014 08:17 PM PST



[HM] Santiago: Seorang remaja Chile cuba menjual anak dalam kandungannya di Facebook dengan hanya £68 (RM371) kata polis semalam.

Remaja terbabit dikenali sebagai Veronica Carrera Chaparro, 18 ditangkap bersama ibu dan kakaknya yang disyaki bersekongkol untuk menjual bayi berkenaan.

Ketua Polis Santiago, Miguel Ampuero berkata, Veronica menyedari dia hamil pada Februari tahun lalu.

"Ketika itu kandungan Veronica berusia dua bulan," katanya. 

Keadaan itu dimaklumkan kepada teman lelaki Veronica yang berusia 17 tahun dan berjanji untuk merahsiakan kehamilan berkenaan. 

Namun, kata Ampuero, Veronica mendedahkan keadaan itu kepada keluarganya. Mendengar berita itu ibu Veronica, Angela, 42, dan kakaknya Daniela Perez, 24, memberi tiga pilihan kepada remaja terbabit - sama ada ada menjual anaknya apabila lahir, menggugurkan kandungan atau memberikan bayi berkenaan kepada keluarga angkat. 

"Selepas Veronica mengiklankan anaknya yang bakal lahir itu di Facebook, ia mendapat reaksi serta-merta daripada sepasang suami isteri dari bandar Concepcion tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat," katanya. 

Sebuah keluarga dari Puente Alto di Santiago juga menghubungi Veronica dan menawarkan bayaran bernilai RM3,770 untuk urusan pendaftaran bayi berkenaan nanti. Veronica kemudian bersalin pada 4 November lalu dan menyerahkan bayinya sehari kemudian tetapi pasangan terbabit didakwa tidak mengotakan janji apabila hanya membayar wang dalam jumlah lebih rendah daripada sepatutnya. 

Kejadian itu kemudian diketahui polis mendorong pihak berkuasa menahan Veronica, ibu serta kakaknya atas dakwaan menjual bayi. Pasangan yang membeli anak Veronica itu juga ditangkap. Mereka dibicarakan di mahkamah semalam. - AFP/22/1/14


Suami Restu Isteri Jual Tubuh untuk Tambah Pendapatan Keluarga

Posted: 21 Jan 2014 08:05 PM PST


[SH] KUALA TERENGGANU - Demi mendapatkan wang tambahan, seorang wanita warga Kemboja dipercayai sanggup menawarkan diri untuk dijadikan hamba seks, selain mencari rezeki menjalankan perniagaan emas Kemboja dari rumah ke rumah.

Lebih memualkan, pekerjaan 'lebih masa' yang dilakukan itu turut diketahui suaminya, namun disebabkan kesempitan wang, si suami terpaksa 'tutup mata' dan merestui pekerjaan yang dilakukan isterinya.

Aktiviti tidak sihat ibu kepada tiga anak itu yang dikenali sebagai Santari, 24, terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, sempena Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen, Mohd Shahrir Khalil berkata, siasatan mendapati pasangan warga asing itu sudah hampir tiga tahun menetap di negara ini menggunakan pas pelancong.

"Hasil soal siasat, wanita itu mengaku mengambil kesempatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya semasa menjalankan perniagaan menjual barang kemas dari rumah ke rumah.

"Dia mendakwa suaminya yang turut ditahan, tidak kisah dengan pekerjaan 'tambahan' itu kerana pendapatan suami sebagai buruh binaan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga," katanya.

Mohd Shahrir berkata, wanita itu juga mengakui, selain menawarkan khidmat seks kepada orang tempatan, dia juga menawarkan khidmat sama kepada warga asing termasuk Pakistan, India dan Indonesia.

"Turut ditahan dalam serbuan itu, suami; dua anaknya berusia empat dan 15 tahun dan adik iparnya berusia 19 tahun. Mereka ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa," katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, seorang pelajar tabligh, Rumly El, 19, dari Kemboja turut ditahan atas kesalahan visa tamat tempoh.

Rumly ketika ditemui berkata, dia menyedari visanya sudah tamat tempoh dua minggu lalu, namun terlambat memperbaharuinya kerana mendakwa terlalu sibuk bekerja.

"Saya sudah mendalami ilmu agama di negara ini selama lapan tahun. Sebelum ini saya menuntut ilmu al-Quran di Johor dan selepas tahfiz 30 juzuk, saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu kitab pula.

"Bagaimanapun, akibat masalah kewangan, saya terpaksa menangguhkan pembelajaran dan datang ke Terengganu untuk bekerja sebagai buruh binaan sebulan yang lalu," katanya.

Dalam perkembangan sama, seramai 135 Pendatang Asing Tanpa Izin berjaya diberkas dalam Operasi Ops 6P Bersepadu yang dilaksanakan di sekitar Kuala Terengganu.

Mohd Shahrir berkata, dalam operasi membabitkan seramai 154 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi itu, seramai 463 warga asing diperiksa melibatkan 54 lokasi penempatan di seluruh daerah ini.

Jumlah tangkapan itu membabitkan seramai 55 warga Kemboja; 28 warga Bangladesh; 17 warga Myanmar; tujuh warga Pakistan dan 22 warga India.

Kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.- RUBIAH OMAR/22/1/14


CASTMET Sdn. Bhd. Nafi Arah Penyanyi Turun Pentas Kerana Tudung, Jelas Majlis Ada Hidang Arak

Posted: 21 Jan 2014 06:09 PM PST


CASTMET Sdn. Bhd. Nafi Arah Penyanyi Turun Pentas kerana Bertudung

[AA] KUALA LUMPUR: Syarikat pemaju hartanah, CASTMET Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka bertindak mengarahkan seorang penyanyi, Marinatasha Isnariah Mustapar turun dari pentas dari membuat persembahan kerana dia berhijab dalam pemakaiannya ketika majlis makan makan malam tahunan syarikat tersebut di Bukit Kiara pada Sabtu lalu. 

Pengarah Urusannya, Tan Keh Wah memberitahu syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana individu berdasarkan latar agama, keturunan dan juga kepercayaannya.

"Ingin saya tegaskan disini, syarikat kami bukanlah syarikat berteraskan perkauman atau 'rasis' dan kami tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana individu kerana pegangan agama, kepercayaan atau keturunan," kata Tan.

Menurut Tan, Marinatasha ditegah untuk tidak membuat persembahan oleh pihaknya bukan kerana dia bertudung tetapi dia bukanlah penyanyi yang dipersetujui oleh pihaknya dan pihak pengurusan acara.

Pada 6 Januari lalu, Jawatankuasa Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 telah bermesyuarat dan dalam mensyuarat itu, pihak CASTMET Sdn Bhd telah menjemput Mohd Solih Toha, iaitu wakil dari syarikat pengurusan acara.

"Dalam mesyuarat tersebut, kesepakatan telah dicapai dimana kumpulan muzik yang akan membuat persembahan akan berinteraksi seperti menari dan menyanyi bersama tetamu yang hadir pada malam itu," kata Tan kepada pemberita di Bukit Damansara pada Selasa.

Pada 15 Januari pula, ketika raptai dijalankan, penganjur (CASTMET Sdn Bhd) telah diperkenalkan dengan kumpulan 'Rufus' yang akan membuat persembahan pada majlis tersebut.

"Kumpulan ini dianggotai oleh seorang penyanyi, pemain dram, pemain gitar utama, pemain gitar 'bass' dan pemain 'keyboard dan ketika itu kami dimaklumkan dari ketua kumpulan ini, Nazri bahawa penyanyi yang muncul ketika majlis 'preview' itu, Marinatasha hanyalah sebagai penyanyi pengganti untuk sesi raptai dan kami berpendapat bahawa beliau tidak sesuai untuk majlis pada malam itu," kata Tan lagi.

Tan menambah keputusan untuk tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung adalah disebabkan pada majlis tersebut ada dihidangkan minuman beralkohol.

"Menurut isi perjanjian itu, penyanyi harus berinteraksi dengan tetamu yang kebanyakkannya lelaki bukan Islam dengan menari dan menyanyi bersama mereka dan demi menjaga maruah dan sensitiviti orang Islam, syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung dalam majlis tersebut," jelas Tan lagi.

Melalui wakil syarikat pengurusan acara juga, Tan difahamkan penyanyi utama bagi persembahan malam tersebut bukanlah Marinatasha tetapi adalah bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-8 iaitu Zafarina Jamhari atau Farina.

Pada majlis makam tersebut, selepas Marinatasha tidak dibenarkan membuat persembahan, beliau masih lagi naik ke pentas setelah diundang oleh Farina untuk mendendangkan dua buah lagu bersamanya.

"Ketika berada di pentas itulah, Marinatasha telah bertindak mengumumkan di khalayak ramai bahawa beliau adalah penyanyi utama dan beliau tidak dibenarkan membuat persembahan kerana memakai tudung," kata Tan lagi.

Sebelum itu, penyanyi penyanyi mendakwa dirinya telah dihalau turun dari pentas oleh penganjur majlis kerana mengenakan tudung ketika membuat persembahan. 

Marinatasha Isnariah Mustapar, 32, mengatakan bahawa kejadian berlaku ketika majlis makan malam sebuah syarikat pemaju hartanah di Bukit Kiara pada Sabtu lalu.

Dakwa Marinatasha, beliau yang sepatutnya menyanyi bersama kumpulan muzik, 'Rufus' telah diarahkan untuk turun dari pentas utama pada majlis itu oleh wakil syarikat tersebut.

Kenyataannya itu telah mengejutkan tetamu yang hadir terutama pengurusan syarikat tersebut dan ianya juga telah memburukkan imej dan nama syarikat tersebut yang menunjukkan bahawa syarikat itu seolah-olah 'rasis'.

Selepas acara itu tamat, wakil syarikat CASTMET ada bertemu dengannya untuk mempersoalkan tindakannya itu dan sekali lagi CASTMET Sdn Bhd dituduh sebagai 'rasis'.

Lantaran itu, setelah tersebarnya laporan kejadian tersebut yang dipaparkan melalui blog, pihaknya membuat laporan polis setelah terdapat ugutan dari sebuah badan bukan kerajaan yang mengugut untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat CASTMET Sdn Bhd pada Jumaat ini selepas solat Jumaat.

"Syarikat kami menggalakkan pekerja wanita beragama Islam bertudung malah kami menyediakan tudung sebagai sebahagian pakaian seragam pekerja kami," katanya lagi. 

Tan berkata sebagai pengarah urusan syarikat, dia menjemput Marinatasha untuk ke pejabatnya dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.

"Saya menjemput Marina dan ibunya untuk hadir ke pejabat kami, lihat sendiri situasi disana dimana lebih separuh pekerja kami adalah bumiputra beragama Islam dan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah ," katanya.

Namun, Marinatasha menolak pelawaan tersebut dan berkeras untuk tidak mahu pergi ke pejabat CASTMET Sdn Bhd.

Sebelum itu, dalam satu sidang media yang berlainan, penyanyi, Marinatasha, 32 mendakwa dirinya telah dihalau turun dari pentas oleh penganjur majlis kerana mengenakan tudung ketika membuat persembahan. 

Dakwa Marinatasha, beliau yang sepatutnya menyanyi bersama kumpulan muzik, 'Rufus' telah diarahkan untuk turun dari pentas utama pada majlis itu oleh wakil syarikat tersebut ketika majlis makan malam tahunan syarikat tersebut berlangsung.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Perunding Polisi dan Dasar Awam MySuara, Faizal Riduan. - Aizat Sharif/22/1/14


Laporan polis staf syarikat ini boleh dibaca di sini.




Bersalah Rogol Kekasih Bawah Umur, Pelayan Kena 6 Tahun Penjara

Posted: 21 Jan 2014 06:00 PM PST


[SH] KOTA BHARU - Seorang pelayan kedai makan dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol kekasihnya, tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Johari Razmi, 25, turut dikenakan dua sebatan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun sebulan itu di sebuah pondok di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini, pada jam 10 pagi, awal Januari 2012.

Pada prosiding semalam, peguam, Ilyas Mohd Noor memohon hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh berikutan anak guamnya itu sudah insaf dan memberi kerjasama yang baik sepanjang kes dibicarakan.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat, mengambil kira kepentingan awam melebihi diri tertuduh.

"Jarak umur tertuduh dengan mangsa juga terlalu jauh. Tertuduh sepatutnya melindungi mangsa dan bukan mengambil kesempatan di atas kedaifannya," katanya.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, Mohd Yusoff membenarkan penguatkuasaannya ditangguhkan seperti dimohon tertuduh melalui Ilyas dengan syarat rayuan difailkan semalam dan jamin berjumlah RM20,000 dijelaskan. - 21/1/14


P/s: Moga-moga songkok di kepala itu dipakai dengan ikhlas bukannya memohon simpati hakim.



[Video] Larangan Masuk ke Jepun: Apa Kata Kedutaan Jepun, Apa Kata Anwar Ibrahim?

Posted: 21 Jan 2014 05:19 PM PST


Kedutaan: Anwar Dilarang Kerana Bekas Banduan

[SH] SHAH ALAM - Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun Ahad lalu kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

"Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan.

"Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima," katanya ketika dihubungi The Star.

Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.

Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.

Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran. 22/1/14


MEDIA RELEASE
19th JANUARY 2014

PROTEST AGAINST DEPORTATION FROM TOKYO

I arrived at Narita International Airport at 6.45 this morning from Kuala Lumpur but was barred from entry by the Japanese immigration authorities and was told to board the first flight back home or face deportation.

When I asked why I was not allowed to enter, they told me that it was because of my previous conviction in 1999. I told them this could not be a valid reason on account of the fact that prior to this I had already entered Tokyo without hindrance on three previous occasions in 2006, 2009, and 2012.

I told the immigration authorities there must be some mix-up in this matter and protested that it was not proper for them to bar me from entering the country without a bona fide and valid reason. As I persisted in asking for an explanation, they finally told me that they had to take this action "because of a latest report" possibly in 2013.

I then had no choice but to take the next flight home at 10.45 am.

I had gone to Tokyo on a personal invitation by Mr Sasakawa, Chairman of the Nippon Foundation, to present a paper on Muslim Democrats. As a routine pre-travel procedure, my office had made inquiries with the Japanese Embassy in Kuala Lumpur last week and was informed that there would be no issues outstanding which would be an impediment to my entering the country.

I protest in the strongest terms this unwarranted action of the Japanese government in refusing me entry and denying my legitimate rights to travel freely without let or hindrance. It is indeed inconceivable for one of the world's leading democracies to take this unprecedented action under such tenuous grounds and leaves me with the impression that hidden hands may be at work here.

In this regard, I demand an explanation from the Malaysian Minister of Foreign Affairs, in particular, as to what role Wisma Putra has played in this scandalous episode in respect of the so-called "latest report" that has purportedly led to my being forcibly evicted from Japan.

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: