Rabu, 22 Januari 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SENIMAN EDDY GORDO KE RUMAH PASONG

Posted: 22 Jan 2014 07:00 PM PST





KUALA LUMPUR:Apakah hanya dengan kain, dakwat dan seni mampu mengubah keputusan kertas undi PRU yang lepas dan seterusnya mengancam demokrasi berparlimen di negara ini?

SENI KERJA EDDY GORDO
UNTUK BERSIH

NOTA
semenjak berita eddy gordo dicari polis
baju baju t lakaran dan cetakan eddy semakin
di cari oleh peminat dan pengumpul baju t klasik

diberitakan baju t eddy
kini telah menjadi collector item


BERSAMA PETANG INI 
Ayuh, hadirlah bersolidariti dan tentang kekangan selektif hak dan kebebasan ekspresi artis muda di negara ini di IPD Serdang pada 23hb Januari 2014, pada pukul 5:00PM.

Jika ada sebarang pertanyaan,sila hubungi Peguam : Saudara Wong  Kar Fai di talian
016-383-82-323

----------

MENTERI BANGANG BUAT KERJA BODOH

Posted: 22 Jan 2014 06:03 PM PST





KOMENTAR TUKAR TIUB

bila harga barangan naik 
para malaon ini akan melakukan sandiwara
untuk mengolah persetujuan orang ramai
untuk tipu mak cik felda
untuk tipu melayu

kesalahan akan dialih kepada tuan kedai
kesalahan akan  dialih kepada peruncit
kesalahan akan dialih kepada pembekal

sebenarnya semua ini tipu
sebenarnya semua ini sandiwara

maka
malaon menteri
akan mengatakan harga barang di malaysia
lebih murah dari di sweden
lebih murah dari di jepun
lebih murah dari di london
lebih murah dari di singapura

maka
pembekal di tangkap
peruncit di tangkap
tuan kedai ditangkap kerana tak letak tanda harga
semua ini sandiwara

persoalan ialah
kenapa harga minyak dinaikkan
kenapa harga leterik dinaikkan
kenapa harga gula dinaikkan
kenapa harga tol di naikkan

kemana hilangnya duit 30 bilion setahun
ini dari laporan ketua akoun negara

apa guna beli kapal selam 9 bilion ringgit
tiap tiap tahun belanja 1 bilion ringgit untuk jaga kapal selam

mana anak rosmah dapat duit?
mana rosmah  dapat duit 50 juta beli cincin?
mana rosmah dapat duit?



Ops Harga: Jumlah kes, beri notis berkurang
KUALA LUMPUR - Pemantauan berterusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) dalam Ops Harga 2014 menyaksikan penurunan jumlah kes dan notis yang dikeluarkan pada hari ketiga operasi yang diadakan sejak Isnin.
   
Menterinya, Hasan Malek berkata, sebanyak 9,124 premis perniagaan diperiksa di seluruh negara semalam dan daripada jumlah itu, 96 kes telah diambil tindakan manakala dua notis dikeluarkan, melibatkan nilai rampasan RM48,402.41.



RAKYAT MAKAN KANGKONG
NOTA
orang ramai bukan mahu tanda harga
orang ramai mahu 
harga murah



-----------

PEREKA FESHEN BAJU T DIPANGGIL POLIS

Posted: 22 Jan 2014 05:10 PM PST






 LAKARAN EDDY GORDO

ARTIS DALAM JEOPARDI


Saudara Mohd Zullraidy bin Ahmad Tarmizi, atau lebih dikenali sebagai Eddy Gordo dari Yellow Boutique telah diarahkan oleh pihak polis untuk menghadiri siasatan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan hanya kerana beliau mencetak T-shirt untuk protes ambang tahun baru 2014 yang lalu di Dataran Merdeka.

Pencetakan T-shirt tersebut telah diklasifikasikan sebagai aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan. Sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. Sekiranya beliau didakwa dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 124D, beliau boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Setakat ini, sebanyak 22 helai T-shirt termasuk paspot beliau telah dirampas sebagai barang kes di kediaman beliau di Seri Kembangan pada 29hb Disember 2013 yang lalu.

Apakah hanya dengan kain, dakwat dan seni mampu mengubah keputusan kertas undi PRU yang lepas dan seterusnya mengancam demokrasi berparlimen di negara ini? Apakah ekspresi seni seorang artis muda boleh menyebabkan beliau dipenjarakan sehingga 20 tahun?

Siasatan petang ini adalah bukti gangguan dan kekangan terhadap hak dan kebebasan ekspresi artis dan rakyat sekalian di negara ini. Ayuh, hadirlah bersolidariti dan tentang kekangan selektif hak dan kebebasan ekspresi artis muda di negara ini di IPD Serdang pada 23hb Januari 2014, pada pukul 5:00PM.

Jika ada sebarang pertanyaan,sila hubungi Peguam : Saudara Wong  Kar Fai di talian
016-383-82-323

Sekian,

Mandeep Singh
KELAB BANGASAR UTAMA

LAKARAN EDDY GORDO
-----------

DUA KALI SANDIWARA

Posted: 22 Jan 2014 05:00 PM PST



KOMENTAR TUKAR TIUB
dulu bukan main hebat
penderhaka laaa
pengkhianat laaa
tapi jelas sandiwara

dua kali sandiwara

sandiwara satu lahad datu
sandiwara dua nak tangkap tian chua

pooorah 

 PAKAI BAJU SIAPA
KAH KAH KAH
KAH KAH
Tarik balik saman Tian Chua bukan bererti Umno beralah, kata Tengku Adnan
Setiausaha Agung Umno  Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini menolak andaian bahawa tindakan menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua dan dua yang lain bermakna Umno beralah dengan pihak yang berniat jahat terhadap parti itu



KAH KAH KAH

ertinya betul lah kata
 tian chua
semua ini hanya sandiwara

KAH KAH KAH





-------------

AGONG BUKAN NABI

Posted: 22 Jan 2014 06:30 AM PST



KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas raja dan agong bukan nabi
jelas raja dan agong bukan khalifah
apa sangkut paut raja dengan agama islam


Agong bukan ketua Islam, hanya Nabi Muhammad boleh tentukan undang-undang Islam

Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari  berkata, titah Yang di-Pertuan Agong adalah terhad dan  pemerintah tidak berkuasa seperti Nabi Muhammad untuk menentukan undang-undang Islam.


Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak mempunyai ketua agama kerana Agong hanya ketua agama di negeri asalnya dan tidak terpakai bagi negeri seperti Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai Sultan.
"Kenyataan yang dibuat oleh Agong dalam isu kalimah Allah minggu lalu tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam yang menetap di negeri berkenaan," kata bekas pensyarah UIA itu dalam satu kenyataan hari ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/agong-bukan-ketua-islam-hanya-nabi-muhammad-boleh-tentukan-undang-undang-is

KANTOI MANTOI

NAK TIPU MELAYU

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH



DOWN LOAD TUANKU


----------

WASPADA MAKHLOK EEE BUKAN MELAYU

Posted: 22 Jan 2014 05:30 AM PST





MAKHLOK EEE

EEE KAKI TIPU
satu cara nak kenal eee adalah bila kita tengok mamat/minah ni time dia membebel.sejurus selepas membebel dia akan pandang muka kita,tp matanya akan tengok benda yg dibebelkan.eee buat begitu hanyalah utk raih simpati kita saja supaya kita yg tak ada apa apa hal akan menyokong dia dan marah mamat yg dijelingnya itu.tak susah nak cam muka dia tgk kita atau tak,hidung paruh dia akan tolong kita. on KENALI SIAPA DIA EEE
Anonymous
on 1/21/14

 EEE KERAJAAN MELAYU MELAKA
Tujuan Portugis datang ke Melaka pada tahun 1511 bukan untuk menjajah Melaka. Tujuan asal Portugis ialah untuk menawan Panglima Awang dan Panglima Hitam. Portugis ketika itu sedang berusaha mencari jalan laut dari benua India ke benua Amerika. Portugis perlu kedua- dua panglima ini untuk menjadi navigator di perairan Nusantara. 

Tetapi apabila sampai di Melaka, puak EEE telah mendesak dan menghasut Portugis untuk menawan Melaka. Tujuan puak EEE ialah untuk menjadi saudagar dominant di bawah kuasa Portugis. Sambil memberi segala bantuan dan maklumat kepada Portugis, puak EEE telah meracuni pemikiran rakyat Melaka. Dengan alasan, sultan yang ada sebagai zalim dan kejam, perubahan pemerintah tidak akan menjejas kehidupan harian rakyat jelata.

Termakan hasutan puak EEE ini, rakyat Melaka hanya berpeluk tubuh apabila tentera Portugis memusnah kesultanan Melaka. Yang menentang Portugis hanya orang-orang istana yang bukan pahlawan terbilang tetapi hanya kaki ampu- bodek ( seperti juga on SURAT TERBUKA KEPADA KETUANAN MELAYU
Anonymous
on 1/21/14
   EEE BETINA
TT, di YouTube ada seekor EE bernama Nooraini MYDIN (nama kegemaran Mamak) yang menyamar menjadi Melayu dan berdusta, memfitnah dan menjadi batu api. Si EE ini cuba membuat orang Melayu membenci bangsa-bangsa lain terutamanya kaum Cina. on JUJUR LAH KAMU BANI MELAYU



JUMPA EEE

JUMPA EEE

KETUK EEE DULU

KAH KAH KAH




-------------

PRU13 APA TELAH TERJADI

Posted: 21 Jan 2014 08:29 PM PST









 MELIHAT KEMBALI

Saya tidak suka menggunakan istilah post-mortem. Ramai kurang sedar istilah ini  ini digunakan untuk mayat.  Post ertinya sesudah. Mortem ertinya mati. Apabila dicantumkan menjadi : sesudah mati.  Post-mortem ialah kerja membedah mayat yang telah mati untuk ditemui sebab musabab kematian. Menemui sebab kematian tetapi TIDAK dapat mayat itu dihidupkan kembali. Justeru saya menolak konsep ini.

Untuk saya lebih tepat digunakan istilah:  melihat kembali. Istilah  melihat kembali   dengan penilaian baru. Melihat kembali apa yang telah berlaku. Memahami  apa yang telah berlalu. Dalam kerja politik melihat kembali amat penting. Dalam kerja usaha politik  melihat kembali memerlukan sikap berani menggkritik dan telus mengkritik diri.  Melihat kekuatan dan memahami kelemahan untuk mara ke hadapan.

Dalam membuat kerja politik adalah wajib mengakui kesilapan dalam masa yang sama menerima kritikan. Aktivis  kiri dan kaum progresif sedunia telah  menggunakan pendekatan melihat kembali dengan  kritik dan kritik diri  sebagai alat untuk memperbaiki taktik dan stratreji. Tidak ada pembaikkan diri tanpa kritikan diri.

Mungkin ada yang kurang sedar tentang asal usul ilmu pengetahuan.  Mungkin ada yang akan melopong bila mendengar si Anu dan si Anu itu dikatakan berijazah dan berilmu.    Suasana ini  muncul kerana ramai  yang dikatakan  ' berilmu dan berpengetahuan' ini sengaja memperlihatkan   angkuh diri dan berlagak sombong.  Angkuh dan sombong ini dilakukan untuk menyatakan bahawa mereka berilmu.   Lagak sombong untuk memberi tahu kepada orang ramai bahawa bukan senang  untuk mendapat tauliah atau  ijazah. Sebenarnya ini sikap hampeh.

Ilmu pengetahuan ini sebenarnya  ialah pengumpulan pengalaman.  Tidak lebih dari itu. Semua  manusia ini memilki pelbagai macam jenis ilmu. Kepakaran  dalam apa ilmu bukan kerana telah menerima tauliah dari  Agong Kiri  atau Agong Kanan.  Sila ambil pencerahan ini : semua ilmu pengetahuan dalam dunia ini adalah hasil dari perbuatan manusia. Ilmu ialah pengumpulan pengalaman manusia ketika dalam membuat kerja.

Ilmu juga muncul dari bilik makmal. Kajian dan percubaan dalam bilik makmal juga melahirkan ilmu pengetahuan. Hakikatnya percubaan dalam  makmal itu juga adalah pengumpulan  kajian pengalaman manusia.

Bagaimana pula dengan buku? Bukankah dengan membaca buku kita mendapat ilmu pengetahuan?  

Betul. Tetapi sedarlah,  bahawa  apa yang tertulis dalam apa sahaja jenis buku ialah pengumpulan pengalaman manusia.  Si Penulis buku ini secara tersusun dan atau  secara ilmiah telah menulis dan merakamkan pengalaman manusia yang menjadi isi kajian buku tersebut. Ini mungkin pengalaman pribadi, pengalaman kelompok atau pengalaman satu  gerakan parti politik atau pengumpulan kajian dalam bilik makmal.

Saya membuat  mukadimah ini  dengan tujuan  agar satu proses melihat kembali PRU13 dilakukan. Melihat kembali ini  bukan hanya oleh pemimpin parti  tetapi oleh para pekerja parti dan aktivis sendiri. Dalam PRU13 saya terlibat – justeru kini saya akan menuliskan  secara sedar untuk melihat kembali apa yang telah berlaku agar ianya dapat dijadikan ilmu pengetahuan. Melihat dan mengumpul  kembali pengalaman PRU13 sebagai ilmu pengetahuan untuk PRU14.

Apa yang telah saya dengar berlaku  ketika PRU13 berjalan  bukan semuanya fakta. Banyak juga  cerita bohong dan desas desus. Saheh atau desas desus  tidak penting. Dalam kerja politik yang berdesas desus juga akan mempengaruhi bakal pengundi.  Justeru, mendengar desas desus juga adalah mengumpul pengalaman dalam proses melihat kembali PRU13. Mengumpulkan pengalaman ini bertujuan untuk dijadikan ilmu.

Pekara yang amat menonjol dalam PRU13 ialah gagalnya pemimpin politik dalam Pakatan Rakyat untuk memahami tentang asas ekonomi.  Huh hah huh hah berceramah memang  satu kerja politik tetapi jika tidak memahami asas ekonomi maka kerja berceramah itu hanya berpeluh dan membuang masa. Mengetahui ekonomi ini adalah asas yang paling asas.  Kita tidak  perlu membaca kitab ekonomi yang tebal-tebal atau mencari nama yang ejaanya susah musah. Tak perlu rujuk Adam Smith, Karl Marx atau Paul Krugman.

Asas politik ialah ekonomi. Berpolitik ialah berjuang untuk mengambil kuasa. Kuasa diambil untuk dapat  memiliki ekonomi. Contoh yang jelas - Rosmah ada kuasa maka Rosmah berupaya memberikan 110 juta ringgit kepada anaknya  untuk membeli sebuah kondo – NOTA: sebuah kondo bukan satu blok kondo. Ismail Sabri berkuasa maka dia boleh melakukan kenduri kedara 3 hari tiga malam kerana dia ada kekuasan ekonomi yang dimilikinya. Kuasa ekonomi  yang dimiliki oleh Rosmah dan Ismail Sabri datang  melalui kuasa politik.

Ekonomi dan politik tidak dapat dipisah. Kita berpolitik kerana ekonomi. Tujuan untuk ke Putrajaya ialah untuk merampas kuasa. Contohnya :  Najib menggulingkan kerajaan Nizar di Perak untuk merampas kuasa. Dengan kuasa maka harta kekayan di Perak boleh dimiliki kembali oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Bagitu juga – Pakatan Rakyat - berjuang untuk menggulingkan United Malays National Organisation – untuk berkuasa di Putrajaya. Bila ada kuasa maka ekonomi Malaysia adalah milik Pakatan Rakyat.  Bila kuasa dalam tangan – cara  acuan ekonomi Pakatan yang akan menjana Malaysia.

Justeru, dalam kempen dan ceramah ajenda ekonomi wajib dikupas  dengan  tuntas. Memang betul  - berat badan Rosmah memang enak untuk dijadikan  bahan ceramah. Tetapi isi penting  dalam ceramah politik masih lagi perjalanan ekonomi negara.  Menunjukkan keburukan United Malays National Organisation tidak salah tetapi Pakatan juga wajib memaparkan secara jelas masa depan  negara kepada pengundi. Masa depan dan ekonomi sosok yang akan mengundi itu amat penting diyakinkan.

Dalam PRU13 dahulu – dilihat jelas sokongan rakyat. Sokongan ini terbukti betul. Pakatan mendapat 52% undi rakyat. Tetapi gagal meneraju Putrajaya. Kenapa gagal walau pun telah mendapat undi majoriti?

Satu jawapan yang jelas perlu diterangkan kepada semua pennyokong Pakatan. Penerangan itu wajib dilakukan kelmarin.  Saya lihat ini TIDAK berlaku. Tidak ada penerangan yang tuntas kenapa  majoriti 52% telah dimiliki tetapi masih TIDAK berkuasa.

Jawapan yang tuntas  kepada 52% pengundi pastilah  sistem pilihanraya  di Malaysia tidak adil. Sistem pemilihan dalam negara ini telah dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Yang wajib diterangkan ialah SISTEM pemilihan.

Sayangnya, saya perhatikan pemahamam tentang SISTEM PRU ini tidak difahami secara tuntas oleh pemimpin parti, pekerja parti dan juga aktivis parti.  Dalam masa yang sama saya juga yakin ramai pemimpin parti terutama yang memiliki DNA United Malays National Organiisation tahu dan sedar bahawa sistem inilah yang membolehkan  Parti Ketuanan Melayu terus berkuasa. Mereka yang memiliki DNA Ketuanan Melayu ini bukan sahaja  sedar malah satu ketika dahulu mereka membuat perancangan bersama SPR untuk memastikan   gerakan rakyat tidak mungkin maju dan ampoh. Seharusnya mereka wajib bersuara atau mereka ini sedang mengeram?

Memasuki PRU14 tanpa memahami sistem PRU yang diwujudkankan oleh SPR samalah saperti menyeberang padang Pasir Sahara tanpa bekalan air. Atau  berkereta  dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam tanpa minyak petrol. Atau ingin ke Mekah tetapi tidak ada paspot. Justeru, memahami sistem adalah wajib. Kerana  sistemlah yang melahirkan keputusan PRU13.

Sistem pilihan raya  dalam negara kita ini diluluskan oleh Parlimen.  Waspada! Kalau dilulus oleh Parlimen tidak samestinya sistem ini adil.  Sistem pemilihan ini diwujudkan sademiakan rupa untuk memberi bayangan bahawa rakyat Malaysia ini ada hak untuk memilih kerajaan.

Seimbas pandang memang dilihat  di Malaysia  wujud pilihan raya. Tetapi apabila di halusi, apabila dikaji selidik maka kita akan mendapati  bahawa sistem  pilihan raya di Malaysia ini adalah satu penipuan. Pilihan raya selama ini  telah digunakan untuk mengkaburi mata orang ramai. Untuk memberi harapan dan  mampi.; Mimpi ini bertemakan harapan  -  kalau orang ramai mengundi maka  ada  kemungkinan akan dapat berlaku perubahan.  Ini adalah angan-angan tengah hari. Ini mimpi ditengah panas.

Justeru salah satu dari ajenda melihat kembali  apa yang telah terjadi dalam PRU13  ialah melihat SISTEM pilihan raya itu sekali lagi. Sistem ini wajib dikupas untuk difahami.  Apabila sistem ini telah dikupas maka saya amat yakin pemimpin parti, pekerja dan aktivis parti akan terperanjat.  Satelah terperanjat mereka  akan faham dan sedar  betapa mustahilnya untuk Parti Ketuanan Melayu dikalahkan.  Pekerja  dan aktivis parti yang telah  faham tentang sistem pemilihan ini wajib menerangkan  hakikatnya kepada orang ramai. Ini untuk memberi  pencerahan dan memperkasa fikrah bakal pengundi.

Memanag ada pemimpin parti dan juga aktivis parti yang  merasa  menentang  SISTEM pilihan raya ini tidak penting.  Untuk mereka mencari sokongan dan undi lebih penting. Jalur ini berpendapat bahawa jika peratus sokongan bertambah maka Purtajaya akan ditawan. Yakinlah,  sesiapa yang memiliki jalur pandangan sademikian bermakana mereka TIDAK ingin menggulingkan  United Malays National Organisation.

Jalur pemikiran sademikian gagal memahami asas politik. Gagal memahamai asas ekonomi.  Jalur pemikiran ini kelihatan sejalur dengan pemikiran  United Malays National  Organisation. Malah pegawai SPR sendiri  memiliki dan menyebarkan jalur ini.

Melihat kembali PRU13 ialah melihat kembali SISTEM pemilihan itu sendiri.  Disini saya bersetuju untuk menggunakan post-mortem. Kita post-mortem SPR – bedah dan lihat – agar  mayat SPR itu tidak akan bangun-bangun lagi. (TT)


 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45




------------

MENDAFTAR KULIAH FALSAFAH

Posted: 21 Jan 2014 07:35 PM PST





MENDAFTAR SEKARANG

kelasfalsafah@gmail.com

TIAP KHAMIS 
kelas bermula jam 9:00 malam
khamis 6 febuari 2014
di universiti bangsar utama
52c jalan kemuja
bangsar utama
belakang stesen lrt bangsar


LUAR KUALA LUMPUR
sila layari
radio bangsar utama
untuk mendengar kuliah

-----------

BERITA TAK HAIRAN

Posted: 21 Jan 2014 07:06 PM PST







Rayuan Putrajaya dihalang, polis kes pembunuhan Altantuya hilang

Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang kerana salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber.
Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.
Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber.

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH


KAH KAH KAH

HAIRAN KE?


KAH KAH KAH


----------

Tiada ulasan: