DUNIACACAMARBA |
- Isu Debat Kalimah Allah: Khalid Samad Beri Tempoh 10 Hari kepada Noh Omar...
- MB Selangor Mungkin Ditukar - Anwar
- Isu PRK DUN Kajang: Anwar Akan Beri Penjelasan Selepas Tahun Baru Cina
- [KEJAM] Murid Dirogol, Diliwat, Ditoreh Kemaluan
Isu Debat Kalimah Allah: Khalid Samad Beri Tempoh 10 Hari kepada Noh Omar... Posted: 30 Jan 2014 06:25 AM PST Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live' [MK] Ahli parlimen Khalid Samad berkata beliau sedia "disekolahkan" oleh pemimpin Umno Datuk Seri Noh Omar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara langsung. Beliau memberi tempoh sehingga 10 Februari depan untuk Noh mengatur acara itu menerusi mana-mana saluran televisyen dengan mengekalkan tajuk dan moderator yang sama. Katanya, jika terdapat isu keselamatan, debat itu boleh diadakan tanpa kehadiran penyokong masing-masing. "Kita bentang idea dan hujan bukan atas kekuatan fizikal dan penyokong dan sebagainya. "Kalau tidak mampu, untuk susun dan atur, maka saya akan buat sendiri. Saya panggil dia dan kita tengok siapa sekolah siapa," katanya dalam sidang media. Debat Khalid-Noh anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan. Pembatalan itu dibuat saat-saat akhir setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi termasuk berkaitan keselamatan. Noh kemudian menyatakan kekesalannya kerana berasa seolah-olah dipermainkan dan tidak dapat "menyekolahkan" musuh politiknya itu. -30/1/14 |
MB Selangor Mungkin Ditukar - Anwar Posted: 29 Jan 2014 05:52 PM PST [MStar] KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan diganti bagi menaikkan prestasi negeri itu. "Tindakan ini bukan kerana mutu kerja kerana Abdul Khalid telah melakukan yang terbaik dan berjaya menyelesaikan banyak isu yang timbul di negeri itu. "Cuma penambahbaikan perlu dilakukan bagi mengecap lebih banyak kejayaan di negeri itu yang merupakan negeri model bagi pakatan rakyat (PR) dan rumah untuk pemimpin PR. Berhubung tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, jelasnya, keputusan itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. "Ahli politik adakalanya 'naik' dan 'turun', jika mereka bersangka untuk berada di atas sepanjang masa ia tidak akan membawa mereka ke mana. "Bagaimanapun, saya faham bahawa saya berhutang penjelasan kepada ramai orang, termasuk penyokong pakatan sendiri. Saya memberi jaminan akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai tindakan ini (bertanding di DUN Kajang)," katanya. Beliau menambah, PKR akan mengharungi pilihan raya kecil (PRK) ini dengan kos yang rendah dan parti telah membuat keputusan untuk mengguna semula bahan terpakai dalam pilihan raya umum lalu. "Saya akan mengguna semula sebanyak mana poster dan kain rentang yang ada dan yang baharu pula akan dibuat mengikut keperluan Suruhanjaya Piliha Raya (SPR)," katanya. Dalan perkembangan lain, Anwar memberitahu, permuafakatan nasional yang dicadangkan bertujuan mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang memberi kesan kepada rakyat. "Ketika ini, ketegangan kaum semakin berkembang dikalangan rakyat. "Ia merupakan keutamaan kami untuk memulihnya dan berharap kerajaan yang memerintah akan berasa yang sama kerana situasi itu boleh mengancam rakyat. "Daripada pihak kami telah bersedia untuk bertemu (kerajaan) dan membincangkan isu ini pada bila-bila masa sahaja selain berharap ianya dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini Rabu. -30/1/14 |
Isu PRK DUN Kajang: Anwar Akan Beri Penjelasan Selepas Tahun Baru Cina Posted: 29 Jan 2014 05:41 PM PST [SH] PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin untuk memberikan penjelasan mengenai persetujuannya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang. Beliau berkata, penjelasan itu akan dibuat dalam masa terdekat dan dijangka selepas Tahun Baharu Cina. "Saya tahu bahawa perlunya penjelasan lebih lanjut yang akan saya lakukan dalam masa terdekat. "Orang menuntut penjelasan kenapa perlu dan sementara itu ada sedikit keresahan. Sampai sekarang kita belum beri penjelasan yang lengkap," katanya pada sidang media, hari ini. Menurutnya, teguran diberikan kepadanya oleh bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, hari ini. "Saya terima (teguran). Saya akan lakukan (penjelasan)...lepas raya Cina," katanya. Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin. Pencalonan Anwar itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di ibu pejabat PKR semalam. Pengumuman itu menguatkan khabar angin yang bertiup kencang mendakwa Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sekali gus meredakan pertelingkahan antara Abdul Khalid dengan Azmin di negeri itu. -30/1/14 |
[KEJAM] Murid Dirogol, Diliwat, Ditoreh Kemaluan Posted: 29 Jan 2014 04:59 PM PST [SH] MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya. Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk. Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan. "Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut. "Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas," katanya. Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis. Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak. Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah. "Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari," katanya. -30/1/14 P/s: Gila!!!! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan