BRIGED MP SEGAMBUT |
Sikh akan terus guna 'Allah' untuk Tuhan Posted: 10 Jan 2014 01:53 AM PST Masyarakat Sikh akan menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan kerana tidak ada larangan berhubung penggunaan kalimah ke atas mereka, kata peguam kanan Karpal Singh. "Ia terdapat dalam kitab suci Sikh, Guru Granth Sahib, dan selama ini ia sudah ada. Kami akan terus menggunakannya. "Saya tidak nampak sebarang masalah yang timbul, kerana sehingga ini ia tidak pun berbangkit," kata Karpal. Pemimpin DAP itu ditanya mengenai penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Sikh, ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes hasutan terhadapnya hari ini, berikutan enakmen di Selangor yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah tersebut. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan