Jumaat, 10 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Harga barang di luar negara pun naik juga, kata Timb. Ketua Setiausaha KPDNKK

Posted: 10 Jan 2014 02:58 AM PST


Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Basaruddin Sadali berkata, kenaikan harga barang tidak sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di luar negara.

"Soal kenaikan (harga barang) bukan berlaku di Malaysia sahaja, tetapi juga diluar negara. Kenaikan harga barang kita tak dapat kawal," kata Basaruddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui delegasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) selepas serahan memorandum membantah kenaikan harga barang dan kosa sara hidup di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Basaruddin turut berkata bahawa kenaikan harga barang diakibatkan oleh bencana alam yang melanda Malaysia.

"Malaysia ini kalau bulan 11 (November), 12 (Disember) dan awal Januari memang banjir. Nelayan tak ke laut, sayur-sayur rosak dan sebagainya," kata Basaruddin.

Naib Ketua AMK, Nazree Yunos dalam reaksi segeranya berkata, kenyataan tersebut tidak tepat, kerana kenaikan harga barang bukan sahaja berpunca daripda faktor cuaca, tetapi kesan kenaikan harga minyak dan kelemahan urus tadbir kerajaan.

"Kalau menteri cakap alasan cuaca, mesti ambil tanggungjawab macam mana nak selesaikan masalah ini.

"Masalah cuaca berulang sertiap tahun. Takkan masih mahu menggunakan alasan yang sama?

"Apa pun alasan, kerajaan harus bertanggungjawab atas kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Nazree kepada Keadilandaily.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58182

Hassan Malek letak jawatan hanya khabar angin laa...

Posted: 09 Jan 2014 11:18 PM PST


Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penafian itu dilakukan oleh pejabat menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya Datuk Seri Hasan Malek akan meletakkan jawatan.

"Perkara itu (peletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," kata kenyataan itu.

Khabar angin tentang peletakan jawatan membabitkan Hasan tersebar sejak semalam di beberapa laman sosial. - Bernama

Omakkau dimasukkan ke Hospital..

Posted: 09 Jan 2014 08:24 PM PST


Mesej dari Blogger OmakKau!! ni aku terima dari koordinator Jingga 13, Saudara Fariz Musa @ Cikgu Fariz...


Assalam. ..omak nak mintak ampun dan maaf sekiranya ada pernah mlakukan kesalahan dlm kita bsahabat mahupun bergurau senda. 

Sebentar tadi doktor sahkan omak dijangkiti 2 virus sekaligus..kencing tikus dan denggi...suhu badan tk menentu dan bacaan BP tlalu tinggi...radang hati da mula myerang hati skg ni..skg keadaan sgt lemah...ampun dan maaf dipinta..sudikan la mengirimkan doa agar omak bole sembuh.. 

Drpd Omakkau 

JINGGA 13 bersetuju untuk menguruskan bantuan kepada blogger Omakkau yang kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang .

 Bagi meringankan bebanan dan membeli ubatan buat ibu tunggal ini yang turut menyara 3 orang anak beliau yang salah seorangnya OKU dan ibu beliau seorang warga emas.

JINGGA 13 merayu warga prihatin untuk menghulurkan bantuan kewangan dengan bank-in ke akaun SEGERA Timbalan Setiausaha 2 Jingga13 Malaysia , Norlela bt Idris 1-623-484-54059 Maybank

Tak siapa peduli nasib 800 peniaga Melayu Bazar Perdana Bandar Perda..

Posted: 09 Jan 2014 04:30 PM PST


ISU membabitkan orang Melayu tidak selesai selagi kedudukan mereka tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dari pihak yang berkuasa samada dari agensi Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat.

Dalam konteks ini lebih 800 peniaga Melayu yang membeli lot niaga sejak tahun 2004 yang lalu untuk menjalankan perniagaan mereka di Bazar Perdana, Bandar PERDA, Bukit Mertajam tidak kesampaian hingga ke hari ini.

Bazar yang telah siap itu mendapat sijil kelayakan menduduki dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada tahun 2004.

Namun begitu kompleks yang tersergam indah dengan janji untuk menempatkan lebih 800 peniaga Melayu kerana pasar basah di Bukit Mertajam akan ditutup dan dipindahkan ke kompleks yang baru di sini hanya tinggal janji-janji sahaja.

Ia bukan saja terbiar, usang dan rosak,malah menyakitkan mata setiap orang yang melalui kawasan tersebut.

Projek umpama 'gajah putih' itu dibangunkan oleh Aseania Development Sdn. Bhd., namun peniaga Melayu tersebut tidak dapat menduduki bazar tersebut sehingga ke hari ini walaupun pelbagai aduan telah dilaporkan kepada MPSP, Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Adun Seberang Jaya ketika itu, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ada kini.

Sehingga ini tiada pihak yang tampil untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh lebih 800 peniaga Melayu yang kerugian kerana terpaksa membayar balik pinjaman bank.

Ada juga antara premis perniagaan tersebut terpaksa dilelong oleh institusi kewangan setelah peniaga tidak dapat membuat pembayaran balik kerana mengalami kerugian.

Projek Kerajaan Persekutuan itu juga didakwa oleh sesetengah peniaga tidak mengikut spesifikasi sehingga dikatakan tidak selamat untuk diduduki.

Mereka juga mendakwa bangunan berkenaan tidak selamat kerana retak, rosak, tidak kukuh serta yakin adanya unsur-unsur penyelewengan dan rasuah menyebabkan bangunan yang tidak selamat diduduki tetapi diluluskan.

Peniaga yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat bagaimana bangunan yang tidak selamat itu boleh diluluskan untuk diduduki sedangkan keselamatan terancam.

"Jika kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan masalah ini hingga kini, sepatutnya Kerajaan Pusat, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir selaku Ketua Umno Bukit Mertajam dan orang yang terlibat secara langsung sebagai pemaju Aseania Development, PERDA dan pemimpin-pemimpin UMNO membangkitkan masalah ini.

"Timbulkan perkara ini di Dewan Undangan Negeri dan bela nasib lebih 800 peniaga Melayu yang ditipu serta dibiarkan rugi tanpa pembelaan.

"Kalau Datuk Musa yang menjadi Ketua Umno Bukit Mertajam dan Datuk Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang,tak dapat tolong kami, siapa lagi pimpinan Umno dan BN yang dapat kami harapkan untuk membantu menyelesaikan masalah yang telah berlarutan 10 tahun lamanya, " ujar peniaga tersebut. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan: