Jumaat, 10 Januari 2014

Addin

Addin


Kenyataan Paling Menjengkelkan.. Saksikanlah

Posted: 10 Jan 2014 09:11 AM PST

Kadang-kadang hairan, polis ini bekerja untuk negara atau pun parti Umno? Susah nak lihat dari dulu hingga sekarang kenyataan Ketua Polis Negara yang neutral dan tidak memihak apabila melibatkan parti pembangkang. 

Adakah Ketua Polis Negara berfikir gaji mereka di bayar oleh Umno? Jikalau mereka berfikiran macam tu, patutlah mereka mengeluarkan kenyataan yang berat sebelah. 

Sebagai rakyat, Addin harapkan suatu hari nanti apabila Pakatan Rakyat memerintah pihak polis bertugas untuk negara dan rakyat dan bukannya terlampau menunduk terhadap parti pemerintah.

Khalid harap ISA di kembalikan
Ketua Polis Negara Tan Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikembalikan semula setelah ia dihentikan pada 2012. 
"Ya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mencukupi tetapi apa salahnya ISA?"
"Kedua-dua undang-undang itu sesuai dengan sebab tertentu. Apa sahaja undang-undang diperkenalkan yang membantu saya dalam keselamatan dalam negeri dan orang awam, saya alu-alukan," katanya.
Mengulas mengenai prestasi tahun 2013, Khalid kesal dengan bilangan perhimpunan haram dan demonstrasi yang dilakukan pada tahun lalu.
"Terdapat 26 perhimpunan haram dan demonstrasi termasuk bantahan kenaikan harga barang pada malam sambutan tahun baru.
"2012 merupakan tahun yang mencabar dengan pilihan raya umum, pencerobohan Lahad Datu dan demonstrasi jalanan," katanya.
Beliau meletakkan kesalahan kepada pihak pembangkang kerana menghidupkan sentimen terhadap pelbagai isu termasuk Lynas, hak asasi manusia, kenaikan harga barang, cukai pintu dan pinjaman pendidikan.
"Pembangkang memainkan sentimen rakyat untuk berhimpun membantah kerajaan pemerintah.
"Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) digubal supaya rakyat mempunyai ruang menyuarakan kekesalan dan rasa tidak puas hati.
"Namun, penganjur perhimpunan seperti tidak berminat mematuhi peraturan yang termaktub dalam APA 2012. Mereka bukan sahaja tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis malah menentang kami," katanya.
Khalid berkata, ada sesetengah pihak yang meminta polis memanggil Pasukan Simpanan Khas (FRU) lengkap dengan belantan dan meriam air.
"Kemudian, mereka salahkah polis kerana bertindak ganas, kejam dan tidak menghormati hak asasi manusia.
"Kami tahu bagaimana mengendalikan demonstrasi. Ia termaktub dalam Perlembagaan dan kami akan mengambil langkah yang perlu," katanya. ~tmi

Iklan C (ii)



Harussani Bakal Di Tahan Polis?

Posted: 10 Jan 2014 05:05 AM PST

Polis telah merakam kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai komen beliau bahawa darah mereka yang berhimpun dalam protes ambang tahun baru adalah halal atau "bughah".

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) memberitahu wartawan di Bukit Aman hari ini bahawa Harussani telah ditemubual oleh polis tentang komen beliau itu.

"Sebarang kenyataan yang dianggap sebagai ugutan kepada keselamatan negara akan disiasat secara mendalam, tak kiralah siapa yang membuat kenyataan itu," katanya.

Beliau menidakkan kenyataan bahawa hanya sesetengah orang sahaja yang boleh mengugut keselamatan negara."Kita menyiasat semua orang tetapi rakyat hanya berminat kepada sesetengah pihak sahaja," Kata Khalid kepda media.

Harussani ketika mengulas Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka 31 Disember lepas berkata, peserta himpunan ini adalah 'bughah' atau penderhaka kepada kerajaan.

Oleh itu katanya, darah mereka adalah halal.Ekoran itu, pelbagai pihak membantah fatwa seumpama itu termasuk Dewan Ulama PAS dan juga Bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin.

Seorang khatib di Rawang Selangor dalam khutbah Jumaatnya minggu lalu turut membantah fatwa itu."Bayangkan jika fatwa ini dibuat menjelang perhimpunan itu dan ada pihak mengambil kesempatan untuk bertindak kepada peserta perhimpunan itu.

"Apakah akan berlaku kepada negara ketika itu?" kata Mohamad Zuhdi Mat Piah ketika memberikan khutbah Jumaat di surau As Siddiqin Bandar Tasik Puteri Rawang. ~tmi




Iklan C (ii)




Engkau Orang Pasti Sakit Hati Dengan Umno BN Apabila Baca Berita Ini..

Posted: 10 Jan 2014 01:50 AM PST


Tambang teksi naik 10 peratus

Persatuan Pengusaha Teksi Melayu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (PPTM LTSM) terpaksa menaikkan kadar tambang sebanyak 10 peratus berikutan pelbagai bebanan yang terpaksa ditanggung mereka.

Antara sebab caj baharu itu termasuklah kenaikan harga minyak dan alat ganti kenderaan, insurans kenderaan yang tinggi, kos pemeriksaan Puspakom sebanyak dua kali setahun dan kos memperbaharui lesen pengendali.

Naib pengerusi persatuan, Mohd Zaki Mohd Ali berkata, caj tambang baharu yang bermula awal tahun ini dibuat secara sebulat suara setelah dihimpit pelbagai bebanan terutamanya dengan pengurangan subsidi petrol.

"Pengurangan subsidi minyak yang diumumkan kerajaan tahun lalu merupakan salah satu faktor kami mengambil keputusan menaikkan harga tambang berikutan tidak mampu lagi menampung kos yang tinggi.

"Malah, jika diambil kira, kami (PPTM LTSM) adalah pengusaha paling lewat membuat keputusan ini disebabkan pelbagai faktor, namun kini kami tidak mampu lagi menampungnya," katanya kepada
Sinar Harian ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Zaki berkata, kenaikan harga itu dibuat untuk kali kedua setelah 10 tahun mengekalkan harga lama.

"Sudah lebih 10 tahun kita tidak naikkan tambang dan keadaan ini sememangnya membebankan semua pemandu kerana terpaksa menanggung kerugian, di samping berdepan pelbagai peningkatan kos lain," katanya.

Menurutnya, meskipun pihaknya masih belum mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berhubung kenaikan tambang itu, namun tindakan tersebut terpaksa dilakukan.
"Sebenarnya kita telah menghantar surat kepada SPAD, namun sehingga kini kita tidak menerima sebarang maklum balas, sedangkan pihak kami terus menanggung kerugian," katanya. ~sinar



Pengusaha kantin terpaksa naik harga makanan, kata persatuan

Pengusaha kantin terpaksa menaikkan harga makanan mereka sekirannya terus dibebankan dengan lambakan kenaikan harga barangan di pasaran sehingga menjejaskan kos operasi mereka.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah-Sekolah Malaysia, Hamzah Omar, berkata ia bagaimanapun berlaku pada kadar yang minimum dan tidak membebankan mana-mana pihak khususnya ibu bapa.

"Selaku organisasi yang bertanggungjawab kepada pengusaha kantin, kami sentiasa memantau dan memastikan agar setiap pengusaha mematuhi kontrak dengan mengekalkan harga tanpa melakukan perubahan sesuka hati.

"Namun, apabila harga barangan di pasaran melambung naik, sedikit perubahan harga makanan terpaksa dilakukan," katanya sebagaimana dilaporkan Selangor Kini, media rasmi kerajaan negeri Selangor.

Pengumuman itu menambahkan lagi siri kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini selepas kerajaan mengurangkan subsidi dan meluluskan kenaikan harga.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada satu majlis semalam berkata, semua kenaikan ini berpunca daripada kelulusan kerajaan kepada syarikat yang dikawal oleh mereka melalui kroni.

Mulai bulan ini, kadar tarif elektrik dinaikkan oleh syarikat milik kerajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) walaupun sebelum itu mereka mengumumkan keuntungan jutaan ringgit.

Turut naik ialah harga ais dengan alasan kenaikan tarif elektrik dan kos pengangkutan berikutan kenaikan harga minyak dan barangan lain.

Hamzah berkata, proses sebut harga dan pemberian tender daripada sekolah kepada pengusaha kantin sudah cukup membuktikan hanya pengusaha terbaik dilantik dalam memastikan semua pihak khususnya ibu bapa tidak terkesan.

"Setiap kali sekolah buka sebut harga dan tender baru, sekurang-kurangnya berbelas pengusaha akan memohon. Jadi mereka perlu bersaing dan hanya pengusaha yang memberi sebut harga terbaik akan dipilih oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

"Ini bermaksud, kenaikan harga yang minima itu adalah persetujuan bersama antara sekolah dan PPD. Kenaikan harga yang minima itu, pada saya adalah sangat wajar ekoran lambakan kenaikan harga barangan yang melambung naik hari ini," katanya.

Menjawab mengenai keluhan ibu bapa berhubung kenaikan harga makanan di kantin menjelang tahun ini, Hamzah berkata, pengusaha kantin juga terkesan dan bukan sewenang-wenangnya mahu mengambil kesempatan meraih keuntungan.

"Kita faham beban yang ditanggung semua ibu bapa. Namun, ibu bapa juga perlu memikirkan beban yang ditanggung pengusaha kantin.

"Mereka pun terdiri daripada kalangan ibu bapa yang turut memerlukan sumber pendapatan," katanya.

Sebelum ini, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata kerajaan pusat perlu mengawal harga makanan di kantin sekolah bagi mengelakkan ibu bapa mengalami bebanan dengan kenaikan kos sara hidup di negara ini.

Katanya, kerajaan pusat perlu memikirkan kaedah untuk membantu ibu bapa bagi memastikan pembelajaran anak tidak terjejas, lapor Selangorkini. ~the malaysian insider


Iklan C (ii)




Di Saat Rakyat Ikat Perut, Pemimpin Umno BN Bergalak Dengan Kereta Baru.. Saksikanlah

Posted: 09 Jan 2014 06:00 PM PST

Pas merasakan kerajaan negeri tidak wajar memberikan kemudahan kereta rasmi kepada setiap timbalan Exco dan timbalan speaker sehingga sama tarafnya dengan Exco dan speaker.

Pesuruhjaya Pas 1 negeri, Kamarudin Sidik berkata, walaupun kemudahan berkenaan bukan satu bentuk pembelian dan berupa sewaan namun ia turut membabitkan kos.

Menurutnya, setakat ini tidak banyak negeri lain di negara ini yang memberikan kereta rasmi kepada timbalan Exco.

"Melaka dari sudut kewangan bukannya sebuah negeri yang kukuh, sedangkan sebelum ini pun timbalan Exco tiada pun kereta rasmi dan apabila naik ketua menteri baru, timbalan Exco diberi kereta rasmi.

"Ini menunjukkan kerajaan negeri kurang berhemah dalam melaksanakan kewangan negeri dan Melaka tidak boleh ikut sesetengah negeri yang kukuh kewangan seperti Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, Negeri Sembilan sendiri pun hanya memberikan kereta rasmi jenis Honda Accord kepada Exco dan bukannya timbalan Exco.

"Saya lihat negeri Melaka lebih kepada hendak hidup bergaya sedangkan dalam keadaan sekarang kerajaan negeri harus menjaga sensitiviti rakyat ekoran meningkatnya kos hidup.

"Saya sendiri tidak tahu apa motif sebenar kerajaan negeri memberikan kereta tersebut kerana kalau untuk meningkatkan prestasi kerja kepada mereka yang juga wakil rakyat, saya rasa kerajaan negeri perlu juga beri semua wakil rakyat di negeri ini tanpa mengira BN atau Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, Pemuda Pas negeri mengucapkan 'tahniah' kepada Exco kerajaan negeri yang menerima Honda Accord 2.4cc bagi menggantikan Proton Perdana yang digunakan sebelum ini.

Ketua Pemudanya, Nor Azman Mohamad berkata, sewaktu rakyat berdepan dengan kemelut kenaikan harga barang, pemimpin BN pula asyik menikmati kereta baharu mereka.

Katanya, kerajaan negeri tidak seharusnya membazirkan wang untuk membeli kereta import ini, memandangkan Malaysia juga mempunyai kualiti kereta yang tinggi dan sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi.

"Kononnya kerajaan melancarkan kempen 'Gunalah Barangan Buatan Malaysia', namun mereka sendiri tidak menggunakannya, malah kereta negara tidak dipandang, keluaran syarikat Honda juga menjadi pilihan hati mereka.

"Adakah kereta keluaran Malaysia tidak layak untuk mereka pakai? Tepuk dada tanya selera, mereka (pemimpin BN) sepatutnya menjadi contoh terbaik buat rakyat agar menyokong membeli produk negara, namun perkara sebaliknya berlaku," katanya. ~sh


Iklan C (ii)




Berita Gempar Dari Selatan..

Posted: 09 Jan 2014 05:51 PM PST

Surat arahan yang meminta peguam Syariah mengemukakan sijil amalan guaman kepada Presiden Persatuan Peguam Syariah, Johor
Bekas Sultanah Johor mungkin perlu mewakili dirinya sendiri apabila datang ke Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru 20 Januari ini untuk mengenepikan perintah bahawa suaminya Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail sudah menceraikannya.

Sebabnya: Jabatan Kehakiman Syariah Johor mengumumkan bahawa tidak ada peguam Syariah boleh muncul di mahkamah mulai 20 Januari 2014 ini dan seterusnya sehingga mereka mengemukakan sijil amalan mereka sedangkan, sijil guaman mereka hanya sah tempoh sehingga 19 Januari ini.

Pengumuman ini, yang belum pernah berlaku, datang melalui surat bertarikh 5 Januari yang ditujukan kepada Presiden Persatuan Peguam Syariah, Johor.

Surat itu dilihat oleh The Malaysian Insider telah ditandatangani oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Johor, Lokman Hakim Tuan Kamaludin.

Kes bekas Sultanah, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad, yang juga bekas Raja Permaisuri Agong, bermula pada 1 Januari apabila beliau memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah bertarikh 30 September 2010.

Perintah itu menyatakan bahawa sultan telah menceraikan Tuanku Zanariah dengan "talak tiga" dan oleh itu pembatalan (sebagai suami isteri) perceraian itu dibuat seminggu kemudian, adalah tidak sah.

Pengumuman oleh Jabatan Kehakiman Syariah Johor telah mengejutkan peguam Syariah bukan sahaja di Johor tetapi negeri-negeri lain juga.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider keputusan itu bermakna bahawa peguam Syariah tidak dapat menghadiri mahkamah walaupun untuk pengurusan kes.

Menurut sumber, dalam keadaan biasa peguam Syariah akan dibenarkan untuk menjalankan tugas guaman tanpa lesen mereka selagi telah membayar yuran pembaharuan kepada Jabatan Agama Johor pada akhir tahun sebelumnya.

Lesen guaman kemudian akan dikeluarkan biasanya pada bulan Januari atau lebih lewat.

Seorang peguam Syariah yang telah berpengalaman selama 30 tahun, bercakap tanpa mahu namanya disiarkan berkata, ini adalah kali pertama Jabatan Agama Johor mengeluarkan surat menghalang mereka daripada bertindak sebagai peguam tanpa sijil rasmi.

"Ini akan melumpuhkan operasi Mahkamah Syariah di negeri ini," kata beliau.

"Malah peguam Syariah di luar Johor tidak akan dapat bertugas di negeri ini berikutan langkah ini.

"Banyak peguam terkejut kerana ia boleh menjejaskan mata pencarian mereka dan kakitangan mereka jika peguam tidak menghadiri mahkamah selama-lamanya. Mengapa orang lain harus menderita kerana ketidakcekapan jabatan," tanya sumber itu.

Kecuali Wilayah Persekutuan, Islam dan Mahkamah Syariah berada di bawah kuasa Sultan atau raja-raja Melayu yang merupakan ketua agama.

Kebanyakan Mahkamah Syariah menguruskan isu perceraian, hak penjagaan anak, nafkah, tuntutan harta dan hak.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan itu, Tuanku Zanariah mendakwa pentadbiran negeri terutama pihak berkuasa agama, telah digunakan dalam usaha untuk memfitnah beliau dan Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Zanariah berkata, bekas Sultan itu tidak membuat apa-apa permohonan untuk mengesahkan perceraian yang dikatakan itu sambil menambah bahawa beliau dan bekas sultan hidup bersama sebagai suami dan isteri yang sah dalam aman dan harmoni sehingga Sultan Iskandar meninggal dunia pada 22 Januari 2010.

Sultan Iskandar dinamakan sebagai plaintif dalam kes manakala Tuanku Zanariah ialah defendan, yang bermaksud bekas sultan itu telah memulakan tindakan undang-undang terhadap isterinya.

Bagaimanapun Tuanku Zanariah berkata, beliau tidak dimaklumkan dan tidak melihat mana-mana kertas prosiding mahkamah serta hanya mendengar mengenai "perceraian" yang didakwa berlaku pada tahun 2009, melalui surat yang dihantar oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin 30 September 2013 lepas.

Selepas itu, Tuanku Zanariah diberitahu bahawa beliau telah dilucutkan gelaran "Yang Maha Mulia Sultanah" oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman pada 9 Disember 2010.

Tuanku Zanariah mendakwa beliau hanya tahu perkembangan ini, tiga tahun kemudian, melalui surat mufti.

Tuanku Zanariah diwakili oleh Afshah Arifin. ~tmi


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: