Khamis, 9 Januari 2014

Biaqpila

Biaqpila


HARDROCK VERSI NASYID HOHO!!!

Posted: 08 Jan 2014 09:33 PM PST


GELIGA BETOI OTAK MENTERI 
KAH! KAH! KAH!
NAMA PUN HARDROCK
DAH TENTU LA ROCK KERAS
KAH! KAH! KAH!
KENA TUKAQ HARD NASYID LA
BIAQ PAK-PAK LEBAI YANG PI MINUM KOPI
SAMBIL BORAK2 KAT SITU
KAH! KAH! KAH!


Menteri OK dengan Hard Rock, tapi 'versi nasyid


Hard Rock Cafe dikenali dengan muzik keras dan tempat minuman keras berlaga gelas.

Tetapi jika dibuka di Putrajaya, menteri berkaitan mahukan ia bercirikan Islam.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

"Kita hanya benarkan hiburan yang bersih, kita tidak mahu insiden dan persembahan provokatif," katanya dalam sidang media.

MK




Tiada ulasan: