Khamis, 9 Januari 2014

Addin

Addin


Agak-Agaknya Pegawai Menteri Mana Yang Kena Cekup Dengan SPRM Ni?

Posted: 09 Jan 2014 08:07 AM PST

Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap pegawai khas itu dan seorang ahli perniagaan manakala seorang wanita berjawatan setiausaha ditahan reman selama tiga hari, bermula hari ini.

Mereka yang berusia antara 31 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 

SPRM mengemukakan permohonon tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. ~bernama


Iklan C (ii)



Kakitangan Awam Bakal Di Pecat Jika..

Posted: 09 Jan 2014 06:00 AM PST

Kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) akan terpaksa mengambil langkah mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya tabiat gemar berbelanja boros yang ada diteruskan sehingga hutang negara mencapai paras 55% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekali gus diisytiharkan muflis.

Langkah itu akan diambil apabila kerajaan pusat pada ketika itu terdesak untuk mengurangkan perbelanjaannya bagi membayar hutang sedia ada yang dijangka distrukturkan semula.

Pada ketika itu, pinjaman baru sama ada daripada Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank antarabangsa lain terpaksa dibuat.

Begitu yang diramailkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam temubual khasnya dengan Selangorkini, akhbar kerajaan negeri Selangor.

Ramalan ini dibuat di tengah-tengah semua pihak termasuk kakitangan awam gelisah dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan perlu membuat tindakan pengurangan subsidi dan sebagainya untuk menjaga kepentingan ekonomi negara.

Rafizi berkata, pinjaman baru yang diambil nanti akan dikenakan syarat tertentu yang menjadikan rakyat dan kakitangan awam sebagai mangsa.

"Apabila pinjaman sudah terlalu tinggi dan kerajaan tidak mampu bayar, maka kerajaan akan ambil pinjaman lain untuk tampung sementara pinjaman diambil tetapi syarat dikenakan terlalu besar.

"Kalau kita negara yang mengalami situasi sama seperti Greece atau Sepanyol, baik Bank Dunia, IMF atau bank-bank antarabangsa akan mengenakan syarat yang selalunya golongan pertama jadi mangsa adalah rakyat.

"Jika kerajaan BN sudah tidak boleh bayar hutang dan sampai ke peringkat muflis maka dia terpaksa akur keputusan ekonomi dengan memangsakan rakyat," katanya.

Rafizi berkata, situasi itu bukan sahaja menyebabkan jumlah kakitangan awam dikurangkan, gaji dipotong dan harga perkhidmatan serta barangan keperluan naik mendadak, bahkan pada masa sama perbelanjaan lain untuk rakyat akan dikurangkan.

"Akan berlaku keadaan seperti menarik balik subsidi minyak dan barangan keperluan lain serta merta hingga menyebabkan harga petrol dan barang keperluan lain naik mendadak lebih tinggi daripada sekarang. Perkara ini akan berlaku," katanya.

Katanya, ada beberapa negara pernah mengalami muflis seperti Greece, Sepanyol, Iceland, Rusia dan Argentina memutuskan sama ada memperkenalkan cukai baru atau menaikkan cukai sedia ada melambung tinggi.

Ia bagi mendapatkan dana membayar semula hutang dan menjana pendapatan negara semasa negara dalam keadaan muflis.

"Kesengsaraan rakyat di negara muflis itu juga disusuli kurangnya keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam disebabkan perbelanjaan berkaitan keselamatan dikurangkan.

"Dalam keadaan itu, rusuhan dan jenayah meningkat seperti Argentina ketika muflis, keganasan meningkat sebanyak 142 peratus dan anak muda menganggur terpaksa merompak untuk mendapatkan sumber kewangan," katanya seperti dilaporkan Selangorkini. ~tmi


Iklan C (ii)



Lagi Rahsia Pemimpin Umno Selangor Terbarai..

Posted: 09 Jan 2014 01:04 AM PST

Pemimpin Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah mendapat untung atas angin RM13 juta berikutan pambatalan kontrak pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli

Menurut Rafizi, kontrak Awan Megah Sdn Bhd bagi membina Puspahanas telah lama lupus, sekaligus menjadikannya batal dan memberi keuntungan RM13 juta melalui deposit kerajaan.

"Dengan terbatalnya perjanjian diantara Boustead, Astacanggih dan Awan Megah, bermakna wang deposit yang telah dibayar kepada Awan Megah sebanyak RM13 juta hangus begitu sahaja," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Sebelum ini Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiah menandatangani perjanjian jual beli dengan Boustead Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd yang dikuasai peniaga permadani, Deepak Jaikishan.

Rafizi yang juga pemegang saham Boustead berkata, projek Puspahanas sebelum ini dianugerahkan kepada Awan Megah memerlukan bon tanah sebagai jaminan kerja (performance bond) kepada kerajaan.

Namun, syarat perjanjian (conditons precedent) diantara Awan Megah dan Boustead yang ditandatangani pada 27 Disember 2012 gagal dipatuhi.

Kandungan syarat ialah perjanjian penswastaan baru pembinaan Puspahanas, persetujuan kerajaan Selangor memindah hakmilik tanah dan pembatalan perjanjian dengan Guppy Unip.

Kata Rafizi, Menteri Pertahanan dalam jawapannya di Parlimen pada 2 Oktober 2013 mengesahkan perjanjian baru masih belum dimuktamadkan.

"Bon tanah baru masih belum diserahkan oleh Awan Megah Sdn Bhd," kata Rafizi.

Justeru beliau akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit projek Puspahanas dan pengurusan Boustead untuk mengesahkan status berkenaan. ~kd


Iklan C (ii)



Demo Hina Islam, Di Mana Juara Pembela Agama.. Pemuda Umno, Perkasa Dan Pekida?

Posted: 08 Jan 2014 06:20 PM PST


Sewaktu aku melewati Jalan Perak yang menempatkan Wisma Hong Leong Bank dan sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu akan melihat setiap hari akan adanya piket-piket dan bantahan oleh kakitangan Bank tersebut.

Bantahan demi bantahan dan tiada tindakkan dari pihak pengurusan,dan itulah selalu terjadi di Malaysia tercinta ini,walaupun Pemimpin-pemimpin kita terutamanya Pemimpin UMNO menyatakan kita sebuah negara Islam contoh.

Kalo korang pegi lalu situ, mmg akan nmpk setiap hari tanpa henti staf bank sana buat piket bantahan. Aku cuba mendapatkan sedikit maklumat,dan amat memeranjatkan bagi kita sebagai Rakyat sebuah Negara Islam Contoh kononnya apabila pihak Pengurusan Hong Leong bertindak biadap.


Seolah-olah Tiada lagi kebebasan beragama di negara ini,malah hak rakyat majority (Islam) dengan sengaja diabaikan apabila mereka dengan sengaja menutup bilik / ruang solat di pejabat mereka.

Bukan itu sahaja isunya, selain daripada itu Pihak pengurusan juga

1. Pihak Pengurusan mengarahkan staf Melayu / Islam bersolat Surau lain (di luar Wisma Hong Leong)

2. Dengan masa yang terhad staf Melayu / Islam ini terpaksa mencari Surau di luar dengan masa terhad. dan tidak boleh dipersoalkan .

Jika dipersoalkan bekenaan dengan masa terhad tersebut, staff tersebut akan diherdik kerana mencuri waktu bekerja dengan alasan menunaikan solat Zohor & Asar.


Ini realiti yg tepaksa diharungi staf Melayu / Islam di Hong Leong. betapa Biadapnya Pengurusan Hong Leong Bank setelah Polisi Kerajaan UMNO/BN melaksanakan tranformasi daripada EON BANK kepada Hong Leong Bank .

Bayangkan jika 100 tahun lagi UMNO menerajui negara ini,apa akan jadi kepada Umat ISLAM!

Antara tindakkan kita utk membantu saudara seagama dengan kita ialah,Cuba-cubalah memboikot dan jangan memberi peluang kedua kwpada bank Hong Leong untuk terus menindas dan menzalimi umat Islam di bumi kita sendiri..


Gambar Yang Menggemparkan!! Siapakah Perasmi Hard Rock Cafe Melaka?

Posted: 08 Jan 2014 05:52 PM PST

Foto ini berlegar di alam siber satu dua hari ini. Ia begitu menggemparkan! Foto ini adalah majlis perasmian Hard Rock Kafe Melaka berhampiran Jonker Street di Jalan Hang Jebat, Bandar Hilir sekitar pertengahan tahun lepas.

Gempar kerana kelihatan majlis perasmian itu disempurnakan dengan pemotongan reben oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kini menjadi tumpuan kerana titahnya mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible' dihentikan dan dengan sebab titah itu JAIS telah menyerbu dan merampas 321 salinan bible dalam bahasa Melayu dan 10 naskah lagi dalam bahasa Iban dari sebuah gereja di Selangor.

Majlis perasmian itu juga dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise (M) Sdn. Bhd., Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir.

Masyarakat siber rata-rata mempersoalkan bagaimana Sultan yang gigih memperjuangkan kalimah Allah boleh merasmikan sebuah cafe yang terlarang di dalam Islam kerana Hard Rock Cafe Melaka adalah di antara cawangan yang menghidangkan menu termasuk arak kepada para pengunjungnya.


Lebih menyedihkan lagi Ketua Menteri Melaka yang baru Datuk Idris Haron kini mempromosikan moto BERKAT, CEPAT & TEPAT... apakah Hard Rock Cafe juga "membawa berkat" untuk rakyat negeri Melaka?

Hello JAIS, Hello JAIM, Hello JAKIM, Hello UMNO...... talian terputus... ~gb


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: